
17 December, 2008
HaPpY 3rD aNnIvErSaRy To Me & My LoVeLy HuSbAnD...

10 December, 2008
Tag lagi...ni dari Ija
1) bekas kekasih saya adalah...
hmm...dulu ramailh..x terkira...tp tu semua cinta monyet, xyah la sebut ek..dah tentu 1st love sy my hubby....hehe
2) saya sedang mendengar...
mendengar radio era
3) mungkin saya patut....
diet utk mengempiskan perut yg muncit ni...haha..tp tu yg paling mls nk buat, lapo mkn lah kan... :P
4) saya suka...
of course la suamiku...main dgn anak2..jln2...mkn2...
5) sahabat2 baik....
ramai gak, ct, hani, su, nor n nurul
6) saya tak paham...
kenapa ade sorg ofismate ni x pernah bersyukur dgn ape yg ade...x abis2 x puas hati...bukak company sendiri lah kalau nk puas hati kan...
7) saya kehilangan...
ape ek....x ingt lah....
8) ramai yg berkata...
saya ni nmpak mcm sombong, bila dah kenal baru tau saya ni ok jer sbnrnya...yg menampakkn sy sombong sbb sy serius dan pendiam...tp bila dh kenal...borak jer.. hehe
9) makna nama saya ialah...
Cahaya kelembutan....atau cahaya lemah lembut....
NOR-Cahaya...LINA-kelembutan/lemah lembut...
10) cinta tu adalah
susah untuk ditafsirkan..byk erti cinta tu...hanya org yang mengalami je tau ape itu cinta... ;)
11) disuatu tempat, seseorang sedang..
bergayut di telefon... (officemate lah tu)
12) saya akan cuba...
jd isteri n ibu yang baik...Aamin...
13) Makna SELAMANYA
sampai bila2 pun...
14) Henpon saya
N73..pemberian dari suami tercinta...
15) saya paling meluat bila
bila tengok pempuan2 yang gedik dan seksi...xtau malu langsung...
16) Bila saya bangun dr tidur....
masuk blk air, gi solat, buat susu anak, siap2 gi kerja...
17) Party adalah..
majlis harijadi kot....x biasa berparty2 ni....kalau berpesta dengan family seronoklah...pesta mkn2...hehe
18) haiwan yg paling cute pnh saya jumpa....
ape ek...hamster kot...mcm comel jer...tp sy jenis penggeli dengan segala haiwan2 ni..
19) peringkat umo yg paling menyeronokkn....
mestila zaman kanak2...xyah nak pk ape...main, main, main...
20) hari ini...
10/12/08...kat ofis lah..tgh keje...
21) mlm ini saya akan....
tengok tv...lipat kain....
22) saya btl2 inginkan...
ni...samelah ngan ija....hehe...mestilah duit yang byk...dpt settle segala utang...pergh...leganya kan...
23) bila tgk muka kt cermin pg td...
biasa je....mcm biasalah, tgk cermin masa pakai tudung...
24) shopping kompleks...
tempat membeli belah dan window shoping..seronok jln2 cuci2 mata kat shopping komplek ni...
25) makanan segera
fast food lah...contohnya..McD, KFC, pizza hut...mcm2 lg...maggi pun kira makann segera gak tu...hehe
26) ayat2 terakhir kata pd org...
ape ek td..x ingtlah.... :P
27) Nk pnjgkn tag ni?
xyah laa....sian org2 yg bz nnti...
ok, Ija...dah habis tag eh...ade utang lg 1 tag...nnti2lah k...
26 November, 2008
Bila isteri dah x cantik....hargailah isteri anda...
Untuk renungan dan perhatian isteri-isteri dan bakal isteri... Buat iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung-renung kan lah...
Pembaca Semua,
Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan-puan tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka, mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain. Barangkali suami puan-puan tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak. Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja.
Kebanyakan belanja seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang membayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.
Suami saya bolehlah dikatakan menarik jika dibandingkan dengan saya. Suami saya tinggi, cerah kulit dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.
Saya mengabdikan diri seluruhnya untuk rumahtangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.
Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja,tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya, kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.
Baru-baru ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.
Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhirnya berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya. Saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu sahaja. Dia tiada rangsanngan lagi bila melihat saya.
Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang dilihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik. Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang kala rosak kerana memasak, rambut pulak kadang kala berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari. Kulit perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya ber t-shirt dan berkain batik.
Hari-hari melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah dan anak-anak. Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik, carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.
Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertamanya memang saya dilahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.
Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.
Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi saya tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untuk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.
PS (Pendapat Saya) : Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dan penuh hikmah . Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini,fikirkanlah, betapa besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. Jadikanlah kebaikkan seseorg isteri itu sebagai hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg tanggungjawab anda untuk memperbaikinya.... InsyaAllah.......
dan lagi satu email...
Betapa pentingnya wanita di sisi lelaki...
Betapa pentingnya wanita di sisi lelaki. Apa tidaknya, lelaki akan terasa sunyi tanpa wanita. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya.
Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tidak mampu untuk meluruskan mereka.
Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara petunjuk Allah, kerana diciptanya begitu rupa oleh mereka. Didiklah mereka dengan panduan dariNya.
Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar, jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita...
Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah, kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, di situlah kuncinya. Akal setipis rambut, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak.
Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak kebesaran Tuhan. Akan terhibur dan berbahagialah mereka walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri atau women gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan.
Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki pelbagai wajah: negarawan, karyawan, jutawan dan wan-wan yang lain. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak terhibur dan menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan saja tidak lurus, malah membengkokkan.
Bila wanita derhaka, dunia akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan.
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya jinaklah segala-galanya di bawah kepimpinan kita.
Majlis perkahwinan my best friend...
Berbalik pada Hani td, hmm...x sangka kwn saya yang sorg ni akan menjadi inspektor polis, dan bertemu jodoh dgn inspektor juga..tahniah ya Hani, akhirnya bertemu jodoh jua, selamat pengantin baru...semoga kekal hingga akhirat...Aamin...
apa lg, kami lah dulu2 naik..hehe... dr kiri, Nor (anaknya dgn suami kt luar) , Pengantin lelaki, Hani, saya (syahirah dengan zali kt luar) , Su n anak (duduk)..kurang sorg lagi..Siti x dapat hadir kerana anak bujangnya baru patah kaki...sian dia..x dpt kami berjumpa... :(
24 November, 2008
Hari jumaat yang lepas...

ikut menyanyi jugak...tp bahasa dialah...hehe
hayal tengok budak2 lain main...
Kena tag dari Kak Intan...Work Station
Rules:
snap work station anda
then... letak link blog anda kat bawah gambar work station anda...iaitu bersebelahan dengan link-link blog yang ada..tengok contoh yang dibuat nih...begitulah seterusnya sampai bila-bila, ok...sekiranya tag ini berkembang... pasti akan ada banyak link-link di bawahnya...kalau tak... terencat la dia... ha ha ha...lastly...tolong pass tag ini pada tujuh (7) blogger lain...pass la pada siapa-siapa..
@LiYaNNuaR / Azza / Suzi / Kak Aniza / Shada / EynaJB / Intan_JB / Kak Linn JB
Inilah hasilnya...inilah tempat kerja saya...bersepah..ni pun kurang gak sepahnya...kalau x lagi penuh dengan drwing2 yang bergulung2...hehe...cermin pun ade...biasalah..pempuan..hehe...
Alamak..ni mslh sikit...nak kena pass tag ni kepada 7 orang..kepada sapelah saya nak pass tag ni ek...hmm...ramai lak tu nk kena pass ni.... aduhai....
1) Retna
2) Arsaili
3) aqies
4) nads
5) shay
6) shida
7) Ija
Sorrylah kawan2...jenuh gak nk memilih ni...bila2 ade masa free tu jawablah tag ni ya...kalau x..biarkan jer... :D
Kembali semula...
InsyaAllah kalau saya ada byk masa free saya akan berjalan2 ke blog anda k...almaklumlah, saya sempat berblog time office hour jer...itu pun kalau x byk kerja...kat rumah lom ade internet lg...hehe
05 November, 2008
Happy 28th Birthday untuk suami tersayang....
Hari ahad lepas (2hb 11) saya dah celebrate birthday suami lebih awal, sbb harini dia xde kan, so mcm biasalah, kami akan celebrate hari2 yg special ni lebih awal atau lmbat sedikit dr tarikh sebenar, tp ianya amat bermakna bg kami...semoga suami saya gembira tempoh hari ya..tu je yang termampu saya buat...
X sempat nak bercerita panjanglah, tengok jelah gambar2 kenangan kat bwh ni ya...gambar yang gi celebrate kat luar lupa nak snap...hehe..
26 September, 2008
SeLaMaT hArI rAyA aIdIlFiTrI....
Kepada kawan2 semua, sudi2kanlah ambik kad raya ni ya... ;)
Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin....
P/s: Saya akan bercuti berblog mulai esok selama 10 hari kerana cuti hari raya...iaitu bermula dari 27hb september sehingga 6hb oktober... InsyaAllah saya akan kembali pada 7hb oktober...jumpa lagi nnti!!!....
25 September, 2008
Macam-macam syahirah...
Hmm....masa pi jusco tmn u tu mcm biasalh, bwk anak2 main kat tempat permainn tu, suka sgtlah dorg kan...tgk lah gambar2 kat bwh tu....

22 September, 2008
Berbuka puasa dgn blogger2 selatan...


07 September, 2008
Dapat gift lagi...hehe...

Gift dari eija...




Kena tag daa.....kwang kwang kwang.....

Tag ni senang bangat....... Copy dan paste kan ke blog anda... pastu, lanjutkan tag ni kepada 5 blogger... Pastu bagilah mesej pada 5 orang yang dah ditag tadi... Itu jerkan Kasawari?... hehe...Senangkan... saya dah jawap tag nih, 5 orang tu adalah...
1) Mdm Zend... kalau free la kan... ;)
2) Sahrulia
3) Azza
4) Arsaili
5) diva