Introduction to Yasmin Saffiyah

Ini tuan punya badan.

Namanya Yasmin Saffiyah
Nama manja Min Min
DOB 2 Ogos 2012
Zodiac Leo dan tahun Naga (garang dan garang)

Budak ni aku panggil 3G - Gedik, Girly, Garang
selain pada tu, manja, mengada, pandai uruskan rumah, pandai uruskan abang-abang, esp Khalil, moody kalo tak cukup tido (total opposite ngan aku)

Dia juga suka tengok wayang, suka karoke dan tak suka makan lauk dengan nasik. kena makan asing-asing.

Ramai yang akan komen yang rambutnya sama dengan Kak Yam. Ya memang sama. Tak lari genetic rambut kerinting tu.

Cuma kulitnya hitam manis, matanya bersinar, ada dua lesung pipit kecik dikiri-kanan senyumannya.

Mulutnya betah, cakap tak berenti, tapi bila jumpa strangers terus mulut diam tak berbunyi. Malu sangat lagaknya.














Pesanan Mak...

Mak pernah kata

"kalau nak orang yang baik-baik, kena pi tempat yang baik-baik.  Kalau nak pi tempat yang baik-baik, kita kena jadi orang baik-baik"

Kata-kata mak ni memang akan aku pegang sepanjang hidup aku. Cumanya aku tak berapa nak praktikkan sangat. Ye la aku ni kuat melawan, tak rock la kalo dengar nasihat Mak kan?

Tapi dah sampai masanya untuk aku berpegang balik kata-kata Mak.

Jangan lupa..

"kalau nak orang yang baik-baik, kena pi tempat yang baik-baik.  
Kalau nak pi tempat yang baik-baik, kita kena jadi orang baik-baik"



Rediscovering myself


Tema harini adalah:

REDISCOVERING MYSELF.

Hasil tema ni adalah sebab setelah dimuhasabah balik diri ni, dah jauh langkah aku berjalan. Dalam berjalan tu, dah tersungkur, tergolek gedebuk pon tak sedar-sedar diri jugak. Kadang-kadang bila dah terjelepuk dan kena pijak baru nak rasa menyesal. Baru rasa nak cari Allah.

Antara tak sedar, sebenarnya itu lah cara Allah panggil aku untuk kembali kejalan yang diredhaiNya. Apa yang aku ketegaq sangat aku pon tatau la. Asik la dok kata hati tak tenang, hidup serabut, kepala otak tak centre... padahai Allah dok panggey tu aku tak sedaq2 jugak.


So kesimpulannya, bukaklah mata, bukaklah hati, tengok sekeliling, tengok apa yang kita ada, BERSYUKUR. Gunakan apa yang kita ada untuk membawa kita ke jalan yang betul. 

Kalau kita akan duit, belanjakan ke jalan yang halal. Bersedekah. Berinfaq. 

Kalau kita ada ILMU, kita kongsi. Turunkan ilmu pada yang memerlukan. 

Jangan sia-siakan nikmat Allah. 


Don't look back in anger

Dear Maryam,

Dah lama sangat mama tak update blog ni. Macam-macam yang dah jadi sepanjang 11 bulan ni...

rasanya tak payah nak ungkit lagi apa yang dah jadi sepanjang tahun ni. yang penting kita pandang kehadapan.

2016.

Tahun baru.

Azam baru.

Hidup baru.

Caiyokkk!!!!!!!


Wan's recovery Phase 1

Assalamualaikum Maryam,

Dah lama Mama tak jenguk kat sini. Macam-macam dah berlaku sepanjang Mama tak singgah sini. Tak tau tang mana nak mula cerita... Satu yang Mama nak share ngan Maryam adalah pasai Wan.

29 July 2013 adalah kali terakhir mama update pasal Wan. Masa tu Wan baru potong kaki. Recovery journey bagi Wan ada naik turunnya.. Mula-mula tu Wan agak demotivated dan nampak dia takdak semangat langsung. Wan ni adalah someone yang sangat aktif, keluar sana, keluar sini, jumpa kawan-kawan, tengok wayang, lepak kedai buku, lepak surau.

Tapi bila jadi macam ni, memang literally potong kaki bagi dia. Dia terperuk dalam rumah, cuma boleh bergerak ke bilik air, meja makan dan pergi depan tv dengan wheelchair sahaja. Tapi dia seronok sikit bila Khalil dah Yasmin ada kat rumah. Mama pon tiap-tiap hari spend time dengan Wan sebab Mama yang tukar dressing kaki Wan.

Ramai yang takut dengan hal tukar dressing ni.. Tok mmg tau la.. dia memang penakut, nak tengok pon takut. Uncle An tak tau la mana dia pi, memang tak pernah sentuh langsung luka Wan. Tanter yang balik setahun sekali cuma buat muka geli geleman bila tengok Mama tukaq dressing Wan. Dalam hati mama punya mendidih tengok reaction Tanter macam tu, sampai rasa macam nak tonyoh muka dia kat dresing Wan. Kuang hajaq btoi dok buat muka geli geleman macam tu. Dia lupa agaknya dulu masa bontot dia ada cacing siapa yang korek kalo bukan Wan??

OK la, forget about that... ter-emo pulak