BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 7, 2011

yang termampu

Pertama kali saya jumpa kamu adalah masa semua pelajar asasi undang-undang di bahagikan mengikut kelas.Nama saya ada disebut untuk kelas PL1E.Kita semua disuruh duduk dekat kerusi dalam bilik kuliah yang menyimpan banyak kenangan suka-suka,nangis-nangis dan banyak lagi.Bilik besar yang boleh memuatkan semua batch kita dalam satu masa yang sama..Dewan Sarjana1(DS1).Saya beranikan diri tanya nama kamu dan kamu dengan tersenyum cakap nama kamu Elina Ezzauddin.Saya tanya lagi kamu asal dari mana lepas tu kamu jawab kamu dari Sabah.Lepas 3-4 minit sesi tanya-tanya kita senyum sama senyum dan lepas tu diam.Itu semua 3 tahun lepas..

Kalau sebut 3 tahun tak semua akan cakap itu lama..tempoh itu sangat singkat di pandangan kasar yang lain.Tapi lain pada saya..sebab sebenarnya saya dah kenal kamu selama1095 hari yang bersamaan 65700 jam dan masa tu panjang oo.Saya masih berdebar-debar untuk hitung hari-hari yang mendatang.Saya gembira dan sangat menghargai hari-hari yang pernah kita lalui.

Hari ini hari kamu.Hari untuk kamu rasa kamu patut dihargai.Hari untuk kamu rasa kamu patut dikasi manja dan belai-belai.Hari untuk kamu tahu kamu akan semakin menjadi dewasa.Lebih banyak tanggungjawab perlu kamu pikul..Tanggungjawab kamu sebagai hamba Allah.Semoga diberkati kehidupan kamu olehNya.Tanggungjawab kamu sebagai anak.Tanggungjawab kamu sebagai kakak.Tanggungjawab kamu sebagai cucu.Tanggungjawab kamu sebagai sahabat.Tanggungjawab terbaru kamu sebagai seorang yang mampu memilih pucuk pimpinan negara.Banyak sungguh,Ina.Tapi..saya tahu kamu mampu membahagikan dan melaksanakan tanggungjawab kamu dengan sebaiknya.

Saya tak punya banyak uang untuk memberikan kamu sesuatu.Telefon juga hanya tinggal beberapa sen dan saya tahu itu pasti tidak mencukupi bagi menghubungi kamu Si pengguna setia digi.Hendak ucap di muka buku saya takut kamu terlepas pandang.Wall kamu pasti sesak dengan ucapan..jadi hanya ini yang saya mampu.

Selamat panjang umur Elina Ezzauddin.Saya tak risau kamu hari ini sebab saya tahu kamu sedang berbahagia di samping orang-orang yang akan sentiasa menyayangi kamu dan berada di sisi kamu.Bergembira dan tersenyum lah kamu untuk hari ini dan yang mendatang.Saya suka bila kamu senyum.Ibu dgn ayah saya sampaikan salam panjang umur buat kamu..jaga diri.

rindu zaman kita selebet

ohh merbok!

ayam penyet dan kita selebet lagi.

saya tahu kamu sayang saya;P

p/s: Saya sayang kamu.Dan saya sayang dia di Seremban.

Sunday, July 31, 2011

Selamat..

Sebagai manusia beruntunglah kita kerana berada pada darjat yang tertinggi jika dibandingkan dengan makhluk atau ciptaan Allah SWT yang lain.Maka, bersyukurlah kita diberikan peluang serta nikmat untuk merasai bulan penuh barakah dan hikmah ini.

Sebab-sebab kita ini akan berasa untung dalam melalui bulan Ramadhan ini ialah..jeng3!!
>>>Rasulullah pernah bersabda dalam salah satu hadisnya yang diriwayatkan oleh Tarmizi bahawa "Ada 3 golongan yang tidak ditolak doa mereka iaitu mereka yang berpuasa sehingga ia berbuka, kepala negara yang adil dan orang yang teraniaya."(dibuka seluas-luasnya pintu rahmat buat kita..maka pandai2lah kita menjemput diri kita masuk kedalamnya.)
>>>Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: "Berpuasalah maka kamu akan sihat."(Tubuh badan ini akan digunakan untuk satu tempoh masa yang agak lama jadi jagalah ia sebaiknya..lagi pulak fakta dan sains telah memperakui kebenarannya!)

Jadi..tunggu apa lagi??Rebut lah peluang keemasan ini..peluang yang jarang-jarang kita temui.Peluang sangat bernilai ini tidak mudah didapati macam jualan murah lelong2 yang selalu kita nampak dekat Sogo atau Pavillion.


Jangan lupa niat eh..


Jangan gelojoh eh..
p/s: Selamat buat semua..:)

Wednesday, July 27, 2011

macam nak nikah rasanya

Kompang dipalu pengantin baru..
Duduk bersanding tersipu malu..
Aiceh!!!Serius aku macam rasa orang nak menikah je.Berdebar-debar..jantung ni dup dap dup dap dup dap.Buat apa pun mesti terfikir esok..rasa takut,gementar,gembira,bersemangat dan semualah.Semua perasaan yang ada ni memang biasa lah kan??A'ah..memang biasa tapi biasa untuk bakal-bakal pengantin yang besok tok imam mintak test baca Al-Fatihah dgn ayat Kursi depan bapak mertua yang simpan misai macam A.Galak!!Bukan untuk aku..tapi maap aku insan yang lemah.Aku terlebih suda!
Kalau pi check tekanan darah sekarang ni mesti aku akan diberi dos paling tinggi untuk pesakit darah tinggi.Tool yg check blood pressure tu pun boleh rosak..hahaha!Eeeiii..melampau sungguh keterujaan aku ni.Macam orang mintak penampar laju-laju.Maap sekali lagi..
Tapi..iye weh!Esok punya benda nak jadi ni buat aku rasa tak keruan..adrenalin aku memancut2 keluar.Cuma aku rasa aku masih boleh dibawa pulang ke pangkal jalan lah..tak macam Izdiyani Musawir yang mimpi2 bagai kahwin dengan penyerang pakai baju no 10!!Siap bermesej2 ucapan selamat berjaya lagi..geli bulu hidung ni ha!

Awak semua buat satu Malaysia tidur tak lena, mandi pun malas dan makan tak lupa!Awak semua memang hebat!


Saya nak ada dalam kelompok yang bawak bendera tu tapi ayah tak bagi pi.Dia kata nanti kena culik..

p/s: Jantung gerak laju2 macam nak nikah esok ooo!

Friday, July 22, 2011

ini bukan puisi

Besar sungguh impak kau 9 Julai..
Mulut-mulut diluar masih berkata-kata tentang diri kau..
Kalau betul lah kau ni tak dapat sambutan..
Mengapa diri kau masih menjadi bualan ramai??
Aku runsing lah 9 Julai..

Dah 2 minggu weh..
Asyik2 citer kau..asyik2 kau..
Kesian lah kat drama lain..
Drama Patriot tak capai rating yang diorg harap lah..
Kesian pulak aku tengok..

Maaf lah kalau tak semua akan suka..
Tapi..maaf juga kerana ini aku punya rasa..
Kalau nak kata aku guna emosi bila berkata..
Teruskan sahaja..itu pandangan kamu orang.kamu punya rasa..
Aku hormati itu..

p/s: Tadi dapat makan nasi padang..best oo!!