Ramadhan --> Syawal

Friday, August 19, 2011
Assalamualaikum....

Hari ni sudah 19 Ramadhan 1432 Hijrah. 10/11 hari saja lagi Ramadhan bakal meninggalkan kita.. Semoga di hari-hari terakhir Ramadhan ini kita dapat melipat-gandakan lagi amalan kita untuk mendapatkan ganjaran yang dijanjikan Allah kepada hambaNya pada bulan penuh barakah ini.

Berkenaan persiapan raya pulak, alhamdulillah... semalam dah beli sepasang baju dan tudung raya untuk diri sendiri. Emak pun dah dapat baju dan tudung raya. Ayah ja yang belum ada lagi baju raya. Jadi, oleh kerana semalam dah dapat bonus seperti yang dijanjikan kepada kakitangan awam, maka saya ingat hari ni nak mencari baju raya untuk ayah pula.. dan kasut raya saya.. heheee... Bukan kasut raya sangat pun. Sememangnya saya perlukan kasut baru sebab yang sedia ada dah haus tapaknya.. mana taknya, pergi kerja pakai kasut tu, pergi jalan-jalan pun pakai kasut tu.. pendek kata, kasut tu sajalah yang dipakai kalau pergi mana-mana pun. So, I need the new one! Jadi, oleh kerana hari ni cuti, let's go shopping!... (^_^)

Oh NO!!

Sunday, June 5, 2011
Oh NO... Currently addicted to one of Korean Boyband... Eoteohge.... eotteohge...





Haishhh....

Pagi Yang Indah..

Saturday, April 23, 2011
Assalamualaikum...

Pagi yang indah...Alhamdulillah... Masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini. Mudah-mudahan hari ini adalah lebih baik dari hari-hari sebelumnya dan begitulah seterusnya.

Pagi ni, bangun tidur dengan keadaan yang 'fresh' setelah melalui hari-hari yang agak sibuk dan memerlukan penumpuan pada kerja sepanjang minggu ini. Sehinggakan semalam (Jumaat) yang sepatutnya cuti pun dipanggil bekerja. Agak 'stress' tapi alhamdulillah, dapat ditangani buat masa ini. Yang paling 'tak menahan'nya tu, mata tak lepas dari skrin komputer. Dok 'peghembang' skrin komputer...kata orang Kedah.. (maksudnya, meneliti/focus/zoom in...) hehee.. Nak buat macam mana lagi.. Dah namanya kerja programmer.. Macam tu lah adanya... Risau jugak kalau-kalau nanti kena tambah power cermin mata yang jarang sekali dipakai itu. Kan dah berkurang nikmat kurniaan Allah...

Bagaimanapun, kerjaya itu merupakan satu ibadah. Jadi, perlu sentiasa ikhlaskan diri melaksanakan tugasan yang diamanahkan kepada kita dengan sebaik-baiknya. Mudah-mudahan kita beroleh ganjaran pahala yang berlipat ganda. Insyaallah...

P/S: Minggu depan adalah Minggu OSH Pusat Komputer. Sangat 'excited' menanti aktiviti minggu hadapan yang bermula esok, Ahad. Terutama pada aktiviti 'Jungle Tracking' yang akan diadakan pada Khamis depan (28/4/2011). Dah lama tak masuk hutan sejak zaman sekolah menengah dahulu...(^_^) Encik pacat, tunggulah kedatanganku...huhuu.. tak mau.. tak mau..

Doa Mohon Dipertemukan Jodoh

Harimau yang Beriman...

Sunday, March 20, 2011


Assalamualaikum...

Terbaca cerita ni di Facebook.. Hehehee...


"Alkisah... .. Seorang lelaki Islam ponteng sembahyang Jumaat. Sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu ayam hutan. Sedang dia terhendap2 di dalam semak, tiba-tiba dia berlanggar dengan seekor HARIMAU yang sedang lena tidur.

Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan KRAKKKK! Kedua-dua kakinya patah.

HARIMAU tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh bergerak lagi.

"Ya Allah," doa lelaki tersebut,"Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang Jumaat berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini ..

Ampunilah aku ya Allah ...makbulkan hajat ku ini .. jadikanlah HARIMAU yang memburu aku, HARIMAU yang beriman .. tolong ya Allah! Aminnn.."

Tiba-tiba guruh berdentum! HARIMAU tadi tiba-tiba terhenti betul-betul di hadapan lelaki tadi.

Harimau itu bertukar menjadi seekor harimau yang beriman dan bersopan santun.

Sambil menadah kedua-dua kaki depannya ke langit .. HARIMAU tersebut pun berdoa, "Allahumma baarik lana, fiima rozaktana, wa qina 'azabannar. Amin! "


P/S: Manusia...kalau dah dalam kesusahan, baru nak ingat Tuhan... AMPUNILAH KAMI, YA ALLAH...

BerTAMBAH dan BerKURANG

Tuesday, March 1, 2011
Assalamualaikum..

Alhamdulillah, beberapa hari yang lepas telah genap umur saya 28 tahun. Pertambahan UMUR namun USIA makin berkurang. Semoga saya terus dikurniakan nikmat kesihatan rohani dan jasmani untuk terus mengabdikan diri kepada Yang Maha Esa, dikurniakan kelapangan masa dan kebahagiaan dunia dan akhirat... Ameen ya Rabbal 'aalameen...

Nabi Muhammad S.A.W bersabda yg bermaksud: "Sebaik-baik manusia menurut pandangan Allah (Islam) ialah orang yg panjang umurnya dan baik pula amal perbuatannya, sedang seburuk-buruk manusia ialah orang yg panjang umurnya tetapi buruk pula perbuatannya"

Kisah HATI...


Suatu ketika, seorang pemuda yang tampan berdiri di tengah-tengah kota dan mendakwa bahawa dia memiliki sekeping hati yang paling cantik. Lalu diangkat hatinya setinggi yang boleh agar kilauan dari hati yang indah itu dapat dilihat oleh orang lain di sekitarnya.

Tersebar bicara kekaguman orang ramai. Sememangnya hati pemuda itu, tiada cacat celanya. Tidak carik walau sedikitpun. Permukaannya licin sempurna. Warnanya juga segar dan menyerlah pesona seorang anak muda.

Pemuda tampan itu mulai merasa bangga dengan pujian yang diterima. Sorakannya semakin kuat mewar-warkan betapa indah sekeping hati yang dimilikinya.

Tiba-tiba, di tengah-tengah keriuhan itu, muncul seorang tua. Langkahnya perlahan menuju ke arah pemuda tampan. Lagaknya, seolah dia mahu membicarakan sesuatu.

“Wahai anak muda, mengapa kulihat hatimu hampir tidak seindah hatiku?” Orang tua tersebut bertanya dalam nada suara yang agak lemah tetapi penuh keyakinan. Orang ramai dan si pemuda mulai berkeliling mengerumuni orang tua.

Mereka mendengar degup yang kuat tercetus dari hatinya, tetapi hati itu dipenuhi luka. Di satu sisi, kelihatan permukaannya bertampal-tampal. Ada potongan hati yang diambil dan potongan yang lain dimasukkan ke dalamnya, tetapi ia kelihatan tidak berpadanan. Pada satu sudut yang lain, terdapat pula beberapa tanda patah. Bahkan, di beberapa tempat, terdapat lubang yang dalam, di mana seluruh bahagian permukaannya telah hilang.

Melihat itu, orang ramai saling berpandangan.

TERTANYA-TANYA

"Bagaimana orang tua ini boleh mengatakan bahawa hatinya lebih indah?" fikir mereka.
Sementara itu, pemuda tampan tertawa.

"Tentu engkau bergurau, wahai orang tua," katanya.

"Kalau dibandingkan hatimu dengan hatiku, apa yang aku ada ini adalah sangat sempurna, sedangkan kepunyaanmu begitu berantakan dengan bekas-bekas luka dan air mata," lanjutnya lagi.

"Ya, memang benar" tukas si tua penuh kesabaran.

"Kepunyaanmu adalah sempurna, namun aku tidak sesekali akan menukarnya dengan hatimu. Andai saja kau lihat wahai anak muda, setiap bekas luka di hatiku ini mewakili setiap seorang yang telah aku berikan cintaku buat mereka. Aku merobek sepotong hatiku dan memberikannya kepada mereka, dan setiap kali itu juga mereka memberiku sepotong dari hati mereka untuk mengisi tempat kosong di hatiku ini, tetapi kerana potongan-potongan itu tidak tepat, lalu menyebabkan ketidaksempurnaannya, bahkan ia kelihatan kasar dan tidak rata.

Namun, aku tetap menghargainya, kerana pemberian mereka mengingatkanku pada cinta yang terbina bersama antara kami. " Panjang lebar bicara orang tua. Si pemuda tampan terpaku mendengar patah katanya.

"Kadang-kadang aku telah memberikan potongan hatiku, tetapi orang yang kuberikan potongan hatiku itu, tidak memberikan kembali sepotong hatinya kepadaku. Inilah yang mengakibatkan wujudnya lubang-lubang ini. Kau tahu wahai anak muda, sesungguhnya memberikan cinta adalah bermakna memberikan peluang dan kesempatan. Walaupun bekas robekan itu menyakitkan, ia akan tetap terbuka lantas mengingatkanku tentang cinta yang masih aku miliki untuk mereka. Dan aku berharap suatu ketika nanti mereka akan kembali dan mengisi lompong-lompong kosong yang sekian lama kutunggu-tunggu agar ia diisi.

Nah, sekarang fahamkah engkau tentang kecantikan sejati? " Si tua mengakhiri kata-katanya.

Pemuda tampan itu terus terdiam. Dia menundukkan kepala dengan air mata mengalir di pipinya. Dia menghampiri orang tua, mengambil hatinya yang sempurna, muda dan cantik itu dan merobek keluar satu potongan darinya. Dia menawarkan potongan tersebut kepada orang tua dengan tangan gementar.

Si tua itu menerima pemberian tersebut lalu meletakkannya pada hatinya dan kemudian mengambil pula sepotong dari bekas luka lama di hatinya dan menempatkannya untuk menutup luka di hati pemuda itu.

Sungguhpun ia sesuai, tetapi ia tidak sempurna, kerana ada beberapa tanda patahan.
Orang muda itu menatap hatinya yang tidak lagi sempurna tetapi kini lebih indah dari sebelumnya, lantaran cinta dari hati orang tua itu kini mengalir kepada hatinya. Mereka bergandingan dan berjalan bersama meninggalkan orang ramai terus terpaku dengan peristiwa menginsafkan itu.


Sumber: ummuhusna99.blogspot.com

Mawlud Nabi S.A.W.

Tuesday, February 15, 2011
Assalamualaikum...

SALAM MAULIDUR RASUL BUAT SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DI SELURUH DUNIA...

Mari memperbanyakkan selawat ke atas Baginda Junjungan Mulia, Muhammad S.A.W., ahli keluarga Baginda serta para sahabat.. Semoga kita mendapat syafaat daripada Baginda di akhirat kelak... Amin..ya rabal 'aalamin...

"Allahumma solli 'ala Muhammad, wa'ala aalihi wasohbihi wabaarik wasallim..."

Ustaz Dzulkarnain Hamzah - Keagungan Zikrullah 3



SummaryFull story

Ustaz Dzulkarnain Hamzah - Keagungan Zikrullah 2



SummaryFull story

Relax Ur Mind

 

Browse