Followers

.:Kisah saya:.

+ Hmm, nak mulakan macam mana ye blog kali ni??..Adalah NENEK tu cakap blog saya ni tak ada sebut nama dia pun..Amboi!!!huh..dah berduyun-duyun baru hari ini nak baca..hee..Oke, tadi bukak lah blog ni, tengoklah kat last published, wah!!29 december 2011..hee..lama jugak dah tinggalkan blog ni.. Alasan yang paling famous di kalangan ahli blogger ialah BUSY, TAK TAHU APA NAK UPDATED and etc..hee..Maaf yer untuk sikap kemalasan saya..+

+ December +
= Saya start saya punya semester dekat Kolej Poly-Tech MARA Kuala Lumpur..Macam biasalahkan, belajar ler apa lagi..Sepanjang semester life pada bulan December, tiada apa yang berlaku sangat pun..Awal semester kan, biasalah, enjoy lagi..Tapi dah assignment dah mula dalam progress lah..=

+ January +
= Bulan Januari saya, dalam keadaan separuh ok dan separuh ada masalah dengan ahli kumpulan ETR300 saya..Biasalah, masing-masing ada kepala masing-masing, semua tak nak kalah termasuk lah saya..Jadi saya tak menyalahkan sesiapa..Kalau ada tersimpan di hati tu, nasib lah, nak buat macam mana kan..Sebagai orang yang agak rapat lah jugak dengan saya patutnya dia lebih memahami, tapi sebaliknya yang berlaku..Yang lain semuanya, fantastic jer..haha..=

+ February +
=Bulan ni, adalah bulan birthaday saya dengan ayah saya..So, banyak jugaklah perkara yang baik berlaku..Tapi saya ada jugak merajuk dengan BIE saya sebab pada pukul 12 tengah malam dimana masuknya 3 February 2012, BIE saya tidur awal!!!!!!Kitorang tak gayot sangat pun..huh..Urm, lepas itu, ada NENEK tu lupa nak wish birthday saya!!!!!!!!yelah, siapalah saya kan???Birthday member dia yang kat UNITEN tu dia siap save dalam calender handphone dia lagi..Menci kat NENEK!!!=

+ March +
=Bulan ni, masalah dah jadi agak besar dan akhirnya selesai sikit..Akhirnya, saya dengan kawan saya tu bertekak sekejap..Saya pun tak paham kenapa dia nak besar-besarkan hal macam itu..Saya tak nak tidur rumah pun menjadi satu masalah besar..Kalau korang fikir sendiri, memang lah kita ada group assignment kan, tapi salah ke kalau buat kat rumah sendiri???Apa guna handphone??apa gunanya internet??apa gunanya waktu kolej yang free tu???Kalau pergi rumah orang, belum tentu orang kat rumah tu terus start buat kerja..Mesti ada yang rehat-rehat dulu, online dulu..Walaupun, saya dah cuba buat yang terbaik, tapi salah sebab isi terlalu umum, kenapa tak pulang kan balik pada saya???kenapa tak suruh saya yang betulkan???kenapa nak menyusahkan diri pergi buat???Hujung-hujung, sound orang dekat e-mail..Alasan kena buat kat rumah dia sebab ahli group tu kebanyakkannya, budak rumah dia..Oke, kalau tahu itu sebabnya, baik awal-awal lagi masuk group lain..=

=Bulan penuhnya tekanan dimana FINAL EXAM BERMULA!!!!..Semester ni memang saya target tinggi jugaklah sebab kali ni dapat lecturer yang semuanya bagus-bagus..Mintak-mintaklah pointer naik kan??Atleast merasa lah jugak pointer tinggi..hee..Setakat nie, final paper, semua oke, kecuali ada lah dua tiga subjek yang agak gementar jugak..Yela, takut kan, kita rasa dah buat yang the bom, tapi resultnya hampeh..hmm..Scary dowwww!!!Oh yea, bulan march nie lah saya dapat hadiah birthday dari BIE saya..Nak tahu apa???

It's a big teddy bear!!!haha..yang gitar tu bukanlah, cuma yang teddy tu..Dia berketinggian 120 cm..kot?..Hee..Comel, besar dengan gemuk cam BIE saya!!!hee..Thank you BIE for making my wish came true!!hee...Sedih saya masa dapat teddy bear nie taw!!=

+ April +
=Cuti!!!!hee...Dah habis final exam dah..Hee..Tapi saya dengan beberapa rakan terapat tak dapat nak cuti sangat pun sebab kitorang ambil Intersesi dekat UITM-UITM yang terdekat..Saya ambil dalam dua subjek..Subjek Maf330 dengan FAR300..hmm..saya kurang pandai, nak buat macam mana..Saya bakal mengambil intersesi ni dekat UITM Segamat taw!!!Jadi, pada sesiapa yang ambil dekat Segamat tu, bagus lah, boleh kita kawan beramai-ramai..Tapi saya sangat nervous ler!!!Nak duduk kat tempat orang pulak tu..huh!!Memandangkan bulan April ni baru masuk, jadi tak banyak lagi perkara yang berlaku, TAPI banyak jugak yang akan berlaku..hee..Baru-baru ni, saya bawak NENEK tu datang rumah saya..Tidur rumah saya..Walaupun hanya untuk semalam je, tapi itu pun belum cukup untuk kitorang berlepak sebab saya agak busy jugak dan dia pun agak busy jugak..hee..Meh kita ramai-ramai tengok muka NENEK nie..

Taadaaaa!!!haa, NENEK ni nama dia Shuhada Madzlan..Nenek, karangan panjang bawah ni, untuk awak ye..Saya harap awak suka sebab saya nak tunaikan permintaan awak ni..=


+~Dia ni teman rapat saya sejak sekolah menengah lagi..Jadi, dia dah kenal luar dalam saya dah..Malah Kitorang pun adalah pelajar baru yang baru jer masuk kat sekolah tu, masa Form4.. haha..Banyak jugak kenangan dengan dia ni..Dulu, susah dan senang sama-sama..Dulu, masa sekolah menengah, saya ingat lagi ada masa tu, saat saya tengah sosial sikit dengan kawan punk saya, Farah Osman namanya, saya agak kurang berkawan dengan dia ni..Tapi, yelah, dia sayang kawan-kawan dia, dia tetap ingat saya..Hee..Jujurnya, habis je sekolah menengah, saya menghilangkan diri daripada rakan-rakan sekolah, tapi entah kenapa, nenek ni sorang jer yang masih contact dengan saya..hee..Betullah orang cakap, kawan tu datang dan pergi tapi hanya teman sejati yang setia disisi..hee..~+

+~Kat sini, saya nak minta maaf lah kat nenek kalau selama ni, perhatian saya kurang pada nenek..Disaat nenek sakit, saya tak ada pun untuk mengubatkan sakit nenek..BF nenek jer yang setia disisi..Saya nak mintak maaf jugak sebab masa abang saya kahwin, saya lupa nak jemput nenek sebab saya dah banyak lost contact dengan kawan-kawan lama..hmm..Jujurnya, saya bukanlah teman yang baik, tapi apabila saya sedar silap saya, saya akan cuba menjadi teman yang terbaik..Manusia kadang-kadang mudah lupa pada orang yang ada kat samping dia, tapi bila orang tu dah jauh, barulah dia nak kenang kan??..Sorry ye nenek..Thankz taw sebab sentiasa ada dekat dengan saya walaupun saya kadang-kadang lupa kat nenek..hee..Hari-hari yang kita spend baru-baru ni sangat seronok buat saya..Shopping dengan nenek, tengok wayang dengan nenek, berkongsi cerita dengan nenek..hee..dah lama kita tak macam tu kan??..Nanti kita keluar lagi taw!!Thankz jugak kat nenek sebab masa hari angah saya kahwin, walaupun nenek penat pagi tu, tapi nenek tetap jugak datang walaupun lewat..Tak apa lah nenek, nenek datang awal pun, saya kena buat kerja, at least nenek datang lewat tu, saya dapat hidangkan makanan untuk nenek..Maaf sangat-sangat taw nenek!!!!..Lepas ni, kalau ada kenduri lagi, saya akan jemput nenek lagi awal lagi..PROMISE!!!LOVE YOU NENEK!!!~+

.:Perang ASE:.

~Ok, sebelum aku memulakan pape pun bicara, aku nak cakap sikitlah, blog ni tempat aku meluahkan segalanya, so, lepas yang baca blog aku nie, tak payah nak bawak mulut kat tempat lain lah ye..Cukup-cukup lah tu..Aku nak meluahkan saja kat sini, bukan nak bangkit kan apa yang telah berlaku..~

~Baiklah, angah aku ade sebuah akademi jahitan..Kitorang akan ambil sesiapa sahaja yang berminat untuk datang belajar jahitan..Yang rasa malas nak sambung belajar kat mana-mana tempat ke, or yang saja nak isi masa terluang dengan menambah ilmu kat dada pun boleh jugak..~

~Dalam melakukan sesuatu mesti kita akan jumpa dengan pelbagai halangan dan cabaran kan??Lebih-lebih lagi bila kita berurusan dengan pelbagai jenis kerenah manusia..Manusia nie ada 1001 sikap yang kita mungkin boleh terima dan tidak..Tapi itulah yang dinamakan dugaan..Tuhan tu nak tengok sama ada kita boleh laluinya atau pun tidak..Tapi, tak tahu lah kenapa masih ade segelintir manusia yang mempunyai HATI YANG BUSUK, di mana dia melakukan sesuatu yang boleh menutup periuk nasi orang lain???Bak kata angah aku, dia adalah PARASIT..Yes sis, it's true..Korang tahu tak apa itu PARASIT??Dengan kata mudahnya lah, parasit ini adalah sejenis hidupan yang MENUMPANG dekat hidupan lain dan dalam masa yang sama membawa KEBURUKAN pada hidupan tu..So, kalau nak sama orang yang aku cakap nie dengan HIDUPAN tue memang sangat sesuai lah kan, sebab dia hanya menumpang tapi dalam masa yang sama, sebelum dia keluar dia meninggal keburukan kepada kitorang..Bukan lah nak cakap yang si polan nie tak ada kat akademi tu, akademi tu akan rugi besar ke..Bukan!!Di sini saya nak tegaskan lah, kami hidup untuk mencari rezeki yang halal bukan mencari rezeki dari si polan nie..Kadi kalau die pergi pun, akademi tu akan menjadi lebih baik sebenarnya..Dan adalah lebih elok, kalau si polan nie tak pernah ada pun..~

~Entahlah, bila disoal, si polan nie tunduk..Malu kot??Tahu pulak erti malu..Aku tahu ape yang dia katakan, Tuhan tahu apa yang Si polan nie perkatakan dan lakukan, Aku cuma mengharapkan dia dapat balasannya..Mudah-mudahan, Tuhan perkenankan lah doa kami ini..Kami ni cuma manusia biasa, kami tak layak nak menghukum sesiapa, hanya Tuhan yang lebih berhak..Kami cuma mengharapkan yang lebih baek untuk masa depan kami kelak..~

~Ingatlah, kadang-kadang kita kat atas and kadang-kadang kita kat bawah, tapi bila dah ada kat atas tu,jangan lah sentiasa mendongak tengok kat atas sahaja, kita juga perlu pandang balik kat bawah, di mana itulah segala permulaan hidup kita dahulu..~

.:Ceritera saya!!:.

~Assalamualaikum..hmm..lamenya tak updated blog nie..Kenapa lah aku malas sangat nak mengupdated blog nie..Story bukannya tak ada, tapi banyak sangat..Dialog biase aku lah sebelum nak mulakan tulis blog..haha..Mesti bosan je kan???~

~Well, lets start from THE WEDDING!!!..Oh, minggu lepas Angah aku kawen taw!!At last, kahwin jugak angah aku tu..hee..Dengan siapa???Siapa lagi kalau Abang Asrizal Bin Nyat..Oke, tema diorang ialah Pink Busuk..haha..Tapi lebih kepada Pink + Kelabu..Cantik sangat..Tak sangka jugak aku, kakak aku yang Rockers tue ambil tema Pink sebagai hari Bahagia dia..haha..Well, Kenduri kat rumah perempuan telah selamat berjalan, lepas nie kenduri kat rumah lelaki pulak..Tomorrow we will go to Kedah!!!Dekat Mergong..So, buat Siti Farah Baharin, aku tahu kau ade kat kat sana, so ko kena lah datang yeee..hee..Okay guys, nanti bila aku dah dapat full gambar masa hari wedding tue nanti, i'll share it here oka???~

~Second story is that Me and My Sayang telah pun selamat menyambut Anniversary kitorang pasa 26 Disember yang lalu..Alhamdulillah, dah dua tahun dah kitorang together..Tu pun aku rasa masih terlalu kejap mengenali dia..Betullah orang cakap, nak kenal seseorang bukannya cukup untuk dua or tiga tahun je..Mungkin akan mengambil masa seumur hidup untuk mengenali seseorang..So, buat pasangan kekasih yang kat luar tu, jangan lah curang yee, percaya dan jujur pada si dia, mesti korang akan dapat rasa betapa indahnya 'alam percintaan' tu..BUT!!!DON'T YOU EVER FORGET YOUR STUDIES OKE???..~

~Now about what???..New semester???Well, my new semester is awesome!!Cuma adatlah orang belajar..Kerja tue tetap lah menimbun..hee..So, lecturer pun aku dapat yang oke jugak..Ade yang mengajar agak laju pun ade..Tapi, well, I can still understand about it..huhuhu..~

~Oke lah..Tired..tata!!Love you~