CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, March 14, 2018

Tamat Belajar e-Pjj Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran Uitm Shah Alam

Assalamualaikum.

       Syukur Alhamdulillah, akhirnya tamat bergelar pelajar separuh masa di UiTM Shah Alam Januari 2018 itu hari. Blog ni sawang teruk sangat. Bagi korang yg mmg follow and baca pasal post² aku tentang e-PJJ ni aku ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga, rupanya terlalu lama tak update blog ni.

      Lega nya rasa bila dh abes exam last paper hari itu Tuhan saja yg tau. 5 tahun ulang alik shah alam-kajang tuk g belajar. Sungguh tak sangka dengan diri sendiri sebab mampu menempuh semua dugaan dan cabaran sebagai pelajar separuh masa, pekerja gomen di bahagian operasi, isteri kepada suami yang busy hari² dan mak kepada tiga anak serta tanggungjawab terhadap keluarga besar means mak dan adik bradik. Akhirnya.....

      Lepas ni nak berblogging semula lah.

#resultoverallatas3.0syukur
#e-pjjuitmshahalam
#tungguconvojeni

Wednesday, August 19, 2015

Cara Nak Mohon Cuti atau Tangguh Pengajian PJJ UiTM secara online

Assalamualaikum..

Hai kawan2 pjj semua.. dengarnya student baru pjj nk lapor diri 5 sept 2015 ni ekk? Selamat menjadi student dan geng pjj..hehe

Korang dh sem brape skang? Aku baru nk masuk sem 5 bulan 9/2015 ni.. sepatutnya sem 6 dh..tp aku tangguh pengajian satu semester..kenapa? Sbb pregnant anak no 3.. tgk schedulle final exam sama tarikh due date daa..jd xnak amek risiko kena g exam time dlm pntg aku pun buat keputusan tangguhkan 1 sem..

Sebenarnye kita boleh mohon cuti khas ni jika ade sebab2 yg munasabah..cthnya mcm kes aku ni la kan.. cara2 nya adalah pergi ke website ined..download borang cuti khas..pastu send through email kepada pegawai ined..diorg akan  reply kelulusan kepada korang nnti..owh lecehnye cara ni kan?

Jangan risau sebab utk cuti khas pelajar degree pjj uitm sebenarnya korang bleh mohon online terus.. click sini
http://iis.ined.uitm.edu.my/
Mudah kan??

Lepas dpt kelulusan ni pulak untuk yang dapat tajaan atau pinjaman silalah maklumkan kepada pihak memberi tajaan atau pinjaman korang k.. jangan lupa pulak..

Bila dh cuti nk start class balik rasa mcm malas daaaa..hehe..tak boleh tak boleh! Jangan malas! Kuatkan semangat! Teruskan belajar smpai dpt segulung ijazah..gitu kann.. insyaAllah..

Ok semoga entry ni bermanfaat untuk kawan2 yang nak mohon cuti khas..

*notakaki-arini beday aku yg ke-31.. hehe

Monday, January 27, 2014

Program Pinjaman Boleh Ubah (PBU) dan Program Yuran Pengajian Secara Separuh Masa Kepada Penjawat Awam

Assalamualaikum..

Lama xupdate pasal belajar.. korang, aku baru je habes semester 2.. last final exam paper 16 Jan hari tu.. sekarang tgh tunggu result yg akan kluar 14 Feb nanti..sangat bedebar sebab biasalah siti suhana ni mmg suke na balajar last minit..sila jangan contohi ya..

Kali ni tetibe terfikir nk update pasal PBU ngan Program Yuran Pengajian Secara Separuh Masa. Program ni adalah khas untuk penjawat awam maksudnya kepada pelajar separuh masa yang sedang berkhidmat dengan kerajaan. Pihak kerajaan offer PBU atau Program Yuran Pengajian Secara Separuh Masa untuk membantu dari segi kewangan iaitu bayaran yuran pengajian.

PBU ni adalah Pinjaman Boleh Ubah dimana kita perlu membayar semula jumlah wang yang kita pinjam tapi bak kata kawan2 aku bukan bayar semua sebab tu nama dia boleh ubah.. cara bayaran balik adalah bergantung pada result peperiksaan kita pada tahun akhir nanti. Aku pun xpasti tentang PBU ni..cuma maklumat lanjut korang bleh layari website e-silav2 ni.. Kalau rasa sesak nk settlekan yuran sendiri mohon lah PBU ni..insyaallah ringan sket beban.. dan aku dengar bayaran balik pun lebih murah dari PTPTN, maaflah fakta tk strong sebab tk pernah pinjam PTPTN..hehe...

Dan lagi satu yang pasal Program Yuran Pengajian Secara Separuh Masa ni pulak adalah seperti tajaan..maknanya xperlu bayar semula semuanya ditanggung oleh kerajaan. Pihak JPA akan berurusan dengan pihak Universiti dan bayarkan semua yuran pengajian kita valid sehingga 60 bulan pengajian kalau untuk ijazah sarjana muda, 36 bulan untuk ijazah sarjana(Master) dan 60 bulan bagi kedoktoran (PHD, semua yuran akan ditanggung,kecuali untuk wang hemat diri/insurans/yuran konvo/ sewa jubah/ yuran kemudahan Universiti/ yuran alumni/ denda yg kita kena (semua ni tidak termasuk dalam tanggungan ye)


Ade beberapa syarat yang kita perlu patuh kalau kita nk mohon yang Yuran Pengajian Secara Separuh Masa ni seperti tidak boleh tanggung pengajian kecuali sakit kronik saja dan kena hantar result setiap semester kepada JPA. Tapi kan ni bukan mcm tajaan untuk full time student tu tau yg dpt duit belanja tu.. Tajaan ni hanya bayar yuran pengajian sahaja ye.

Tapi kan untuk mohon kedua2 ni kita perlu tau adakah course yang kita ambil tu diiktiraf atau pun tidak..itu kita bleh check kat SINI. Kalau diiktiraf maknanya layak untuk memohon, lau tidak mmg xboleh mohon sebab kawan aku xdpt sebab course nye tidak diiktiraf. Biasanya semua course e-PJJ kt Uitm Shah Alam diiktiraf kot..yg bnyk dengar xiktiraf ialah PJJ ngan UTM yg melalui Space tu..kena check dulu yekk..

Kalau nak tau bila tarikh boleh mohon kedua-dua ni korang kenalah sentiasa rujuk website e-silav2 nih. Aku dah buat dan mohon dua2 ni..dan Alhamdulilah aku telah berjaya dalam permohonan yang tajaan tuh.. cuma skrg tgh tunggu surat tawaran tetap untuk urusan dengan pihak bendahari Uitm..rasa lega sangat.. tapi xsure la result setiap semester tu ade effect ngan program ini atau tak.. lau ade kena usaha lebih la untuk jaga result.

Ok lah entry ni dibuat untuk sesiapa yg xtau yg JPA ade sediakan dua kemudahan ni. Kena rajin2 carik hehe..So sila mohon sebelum terlewat. Doakan aku supaya result sem 2 ni okey ekk.. TQ..

Sekian. Wassalam.


Pameran 100 Gadget Rahsia Doraemon di Viva Home,Kuala Lumpur Malaysia!

Assalamualaikum..

Korang minat doraemon tak? Lau minat sila lah pergi melawat ke pameran 100 gadget rahsia doraemon yang sedang berlangsung di Shopping Complex Viva Home kat Jalan Loke Yew sana.. Aku syorkan untuk pergi sebab pameran ni sgt best..

Ini infonya :

                Pameran :100 Doraemon Secret Gadgets Expo 
           Tarikh :14 Dec hingga 23 March 2014
           Tempat di VIVA EXPO HALL, Viva Home 
           Harga Tiket:Ticket Dewasa RM 25 + RM3 (caj tambahan)/
            Kanak2 RM 15 + RM 3 juga
           Warga Emas atas 60 thn free/Kanak2 bawah    
    90cm Free

Selain terdapat 100 bijik doraemon dengan pelbagai gadgetnya seperti cermin mata ajaib/ lampu aladin ajaib/ tuala ajaib/ roti matematik dan sebagainya, juga ade props yang sangat best untuk bergambar.. serious sangat best! Contohnya gambar ni..

Pintu Suka Hati! Hehe..

Kalau ingat balik cerita doraemon kan, ade  ade taman diorg slalu main petang2 tu kan..pastu pentas yg giant slalu nk wat konsert dia tp xde sape nk dengar..hehe..pastu lau main bola lisut tu mesti akan pecahkan cermin pakcik jiran kt padang tu kan..pastu kena hambat..lau merajuk duk dalam gelung..semua bende ni ade kat pameran tu seolah2 kita berada di situ..cewahh..

Girlfriend doraemon kan tu atas bumbung tu..

nampak tak shizuka kt belakang tu..

Pakcik yg slalu marah sebab cermin umah dia slalu pecah.haha
ha kan kena tutup telinge giant nyanyi xsedap..kui kui

Banyak lagi spot manarik yang ade..mmg kena pergi sendiri la if nk rasa kebesttannye..heheh..jom layan gambar lain lagi..

ni kat pintu masuk





akhirnya nobita kawen dengan shizuka :)

taraaaa..hehe

cikgu tgh nasihat nih..auni dengar baik2 ye..

with Hana! its my belakang name too..suHana..haha.. adik giant ni..



lampu mengecil

ini sebahagian dari pameran ni..biasalah bila ade pameran mesti ade jualan kan.. n seperti biasa mestilah mahal2..hehe..tapi lau nk simpan sebagai kenangan boleh jugak..sila beli sila beli..

The Ticket!




belakang tu la viva home..kami pergi naik tren atau lrt namanya.. turun kar stesen Miharja..pastu jalan kaki sket naek jejantas ni then sampailah..cuma letih sket sebab kena naik tangga jejantas yang tinggi amat! Mengah..dr lrt Sungai Besi tiket sehala rm1 je pastu tukar tren kat chan sow lin naik ke Ampang dan turun kat Miharja k..senang amat.



bilik nobita!

ha ni ape takkan tak taw kann..hehee..telecopta..

anak dara nobita dan shizuka..minum shusu lagikkk hahah..

owhh sedeyy nyee..kakak auni turut sedeyy sama..kekekeke.. :)

street yang slalu diorg jalan kaki sembang2..itu Auni with Bang Adib

di depan rumah Nobita bersama mak ayah dia..

Giant! hohohoho


Eh gambar ni kan kat food court Viva Home tu yg bertemakan Penang State..



Itu saje buat masa ini..tiket boleh dibeli secara online di myticket.my ataupun di stesen minyak BHP terpilih. Aku beli di stesen minyak BHP sungai besi. Untuk maklumat lanjut boleh layari website ni 100 Doraemon.

Sekian dulu. Wassalam.






Tuesday, July 30, 2013

Cara pembelajaran secara e-PJJ di Uitm Shah Alam

Assalamualaikum semua..

Disebabkan result kemasukan sesi Sept 2013 e-Pjj di Uitm telah pun kluar pada 24.7.2013 ritu..bleh refer sini untuk semak result permohonan korang, jadinya aku nk share sedikit ilmu cara pembelajaran berdasarkan pengalaman semester satu aku yg dh lepas di Uitm Shah Alam..

Apabila kita telah rasmi menjadi student kita akan mendapat student ID dan of course student card. Jadinya sila hafal student ID korang.. hehe...korang perlu mendaftar di dua website utama iaitu Student Portal dan iClass Learning Management System.

Student portal tu untuk korang mendaftar subjek,tgk bill, tgk result, tgk informasi terkini dan sebagainya.

iClass pula untuk korang berinteraksi ngan pensyarah, kawan² student sekelas, hantar assignment, jawab soalan pensyarah dan sebagainya.

Ok 1st semester aku masih lagi belajar cara² membahagikan masa belajar, bekerja dan family time..

Cara belajar sebagai e-Pjj Student adalah korang hanya perlu attend kelas dimana, ade yang 5 kali seminar dan ada juga yang 7 kali seminar. Ini bermaksud korang kena attend class tuk satu² subjek tuk sama ada 5 kali atau 6 kali sahaja.

Bila nk attend class? 
 Hari AHAD 8.30 pagi - 6.15 petang 
(cuma kelas gantian je bergantung pada masa yg ditentukan oleh lecturer anda)

Class pulak hanya attend 2 kali sahaja sebulan bergantung pada subjek yang kita pilih. Siapa yg pilih lebih dari 4 subjek tuk satu semester kena lah datang setiap minggu sebab satu hari tu dikhaskan untuk 4 subjek saja. Kalau nk abes belajar cepat dan otak memang teror abes leh belajar banyak subjek silalah amek lebih dari 4 subjek..hehe.. lau tk silap max credit yg kita boleh ambil per semester adalah 15 cdt.. jadi maybe 5 subjek je la kot max leh amek.Terpulang pada masing² punya pilihan.

Macam aku sem satu ritu aku amek 4 subjek iaitu ADS410,MAT112,TITAS ngan CSC413 so total kredit hour adalah 11. Jadinya aku attend class 2 kali je sebulan. Pastu boleh pilih plak nk amek sesi I atau sesi II. Ni aku kasi contoh eh.

Sebulan ada 4 kali ahad kan? so ahad minggu 1 & 3 dikira sesi I, minggu 2 & 4 dikira sesi II. Jadinya kalau korang pilih Sesi I attend la class pada Ahad minggu 1 & 3 sahaja.. begitulah sebaliknya.. paham tak? Actually class tak wajib pun hadir, cuma kalau tak pergi maybe akan terlepas info² penting, tak de group tuk wat assignment, xdpt hint soalan final dan lain² lagi.. Bagi aku class matematik atau akaun memang wajib la tuk attend sebab mane la taw nk belajar sndiri kannn..susah kot!

So masa 1st class  biasanya lecturer akan mulakan dengan bagi peratusan markah cthnya Final 60%, assignment + group presentation + project +iclass participation+ quiz+ test = 40 %.. kita juga perlu buat group..kalau kita xdatang jenuh la nk cari group sebab kita tak knal pun classmate kita sape..pastu nk tunggu jumpa plak lagi 2 minggu lagi so agak payah disitu..lau tknak ketinggalan jgn lah skip class.

Walaupun class tk wajib attend tapi kalau time tu dia buat quiz atau test tk ke rugi lau tak attend kan? tapi biasanya lec akan beritahu awal² apa plan setiap seminar yang kita akan attend tu. So jgn risau..lau tk dapat dtg time kena anta assingment still boleh pass kat member mntk tolong antar..tak pun pos je..

So kalau korang tertanya² cemane nk belajar lau attend class tak wajib kan? Caranya camni.. setiap subjek kita perlu ade modul atau lebih senang cakap buku teks la..so dari modul itulah kita akan belajar..masa class lec pun akan go through the modul tapi sangat laju hokey..kawan² senior pesan sebelum nk attend class baca dulu beberapa bab supaya tk blur dalam class.. tgk modul tu ade berapa Bab kalau ade 15 bab pastu class plak ade 5 kali jadi setiap kali sebelum attend class baca lah 5 bab dulu..giteww taw..

Lagi satu cara untuk belajar juga adalah throuh iclass yang aku suh daftar mula² tadi..kat situ korang leh tanya ape² je soalan sama ada kat lec atau classmate.. bagi aku iclass macam satu chatroom sebenarnya..so chatlah! Kalau lec bagi soalan through iclass korang kena jawab..so dicadangkan buka iclass dua kali sehari..satu kali pagi satu kali malam untuk tgk ape yg terkini..kadang² class cancel pun lec akan inform dalam iclass okey..

Dan cara seterusnya adalah kumpul notes dari senior² atau print past year final paper question bleh klik sini. Soalan past year sangat membantu hokey terutama subjek math.Rajin² lah baca buku jgn tunggu nak final sebab takut tk sempat..Macam aku..Haha.. Next week maybe kluar result sem 1 aku.. tapi tkmo gitau maluuuu..hihihi... 

Sebagai mak kepada dua org dak tecik jadinya aku akan curi masa buat assigmnet atau belajar kat opis time rehat atau time xde keje ataupun tgh malam pas anak² tido.. Itu lah pengorbanan if nk sambung balajar smbil bekerja.. lagi satu banyak knduri kawen kawan² dan sedara mara tk dapat nk hadir sebab kena attend class..Masak pun sabtu je la..hari bekerja sgt penat..lega suami memahami..Hope sume ni berbaloi dan ada hikmahnya..InsyaAllah..Doakan aku pass ehh final exam ritu.. 

Kepada korang yang dh dapat sambung belajar tu harap sentiasalah bersemangat eh..Congratulations!! Elakkan stress sebab terkadang aku pun hampir stress juga.

Tq sudi baca. Adios.. Assalamualaikum..






Wednesday, June 5, 2013

Fun time at Kid'z Paradise,The Mines!

Assalamualaikum... 

Banyak kali dh setiap kali pegi the mines si Auni nmpk poster kidz paradise ni n dia mintak nk pergi.. rezeki Auni la sebab hari ni terbuka hati mak ayah dia ni nk bawak..mahal kot..hehe.. harga masuk rm25 lau weekdays, rm38 weekend n public holiday... kat dalam ni wajib pakai stoking, pastu korang yg temankan budak2 pun wajib pakai stoking..lau x bawak bleh beli kt sini rm4! mahal kannn... so jgn lupe bawak stoking lau nk jimat. 

Reason kenapa kena pakai stoking maybe sebab tknk kotorkan tempat ni kowt..

Kat sini ade baby room, ade tempat parents melepak.. sila bawa smartphone atau gadget anda sbb ade free wifi jugaks.. lau haus atau lapar ade jual air n nugget tapi harganya mahal ler.. boleh kluar pstu masuk balik selagi tk tanggalkan tag yg diorg pasang tu..

Tempat ni terletak di Level 4 the mines.. sama level ngan bowling..diorg bleh tolong jaga anak kita tapi kalau tk ramai org je baru boleh.. ade locker berkunci jugak tuk simpan beg dsb.

Ape yg special tempat ni adalah pasir buatan..memang syokkk..tak kotor pun..serious dan selamat..
Korang memang patut bawak anak2 dtg sini sebab anak2 aku sgt enjoy! Jom layan gambar.. 

                                    


     

                                

                               

                                

                      

                   

                    

                   

                                



                               


                                

Sekian dulu... :)
 
 








  


Monday, June 3, 2013

3 hari 2 malam di Penang (Pelbagai Tempat Menarik)


Assalamualaikum..

Rindunya kat blog ni.. sebab lama xposting.. diriku telah mengabaikan blog ni kerana diriku begitu sibuk sekali sehingga xde masa nk update.. bila ade masa je aku pilih untuk tido! Terukkan..

Ok untuk entry kali ni nak beri info sambil ceritakan pengalaman aku semasa cuti² di dalam Malaysia iaitu Pulau Pinang. Yeayy! This is my first time dalam seumur hidup aku pegi Pulau Pinang okey.. hehe.. so aku dh lalu tau Jambatan Pulau Pinang tu..



Percutian kali ni boleh kira macam percutian keluarga bersama femali mertuaku. Cuma femali abg ipar aku terpaksa cancel last minute kerana ade kematian. But its okey nanti kita plan lagi k. Kami memilih Hydro Hotel kat Penang tu sebagai tempat bermalam. Facilities bagus, bilik bagus best dan besar, ade swimming pool, dekat ngan pantai batu feringgi, breakfast sedap,ade bilik iron,ade gym percuma, ade bilik untuk main xbox percuma jugak,cuma lam bilik air xde paip kat jamban..ade bilik yang ade so kena request la k. Kami booking bilik ni kat Agoda. So Agoda boleh dipercayai tau.

Banyak jugak tempat menarik kat Penang tau..cube google..hehe.. tapi xesempat nk pergi ke semua tempat.
Antara tempat yang kami pergi adalah of course wajib lalu kat Jambatan Pulau Pinang kan, Padang Kota(Fort Cornwallis + Makan Pasembor + naik beca), Rumah Kelahiran P.Ramlee,Bukit Bendera, Batu Feringgi Night Market, Masjid Terapung Pulau Pinang, Nasi Kandar Beratur, Ikan Bakar Kg Telok Tempoyak, Masjid Kapitan Keling dan the best part adalah pergi amek gambar kat Penang Art Street (terdapat wall painting yang cantik² dan ada cerita tersendiri).Last day kami pergi melawat pakcik saudara di Kepala batas dan dia bawak kami melawat MARDI..best ok banyak sawah padi. Akan ku ceritakan satu² tentang tempat yang kami lawati ni tau..
Jangan bosan ok..best tau aku nk cite ni.. :)

Padang Kota

Kat sini terdapat kubu pertahanan semasa zaman Francis Light iaitu Fort Cornwallis. Bayar RM2 pastu masukla.Senang je..hehe.. korang dpt tgk rumah api, meriam lama, kubu, tempat simpan peluru dan sebagainya. Ok betul ini adalah tempat bersejarah. Macam lawatan budak skolah tapi i like it very much okey!

Lepas penat melawat situ, silalah naik beca dan bayar RM 6 untuk dibawa ke kedai makan yg popular disitu untuk makan rojak pasembor(RM26 sepinggan ikut ape yg korang amek)/kerang bakar (RM 13 sepinggan)/cendol/laksa dan macam² lagi. Makan tepi pntai..duduk² je terus ramai orang kedai dtg tnya nk makan ape..hua hua hua.. ko duduk 2 orang pun, tukang amek order adalah dalam 5-6 orang kejar meja ko nk tnya ko nk makan ape tau..scary kejap..haha..eh kalau nk jalan kaki pun boleh sebab dekat aje kedai ni korang leh jalan² tepi pntai tu tk rasa penat pun.







Francis Light












pasembor!




Batu Feringgi Night Market

Kat sini best okey..tempatnya lebih kurang cam Downtown kat KL ni la..tawar selagi boleh tuk dpt harga murah tu je tips kalau korang nk barang tu la. Lama jugak kitorg round situ smpai lenguh kaki weii.. Ok wajib pegi eh. Cuci mata pun boleh.

Bukit Bendera atau Penang Hill

Huhuiii aku sgt teruja pegi sini sebab kena naik train untuk smpai ke puncak bukit bendera tu..menarik sgt tapi lau ade roller coaster aku pilih roller coaster laju sket..haha..naik tren slow. Biasa naik cable car cam kat langkawi tu kan tapi ni lain sket kena naik train..unik! Untuk Harga tiket train bukit bendera aku senaraikan kat bawah ni :
 






tropong bayaq singgit hehe





tiket train bukit bendera

with mak mertuaku


auni lukis inai


pandangan dari dalam train menurun bukit..awesome!



kami semua pakai baju One Piece from Uniqlo!


P/S : Pilih tempat duduk di coach depan sekali semasa naik atau turun untuk lebih pengalaman mengujakan! Ini Serious.. hehe.. kami dapat coach depan masa turun.

Kat atas bukit bendera tu akan ade tempat untuk posing², boleh teropong satu penang bayar rm 1 kt teropong tu, ade owl muzeum(kami xmasuk), ade tempat bergambar ngan ular(kami tk begambo haha), ade tempat lukis inai kat tangan (Auni buat) dan ade tempat makan! Ni penting..hihi.. Jangan lupa makan laksa ngan kue teow goreng kat atas ni memang kaw kaw punya sedap smpai bila taip ni air liur aku meleleh tringat. Sedapnyaaa tolonggg.. bukan ngidam. Full Stop.

Rumah Kelahiran P.Ramlee

Lagi satu tempat bersejarah. Best datang la sini at least boleh baca tentang realiti kehidupan seorang seniman negara. Sapa minat P.Ramlee angkat tangan? saya.. sayaa! Rumah ni betul tetapi telah dialihkan dari kawasan sebenar.. best woo rumah lama ni..rasa tenang jiwa duk sini.. ade gmbr² beliau, katil mak pak beliau,dapur beliau, ruang tamu beliau dan lain².. Sebelah rumah ni ade muzium P.Ramlee..kat sini banyak cerita sejarah hidup beliau,gambar femali beliau. dan ada jual memorable souvenir lau korang berminat cam baju dan VCD lagu². Sila datang.





Jamban kt belakang umah p.ramlee..klasik..haha



Penang Art Street

Kat sini kami pergi lepas sembahyang kat Masjid Kapitan Keling setelah makan Nasi Kandar Beratur. Art street ni adalah mural atau lukisan dinding oleh artist nama dia Ernest Zacharevic yang melukis kengkonon kehidupan backstreet kat penang ni. Style tau lukisan dia. Mural ni bukan kat satu tempat yang sama tau.. lau korang nk cari mural ni guna nama jalan. Cth nya nk cari lukisan budak naik basikal korang cari Lebuh Armenian nanti jumpe lah.GPS amat membantu ok.Nak tau nama jalan yg terdapat mural ni pegi website ni.. Camtu tau caranya.. Lagi satu cara korang leh sewa basikal pastu kayuh² la kat bandar tu n cari semua mural tu pastu begambo la ape lagi! Kami kan bawak budak tecik so tkleh nk menyewa basikal..naik kereta je cari pastu jumpe berhenti je tepi jalan lari² amek gambo pastu lari² masuk keta balik..hihi..


masjid kapitan keling


nasi kandar beratur..teh ais terbaikk!




nak jugakss..

poyoo..hehe


aira


auni







Lain² tempat aku tk perlu cerita detail sgt rasanya, cam masjid terapung tu cari kat pantai batu feringgi akan jumpa, ikan bakar telok tempoyak tu antara tmpr makan femes kat sana tapi bagi aku biasa² je mcam makan kt muara ikan bakar Melaka tu lagi best kot. n pasal melawat MARDI tu aku cite kat next entry lah.
Sekian dulu.. semoga kita semua bersemangat melancong dalam negara kita sendiri! Adioss..

Wassalam.