Salam
Dah berhabuk blog ni..seius bersawang...:(
Insya Allah kali ni nak bercerita tentang sesuatu yang agak meronta jiwa sendiri . Amat pedih untuk digambarkan dengan kata-kata. Namun saya terasa ingin berkongsi dengan semua.
Insan yang dekat dengan saya telah pergi meninggalkan kami sekeluarga, iaitu ibu tercinta.
Sebuah kehilangan yang kita tidak bersedia dan mungkin tak terduga juga.
Namun, kita sebagai hamba yang lemah harus akur dengan ketentuan Ilahi. Segalanya milik Allah.Sesuatu yang Allah pinjamnkan untuk kita, bila tiba masanya, Allah akan ambil semula.Allahu...
Di sebalik kehilangan ini, tersembunyi hikmah yang besar..seriyus..
Pada penghujung Mei dan awal Jun , saya sempat pulang ke rumah. Pada masa tu, mak mengadu, dia dah bebrapa hari demam dan tak lalu makan. Maka, kami bagi padanol.Tapi dalam masa sama , hati memang tk sedap sebab emak tkde la pernah demam lama. Paksa mak gi jumpa Dr tapi dia asyik mengelak. Sampailah bila hari ahad petang 2/6/2014.Mak mintak kakak bawak balik dia dan abah ke sungai petani.
Abah memang perlukan penjagaan rapi sbb stroke. Selama 9 bulan ni memang mak yang susah payah jaga abah, tapi kami hanya sempat balik hujung2 minggu. Kondisi abah semakin ok, cuma masih belum boleh berjalan sampai sekarang.Boleh la sikit2 pakai tongkat.
Keadaan mak masih belum pulih.gejala tidak lalu makan tu masih berterusan.Abang sulung bawak ke hospital. Tapi masih tiada keputusan yang mantap bagi kami. Mak dalam keadaan tak larat berkeras nak dapatkan rawatan di Kedah,Kedah Medical Centre (KMC).
Walaupun tak sempat jaga mak masa ni dan memang tkde cuti sebab kelas, tapi setiap hari saya tk lupa kol emak dan memberi semangat untuk mak terus bersabar dan banyakkan berdoa.
Setelah check-up di KMC, dr suggest operation sbb hernia. Hernia adalah penyakit usus yang tidak kritikal.Boley terjadi jika kte yang pernah operation buat kerja-kerja berat.Jadinya, pada mulanya, emak sepatutnya operation khamis petang, tapi sebab de delay dari Dr, maka operation hari jumaat.
Usai operation, segalanya nampak ok. Dr pun, cakap cuma tunggu di HDU (high defensive unit) untuk prosedur biasa sebelum transfer ke wad. Gelagat mak memang macam biasa.Dia mintak saya jaga dia di wad tu,tapi tk boley sebab itu macam icu. Lalu pada suatu masa tu, hari selasa, setelah 3 hari, mak mula mintak nak makan bubur,tu pun makan sikit. Mak mula meracau pelik2 tapi saya masih tk dapat merasa ape2 walaupun hati ade rasa tk sedapnya.
Rabu tgh malam, dalm pukul 2 pagi, Dr kol dan bagitahu keadaan mak makin lemah kerana jantung dan peparu tetiba lemah. Dr minta semua ahli keluarga untuk turun. Kerisauan tahap maksimu..Allah..
Nafas dia turun naik, bergantung dengan 2 mesin oksigen.Tak sedarkn diri. Saya tak henti2 bacakan Yasin, Ajarkan mengucap, ingatkan nama Allah.
Walaupun pertama kali melakukan demikian, namun, tak terasa kekok kerana lebih risaukan mak...sangat2.
Petang rabu, keadaan mak makin stabil, dia boley bercakap, tapi sangat lemah, setiap orang yang datang, dia pandang bersungguh sungguh dengan wajah syahdu.
Kami ingat dia makin ok. Tapi dr suggest makan guna tiub sebab mungkin lemah kerana tak makan sangat. Abang juga ada tandatangan borang yang tk membenarkn fully suppotr by machine jika something yang teruk terjadi pada mak.
Khamis 19/6,pagi tu, tghr tu, Dr suggest kami bawak balik mak atas alasan tiada lagi rawatan boley diberi.Segala kemungkinan perlu bersedia. Kami lihat emak sangat bergantung dengan mesin, tiada langsung respo pergerakan, suara, walaupuns edikit gerak mata. Keadaanya amat kritikal. Bawak balik dengan ambulans dengan bantuan mesin Oksigen. Pada masa tu, Allah je yang tahu apa yang bermain di fikiran,Sudah takde daya lagi untuk berharap. Melainkan Allah sahaja tempat bergantung dan mengharap
Kami bawa balik ke rumah adik mak, Pak Tam. Allahu... 10 minit sahaja di bawa balik. Nafas mak berhenti. Malaikat maut datang menjemput. Tangisan tak dapat di tahan, mujur ada yang mengingatkan bahawa kalau sayang, kena redha.
Khamis petang, malam Jumaat. Lepas solat Jumaat, mak dikebumikan di tanah perkuburan Taman Uda, Alor Star, memang nak balik berubat di Kedah sebab nak jumpa semua keluarga, sebab nak balik semula ke Kedah.
Satu perasaan lega yang amat bila dia telah dikebumikan. Moga mak tenang di sana dan ditempatkan bersama para solehin :-)
p/s : Sedih tu tak dapat nak hindar, sebab dia tak ada bulan 8 nanti, majlis walimah saya. Allah kuatkan diriku!!
Sungguh, aku sentiasa doa agar aku dapat bertemu mak di Jannah-Nya kelak..
Al-Jumua'h :8
Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka
sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan
dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata,
lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan".