Tuesday, May 7, 2013

Tetiba je..


Post sikit gambar kucing aku ni.. Dah la hitam, degil plak tuh. Kerusi sikit punya besar, kat atas arm rest tu jugak nak tido.. hihi..

Eh.. eh.. Tetiba kan post pasal kucing? lama tak memblog.. pemalas sungguh rasanya nak menaip. (padahal memang bukan ada talent pon nak menulis) haha.. 

Thursday, March 7, 2013

Hi 2013.. Saya ketinggalan

Berzaman aku tinggalkan blog ni.. Sekarang ni masuk bulan Mac dah pun.. Cepat betul masa berlalu.. hampir ketinggalan aku ni..

Alasan kukuh tak kukuh aku adalah seperti biasa.. sibuk dengan kerja.. ish.. macam tak ada life lain langsung kan?

Azam tahun 2013 ni.. aku nak simpan duit sebanyak mungkin.. Dalam pada itu, tentunya, nak bayar hutang aku.. (macam banyak sgt) haha.. tapi itu la.. aku rasa kepuasan belanja duit gaji yang ada untuk 'Enjoy' bila ada hutang berkepok sangat la tak best.. 

Lagipun taknak menjadi beban kepada waris jika aku pergi dulu.. (x salah pun ingat mati kan?)

Apa jadi kat aku sekarang ni ye?

Aktiviti gembira menggunakan oven, periuk, kuali, dapur terpaksa dihentikan buat masa ni sebab kami dah gemok! hooohooii stress bangat ni bila fikir.. 

Aktiviti bersukan pun terpaksa dikurangkan (maka lagi gemok la aku) sebab sakit pinggul makin menjadi - jadi dan sakit tu merebak seluruh kaki.. Hurm.. 

Tapi takpe, ini semua dugaan kecil je.. nanti bila sihat dan bajet kurus sikit.. aku start balik semua aktiviti itu.. hehe

Moga - moga tahun 2013 baik - baik saje untuk kita semua.. :) 

Friday, December 28, 2012

Jom! Wayang: Here Comes The Boom

Haha.. This is a must-watch movie guys!



Seriously.. lama tak gelak kuat.. Hah kau! sampai ter-Oppss aku dalam panggung tu bila tiba - tiba boleh dengar gelak sendiri.. lalalala~

As usual, when comes to movie part.. Mr.ildaf akan decide movie apa nak tengok.. Aku cuma akan bagitahu jenis movie apa yang aku nak tengok.. seperti contoh: "saya nak tengok movie yang kelakar, romantic-comedy atau cartoon.. yang tak heavy" Hehe.. 

So, sama la dengan cerita ni.. Abis movie tu baru aku tanya.. "Apa tajuk movie ni ya??" Hahaha.. 

Ok, ni sipnosis cerita sikit.. 

"Cerita ni mengisahkan cikgu biologi, Scott Voss yang mengambil keputusan untuk menjadi ahli gusti  sambilan. Semuanya bermula bila Scott Voss mencadangkan agar mereka mengumpul duit bagi menyelesaikan masalah kewangan sekolah itu dan menyelamatkan kawannya, Marty dari kehilangan kerja sebagai cikgu muzik"

Pelakon: Kevin James sebagai Scott Voss, Henry Winkler sebagai Marty dan Salma Hayek sebagai Bella


Marty 

Scene Salma Hayek & Kevin James - Dislocated Shoulder

Well.. Well.. bila tengok review di cinemaonline.com.my.. si pengkritik itu cuma bagi 3 bintang sajork! Tapi.. Tapi.. Aku rasa sesuai lah bintang yang diberi dengan plot penceritaannya.. Ringkas, ringan dan boleh agak akhir cerita jadi apa.. 

Awal 10 minit cerita mungkin agak tak kelakar.. Tapi bila da sampai masa Scott Voss tu training gusti.. Wahaha.. memang banyak yang lawak..!

Untuk sesiapa yang stress dan pengemar cerita comedy.. Mesti boleh layan movie ni tanpa ada sebarang negative comment.. aku recommend! Hehehe.. 


Wednesday, December 26, 2012

Jom! Wayang: The Hobbit An-unexpected Journey

Aku & mr.Ildaf sudah tonton The Hobbit! hehe

Aku tgk cerita ni pun sebab mr.Ildaf yang nak tengok.. Mr.ildaf memang pengikut tegar cerita Lord of the Rings (LOTR).. Aku tak tengok LOTR kat wayang.. so tak mampu nak fokus tengok LOTR ni kat TV.. confirm tido! hehe..

Ni review movie Hobbit.. Of course, ini bukan cerita sambungan kepada LOTR ya! 

"Kisah dia bermula bila Hobbit yang bernama Bilbo Baggins mula berjumpa dengan Gandalf dan 13 orang kerdil. Bilbo Baggins ambil keputusan untuk ikut pengembaraan menolong orang kerdil dapatkan semula Erebor;Gunung orang kerdil yang sekarang didiami oleh seekor naga.  Dalam movie ni juga, ada part cerita macam mana Bilbo Baggins boleh dapat cincin keramat tu dan berjumpa dengan Smegol"

Bilbo Baggins masa muda

Gandalf
Overall cerita.. aku suka scene Bilbo Baggins jumpa Smegol dalam gua.. Karakter Smegol memang jelas dalam Hobbit.. Scene Gunung batu bergaduh pun best.. Cool! Dan view set filem Hobbit  yang digunakan memang Cantik sgt!!

Smegol 

Komen aku:

1st.. Movie ni hampir 3 jam ok! So, korang jangan nak berangan minum air macam setahun tak minum masa tengok movie ni.. Sebab movie ni tak ada sesi 'Intermission' macam movie hindustan ok! haha..

2nd.. pada korang - korang yang tak follow movie LOTR.. tak payah lah nak confuse sangat.. Movie ni boleh je nak tengok kalau tak ikut LOTR.. Ada lagi dua epsiod nak complete.. So, jalan cerita masih panjang.. So, ok la kan kalau nak anggap macam movie baru kan?? kan? hehe...

In fact, movie ni adalah penceritaan semula Bilbo Baggins pasal pengembaraan dia.. secara tak langsung macam cerita Intro LOTR :) Tak ada apa nak confuse sangat pun.. =P

Aku dapat rasa, Hobbit pun boleh jadi macam LOTR satu hari nanti.. rugi la kalo tak tengok kat wayang.. tengok DVD tak feel.. hehe.. sila - sila pergi tonton movie ni.. :)


p/s: tak sabar nak tunggu The Hobbit: The Desolution of Smaug 2013 :)

Monday, December 24, 2012

1st Anniversary - Cik Nila & Mr.Ildaf

Hoho.. Alhamdulillah.. 

Dah setahun aku jadi wife orang.. iHihi.. Sedar tak sedar je.. Memang cepat masa berlalu.. Time flies fast bak kata org putih! hehe.. and of course! im getting older and will officially masuk 3 series 30hb ni.. 

Oh ya! 1st anniversary kami = simple - simple je.. :) 

Tapi mr.ildaf buat surprise yang aku tak pernah jangka dalam life aku pun.. :) Ye la, mana nak sangka dia buat macam tu.. Masa cintan cintun dulu takde pun nak berbunga - bunga ni? ni cerita benar ni!



Glamer la sekejap kat office.. bila ada delivery bunga & coklat.. bising bila front desk call, cakap ada delivery.. pastu bukannya call aku.. call extension Anis pulak.. lagi la... haha.. Tapi happy juga dengan budak-budak office ni yang memang almost all the time riang ria ribena memeriahkan keadaan.. hehe

To mr.ildaf.. Thanks for the surprise! really appreciate it.. Seumur hidup ni.. memang tak sangka ada la yang sudi nak kasi delivery bunga.. :)

To mr.Ildaf.. Mekasih awk! saya ni seorang pemalu orangnya!! hanya mampu tersengih - sengih kambing je bila dapat bunga! :) Seboleh - boleh control emosi excited tu masa kat opis.. hihihi.. 

Apa - apapun.. Moga kita sentiasa diperluaskan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan sentiasa sabar untuk menjadi pelengkap kekurangan & kelebihan masing - masing untuk hari yang akan datang.. :) 

love you! :)