Saturday, December 8, 2012

Penangan Cinta Buta.

have you ever heard the phrase "Love Is Blind?"



most people have. this must means that it is a belief of many. dalam masyarakat melayu pulak dialog ulangan drama tv swasa berbayar atau tidak berbayar yang selalu dilafazkan selain dari "Cinta Itu Buta" ialah "Cinta Itu Subjektif blaaa blaaa blaaaa blaaaa...... well frankly speaking sampai sekarang aku tak pernah paham apa maksud Cinta Itu Subjektif...bunyi ayat macam sophisticated gilaa..tapi makna...satu patah pun aku tak paham. yang aku ingat dulu-dulu masa aku dalam darjah 3 Oren cikgu BM ada bagitau yang kata subjektif tu maksudnya kata sifat. jadi adakah cinta itu sifat? errrr.....


whatever the answer is, you dont have to think about it as aku pun tak berminat nak bukak slot Suria Cinta kat sini. yang aku nak cerita ni ni pasal kecintaan aku terhadap karya Ramlee Awang Murshid. yaaa it is a novel actually. aku still ingat lagi first novel Ramlee yang aku baca ialah A.D.A.M dalam tahun 2009. sebelum ni aku memang dah penah dengar nama Ramlee tapi tah jadi macam tak berminat nak baca novel karya orang lelaki ni. satu hari tu dalam cuti semester tah macam mana aku boleh terpinjam kat library novel A.D.A.M ni. kira nya macam nak test drive gitewww.


baca punya baca rasa macam eh..gilalahhh penovel ni. tahap imaginasi dia tu memang buleh buat airmata turun seguni kot. dari situ aku mula cari novel-novel Ramlee yang lain...setakat ni aku boleh buat conclusion yang Ramlee Awang Murshid memang dewa imaginasi! nangesss teresak-esaklah kalau buleh khatam semua novel-novel dia.



half novel Ramlee yang ada ngan aku sekarang. few more ada kat sp.
dalam banyak-banyk ni aku suka gila ngan Fiksyen 302..seriusly tercabar otak bila baca


ni adalah mangsa akibat terlepas pandang. dah berjuta taun beli tapi terlupa nak baca.
dok elok lagi dalam plastic wrap.


sekarang ni pun ada lagi novel-novel Ramlee yang aku tak beli lagi. cita-cita aku tahun 2013 ni nak pastikan yang semuaaaaa koleksi Ramlee dah ada dalam genggaman aku...and it's a promise!


lepas aku kena penangan cinta buta Ramlee ni aku terus tinggal semua novel-novel air mata. bagi aku mencabar otak lagi kalau baca novel Ramlee. Dia punya perasaan suspen teruja tu..memang tak boleh blah ahhh..pernah sekali tu sebab takjub sangat dengan Fiksyen 302 sampai aku termimpi-mimpi siapa psiko yang sebenar...perghhh


dan kalau korang perasaan, yang Ramlee ni selalu guna nama tempat-tempat kat Sabah kan..sebab Ramlee kan orang Sabah. dengan baca novel Ramlee ni ja dah trigger aku punya minat nak teroka Sabah. Insyaallah satu hari nanti kalau ada masa lapang kita teroka Sabah sama-sama ok #honeybumbum =)


-THE END-



TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Wednesday, December 5, 2012

Boss Pakai Skirt Goncang Iman!

Assalamualaikum.


Aku tak pasti mana datangnya penyakit salah sebut nama yang aku hidapi lately ni. sedangkan dalam menaip pun aku mampu nak typo ini kan pulak masa tengah cakap secara live..memang peluang untuk tersalah sebut perkataan atau nama orang tu berada ditahap kritikal lah..ayam betui!


sejak 3 bulan yang lalu, lidah aku ni memang dah terbiasa bertasbih menyebut nama kak Yanie kalau nak buat apa-apa benda pun. bayangkanlah kalau nak pegi toilet pun aku laung nama kak Yanie, nak pegi berak pun aku laung nama kak Yanie..nak pegi merendek pun sebut nama kak Yanie..duit,henpon tertinggal pun aku kol kak Yanie bla bla bla bla...pun kak Yanie..pendek kata everything la semua aku refer kak Yanie...takde la sampai aku nak buat karangan 350 patah perkataan kat sini. as if kalau korang paham kak Yanie tu dah jadi satu item yang sangat penting kat aku sejak 3 bulan yang lepas..


since aku balik dari ILSAS itu hari, aku dapat tau yang kak Yanie dah ditpindahkan dok kat opis tingkat 2. perghhh macam halilintar kot bila dapat tau benda ni. aku ni dah la jenis kalau nak buat kerja pun memang tunggu arahan kak Yanie jeww dah kalau dia takde sapa pulak nak monitor aku? nak tak nak aku nekad laa tetiap pagi pegi opis bila tak tau nak buat keja konfirm aku ulang alik tingkat 2 tu. mujor la opis aku pun kat tingkat 3 ja..in case lift rosak aku terjun ikot tangga pun sampai jugak kat Kak Yanie...


tuu kak Yanie yang bertentang dengan aku..aiseh tersama pulak gaya posing kiteww yewww


ok ni team Planning & Construction half je nih ada lagi tapi muat nak masuk frame kann hakhakhak. btw abaikan budak yang tak sama gaya ngan orang lain tuh..tak paham arahan betul la dia tu..puihh.


so tadi when my boss which is seorang lelaki tulen dok sembang-sembang ngan aku sambil bagi task yang patut aku buat..tah macam mana aku boleh tersalah sebut nama dia. aiseyymennn cerita dia macam ni, aku nak suruh boss tu ulang balik apa yang dia cakap..dengan lancarnya aku pun berkata " errr benda tadi tu untuk cover area SPU kan kak Yanie kan?" time ni aku dah gigit lidah dah alamakkk jemmm aku panggil dia kak Yanie pulak dah!!! tapi aku tak sempat pun nak betulkan panggilan tu terus boss aku dari nak pegi amek file patah balik datang tepi aku. dengan slumber dia pun berkata " awat Reen, Reen nampak saya pakai skirt ka hari ni?" kah kah kah



Kan.




TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Monday, December 3, 2012

Mak Ngah Suka Pakai Baju Kurung, Ya Memang Aku Anak Sulung!


SIFAT ANAK SULUNG

1) ANAK MANJA EMAK ♥
Sebab apa-apa pun mesti dia
akan diutamakan oleh ibu.

2) ANAK DEGIL
Anak pertama dikatakan lebih
degil, keras kepala dan tidak
mendengar kata. Semua dia

aje yg betul. Dlm ramai-ramai
adik beradik dia aje yg betul.
Kemahuan dia kuat. Kalau
buat sesuatu sungguh-sungguh.
Kalau tak nak tu, tak nak lah
jawabnya, boleh dipujuk tapi
selalunya tak berapa jalan.

3) TAK PANDAI PUJUK
Memang anak no 1 ni dia tak
pandai pujuk makwe or pakwe
dia.

4) BERCINTA
Dia kalau bercinta, sangat
setia. Sanggup berkorban.

5) HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua
dipegang. Kalau hitam, hitam
lah kalau putih, putih lah. Degil
tak boleh toleransi.

6) HATI
Anak no 1 ni juga nampak aje
keras, tp hati dia lembut. Satu
lagi perangai dia tak boleh
ditegur.

7) BERDIKARI
Very independent. Memang
betul. Tp kalau terlebih
independent pun payah. Mudah
bergaul. Very take care.

8) ARAHAN
Anak no 1 ni juga dia payah nk
terima arahan. Dia lebih suka
buat hal sendiri pendek kata
tak boleh kerja ngan orang.

9) PEMAAF & CARING
Tidak dinafikan anak no 1 ni
pun pemaaf dan caring. Tapi
awas jangan bagi diorang
marah kalau diorang marah
faham je lah.


ok motifff sangat nak mengeshare benda-benda macam ni kan. biasaklah kekurangkan idea tapi disebabkan aku dengki takut #LelakiTanpaRahim mendahului aku dari segi mengupdate belog, maka dengan rasa megah tahap gaban aku pun decide nak buat post ni. 


actually aku dapat benda ni pun dari status memember kat fb. sekali baca tajuk post eh...apadehal aaaa tajuk cemni pun depa nak post...pastu skerol content dia tengok..eh eh macam interesting...sekerol ke bawah lagi....eh eh ni macam best ja ni kalau kopipes...tah macam mana tup-tup aku tengok content semua tu dah tertempek kat sini..awwww bukan salah aku nahhh..kejadian berlaku dalam keadaan separa sedar..so kepada owner yang mengeshare status pasal Sifat Anak Sulung ni tadi..aku mohon izin naa share kat sini...heheh peace yoo!


sekadar maklumat tambahan, semua sifat-sifat yang disenaraikan kat atas tu memang sangat-sangat ada kat aku.   yerpp it's all in meh bebeh! dan yang terpaling aku setuju sekali ialah sifat degil ngan keras kepala tuh...puihhh aku taktau dah macam mana nak bagi lembut kepala aku ni...kalau ada orang juai jus penawar sotong, memang konfirm aku beli dulu.. mana tau kot minum ayaq sotong kepala buleh jadi lembut ka kann...dan paling tak buleh blah aku memang pantang gila ngan orang yang bangkang kemahuan aku. lagi orang kata tak boleh, lagi tu aku tunjuk keras kepala hotak batu aku...kadang-kadang it's okay untuk stick dengan kemahuan diri sendiri. but sometimes untuk stick dengan kemahuan sendiri pun kita kena jugak konsider keadaan sekeliling..benda ni laa yang tersangat aku tak boleh kontrol..huhuhu nak buat macam mana...dah fitrah semulajadi aku kot. 




bimbingi aku tolong... =)


setiap kita tak dilahirkan kedunia dengan keadaan yang sempurna..dan berpegang dengan prinsip itulah maka aku pun cuba dari hari ke hari untuk memperbaiki diri. kadang ada terkhilaf dalam perlakuan tanpa aku sedar, aku mohon agar dikejutkan aku, dibimbingi aku ke jalan yang benar...dan semoga Allah sentiasa merahmati kehidupan kita semua.



#esok suppose turn aku bermorning talk kat unit aku, tapi disebabkan esok selasa makanya kenselll la morning talk aku..tapi aku dah bajet  nak deliver tajuk Pekerja Cemerlang..tapiii tapiii tapiii disebabkan aku punn bukan tergolong dalam kumpulan pekerja cemerlang maka aku kensel jugak tajuk tu...nowww tengah browse cari tajuk yang seswaaiii...any aideya guyss?


TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Sunday, December 2, 2012

Keranamu #LelakiTanpaRahim

Assalamualaikum and hello youlls!



awww rasa macam mimpi sangat sebab hari ni boleh termenaip enteri baru...makna kata terupdate lah jugak belog al-mashoor ni setelah sepulohjutaribu taun tiada prkhabaran....awwww lepas ni ai rasa macam nak update entry selalu lahhh kalau Lelaki Tanpa Rahim nak update seminggu sekali, ai pulak lepas ni berikrar akan update setiap sejam sekali..baru laa orang kateww blogger tegar kannn #muluherot..so bloggers yang konon-pemes-ames-bajet-banyak-followers teww mohon untuk bersiap siaga naaahhh.



sebenarnya jugak antara salah satu sebab terupdate entry ni pon sebab aku rasa terancam. terancam sangat dengan kemunculan semula Lelaki Tanpa Rahim ke alam blog setelah menghilangkan diri selama lebih 4562893 ribu tahun. aku takot nanti beliau bakal memberikan saingan sengit kepada Ju yang sekarang ni macam berusaha nak mengambil alih tempat Hamis Jamalikha menjadi yang terpaling pemes dalam enjin pencarian gugel tahun lepas. semoga Ju mampu bertahan dengan segala serangan daripada Lelaki Tanpa Rahim lepas ni.


ohh lupakan sebentar soal Lelaki Tanpa Rahim dan Ju yang dah memang glamer dengan kelaserannya itu. fokus kan pembacaan anda kepada isi-isi penting yang bakal saya utarakan selepas ini. first of all, saya mohon ampun dan maaf sebab dah lama gila belog ni terbiar dan terusang tanpa sebarang entry. dan disini saya ingin tekankan kepada followers semua untuk feel free to unfollow this blog. It's okay kalau nak unfollow pun sebab it wont leave me anything bad. takda effect pun actually.I dont have much time to blog as you may noticed if you follow me actively. so dari mengundang rasa ketidakpuasan di hati kalian mohon lah untuk unfollow belog ini secara suka rela naah #makandalam



tapiii tapiii tapiiii kalau #bffbloggers yang unfollow ai, iteww memang mengundang perang usus dalaman secara besar-besaran lah. kepada mereka theres no exception nahh...ai bagi peluang ni kat orang-orang lain jeww. and fyi orang-orang yang baca entry-entry ai ni adalah terhad kepada orang-orang yang mashoor. so kalau rasa diri tak berapa nak mashoor mohon mashoorkan diri anda dulu yeww..jangan nak ngade sangat tiru trademark we olss ehh...tak seswaaaii tauuu!




ok i think sampai takat ni je la malas nak karang ayat panjang-panjang..sebelum depa trace typo aku baik kita cabut dulu noh...emmmmm seyes rindu sama ummi, mama, bonda, ibu, mak, papa, dedeyh ngan abah! rindu nak laga-laga perut, nak seksersais segala usus dalam perut ni...dah lama depa tak bergegaq awwww

















awuuummm motipppp sangat tempek gambaq-gambaq camniiii....mowhorn mewmaharmy!





TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Thursday, April 19, 2012

Kenapa?

benda yang selama 5 tahun aku rahsia dari pengetahuan umum ni betul-betul dah kacau fikiran aku sekarang. makin lama aku rasa makin parah. 5 tahun aku handle sorang-sorang. aku selalu make sure tak kan ada orang bangkitkan benda ni selagi aku tak cakap papa. tapi sekarang dah lain, aku rasa tak secure sangat sebab ada yang dah tau. aku tau dia nak bantu aku keluar dari masalah ni. tapi aku la pulak..tengah doubt sama ada nak ngaku atau tak sebelum ni. serius aku terganggu gila. aku selalu pikiaq benda ni bila time aku free masa kat tempat keja. sampai tadi ada cikgu teguq aku..nampak aku termenung, tak macam masa mula-mula aku sampai sekolah tu..hinggaq. dan tadi aku rasa aku dah ada keputusan. Insyaallah aku harap keputusan aku ni betul. doakan semua nya baik-baik belaka.
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Thursday, March 22, 2012

Ikan Bakar Ikan Kukus, Aku Memang Kena Kurus!

al kisahnya pada suatu malam nan indah sewaktu di bulan febriwari tatkala bulan tidak mentampakkan dirinya aku dan dia duduk-duduk sambil mengeshare lappy..memasing sibuk nak tunjuk itu dan ini kat dalam fb. al maklumlah dah lama tak jumpak opkos la banyak yang perlu disharekan. sampai la satu ketika tatkala dia membrowsekan semua wall photosnya. jarinya terhenti pada satu gambar yang sangat nostalgia. nostalgia kerana pada sekeping gambar itu terdapat cerita bahagia di dalamnya. aku curiga. dalam banyak-banyak gambar kenapa gambar itu yang dipilihnya?..dalam banyak-banyak manusia dalam gambar tu jari nya hanya di point kan ke arah aku. aku yang dulu.. komennya ringkas dan padat tapi terbakar jugak la kalori aku yang mendengar ni. tiba-tiba ja aku rasa seperti ada semangat baru..dan tiba-tiba jugak aku rasa seperti terjaga dari tidur yang sangat panjang...alamak ayat dah masuk ayat novel ni...choiii...okay mesti semua nak tau gambar apa kan..let me share this pic...




nak tau dia komen apa time tengok pic ni... tengok ni your peha..it's so small. perghh perghhh dalam hati..as-sabarul minal iman ja la..haha tapi kena tima kasih kat dia jugak aaa kalau dia tak komen macam tu sampai la pon aku macam tak kesah sangat la about my weight ni. well kat picture tu siap stated tarikh and time..and this picture was taken at Kuala Perlis.


lepas tengok gambar ni aku rasa terus berkobar-kobar nak get in shape balik. i have to work out..very hard la nampaknya.. i dun care about foods anymore. tu la padahnya dulu ikutkan hati sangat..putus harapan nak hidup la..putus asa dengan diri sendiri la..putus kasih la..putus harapan laa sangat depressed kot time tu. kena pulak aku ni emotional eater..padah aaa...semua aku hadap. paling best lagi time tu aku dah balik dok kat Penang ni..tahu ja la kan Penang ni syurga makanan...mana-mana pegi pon kompom ada makanan sedap-sedap. kononya dulu ni..nak balas dendam aaaa makan semua makanan yang aku tak penah dapat kat Perlis.and now aku dapat laa natijahnya sebab makan sangat. seingat aku dah setahun lebih jugak aaa aku tanggung berat badan berlebihan ni.


tak kesah la macam mana pun. janji aku dah ada kesedaran nak kurus balik. petua aku mudah ja no more nasik. aku memang dah ditakdirkan tak buleh makan nasik gamaknya. dulu time aku giat berdiet memang aku tak makan nasik langung. makanya aku guna pakai balik aaa formula yang sama tapi ada add on sikit..kena aa heksersais..jogging, aerobik,skipping,buat senaman ringan. pada masa yang sama kurangkan makan..seriuss aku memang kurang makan dah.. i only eat fruits especially green apple and plain water, tengah hari secawan nestum tu pon aku bancuh cair supaya tak rasa manis langsung....yerksss memang nak muntah aaa menu yang aku modified ni..tapi nak buat macam mana terpaksa aaa Beauty is PAIN you know.







and last but not least aku jadikan diri aku sendiri yang dulu laa sebagai pembakar semangat. moga-moga terbakar la segala lemak-lemak yang ada ni...aminnn!


#let me share ada sorang ni dia jadi pembakar semangat aku jugak..nak tengok cita succes macam mana dia buleh kurus boleh klik Diane Sera perghh gilaaa kot budak ni work out..cita terbaru dia nak flat kan perut dia lak in 3month..so gud luck girl!
TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA

Thursday, March 1, 2012

Vanilla Muffin Yang Sumpah Senang Giler Nak Buat.

holaaa guys..it's been a long time since i wrote anything here aite..sumtimes ada jugak keinginan nak update tapi macam tu lah bila bukak ja blogger draf terus rasa macam blank, blur, pening pala hilang pedoman seminit..last-last give up terus malas nak update..sian belog aku kan..ni kalau manusia dah lama orang pangil rangka hidup gamaknya..


aku tak paham la lately ni suka sangat nak bake sumthing..baru minggu lepas aku bakaq kek..hari ni rasa macam nak bakaq lagi. tapi takmau la buat kek dah..muak haihh nanak pulak kek cokelat..sumpah aku dah tak boleh hadam. makanya tengah hari tadi tatkala kesorangan melayan perasaan, tiba-tiba ja datang idea nak buat muffin ala-ala kenny rogers. sepantas kilat aku bukak buku resepi..cehh buku resepi kan..desa sangat!


mula-mula ingat nak pegi kedai bekeri beli cup untuk muffin..yolah kata nak buat ala-ala kenny rogers kan..haruslah cup tu kena besaq. lepas tu rasa malas la pulak sebab aku tengok kat umah ni ada lagi cup yang lama..pakai yang tu sudah lah..bahan nak buat muffin tu pon aku pakai bahan-bahan terbuang ajeww hak hak hak..ala bahan yang lebih masa buat cokelat moist minggu lepas punya laaaa. ok the truth, aku malas nak drive pi kedai bekeri..malas amat sebab terpaksa tempuh terefik light yang sangat terrific..T_____T



THE RECIPE




 VANILLA MUFFIN 


BAHAN-BAHAN

  • 8 tbsp mentega/majerin/butter -dicairkan (sayer guna butter)
  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula
  • 2 cawan susu segar (sayer guna susu cair)
  • 4 tbsp baking powder
  • 1 tsp garam
  • 2 biji telur
  • 1 tbsp esen vanilla

CARA-CARA

  1. Gaulkan semua bahan hingga sebati
  2. Isikan adunan tadi dalam cup muffin
  3. Bakar selama 20 minit pada suhu 180 ikot masing-masing punya oven okay

#boleh campur ngan coklat chip atau kepingan badam kalau nak kasi dramatik la..kalau nak buat koboi macam aku punya pon okay..tarak hal.


tadi ADAM ada tanya apesal muffin ni kembang, tembam, tinggi semacam..ha ni la rahsianya..isi sampai penuh cup dengan harapan muffin ni akan naik setinggi-tinggi alam..kan dah cakap nak buat kenny rogers style kan..=)


yaaa caturan menjadi..muffin berjaya membesar dengan subur..tatkala ini si pembuat muffin tersenyum sampai ke telinga


lihat laaa doniaaaa!! erhhh macam apom senyum punya rupa kan.








See senang kan step nak buat muffin ni. bahan pon tak banyak guna dan yang paling best muffin ni memang cepat la kalau nak buat kot-kot la ampa ada terima tetamu tak diundang ka lapaq ditengah malam ka..buleh la try resepi ni. kalau nak cerita bab rasa muffin ni aku suggest ampa try pi beli muffin yang kat Kenny Rogers tu..pastu sendiri buat comparison...baru tau meletop ke tak Vanilla Muffin ni..so guys takan tengok ja kot..sila la cuba...=)




TENKS FOR READING


LIKE ITU MAKSUDNYA SUKA