Sunday, December 19, 2010

Thursday, December 16, 2010

I'm no good ;)

Here we go again bloggers, buat julung kalinya, aku mengecap diri sebagai 'Pemalas Update Blog' dan ianya benar terbukti kerana aku memang malas. Dan kerana aku malas, aku telah mendelete laman sesawang burung aku because You Know I'm No Good ;) Tak tahan lah nak tengok update orang pasal kehidupan, banyak yang memedihkan dari reality sebenar. Dan apa yang aku boleh simpulkan disini, pengalaman banyak mengajar, 'Experience is the best teacher'. terkadang apa yang kita keluarkan tak mungkin kita akan dapat balik, dan kita juga tak boleh lah bersikap tertutup sangat bila orang cuba menasihati kita kerana kita semua khalifah DIA yang Esa, kita perlu menurut susun atur hidup yang ditentukan tetapi perlulah bijak memilih dan membuat keputusan ;)

Tuesday, November 30, 2010

Pemegang Diploma ;)

Tahniah buat semua kawankawan, inilah hasilnya untuk selepas tiga tahun ;)
TAHNIAH!

Monday, August 30, 2010

Rangsangan kali ke-21.

Tak terungkap dek katakata kerana tergamam mengenang kejadian ke 21 kali ini.
WOW! WOW! WOW!
AMAZINGGGG!!!Terima kasih sekalian, segalagalanya.
Gembira, takbur, ketawa, menangis, terharu,
segala gabungan,menjadikan saya berasa bangga lagi sekali sebab saya ada orang sekeliling yang AMAZING!Jealous enough?OHH please envy me baby ;)
Ai dah kata mereka AMAZING! Yo'lls tak percaya.

Tuesday, August 24, 2010

Wang RM3 isytihar MUFLIS?

Ikut hati nak minta macam ni dekat babah.

"Bah, nak RM600 duit deposit yang angah dulukan,
RM185 sewa rumah,
Dengan RM100 duit belanja,
Nanti babah bank in kan ae?"

Tapi fikirkan Aidilfitri bakal menjelma, matikan je lah niat tuh.

Jadi sayonara Nokia5530 ;(
Saya sayang awak, tapi keaadaan memaksa.
Maaf.

Apa yang aku belajar?
Aku dah habis jimat sejimat jimatnya.
Sumpah aku tak pernah sekat belanja aku sebegini rupa,
Tapi sumpah aku kena sekat belanja aku!

Apa yang aku belajar?
Aku belajar sesuatu tentang mendahulukan anakanak lebih dari saudara.
Jadi besok lusa bila aku punya zuriat,
Aku akan sentiasa mengingati diri aku supaya kebajikan anakanak aku
lagi penting dari saudara (jauh).
PALAT!
Ikut hati mahu teriak,
Tapi apakan daya,
Aku tetap hambaNya.

Apa yang aku belajar?
Aku belajar jadi lebih disiplin dari sedia kala,
Aku tolak nafsu kuda beli itu ini jauhjauh,

OHH oke aku beli air kelapa RM3.50 dekat bazaar tadi!

Sunday, August 15, 2010

Kesekian kalinya,

Hati ini terpaut pada yang satu ni,
Dia penghibur hati patik,
Penyanyi tersohor di negara hati patik,
Pelawak termasyur di daerah hati patik,
Pemegang kelelakian terulung di taman hati patik,
Dia,
Harap kalian tahu,
Kami berperasaan tinggi sesama kami,
Dia,
Pelakon patik paling tak ternilai harganya,
Maknanya?
Dia istimewa tiada pengganti,
Patik,
Sayang dia segenap hati patik.

Kisah Si Ungka ;)

Sumpah binatang ini chomel.
Dulu aku nak beruk tak pun kera, atau monyet, tapi kali ini hati terpaut pada si chomel Ungka!
Dia punya manja, tarik tangan aku nak hisap jari aku.
Bile kene gelak, nangis!
Pemalu yang teramat, aduhhh.
Suka melekat pulak tuh!Aisyhh! Itu buat hati goyang tertawan tu!
Ohh kalau dapat, sumpah seronok!
Sesiapa nak kasi tak?


Oke! Ini dia siap pose oke nak bergambar! How cute is that?!