Goodreads Challenge 2017

September 07, 2017



Salam.
Akhirnya berjaya tamatkan 50 buku dalam masa 9 bulan! ada baki lagi 3 bulan ni, dapat baca lagi 20 buku pun bagus ni :D





Antara buku buku yang terkesan dan menghiburkan aku sepanjang 9 bulan ni,

1) Kafka On The Shore oleh Haruki Murakami
2) Fahrenheit 451 oleh Ray Bradbury
3) Yasmin How You Know oleh Orked Ahmad
3) Buku buku dari Ridhwan Saidi (im officially his fan now)
4) Bibir Ceri Melati dan Seksi Ovari oleh Fazlena Hishamuddiin
5) Sabtu Bersama Bapak oleh Aditya Mulya
6) Gantung oleh Nadia Khan
7) Buku buku dari Kasie West :P

Kalau rajin aku ulas satu satu, buat masa ni tak rajin :D

family

Bercuti ke Langkawi #Part 2

July 07, 2017

Salam,

Memandangkan aktiviti hari kedua bermula di Dataran Lang, kami decided untuk bersarapan di Jeti Kuah. Pagi tu langit sangat biru dan panas omg. kalau amik gambar pun mata automatik kenyit sebelah.

 tiga beranak.
ibuku sayang.
jambatan ke dataran lang bersebelahan jeti kuah.
 abah, addin & aamal.

addin yang pandai pakai selfie stick T___T"
orang lain beriya nak amik angle dengan helang tak menjadi, tup tup dia yang dapat. Syabasssss
can do lah

 ummi, aamal, ibu dan abah.
 sebelum shopping sekali lagi di Kompleks HIG, kami singgah makan dulu di Ahmad Pasembo. Ni suggestion dari internet dan ada orang teringin sangat makan pasembo (read: my husband). rasa dia? so so je. tapi sebelah gerai tu ada jual air mangga. sedap.
bolehlah kan bu? buat isi perut je.
habis shopping, kami singgah pula ke idaman suri, langkawi saga dan Hig lama sebelum singgah ke laundy coin dan pekena laksa ikan sekoq yang hampeh. kiranya hari kedua ni memang lunch hampeh sikitlah tapi semua orang tak berapa kisah sangat asalkan perut terisi. 

lepas settle basuh keringkan baju, aku cadangkan ke Oriental Village yang terletak di kaki gunung machincang. perjalanan dari kuah ke sana lebih kurang 40minit sebab kami ikut jalan ayer hangat. sampai sana lebih kurang pukul 3.30 petang.

 susaana lepas hujan. sejuk dan berkabus. kami yang dewasa dewasa ni mampu tengok je lah orang naik cable car, macam tak sesuai pulak kalau angkut budak2 kenit ni naik atasa sana. tunggu besar sikit, nanti kita datang sini lagi.
orang tak ramai sebab hari tu hari isnin. cuba kalau pi hujung minggu / musim cuti sekolah?

dan rupanya dekat sini harga tshirt jauh lebih murah dari pekan kuah, design pun cantik. berbaloi sangat.
 tak masuk pun tempat ni sebab ummi berjaya pujuk addin pi tempat lain, iaitu....
 ke sini!
tak planning pun nak masuk tempat ni. tapi alang alang dah sampai dan tak tau nak buat apa, enjoy je la. harga tiket boleh combo dengan macam macam aktiviti yang ada dekat oriental village ni. tapi untuk harga tempat ni sahaja rm30 dewasa dan rm20 kanak kanak (yang 2 orang kenit lagi tu percuma je).
ambik gambar banyak tapi banyak lagi gambar yang blur dan bergerak gerak, sebab budak budak kecik tu excited lain macam dalam ni termasuk aamal pun. 
tak kelakar ke ni? sibuknya angkut adik dia ke hulur ke hilir T___T"

keluar dari 3d Art Langkawi lebih kurang pukul 6.45, rasa rugi pulak datang sini lewat petang, tak sempat nak pusing kedai kedai dekat situ. Sampai di Mes pun dah maghrib, lepas rehat dan mandi, kami keluar mencari makan malam di area pantai cenang. happening sangat area ni, rasa macam dekat Kuta, Bali. 
bil aku cadangkan makan malam disini.
aku tak expect apa apa pun sebab lunch tadi pun hampeh?

lepas ibu dan ijai pilih hidupan2 laut dan style masak, kami pun duduk lepak around 15minit, makanan pun tiba. sikit demi sikit sampai, lama lama penuh meja! satu menu buat 2 pinggan. kalau orang lain tengok pun pelik sebab kami 8 orang je. aku budget dalam rm200-300 sebab seafood kan. jadi bila ijai bayar, dia suruh aku teka total price for dinner just now. teka punya teka semua salah. harga makanan tadi kurang dari RM100...exact total price adalah RM 73ringgit. hahahah i die! gila sangat ni. ada masa nanti aku letak gambar makanan malam tu. sampai sekarang kami masih lagi tak percaya. ye la kot2 salah kira ka apa ka. tapi tidak! silalah ke sini, hopefully harga tak berubah lah. 

Sesampai Mes, kami terus kemas beg dan susun apa yang patut. seperti yang dijangka oleh bil, kami kena beli tambahan beg lagi, sebabnya tak cukup ruang dah nak tempatkan segala mak nenek coklat dan barang barang lain. Jadi keesokan paginya, lepas check out, kami terus shopping kali terakhir beli beg dan coklat lagi. hahahahah! memandangkan flight balik pukul 3.30 petang, kami sepakat untuk makan tengahari berdekatan dengan airport. misi mencari laksa ikan sekoq yang famous area situ. malangnye, gerai tutup. tapi jangan khuatir, ada banyak lagi gerai tepi jalan tu. menu kami tengahari tu, pasembo, laksa ikan sekoq, kepak ayam dan cendol. terbaik kaw kaw! pasembo dan kepak ayam tu i bagi standing ovation lagi ok. sedap gila.

 kepak ayam datang lambat sikit. pasembo tu nampak biasa tapi cucur udang dia tu beyonddd amazing. sedap wei. terliur kalau teringatkan kesedapan cucuq itu.
excited nampak pasir. 



memang pantang nampak pasir. lambat sikit je tengok, aamal dah selamat makan pasir. 
Aamal dan abah.

lepas makan, kami terus bergerak ke airport, dan tunggu lebih kurang sejam lebih untuk boarding. sampai klia 2 dalam pukul 4.30 petang dan selamat sampai ke rumah dalam pukul 7 malam. lambat sampai sebab menunaikan permintaan anak anak yang macam macam T___T. sekian.

family

Bercuti ke Langkawi #part 1

July 07, 2017

Salam.

Selepas 3 minggu balik dari Taiwan, aku dan kali ni bersama famili bercuti ke Langkawi. Kali pertama sampai sini dulu tak puas explore sebab tak planning nak tidur pulau, sempat ke Gunung Machincang dan jalan jalan sekitar Oriental Village je. Planning nak bercuti ni dah lama, tapi asyik tak jadi sebab ada je benda yang menghalang, makanya kali ni aku dengan Dila nekadlah! kitorang berdua je susun strategi beli tiket dan tarikh apa semua orang kena bercuti :D

Kami beli tiket flight 2 bulan sebelum. few times jugak terlepas promotion. Lastly, dapatlah harga best dan tarikh/hari yang odd untuk terbang (KUL ahad 7.30 pagi--> LGK selasa 3.30petang).

Kereta sewa dan tempat penginapan settled by Bil. Dia dapat sewa Avanza dalam RM150 sehari, muatlah 5 dewasa 3 kanak kanak beserta 3 luggages. ngam ngam. owner kereta ni pun sempoi je parking dan letak kunci dekat tayar T___T dia kata senang lagipun dia rushing ada meeting sekolah. aku rasa kami tak jumpa owner tu pun sepanjang 3 hari kat sana, sebab transaction duit sewa pun online, nak balik ke KL pun adik ipar aku letak balik kunci kat tayar. hahahah selamba +___+


Addin dan momen kali pertama menaiki kapal terbang.
excited kejap je, lepas tu tanya bila nak sampai. (tolong urutkan kepala ummi aamallll)

sementara menunggu BIl ambil kereta. 
Aktiviti pertama pada hari pertama, wajib pergi bersarapan di Nasi Dagang Pak Malau. lebih kurang 10-15minit je dari airport.
berhenti kejap ambil pemandangan selepas hujan.suasana sangat mistikal. kabus dan sejuk.
 cuaca dah mula cerah.
picture perfect sangat tempat ni <3 br="">


Gerai Pak Malau ni memang jual nasi dagang sahaja dan beberapa pilihan lauk. untuk aku, aku ambil kerutup daging, memang terbaik sangat. patutlah ramai suggest tempat ni. masa aku sampai tu dalam pukul 9, tak crowded lagi. just nice je. dengan laparnye, sejuknye, makan sedap pekena pulak dengan teh tarik. tak ke begitu nyaman sekali percutian kali ini :D hahahha! exaggerate sangat. i know :P 

 dari airport langkawi ke Mes Polis.
 sepanjang 3 hari 2 malam kami menginap disini. MES Polis, Pantai Pasir Hitam, Langkawi. memang jimatlah kalau duduk sini kan? tapi dalam banyak banyak rumah tu rupanya 4 buah rumah je boleh guna sebab yang lain  dah reput dan rosak T___T" 
sedikit scarylah sebab kami 2 keluarga je dekat situ. 
masuk rumah memang aku bukak semua tingkap pintu lampu kipas, nak bagi masuk cahaya dan angin. budget scarylah malam malam nanti kan. tapi bila malam menjelma, rasa selesa sangat tido, aman aman je. hahahha!
ye la untuk orang yang senang kena macam aku ni, memang selalu berjaga jaga, kalau aku rasa tempat tu okay, maka oklah ia. :D 
polis yang jaga tempat tu kata, tahun depan chalet ni nak construct baru dan rate memang takkan dapat harga yang sama dahlah lepas ni. (semalam (5/7/17) dapat berita pakcik polis ni kena strok bulan puasa lepas, syafakallah.) 

lepas rehatkan badan kejap,bil suggested kami ke pekan kuah terus. planning nak window shopping dulu, takda maknanya. masuk HIG (haji ismail group) terus rambang mata! lagi lagi orang yang kata tak nak shopping tu --- read: my husband! dia orang pertama kaut coklat. mula mula kami terjah HIG lama, lepas tu terus ke Kompleks HIG (5 minit je dari kedai lama). semua orang excited sampai lupa nak ambil gambar T___T" dan anak anak pun boleh tahan behave.
 dari pekan kuah ke Mes polis
Dari Ms polis ke Tanjung Rhu 7 minit je naik kereta. aku memang sangat recommend tempat ni sebab pantai dia sangat landai dan cantik dari pantai cenang.




Addin dan Aamal sekarang memang pantang nampak air laut. memang confirm nak basahkan kaki, kalau boleh nak mandi terus. Akhirnya dapat juga pantai pasir yang putih, mengidam sangat masa pregnantkan Aamal dulu.T___T terharu.

Kami sampai sini lebih kurang pukul 5.30 petang, alang alang makan malam sekali dekat restoran thai sini. harga biasa je. tapi paling sedap dan sangat inspired mak aku masak menu dia sampai ke hari ini adalah siakap stim limau depa tu. Mula mula sampai sini ingatkan kedai baru bukak, rupanya kedai tu dari pukul 9 pagi mula operasi, jadi dalam pukul 7 petang nak tutup dah. kalau bukak sampai ke malam memang tak logik sebab jalan nak masuk kesini jalan kecik je, kiri kanan penuh pokok rhu dan paya. kiranya kalau waktu malam memang gelap habislah kecuali jalan yang menuju ke arah resort tanjung rhu.

Malam tu, Dila satu famili pindah masuk chalet kami sebab rumah yang diorang dapat tu macam macam rosak. nasib baik chalet ni ada 2 bilik. ruang tamu pun boleh tahan besar juga.kiranya siapa nak angkut dan tido tilam saiz queen pun bolehhhh. (kami lah tu, sebab malam kedua, aircond dan lampu bilik rosak T___T"). 

sambung hari kedua dan ketiga...

company trip

Melancong ke Taiwan! #part 2

May 12, 2017

*orang korea tidaklah se-friendly yang kita nampak dalam kaca tv.*
......................................................................................................................................................................................

Hari ketiga pun jadual sangat padat. pagi tu kami mula dengan kedai jual batu fengshui. sebenarnya malas nak amik port pasal benda ni, tapi dah depa bawak, kita follow je la dengar master fengshui tu bebel T___T" dan dalam ramai ramai tu, sorang ja colleague aku beli :D MD dengan director aku pun keluar senyap senyap melepaskan diri tak mau beli.

sejam jugak dekat sana. which is aku rasa eloklah diorang skip tour tempat ni sebab tempat kedua yang kami nak pi selepas tu, perjalanan lebih dari satu jam. dengan traffik waktu cuti so almost dua jam jugak baru sampai Yehliu Geopark.

rajin pulak sis nak tunjuk peta :D
 singgah makan tengahari dekat restoran seafood hujung tu. perut memang tengah lapar, maka, licin lagi 1 mangkuk nasi.

oiishiiiiiii :D

dah gerak gerak macam tu nak makan ke tak? makanlah! sedap ye abalone tu. yums! tapi kesianlah si izumi tu tak makan, geli sebab waitress tu tiba tiba datang mengejut letak depan dia. lol!
dari kedai makan ke pintu masuk Yehliu Geopark lebih kurang dalam 10minit jalan kaki jaraknya. tempat ni sesak dengan local people dan tourist.
caphy chan and i




Yehliu Geopark ni sebenarnye famous dengan formasi batu batu bentuk yang pelbagai. paling famous queen's head. tapi aku nampak bentuk tu lebih kepada kepala nefertiti :D atau kepala yuna (lariiiiiiiiiiiiiiiiii, supermeng malaya yang kata) hahaahha! overall tempat ni okaylah. cantik dan bersih. security pun bagus. tapi ada lah set set yang dari tanah besar tu degil ye. orang kata jangan cross the red line, depa pi crossss jugak. dah tiup wisel banyak kali pun tak makan saman, buat dek je. kite rakyat malaysia ni bagus, civilized sikit perangai kalau pi tempat orang.

 Perjalanan diteruskan lagi ke Shifen Waterfall dan Shifen Old Street.

 
ramai pelancong korea rupanya kat taiwan ni. most of em sangat stylish. fashionista sangat chuols.
dari jambatan gantung ni, kami jalan lebih kurang 15 minit ke arah air terjun. on the way tu jumpa foodcourt, macam macam makanan depa jual, kopi pun ada, tapi takpalah no thank you.
 telur dadar je pun, tapi time lapar benda ni pun nampak oh so sedap :D
tadaaa dah sampai pun. ni lah Shifen waterfall yang famous kat taiwan. sebenarnya ada deck dengan view yang lagi best tapi sebab aku ikut pintu lain, tu yang dapat view macam ni. kalau nak tengok view cantik boleh ke blog supermeng malaya. Dari Shifen waterfall, kami naik bas lagi ke Shifen Old Street untuk nyalakan wishing lantern. ikut sejarah sebenarnya fungsi lantern ni untuk hantar mesej, tapi sekarang depa commercialized kan untuk tulis wishes pulak. layan je.
lepas dah tulis wishes dekat empat surface lantern tu, kami kena berdiri tengah landasan keretapi untuk nyalakan api dan lepaskan bersama sama.
 layan je la konsepnye. lagipun tempat ni cantik nak amik gambar. tapi memang crowded. masa nak nyalakan api tu kena hati hati sikit, perhati orang tepi tepi kita. sebab kalau ada angin kencang, lantern tu terbang tak stabil. naya je kalau terserkup kepala. hari tu sikit lagi colleagues aku nak kena dengan group sebelah. lantern diorang hangus sebelum wishes diorang terbang. kesian.
 kami punya terbang dengan cantiknya :D
babai lantern, taktaula wishes kami ni tersangkut kat mana nanti :D
 group foto lagi selepas berjaya terbangkan lantern tanpa sebarang masalah.
 suasana di Shifen Old Street.
Hampir sejam di sana, kami menuju pula ke Jiufen Old Street. dan aku tak sangka tempat ni sangat tinggi. rasa macam tinggi lagi dari genting highland. view pun best.
jarak dari shifen ke jiufen. 
sebelum sampai ke atas, bas bas pelancongan kena parking di tengah tengah gunung, dari situ kami kena naik shuttle bas yang akan terus bawak ke atas.
 waktu kami sampai ni lebih kurang pukul 5.30 petang. kami ada masa lebih kurang 1 jam je untuk jalan jalan dekat sini. sempatlah jugak beli beberapa souvenirs dan makan dessert yang sedap!


sweet potato and taro balls.
salah satu view yang best. tak sempat nak tengok view yang jadi inspirasi untuk animasi Spirited Away by Hayao Miyazaki. Totoro (watak dari my neighbour totoro) product pun banyak dekat sini sebab depa sangat bangga dengan pakcik Miyazaki. sikit sebanyak jadikan Jiufen ni dikenali. 

lebih kurang pukul 630 petang, kami turun semula ke perhentian bas pelancongan dan terus  menuju balik ke Taipei. jarak Jiufen ke Taipei lebih kurang satu jam lebih. jadi untuk isi masa lapang dalam bas, tourist guide iaitu pakcik scott ajak semua berkaraoke. nok, sungguh sungguh dia menyanyi. bantai lagu mandarin dengan japanese. satu ja english song buat syarat T____T

Lebih kurang pukul 745 malam, kami sampai di Taipei dan terus ke restoran tak-ingat-nama. lepas makan, few colleagues dengan aku pakat untuk shopping di Ximending. lebih kurang 15minit jalan kaki dari hotel. sangat strategik tempat penginapan kali ni. aku suka jalan dekat taipei ni, kaki lima sangat lebar dan luas. rasa selamat pun ya. kat sini tak nampak pun orang langgar lampu merah. semua setia menanti lampu bertukar hijau, tak kisahla bas ke, kereta ke, atau penjalan kaki. disiplin jugakla.
Inilah dia Ximending. lebih kurang macam Shibuya. 
tempat ni automatically will turn us into shopaholic. like seriously. no joke. ada beberapa kedai kosmetik atau drugstore yang buka 24jam. tapi gerai gerai kecik paling lewat dia tutup dalam pukul 11malam.
 on the way balik ke hotel, kami singgah di Carrefour 24jam. kat sini saje shopping snacks yang takde kat malaysia.
balik dari sini, few colleagues sambung jalan jalan ke Eslite Bookstore pun 24 jam. mula mula aku planning nak ikut sekali tapi cancel last minute sebab rasa penat satu hari jalan sana sini. lagipun barang barang tak pack lagi masa tu. sampai hotel, rehat rehat kejap, pukul 3 pagi baru tido. 

hari terakhir dekat sini, aku tak turun sarapan pun. saja nak makan maggi yang aku bawak. which is, tak habis. ade dalam 4 cawan lagi, jadi tinggalkan je dalam hotel, lagipun luggage dah tak muat T___T"
kiosk halal. satu satunya yang ada dekat Taoyuan Airport Foodourt. 

sebenarnye senang nak dapat makanan halal yang ada certificate halal dekat taipei ni. google and download certain apps. kena yakin je la. kalau semua was was payah jugak tu. tapi macam aku ni pi dengan company, seboleh bolehnye mintak admin/hr/tourist guide checkkan kedai tu ada jual pork ke tidak. atau mana mana kedai pork free, aku tak amik pun ayam atau dagingnye. colleagues aku semua best sebab depa sangat concern pasal halal haram. even diorang tanyakan jenis minyak apa kedai pakai. syukur sangat dapat kawan macam diorang ni.

Flight kami sepatutnya berlepas dalam pukul 3.30 petang, delayed sampai 3.50 petang. sampai KLIA dalam pukul 830malam. alhamdulillah lega rasanya bila dah sampai tempat sendiri.

the end.