23 Apr 2025

Baca Cerita Rani di Kuil Bhagavati

Pengenalan

Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan) menjadi pelopor acara membaca teks cerpen/cerita/fiksyen di pentas menerusi acara “Baca Cerpen Kavyan” pada tahun 2003; serta tercatat dalam The Malaysia Book of Records. Pelbagai acara membaca teks diteruskan dari semasa ke semasa dengan kerjasama pelbagai pihak untuk memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.

Kumpulan cerita rakyat India berjudul Nari! Nari! mula-mula terbit pada 1995 dan diulang cetak pada 2000. Edisi baharu buku itu diterbitkan pada 2015 serta diulang cetak pada 2023 dan 2024 bagi memenuhi keperluan bahan bacaan bermutu dalam Bahasa Malaysia bagi Bangsa Malaysia. Buku berkenaan dijadikan teks Temasya Bahasa, misalnya di SK St. George Satu, Taiping (12 Oktober 2024), SJKT St. Theresa’s Convent, Taiping (12 April 2025), Dewan Kerian Sejahtera, Pejabat Pendidikan Daerah Kerian, Perak (16-17 April 2025), dan Pustaka Raja Tun Uda (22 April 2025).

 

Video Membaca Teks Rani di Kuil Bhagavati

Kumpulan cerita rakyat berjudul Rani di Kuil Bhagavati terbit pada Februari 2025 dan memuatkan enam cerita rakyat India yang sesuai bagi bacaan kanak-kanak, remaja, dan dewasa. Projek Baca Cerita Rani di Kuil Bhagavati dirancang bagi meneruskan usaha membudayakan amalan membaca serta membuka peluang kepada orang ramai membaca petikan cerita rakyat untuk tontonan umum. 

[Contoh Bacaan] [Contoh Bacaan] [Contoh Bacaan]

Video akan disunting dan didokumentasi di YouTube dengan harapan usaha ini mampu memberi inspirasi kepada lebih ramai individu/kumpulan untuk melakukan perkara seperti ini – sebagaimana Baca Cerpen Kavyan (2003) merintis kepada populariti acara baca cerpen Bahasa Malaysia di pentas. Usaha ini juga demi memperkenalkan cerita rakyat India dalam Bahasa Malaysia kepada masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

 

Panduan dan Gerak Kerja

1. Terbuka kepada kanak-kanak, remaja, belia, dewasa, dan warga emas.

2. Wajib boleh membaca dengan lancar.

3. Wajib boleh membaca tanpa gaya sebutan orang Inggeris.

4. Setiap peserta perlu membaca minimum dua halaman dan maksimum empat halaman.

5. Peserta wajib sudah memiliki buku Rani di Kuil Bhagavati [semak stok]

6. Peserta wajib memegang buku Rani di Kuil Bhagavati semasa rakaman bacaan; buku dapat dilihat dalam video.

7. Jangan lipat/gulung buku semasa memegangnya!

8. Jangan hafaz. Sebaliknya, baca dari buku.

9. Tidak semestinya mulakan cerpen dari awal. Boleh mulakan bacaan di mana-mana halaman yang paling anda suka.

10. Baca maksimum 4 halaman secara berurutan. Tidak boleh baca (contohnya) halaman 15, kemudian lompat ke halaman 22, kemudian halaman 36, dan halaman 39.

11. Jangan sebut tajuk cerita semasa rakaman.

12. Jangan perkenalkan diri semasa rakaman.

13. Jangan beri ucapan semasa rakaman.

14. Hanya perlu membaca petikan cerita. Itu sahaja. Titik.

15. Jangan ucap “terima kasih” selepas habis membaca.

16. Pastikan wajah peserta tidak tertutup atau terlindung.

17. Rakaman menggunakan telefon bimbit.

18. Rakaman mesti secara mendatar (horizontal) dan bukan secara menegak (vertical).

19. Apabila memulakan rakaman: Diam. Pandang kamera/telefon 10 saat. Barulah mula membaca petikan cerita.

20. Apabila menamatkan rakaman: Diam. Pandang kamera/telefon 10 saat. Barulah tekan butang tamat (stop). Jangan tergesa-gesa tekan stop.

21. Suara bacaan perlulah jelas. Tetapi jangan menjerit!

22. Baca dengan penuh gaya. Bukan seperti mahu pendengar tertidur!

23. Semasa membaca, sesekali cuba pandang kamera/telefon.

24. Jangan masukkan apa-apa kesan khas, muzik latar, sari kata, dan seumpamanya pada video.

25. Video yang siap perlu dihantar menerusi Telegram kepada Uthaya Sankar SB. Kiriman menerusi cara lain tidak dilayan.

26. Tarikh akhir mengirim video rakaman bacaan ialah 30 April 2025 (11:00 malam).

27. Setiap peserta hanya dibenarkan mengirim satu video rakaman bacaan. Permintaan untuk menggantikan video pertama dengan video baharu tidak dilayan. Maka, sila fikir semasak-masaknya sebelum mengirim hanya satu video rakaman bacaan.

28. Video akan disunting, digabung, dan dipaparkan di YouTube, selain dikongsi menerusi media sosial.

 

Pendaftaran Peserta

1. Kanak-kanak, remaja, belia, dewasa, dan warga emas boleh mengambil bahagian.

2. Untuk mendaftar, sila kirim (1) nama sebenar peserta, (2) nombor telefon, (3) tempat tinggal [bandar dan negeri], dan (4) halaman pilihan, ke WhatsApp 011-11411952 (Uthaya).

3. Tolong jangan mendaftar sebagai peserta jika anda tidak mampu mematuhi syarat dan panduan yang diberi.

4. Tolong jangan mendaftar sebagai peserta jika anda tidak mampu mengirim video rakaman sebelum tarikh tutup.

 

Pertanyaan

Hubungi WhatsApp 011-11411952 (Uthaya) selewat-lewatnya pada 28 April 2025 (11:00 malam) jika ada sebarang pertanyaan.

19 Apr 2025

Sindrom Subarrow di Utusan Malaysia

Pada 16 April 2025, saya berpeluang membaca rencana bertajuk “Patut mula dengan membaca buku” di Utusan Malaysia. Ia ditulis oleh seorang individu bernama N V Subarrow dan dikreditkan (pada hujung rencana) sebagai pegawai pendidikan kanan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

Tajuk dan topik yang menarik, tetapi membaca beberapa perenggan awal sudah cukup untuk menimbulkan keraguan dalam minda saya. Sebagai individu yang terlibat dalam bidang penulisan, membaca karya pelbagai bahasa, serta terlibat dalam usaha membimbing penulis pelbagai kaum sejak tahun 1990-an, saya dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada rencana berkenaan.

Selepas membaca sepenuhnya, maka saya memutuskan bahawa kecuali dapat dibuktikan sebaliknya, keseluruhan rencana itu pada asalnya ditulis dalam bahasa Tamil dan kemudian diterjemah secara langsung (direct translation) kepada Bahasa Malaysia. Kemungkinan besar, terjemahan langsung dibuat menggunakan Google Translate oleh Subarrow sendiri atau orang lain.

Frasa seperti “bagaikan paku di pokok” (மரத்தில் ஆணி போல), “diukur dengan hari dia hidup” (அவர் வாழ்ந்த நாட்களால் அளவிடப்படுகிறது), “hari-hari yang dia hidup” (அவர் வாழ்ந்த நாட்கள்), “berjalan di jalan yang betul” (சரியான பாதையில் நடப்பது), dan “membaca adalah yang memurnikan kanak-kanak dan pelajar” (வாசிப்புதான் குழந்தைகளையும் மாணவர்களையும் தூய்மைப்படுத்துகிறது) adalah antara frasa yang terpaksa saya terjemahkan dalam minda kepada bahasa Tamil untuk memahami apa yang cuba diperkatakan oleh penulis rencana berkenaan.

Saya juga tertanya-tanya siapakah “Robert Gathe” yang dipetik dalam rencana ini. Longfellow tentu merujuk kepada Henry Wadsworth Longfellow tetapi siapakah pula Robert Gathe?



Saya cuba menggunakan Google Translate untuk menterjemah semula versi Bahasa Malaysia rencana Subarrow kepada bahasa Tamil. Kemudian, versi bahasa Tamil itu diterjemah semula kepada Bahasa Malaysia menggunakan Google Translate. Hasilnya seperti berikut:

 

1. Versi di Utusan Malaysia:

Jika seseorang ingin mempelajari pendidikan dengan betul, dia harus mempelajarinya sejak kecil termasuk membaca buku.  Pendidikan yang dipelajari pada usia muda mudah masuk ke dalam hati bagaikan paku di pokok.

Terjemahan kepada Tamil menggunakan Google Translate:

ஒருவர் கல்வியை முறையாகக் கற்க விரும்பினால், அவர் சிறுவயதிலிருந்தே புத்தகங்களைப் படிப்பது உட்பட அதைக் கற்றுக்கொள்ள வேண்டும்.  இளம் வயதில் கற்ற கல்வி, மரத்தில் ஆணி போல எளிதில் இதயத்தில் நுழைகிறது.

Versi Tamil diterjemah semula menggunakan Google Translate:

Sekiranya seseorang itu ingin mempelajari pendidikan dengan betul, dia mesti mempelajarinya sejak kecil, termasuk membaca buku.  Pendidikan yang dipelajari pada usia muda mudah menembusi hati seperti paku ke kayu.

 

2. Versi di Utusan Malaysia:

Membaca bukan bermakna hanya membaca buku teks. Ia juga bermakna membaca untuk pengetahuan dan hiburan.

Terjemahan kepada Tamil menggunakan Google Translate:

வாசிப்பு என்பது வெறும் பாடப்புத்தகங்களைப் படிப்பது மட்டுமல்ல. இது அறிவு மற்றும் பொழுதுபோக்கிற்காக வாசிப்பதையும் குறிக்கிறது.

Versi Tamil diterjemah semula menggunakan Google Translate:

Membaca bukan sekadar membaca buku teks. Ia juga merujuk kepada membaca untuk pengetahuan dan hiburan.

 

3. Versi di Utusan Malaysia:

Pendidikan tidak berakhir dengan buku sekolah, ia hanya permulaan. Selain itu, membaca adalah yang memurnikan kanak-kanak dan pelajar. Kehidupan seseorang diukur dengan hari dia hidup.

Terjemahan kepada Tamil menggunakan Google Translate:

கல்வி என்பது பள்ளிப் புத்தகங்களுடன் முடிவடைவதில்லை, அது வெறும் ஆரம்பம்தான். மேலும், வாசிப்பு என்பது குழந்தைகளையும் மாணவர்களையும் தூய்மைப்படுத்துகிறது. ஒரு நபரின் வாழ்க்கை அவர் வாழும் நாட்களைக் கொண்டு அளவிடப்படுகிறது.

Versi Tamil diterjemah semula menggunakan Google Translate:

Pendidikan tidak berakhir dengan buku sekolah, ia hanya permulaan. Tambahan pula, membaca menyucikan kanak-kanak dan pelajar. Kehidupan seseorang diukur dengan hari dia hidup.

 

4. Versi di Utusan Malaysia:

Tindakannya membuatkan kita menilai hari-hari yang dia hidup.

Terjemahan kepada Tamil menggunakan Google Translate:

அவரது செயல்கள் அவர் வாழ்ந்த நாட்களை மதிப்பிட வைக்கின்றன.

Versi Tamil diterjemah semula menggunakan Google Translate:

Tindakannya membuatkan kita menilai hari-hari yang dia hidup.

 

5. Versi di Utusan Malaysia:

Nilai dan kemuliaan masa adalah sama berharga dan mulia seperti nyawa kita, dan jika kita tidak melakukannya, kehidupan dan masa tidak akan datang.

Terjemahan kepada Tamil menggunakan Google Translate:

காலத்தின் மதிப்பும் மகிமையும் நம் வாழ்க்கையைப் போலவே விலைமதிப்பற்றதும் மகிமை வாய்ந்தது, நாம் அதைச் செய்யாவிட்டால், வாழ்க்கையும் நேரமும் வராது.

Versi Tamil diterjemah semula menggunakan Google Translate:

Nilai dan kemuliaan masa adalah sama berharga dan mulia seperti nyawa kita, dan jika kita tidak melakukannya, kehidupan dan masa tidak akan datang.

 

6. Versi di Utusan Malaysia:

Membaca biografi orang-orang hebat akan membantu kita berjalan di jalan yang betul, membuang kekurangan kita dan mengisi kekuatan kita.

Terjemahan kepada Tamil menggunakan Google Translate:

சிறந்த மனிதர்களின் வாழ்க்கை வரலாற்றைப் படிப்பது, நாம் சரியான பாதையில் நடக்கவும், நமது குறைபாடுகளை நீக்கவும், நமது பலங்களை நிரப்பவும் உதவும்.

Versi Tamil diterjemah semula menggunakan Google Translate:

Mempelajari biografi orang hebat akan membantu kita berjalan di jalan yang betul, menghapuskan kekurangan kita, dan menambah kekuatan kita.

 

7. Versi di Utusan Malaysia:

Cari dan baca biografi orang yang telah mencapai tahap tinggi dalam bidang yang anda ingin capai kejayaan.

Terjemahan kepada Tamil menggunakan Google Translate:

நீங்கள் வெற்றிபெற விரும்பும் துறையில் உயர் பதவிகளைப் பெற்றவர்களின் வாழ்க்கை வரலாறுகளைக் கண்டுபிடித்து படிக்கவும்.

Versi Tamil diterjemah semula menggunakan Google Translate:

Cari dan baca biografi orang yang telah mencapai jawatan tinggi dalam bidang yang anda ingin jayakan.

 

8. Versi di Utusan Malaysia:

Buku adalah perkara yang mengetahui apa yang berlaku di suatu tempat dan menerangkannya kepada kami di sini. Buku ialah perkara yang membantu kita mengetahui perkara yang diketahui oleh orang lain.

Terjemahan kepada Tamil menggunakan Google Translate:

ஒரு புத்தகம் என்பது எங்கோ நடந்ததை அறிந்து, அதை இங்கே நமக்கு விளக்கும் ஒரு விஷயம். புத்தகங்கள் என்பது மற்றவர்கள் அறிந்திருப்பதை நாம் அறிய உதவும் விஷயங்கள்.

Versi Tamil diterjemah semula menggunakan Google Translate:

Buku ialah sesuatu yang membawa apa yang berlaku di suatu tempat dan menerangkannya kepada kita di sini. Buku ialah perkara yang membantu kita mengetahui perkara yang diketahui orang lain.

 

9. Versi di Utusan Malaysia:

Kehidupan manusia terus berkembang kerana kita mengambil pengalaman dan pengetahuan mereka yang hidup sebelum ini dan meneruskan kehidupan di tempat mereka tinggalkan.

Terjemahan kepada Tamil menggunakan Google Translate:

நமக்கு முன் வாழ்ந்தவர்களின் அனுபவத்தையும் அறிவையும் நாம் பெற்று, அவர்கள் விட்ட இடத்திலிருந்து வாழ்க்கையைத் தொடர்வதால் மனித வாழ்க்கை தொடர்ந்து பரிணமித்து வருகிறது.

Versi Tamil diterjemah semula menggunakan Google Translate:

Kehidupan manusia terus berkembang apabila kita memperoleh pengalaman dan pengetahuan mereka yang hidup sebelum kita dan meneruskan kehidupan di tempat mereka berhenti.

 

10. Versi di Utusan Malaysia:

Buku adalah sahabat yang menyalurkan ilmu dan pengalaman kepada kita dari masa lampau.

Terjemahan kepada Tamil menggunakan Google Translate:

புத்தகங்கள் கடந்த கால அறிவையும் அனுபவங்களையும் நமக்குக் கொண்டு செல்லும் நண்பர்கள்.

Versi Tamil diterjemah semula menggunakan Google Translate:

Buku adalah kawan yang membawa bersama kita pengetahuan dan pengalaman masa lalu.

 

11. Versi di Utusan Malaysia:

Walaupun pencipta dan pembaca buku itu mati satu hari, buku mempunyai anugerah untuk hidup tahun demi tahun.

Terjemahan kepada Tamil menggunakan Google Translate:

புத்தகத்தை உருவாக்கியவரும் வாசகரும் ஒரு நாள் இறந்தாலும், ஒரு புத்தகம் ஆண்டுதோறும் வாழும் பரிசைப் பெற்றுள்ளது.

Versi Tamil diterjemah semula menggunakan Google Translate:

Walaupun pencipta dan pembaca buku itu mungkin suatu hari nanti akan mati, sebuah buku telah menerima hadiah hidup tahun demi tahun.

 

12. Versi di Utusan Malaysia:

“Buku adalah kawan yang memberikan diri mereka sepenuhnya kepada anda tanpa mengharapkan apa-apa daripada anda,” kata penyair Amerika Longfellow.

Terjemahan kepada Tamil menggunakan Google Translate:

"புத்தகங்கள் உங்களிடமிருந்து எதையும் எதிர்பார்க்காமல் தங்களை முழுமையாக உங்களுக்குக் கொடுக்கும் நண்பர்கள்" என்று அமெரிக்கக் கவிஞர் லாங்ஃபெலோ கூறினார்.

Versi Tamil diterjemah semula menggunakan Google Translate:

"Buku adalah kawan yang memberikan diri mereka sepenuhnya kepada anda tanpa mengharapkan apa-apa daripada anda," kata penyair Amerika Longfellow.

 

13. Versi di Utusan Malaysia:

Debunga seribu bunga menjadi sarang lebah. Buku adalah koleksi seribu idea Buku yang terbaik adalah kawan yang terbaik.

Terjemahan kepada Tamil menggunakan Google Translate:

ஆயிரம் பூக்களின் மகரந்தம் தேனீ கூட்டாக மாறுகிறது. ஒரு புத்தகம் என்பது ஆயிரம் யோசனைகளின் தொகுப்பு. சிறந்த புத்தகம் சிறந்த நண்பன்.

Versi Tamil diterjemah semula menggunakan Google Translate:

Debunga seribu bunga menjadi sarang lebah. Buku adalah koleksi seribu idea. Buku yang terbaik ialah kawan yang terbaik.

 

14. Versi di Utusan Malaysia:

Buku adalah kawan baik yang tidak pernah meninggalkan kita.

Terjemahan kepada Tamil menggunakan Google Translate:

புத்தகங்கள் நம்மை ஒருபோதும் விட்டுவிடாத நல்ல நண்பர்கள்.

Versi Tamil diterjemah semula menggunakan Google Translate:

Buku adalah kawan baik yang tidak pernah meninggalkan kita.

 

15. Versi di Utusan Malaysia:

“Buku adalah teman tetap saya, yang berjalan bersama saya siang dan malam,” kata penyair Robert Gathe.

Terjemahan kepada Tamil menggunakan Google Translate:

"புத்தகங்கள் என் நிலையான தோழர்கள், அவை இரவும் பகலும் என்னுடன் நடக்கின்றன" என்று கவிஞர் ராபர்ட் கேத் கூறினார்.

Versi Tamil diterjemah semula menggunakan Google Translate:

"Buku adalah teman tetap saya, mereka berjalan bersama saya siang dan malam," kata penyair Robert Keith.

 

16. Versi di Utusan Malaysia:

Alexander dan Babur adalah antara raja yang menghormati dan melindungi buku semasa pencerobohan.

Terjemahan kepada Tamil menggunakan Google Translate:

படையெடுப்புகளின் போது புத்தகங்களை மதித்து பாதுகாத்த மன்னர்களில் அலெக்சாண்டரும் பாபரும் அடங்குவர்.

Versi Tamil diterjemah semula menggunakan Google Translate:

Alexander dan Babur adalah antara raja yang menghormati dan melindungi buku semasa pencerobohan.

 

17. Versi di Utusan Malaysia:

Akbar, yang mempunyai banyak koleksi buku di perpustakaan istananya, buta huruf, tetapi akibat diajar membaca buku-buku yang baik, dia menjadi seorang ulama yang toleran dan terpelajar.

Terjemahan kepada Tamil menggunakan Google Translate:

தனது அரண்மனை நூலகத்தில் ஏராளமான புத்தகங்களை வைத்திருந்த அக்பர் படிப்பறிவில்லாதவராக இருந்தார், ஆனால் நல்ல புத்தகங்களைப் படிக்கக் கற்றுக்கொடுக்கப்பட்டதன் விளைவாக, அவர் ஒரு சகிப்புத்தன்மையுள்ள மற்றும் கற்றறிந்த அறிஞரானார்.

Versi Tamil diterjemah semula menggunakan Google Translate:

Akbar yang mempunyai banyak buku di perpustakaan istananya, buta huruf, tetapi akibat diajar membaca buku yang baik, dia menjadi seorang ulama yang toleran dan terpelajar.

 

18. Versi di Utusan Malaysia:

Mendiang perdana menteri India Nehru telah meminta agar buku diletakkan pada tubuhnya selepas kematiannya, bukan kalungan bunga.

Terjemahan kepada Tamil menggunakan Google Translate:

மறைந்த இந்தியப் பிரதமர் நேரு, தான் இறந்த பிறகு தனது உடலில் மலர் மாலைகளை அல்ல, புத்தகங்களை வைக்க வேண்டும் என்று கேட்டுக் கொண்டார்.

Versi Tamil diterjemah semula menggunakan Google Translate:

Mendiang Perdana Menteri India, Nehru meminta agar buku, bukan kalungan bunga, diletakkan pada badannya selepas kematiannya.

 

Tidak mustahil, sedikit perbezaan antara versi Bahasa Malaysia terjemahan Google Translate dengan versi rencana yang tersiar di Utusan Malaysia berlaku kerana rencana itu disunting dan dibaiki sedikit oleh editor sebelum disiarkan.

Saya tidak menentang atau menghalang usaha terjemahan karya daripada satu bahasa kepada bahasa-bahasa lain. Malah, saya menyokong dan mengalu-alukan penterjemahan karya bahasa Tamil kepada Bahasa Malaysia. Rujuk rencana “Penulis Tamil dan usaha terjemahan” (Utusan Malaysia, 2 Oktober 2021) sebagai contoh.

Apa yang tidak saya setujui ialah kerja sambil lewa menterjemah menggunakan Google Translate (atau aplikasi terjemahan lain) dan kemudian tidak pula melakukan pemurnian atau pembetulan sebelum hasil terjemahan itu dikirim ke media untuk siaran.

Kecuali dapat dibuktikan sebaliknya, ternyata rencana tulisan Subarrow merupakan terjemahan langsung secara tidak profesional menggunakan Google Translate.

Saya menasihati Subarrow dan sesiapa sahaja supaya menggunakan tenaga penterjemah profesional – atau sesiapa yang menguasai kedua-dua bahasa, iaitu bahasa asal dan bahasa sasaran – sekiranya memang penulis tidak mampu menulis karya secara asli dalam Bahasa Malaysia.



Sekiranya Google Translate terpaksa digunakan, sekurang-kurangnya lakukan kerja-kerja semakan dan pemurnian sebelum karya/tulisan/rencana dihantar kepada editor. [Khidmat penyuntingan profesional]

Saya berharap tulisan Subarrow selepas ini tidak akan memaksa saya melakukan terjemahan secara mental kepada bahasa Tamil untuk memahami apa yang cuba diperkatakannya.



Sindrom Raja Rajeswari merujuk perbuatan menulis rencana menggunakan data palsu dan fakta rekaan – baca di sini. Sindrom Sharmin Kutty merujuk perbuatan menciplak karya dan bertegas mengaku karya sendiri. Sindrom Subarrow pula merujuk perbuatan menggunakan Google Translate untuk melakukan terjemahan langsung (direct translation).

[Uthaya Sankar SB ialah pengasas Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan) dan terlibat dalam bidang penulisan sejak tahun 1991.]