Assalamualaikum wbt....
hari ni aku nak share ngan korang sal info berkaitan bulan sya'ban...
xlama lagi kita akan menjalani ibadah puasa iaitu puasa di bulan ramadhan...
tapi sebelum kita masuk bulan ramadhan, bulan sebelumnya ialah bulan sya'ban iaitu pada bulan skrg ni lah...
so, juz untuk mengingatkan diri sendiri dan rakan-rakan, thats why lah entry ni ditulis oleh pemunya blog nih...hope ia nya memberikan manfaat kat kalian semua...^__^malam nisfu sya'ban ialah malam lima belas Sya'ban iaitu siangnya empat belas haribulan sya'ban. pada malam itu juga, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu... kiranya cam tutup buku amalan2 lama dan bukak buku baru untuk amalan2 yang seterusnya...jadi, perbanyakkan amalan kita sebelum buku ditutup...
antara fadhilat bulan sya'ban ialah:
- memperbanyakkan puasa sunat
- banyakkan berdoa, berzikir dan berselawat kepada rasulullah saw
- bertaubat
- membaca yasin
kelebihan malam nisfu sya'ban ini juga adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa oleh ALLAH swt...jadi rakan-rakan marilah kita rebut peluang ini dengan tingkatkan ibadah kita...insyaAllah..
selain daripada itu, diriwayatkan juga bahawa Nabi saw bersabda: 'barangsiapa berpuasa 3 hari dari awal sya'ban dan 3 hari di pertengahannya serta 3 hari akhir sya'ban, maka Allah swt akan mencatat untuknya pahala seperti pahala 70 nabi, dan seperti orang-orang yang beribadah kepada Allah swt selama 70 tahun dan apabila dia mati di tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid....'
akhir kata, ketahuilah keistimewaan bulan sya'ban ini selain keistimewaan bulan ramadhan... serta perbanyakkan amalan2 yang perlu dibuat sebagai seorang muslimin dan muslimat...^__^