Seminar WSN

Aktiviti: Seminar Kebangsaan Rangkaian Sensor Tanpa Wayar
(Wireless Sensor Network - WSN)
Tempat: Hotel Pullman Putrajaya
Tarikh: 2 Oktober 2012

Dah lama tk berada dalam kelompok keluarga sendiri... huhuuu.. kesian kn aku neh. kuikuikuikui.. Sbenarnye, jumlah kursus aku dh pun berlambak tahun ni. tp bila shikin offer aku utk g seminar neh aku terus setuju. yess, its sumthing new. and yes, dh byk kut technology IT hari ni yg aku semakin ketinggalan. so.. y not kn. smbil tmbh ilmu, smbil jamu mata kt pullman putrajaya ni. bila lg nk masuk dlm.. kn2? lg pun seminar ni anjuran KPKK sendre..


We got our program book and pass


kelasss kao pensel dia


its a one whole day seminar. makan sedap plus terserempak ngan member lama, en hasnan and incik azli..

balik, terus bole balik umah tnpa menempuh jem kuala lumpur.

peace!

ISO, Inovasi, Inovasi, ISO, ISO..

ISO, Inovasi, Inovasi, ISO, ISO.. ISO, ISO, ISO, Inovasi, Inovasi..

tahun ni aku dilantik jd pegawai audit dalam ISO kementerian
kemudiannye, tk semena-mena dilantik sbg pegawai inovasi tahun 2012 kementerian

ini bukan tugas-tugas yg diarahkan ni,
ini dh jd SKT yang ditambah..

kajian aku bila nk mula. org buat kajian 3 bulan, aku buat kajian tk cukup bulan.
bila plak repot kajian aku nk keluar?
dokumen pun belum ada. MRA apatah lg...
asik attend keje-keje sampingan je ni.
tahun semakin menghampiri penghujung.

FAILED la aku tahun ni.
spatutnye bulan 11 adalah bulan kemaskini repot-repot sedia ada.
time utk sediakan rancangan audit 2013..

tapiiiii...

kerja audit aku 2012 pun tk settle lagiiiiiiiiiii.. arghhh!




Pemantapan SPK MS ISO 9001:2008

XTVT : Kursus Pemantapan dan Perancangan Audit Dalam Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2008
Lokasi : Felda Residence, Kuala Terengganu
Tempoh : 03 - 05 Oktober 2012

ghupenye bila dh jd ahli dalam pasukan audit dalam MS ISO Kementerian ni, tiap kali audit luar nk dtg kami kena attend kursus pemantapan. iyerlah. bukan hari-hari buat audit kn. mana nk ingat sume seksyen-seksyen tuh. hikhik..

Seksyen 4, 5, 6, 7 dan Seksyen 8..

haa.. jgn tnya apa-apa.. kuikuikui..

ni, kursus ke-2 kami tahun ni. audit luar akan dtg pada bulan Dis ni (ye ker?)
jd b4 audit luar masuk, kami auditor dalaman akan jalankan audit terlebih dulu utk semak dn tegur apa yg silap dn perlu diperbaiki dn tambahbaik.

seronoknye jgak terlibat dgn pasukan audit dalam kementerian ni. coz everytime kami attend kursus akan libatkn muka-muka yg sama. lama-lama hubungan tu jd baik. gtulah lebih kurang. bagus gk kursus ni, sikit-sikit kami tmbh skill mcmana nk wat audit neh. nmpk mcm senang tp sbenarnye susah..

En Ahmad, konsultan kami kate
ISO = Itu Susah OooO

haha..


buku program kursus


kami stay kt Felda Residence Kuala Terengganu

actually, this is my 2nd time smpai kuala terengganu. b4 this dtg wat audit dkt JPEN Terengganu.. hotel kami menginap ni dkt je dgn pasar payang.. pusing la jgak ke pasar payang. member-member ade yg beli batik. teringin jgak nk sambar satu lg tp dek dpt rege yg best tk jadilah. kain batik yg beli masa 1st visit dulu tu pun blum hntr jahit lg.. hikhik..


gmbr atas bot.

smbil tunggu diorg memilih batik, kami yg tk membeli ni pusign-pusing naik bot ni. bukan pusing ke mana pun. main pusing-pusing g seberang je. singgit jek tau..

otw back tu kami singgah kemaman kerana nk membeli keropok lekor. sedapp.. tp sayangnye aku tk merasa langsung keropok lekornye. sedey la jgak..

sbb pe aku tk sempat merasa...
sbb.. the next week lps ni.. aku kursus lg kt gambang
and the next week lps tu.. outstation ke kedah..

huwaaa huwaa huwaaa.. jadual sgt pack bulan ni..

till next entry.. chiao!



Kuching, We r here again

XTVT : Pengauditan Pengurusan Kewangan
Lokasi : JKKN Kuching Sarawak
Tempoh : 02 Sept - 7 Sept 2012

wah. tk sangka berpeluang skali lg jejak kaki di bumi Kuching, Sarawak ni. last visit adalah pd tahun lepas semasa menjalankan pengauditan pengurusan kewangan di pjbt JPEN Kuching.

kali ni kami stay kt Pullman Hotel & Resort. kelaSSss u! huhu.. amik kao. pullman putrajaya tk merasa nk stay. kite stay pullman kuching yerr. jgn jeLesss.. kwang.kwang.kwang..


standard tempoh pengauditan kewangan 5 hari kn.. dn mcm biasa, smbil buat keje smbil kite berjalan tgk tmpt org walopun kali ni kali ke-2 kt kuching. dulu dgn jpen. kali ni dgn jkkn.

oleh sbb org JKKN ni begitu berbudaya, maka kami berpeluang smpai ke Kampung Budaya Sarawak.

binaan rumah-rumah di negeri sarawak. ni rumah betul tau.
macam-macam jenis rumah ada.


kami smpai betul-betul pkul 4 ptg.
time tu ade show tarian rakyat negeri sarawak.


lebih kurang 5 tarian dipersembahkn


hari terakhir dlm perjalanan ke airport sempat singgah muzium kucing.
kt dlm ni tk bole amik gmbr.


kewajipan yg tk bole dilupakan.
belian besar-besaran kek lapis sarawak.. hehe.. kek lapis pilihan kami - mira kek lapis.


sempat lg timbang berat sblm berangkat balik KL.

ce tgk, ce tgk.. aku yg tgk terkejut oi. 10 kali aku turun naik timbang tuh. rosak gamaknye timbang ni. haha..

byk lg gmbr kt SINI

saya amat mencintaimu

actually time-time gni masih lg dlm mood raye. tp tahun ni raye-raye kite layan movie kt panggung jerlah. udah tatau nk watpe. penat layan kueh raye.. huhuu..

SAM. arahan sorg lg anak Yusof Haslam, Syafiq Yusof yang berumur 18 tahun. adik si Shamsul kn33? SAM = Saya Amat Mencintaimu. ye kerr?? sorg friend aku kt FB kate movie ni kisah pasal org giler.. huhu.. Membariskan bintang-bintang hebat spt Lisa Surihani, Shaheizy Sam, Azad Jazmin, Syamsul Yusof, Neelofa dan ramai lagi...



Sinopsis Filem

Sebuah filem psiko romantik yang mengisahkan tentang Sam (Shaheizy Sam), seorang lelaki biasa yang mahu menjalani kehidupan normal dan bahagia bersama insan tersayang, iaitu kekasih dan bakal isterinya, Lisa (Lisa Surihani).

Sam dan Lisa bekerja di sebuah syarikat percetakan. Malangnya Lisa mempunyai ramai peminat termasuk seorang lelaki psiko bernama Haikal (Azad Jazmin). Pada masa yang sama juga Jefri turut menaruh harapan pada Lisa.

Lelaki psiko, Haikal amat mencintai Lisa dan sanggup berbuat apa saja untuk memiliki Lisa. Akibatnya, Lisa sering diganggu oleh Haikal dan timbulnya konflik pergaduhan antara Sam dan Haikal.

Apabila Lisa menolak cinta Haikal, bertambah psiko diri Haikal yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa cintanya tidak berbalas. kemuncaknya Haikal menculik Lisa dan Sam bagi membalas dendam.

kisah org sakit mental ghupenyer...


chiao!

blog bersawang

perhatian!!
sila semak bila post terakhir anda kt blog ni.
haha..

kesibukan masa bulan Oktober ni sgt tdak memungkinkan aku utk punye masa mengarang ayat-ayat indah cerita hari-hari yg telah berlalu sejak post terakhir.
yerrr. letih + tk sempat nk memikior.

jd. bersedialah sajelah dgn entry berderet slps ini.
kuikuikui.itupun kalo aku rajin nk refresh balik knn...

I Love You

mode: layan perasaan pkul 1 pg..



Mungkin kita pernah rasa tentang cinta,
Yang takdirnya bukan untuk kita
Mungkin ini adalah cara meluah cinta,
Tanpa berkata atau berpandang mata,

I’m sorry but i love you,
I’m sorry if i miss you,
Even if i can’t have you ,
You know i’ll always be there for you,

Mungkin aku mencintaimu walaupun engkau tak pernah tahu,
Mungkin aku mencintaimu tanpa lelah atau pun jemu,

Mungkin kita tak bersama di takdirkan,
Tak mengapa asal kau bahagia

Biar aku mencintaimu biar tiada siapa yang tahu,
Biar aku mencintaimu dalam diam ataupun bisu,

I’m sorry but i love you,
I’m sorry if i miss you,
Even if i can’t have you,
You know i’ll always be there for you.
I’m sorry but i love you

janji ditepati

janji ditepati.. kui kui kui..
no comment la kn. after all, kite tetap rakyat malaysia.
kita bangga dilahirkan di bumi malaysia ni.
tul tk??

meriah.colorful.
habis separuh hari dok memeriahkan lg suasana yg dh sedia meriah kt dataran pagi ni.

tahun ni kemungkinan besar adalah tahun terakhir kami yg berpejabat di kompleks bangunan sultan abdul samad ni dpt menikmati suasana keramaian acara mcm ni.

knp tahun terakhir? sbb.. walopun arahan perpindahan ke putrajaya masih belum keluar secara rasmi, tapi kemungkinan utk kami dipindahkan ke HQ di putrajaya tetap akan menyusul. jadii.. njoy ur stay while u r here! heh.

dok njoy ler neh haaa..

warna-warna sekitar rehersal hari merdeka yg berlangsung harini.







walaupun arahan dikeluarkan supaya semua pegawai WAJIB menghadiri acara perarakan Hari Merdeka pada 31 Ogos ini dan Perhimpunan Janji Ditepati pada sebelah malamnya di Bukit Jalil, maaf saya tidak dapat menghadirkan diri Dato'. cukuplah saya telah dapat menghadirkan diri sepanjang rehersal hari ini.

hahaaa..

raye raye raye

Pa & Ma

Us

Dapat bergambar masa raye ke-2 je sbb raye pertama kami tk sempat nk watpe kerana pagi smpai ke malam rumah telah diserbu oleh makLang anak-beranak.haha..

Me & My Sis

macam biasa, dua beradik ini tk sah kalo tk amik gambar bersama.
kihkihkihkih..


~ Salam Aidilfitri ~


Mencari Tulang Rusukku

Berbual tentang jodoh dengan rakan sekerja. Ramai muda-mudi yang sudah berumahtangga, yang sedang dilamun cinta dan tidak kurang pula yang telah berpisah. Ramai yang kawin muda seawal 20-an, yang kahwin lewat selewat 40-an / 50-an dan tidak kurang pula yang tidak berkahwin. Apa masalah mereka? Kadang-kala kita tengok di alam realiti, mereka yang tidak berkemampuan namun mahu terus berumahtangga, sebaliknya yang berkemampuan tiada nilai disisi lelaki/wanita. Ada pula yang sudah berumatangga bermain kayu tiga. Banyak persoalan kepada situasi tersebut. Apa pun persoalannya, saya ingin Tips Mengenali Jodoh Menurut Islam.

Ramai sekali muda-mudi yang hidup dalam dilema tentang soal jodoh. Pasti ramai yang sudah mulai bosan untuk menjawab soalan dan ayat seperti "Bila lagi mahu kahwin?", "Takkan takde calon lagi", "Ke awak yang memilih sangat?" dan sebagainya.

Apa yang sebenarnya berlaku? Urusan Jodoh itu adalah urusan Allah SWT, cuma kita perlu tahu bagaimana cara mengenali jodoh dalam islam. Tips ini berguna bagi anda yang sedang mencari jodoh. Mari saya terangkan bagaimana.

Tanda jodoh dalam Islam itu adalah "3M". Apa itu "3M"? Siapa di antara lelaki mahupun wanita yang boleh Memahami, Memaafkan dan Memotivasikan kita ke arah yang lebih baik InsyaAllah itulah jodoh kita. Huraian berkenaan "3M" adalah seperti berikut:
Memahami - Setiap pasangan mestilah memahami antara satu sama lain. Ini penting kerana setiap daripada kita mempunyai latar belakang kehidupan yang berlainan. Maka setiap sifat kita mampu mempengaruhi atau dipengaruhi sifat pasangan kita.

Memaafkan - Sifat memaafkan ini amat penting sekiranya tiada sifat ini, nescaya hubungan kekeluargaan tidak kekal lama (Ini yang kita cuba elakkan). Lelaki memang lebih egonya, namun jika ingin selamat, buang segala ego demi mempertahankan rumahtangga.

Memotivasikan - Pasangan mestilah memotivasikan antara satu sama lain. Faktor seperti stres, tekanan kerja, masalah kewangan mungkin menyebabkan keretakan rumahtangga, namun sikap memotivasikan ini mampu menaikkan dan memulihkan kembali semangat pasangan anda.

Jadi sekiranya anda mahu mencari jodoh, carilah yang boleh melakukan 3M di atas supaya hubungan cinta dapat kekal dan tidak berlaku cerai-berai. Jodoh itu bukan berdasarkan nafsu, kekayaan, rupa paras, pangkat dan sebagainya tetapi haruslah berdasarkan Islam iaitu beraqidah, taat beribadah dan cantik akhlaknya. Jika cinta itu menurut Islam maka cinta itu datangnya dari Allah.

Ramai muda-mudi sekarang bercinta namun tidak semua ke jinjang pelamin. Jangan percaya tentang ramalan cinta / ramalan jodoh di internet, televisyenataupun cinta monyet (Cinta kanak-kanak di alam remaja). Ini kerana itu bukan jodoh yang sebenar-benarnya. Ada yang cuba mengkategorikan jodoh kepada 3 jenis iaitu:

1) JODOH DARI SYAITAN
iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.

2) JODOH DARI JIN
iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.

3) JODOH DARI ALLAH
iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.

Apa jua jenis cinta, ianya kuasa Allah. Jadikan "3M" diatas sebagai panduan asas dalam mencari jodoh supaya benar-benar mendapatkan jodoh menurut Islam yang dapat membahagiakan hidup anda kelak. Mencari jodoh berdasarkan Islam Insya Allah akan membahagiakan hidup anda di dunia maupun akhirat.

original article: Mencari Tulang Rusukku

salam aidilfitri sahabat-sahabatku

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Ahad, 19 Ogos 2012."

berlalulah sudah ramadhan,
sebulan berpuasa..
kini syawal kita rayakan,
dgn rasa gembira..
anak muda di rantauan
semuanya pulang ke desa
ibu dan ayah keriangan
bersyukur tak terkira..

#my favaurite raya song ;)



buat semua sahabat dan sesiapa saje yg mengenali diri ini
| Salam Kemaafan dan Selamat Hari Raya |

bunga apa? orkid, bunga apa? orkid..

hari-hari berbunga-bunga :)
kalo kt opis lama, dh lama kena tegur ngan pn chempawan dn pn nor azzah..
kahkahkahhh..

semalam dia tabur kt aku bunga yg tercabut drp jambangan bunga bos dia yg telah dibuat delivery.. fresh flower tuh.


bole ker tnya aku tuh bunga apa.
korg tau tu bunga apa?

dia: bunga apa tuh?
aku: ... (diam. pandang dia. musykil, betul ker dia tatau tuh bunga apa)
dia: bunga apa?
aku: orkid..
dia: orkid..

aku amik susun atas dashboard keta, canteklah pulak..
ingat tk iklan bapak ngan anak yg tnya burung apa byk kali tu?

aku: bunga apa?
dia: orkid..
aku: bunga apa?
dia: orkid.. (mata dok tgk kt orkid atas dashboard tuh)
aku: bunga apa?
dia: orkid..

penat nk tnya dh. senyum jer.. haha..

ikan patin @ temerloh

ada org tkkn pecaya aku ade kt mana ni..
time mcm ni..
hari mcm ni...
jd 'biarlah rahsia' hehe..

hari itu dlm sejarah, aku menemankn si dia g buat delivery ke Pejabat Menteri Besar Pahang di Wisma Sri Pahang dan kediaman YB Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang di Kg Razali Jalan Gambang dalam bandar Kuantan.

letih tk henggat wey dok dlm keta (padahal bukan aku yg drive.. huahuahuahuaaa). nk wat cemana, aku tk gheti bwk auto. exora plak tuh kn.. so, dok sebelah dendiam jek la yerr..

bila smpai sini baru perasan tahun lps penah dtg wat audit kt JPM Negeri Pahang yg terletak kt dlm bangunan ni - Wisma Sri Pahang

Masjid Negeri Kuantan - Masjid Sultan Ahmad Shah.
betul-betul depan wisma sri pahang

kediaman YB DUN Pahang - Kg Razali Jalan Gambang

bila letih menunggu...

nk dibuat cter slps selesai operasi delivery, ader org tu mengidam nk makan ikan patin. dh alang-alasang smpai kn...

so, kt mana nk mkn ikan patin yg sedapppp dn murah? di tepi sg, bandar t.e.m.e.r.l.o.h. memandangkan keje pun dh settle, dn temerloh pun dlm perjalanan kami balik ke KL, maka kami ambil keputusan utk buka puasa kt situ..

majlis perbandaran temerloh

this is our main dishes - ikan patin masak lemak tempoyak.
aduhaiii tgk gmbr ni pun bole terliur weyyy.

menu buka puasa hari itu

amacam?
tk nk cuba ker?? hik hikk...

Allah beri apa yg kamu perlu, bukan apa yg kamu mahu...

orang kate, hidup ini sentiasa diuji.
baik utk mereka yg bahagia, apatah lg utk mereka yg sedang dipagut derita..

orang kate, ujian itu Allah beri sbb DIA sayangkn kite.
hati aku selalu berdetik, mcmana Allah syg kite tp DIA beri kite derita..

ujian itu rahsia Allah
“ALLAH tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.” ( Al Baqarah : 286 )
ia buat aku duduk dn terfikir..
Allah itu selalu ada dgn kite, walopun kite ni sbg hambaNya lebih kerap lupakanNya..
Allah sgt sayangkan hambaNya kn?
walo kite byk dosa, Allah masih bersama kite, apatah lg kalo kite hambaNya yg taat..
Allah tetap beri kite hidup selesa..
Allah tetap beri kite bulan dn matahari, sama mcm mereka yg lain..
walo kite ni lebih byk dosanya..

mungkin Allah telah jwb soklan aku..
mcmana Allah syg kite tp DIA beri kite derita..
sbb sejak 2 menjak ini byk soklan dn bicara hatiku yg Allah dgr..
kalau kita berubah utk jd baik kerana Allah,
Allah akan hntr org yg baik utk bersama kita.
aku ni byk dosa padaNya..
makin lama makin jauh..
kekecewaan yg Allah beri aku ambil sbg jalan utk membersihkan diri
hati yg beginilah paling mudah untuk kembali berpaling ke jalanNya
walo seksanya utk memaaf dan melupakan
seksanya melalui hari-hari yg terlalu byk ruang kosong
seksanya utk menerima 'dia bukan utk aku'
itulah yg lebih baik buat aku
dn juga buat dia...
Alangkah indahnya kalau dapat kita fahami
bahawa setiap inci ujian yang kita alami adalah sentuhan kasih sayang drp Allah.
Tidak pernah sekalipun ujian datang utk menjauhkan hamba dari Tuannya,
bahkan utk menjadikan manusia ingat dan dekat dgn Penciptanya
akhirnya, Allah hntr dia kt aku...
dia yg terlalu baik utk aku yg kasar
dia yg sgt lurus utk aku yg selalu bengkok
pd dia Allah tunjukkan segalanya apa yg hatiku perlu..
melalui dia Allah tunjukkan segalanya yg aku mengadu..
..utk kamu menilai baik dn buruk di sebaliknya..



ketika kita berhenti mengejar apa yg bukan utk kita,
maka Allah akan mempertemukan kita dgn apa yg terbaik utk kite
mcmana kite nk tau 'dia yg terbaik utk kite'
..utk kamu menilai baik dn buruk di sebaliknya..



tiada insan sempurna atas muka bumi Allah ni..
Sesungguhnya,
menyintai seseorang itu bukanlah kerana kesempurnaannya,
tetapi kerana menerima ketidaksempurnaannya.

Jangan mencari kesempurnaan,
Kerana yang sempurna tetap ada kelemahannya,
Maka carilah keserasian,
Kerana itu salah satu faktor penguat sesebuah hubungan~~~


Tuhan, kuatkan hatiku..

honestly, aku tk pernah rasa macam ni.
semoga Allah swt permudahkan segalanya..
Amin.




p/s: dont guess who. hikhik..

nk raye dh ker?

salam ramadhan.

tinggal 6 hari lagi umat Islam akan menyambut hari raya.
skejap sungguh masa berlalu kn? mcmana agaknye amalan kite bulan ramadhan ni? agaknye lebih baik tk drp bulan-bulan sblm ni?
hmm.. tepuk dada tanyalah iman ;)

harini jumaat.biasanye target hari jumaat adalah Jln TAR. tp sejak 2 minggu nk menjelang raya ni aku agak keberatan nk menjejak kaki ke sana. bukan apa, pening kepala dgn kesesakan manusia. smlm balik drp FINAS, pkul 3.30 jln dh sesak bagai nk raK. adoi la.. tk cukup-cukup lg ker diorg ni shopping raye? hehe..

aku.. belum smpai lg mood beraya. ntah. dh 4,5 tahun kebelakangan ni, raye aku setakat mlm raye smpailah lps smayang raye. tk sempat ptg aku dh habis raye dh haha...

tapiiiiii... tahun ni aku sgt suka baju raye ku.. yeahh yeahh..

my favaurite raye song. pg td dgr kt hosfm..
A:
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

E:
Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

( korus 1 )
A:
Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang
E:
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi

( korus 2 )
A:
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
E:
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri

A & E:
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

stp kali dgr lagu ni mesti rasa nk nangih.
sgt sgt sgt sgt sgttttttt ghindu kt arwah tok & neneK..
raya is very different without them :(

smoga mereka tenang di sana..
al-fatihah.

review schedule separuh tahun

perhatian. kejadian ini berlangsung pd 24 Julai lepas. we r having discussion on our job schedule progress this year with our direct bos, en halim.

perbincangan sengit, hangat, blum smpai hangittt jerr..
task group aku suda tambah da..
xtra one PK location and
xtra task - as urusetia kursus UAD ke-2. kursus pertama dulu dh dibuat mei lepas kt langkawi

yg biru tu aku punye

kemungkinan besar location 17-21 terpaksa dianjak dn disendat-sendat dlm jadual. cuti hari malaysia - semak - menyebabkan ketidakcukupan 5 hari utk audit. dn kemungkinan besar mesyuarat JKA ke-3 akan diadakan pd mana-mana hari dlm 2 minggu terakhir bulan sept tuh. ke mana agaknye bakal diperukkan location itu. ade jgak kajian yg terbengkalai satg..

adoii la. tkkn nk jd mcm tahun lepas gk kut?

hmmm..

Malaysia vs Manchester City

eh mcm tk pecaya je kn tajuk entri tuh. hehe. betul laa,tk silap pun. sejak bila aku jd peminat bola dan stadium kn?

so ape cerrrr..

conversation pkul 12 tghari melalui telepon..

dia: za, nk g tgk bola tk mlm ni?
aku: haa tau.. malaysia lwn manchester city kn?
dia: mana tau?
aku: ade dgr dlm radio aritu.
dia: PA bos abg bg 2 tiket free ni. dgn satu sticker keta. dia tnya abg nk g tgk bola tk mlm ni. dia ade 4 tiket. 2 kawan abg amik. dia bg abg 2. game pkul 9.45. habis dlm pkul 11.30 ke 12 gtu la. bole ker?
aku: abg bukan habis keje pkul 9 ker?
dia: abg mintak balik awal. abg balik pkul 8. kalo nk pegi abg tunggu. nk pegi tk?
aku: bole. tp lps buka puase la. kena balik umah dulu.
dia: tkpelah. za balik umah dulu. dlm 8.30, 8.45 nnti kite jumpe. bole?
aku: orite.

conversation ni pnjg lg tp aku paparkn mana-mana yg sessuaiii utk bacaan korg. huuu..

beza ngan match malaysia lwn qatar kt stadium shah alam dulu, kali ni keadaan stadium sgt la meriah. dgn kumpulan gendang. spirit, spirit. kehkehkeh. biasalah org jakun tk penah g tgk bola kt stadium kn?? hahahaha <- gelak kt diri sendre sblm korg gelakkan aku.

depan tiket
belakang tiket

ketensenan bermula bila terpaksa beratur pnjg nk masuk parking. biasalah, pemandu-pemandu kurang ajar sesedap rasa je nk potong line. paham-paham jer la aku. selagi bole rapat, sorrylah. org yg dok sblh plak yg risau. kui3333. dh dpt masuk parking, ketensenan bertambah lg bila dh tkde tmpt nk parking. ceh. baik tk pyh bg sticker mcm ni! sabar za, sabar.. yerlah.

so, korang yg minat mesti tgk kt astro jer kn. iyerlah takde tiket. uhuhuhuu (jahatnyer aku).

masa kami dh masuk, manchester city dh mendahului dgn 1 gol.
aku rasa team malaysia ni malas tul nk kejar bola. lps tu bila dh dpt bola, tk pndai nk simpan. mudah jer pihak lawan rampas. letih jgak tgk diorg main.

tp masa 2nd half, dh saat-saat akhir baru la team malaysia mcm baru nk panas. oleh sbb ktorg kuar masa minit ke-80 sblm game habis, tk dpt la menyaksikan gol tunggal malaysia. dgr diorg sorak dari luar stadium jer. sayangggnyer tk dpt tgk tp kalo tunggu lg comfirm terpaksa mengharung jem manusia nk kuar stadium plus jem nk kuar parking. maka lebih baik selamatkn diri anda.. heh.

Keputusan:
Malaysia 1 – 3 Manchester City


gol tunggal malaysia. credit to Fitrihadi. Explorasi Dunia dan Internet

balik keletihan beb. lps singgah makan kt bangsar, kami pun berangkat pulang lebih kurang pkul 1 pg.

letih tp sronok! ;)

janji dan hutang

selamat hari gaji kpd sume kenkawan di sektor kerajaan.. heh..
gaji bulan puase. tentu dh berkira utk agih-agihkan hasil pendapatan tuh kn?
selamat yerr.. ;)

korang sedar tk.. salah satu perkara yg manusia mudah nk buat tp susah nk tunaikan? janji. berjanji, senang kn? tunaikannye.. tnya la diri sendre. dn korg sedar tk salah satu perkara yg selalu ada kaitan ngan janji. hutang.


hutang yg tkley nk lari...

kad kredit.. seeloknye jauhkn diri drp guna kad kredit ni. kalau perlu ade pun, kena pastikan spy guna di saat-saat terdesak saje. terdesak tuh bukan terdesak nk beli handbag tp gaji belum dpt lg yerr. sendre paham la.

personal loan.. ni satu bahana. kalo pinjam bukan tau sikit-sikit. ikut nafsu. bunganye pun ikut nafsu bank la jgak. kalo tkde keperluan mendesak sila la jauhkn diri anda drp penyakit ni.

rumah & kereta.. dua perkara ni adalah asas utk kite hidup dlm zaman skrg ni. utk memilikinye mmg tk mampulah kite yg hidup biasa-biasa saje ni nk beli cash kn? kalo boleh, biarlah kite hadkn hutang kite kpd dua perkara ni saje.

"Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain."

'Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang."

hutang sesama manusia.

banding dgn hutang berkontrak dgn badan pemberi pinjaman, hutang dgn org ni lg bahana. aku sebolehnye elak drp berhutang dgn sapa-sapa, baik parents, adik-beradik ataupun kenkawan. kalau ade, cepat-cepat je aku nk byr takut terlupa.. part bg hutang kt org tkde la aku berkire sgt cuma aku rasa susah nnti. susah sbb aku malu nk meminta-minta. kalo yg jenis ingat nk byr tuh alhamdulilah. ini yg jenis buat muka tk malu.. bila aku minta jenis bertangguh. yg lg sayu hati aku bila aku plak yg kena maki sbb minta balik duit aku. kononnye aku ni beranggapan buruk kt si polan yg pinjam tu mcm dia tu nk lari drp byr hutang aku. aik.. salah ker aku mintak. bukan ker aku yg bg pinjam? knp org yg bagi duit yg kena kejar, yg kena maki ngan org yg pinjam duit dia sedangkan masa dia minta tlg dulu bukan main mesra dn berbudi bahasanye dia dgn kite..

Sabda Rasulullah S.A.W.
Maksudnya : “Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya)
(Riwayat Ibnu Majah)..

Sabda Rasul S.A.W.
Maksudnya : “Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas”.
(Riwayat Baihaqi)

mampukah aku memaafkan org yg berhutang itu dan menghalalkannya saje. bukankah itu lebih baik drp menyimpan rasa dendam dn sakit hati stp kali terkenangkan janji-janji manis yg dh bertaburan.

kenkawan, kalo aku ada apa-apa hutang ngan korang bgtau la yer. mungkin aku terlupa nk byr..

semoga Allah swt mempermudahkan urusanku. amin.

jangan

Jangan mengucapkan kata-kata indah dan manis kepadaku
kerana aku takut akan menyayangimu...

Jangan mengambil berat tentang diriku
kerana aku bimbang akan mengasihimu...

Jangan terlalu baik padaku
kerana aku takut akan merinduimu...

Jangan memberikan aku kenangan @ harapan
kerana aku khuathir akan jatuh cinta padamu...


By ~*CrystalEye*~

jom wayang : Ice Age 4 Continental Drift

Ini cerita di hari pertama di bulan puase - menonton wayang bersama adikku ;)

show pkul 5.00 ptg. tkde plan pun nk pegi menonton. tetiba je adikku mengajak. allrite je. ini jga bahana jk panggung wayang terlalu dkt dgn umah. show pkul 5, pkul 4.00 kami telah bersiap sedia di jln.

ade 2 choice je utk target show pkul 5. Batman OR Ice Age 4.
oleh sbb aku tk brape nk minat 'batman' berbanding 'spiderman' (heh), Ice Age 4 jd 1st choice. yerr.. movie kartun.

smpai-smpai je seat dh penuh kecuali row depan. alamak. tp nasib menyebelahi ktorg, ade 2 seat kosong yg agak-agak tk perlu pusing kepala kiri kanan sbb nk bace sarikata.. kuikuikuikuikuiii..



cter kali ni psl anak gajah (Peaches) yg engkar dgn bapak dia then menyesal bila bapak dia terpisah masa tmpt tinggal diorg dilanda bencana besar.

selain watak character utama Sid,Diego ngan keluarga gajah tu, ada watak nenek Sid yg very annoying tp serius lawak sungguh.

release tensen melayan lawak watak-watak dlm movie ney.

nenek Sid yg bengong

si tupai rodent yg tk jenuh-jenuh mengejor nut

moral values of the movie -> friendship, family ties and dun underestimate seekor nenek walopun dia menjengkelkn.. hehe..

sapa blum nengok silalah ke panggung berdekatan anda skrg yerrr.. hehe..

arioss..