Papers by marzuki abdullah
eproceeding:7th International Seminar of Nusantara Heritage, 2018
2 ABSTRAK Animasi The Adventure of Awang Khenit terbitan Sead Studio yang telah ditayangkan di TV... more 2 ABSTRAK Animasi The Adventure of Awang Khenit terbitan Sead Studio yang telah ditayangkan di TV9 pada tahun 2015 merupakan siri animasi dua dimensi yang mengisahkan penceritaan seorang kanak-kanak yang mempunyai kekuatan luar biasa. Shamsul Ikram Ghazali atau juga dikenali sebagai kartunis Rambai telah bertindak sebagai Pengarah animasi, Pereka watak dan Pelukis Storyboard untuk keseluruhan siri animasi ini. Animasi ini telah merupakan salah satu produksi animasi dua dimensi yang masih bertahan di Malaysia. Asas penceritaan siri animasi ini diambil daripada teks kisah jenaka Melayu Tradisional, Awang Kenit. Awang Khenit dalam The Adventure of Awang Khenit, dibantu oleh seorang rakan bernama Badang. Mereka berdua sering ditugaskan oleh Raja yang memerintah negeri Inderasakti untuk menumpaskan anasir jahat yang sering membuat kacau. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana unsur-unsur Melayu diterapkan pada watak dan keperibadian watak dalam animasi ini. Kajian ini menggunakan kaedah temubual mendalam, pemerhatian dan kaedah kepustakaan. Pemerhatian terhadap ciri-ciri dominan Melayu pada watak utama dalam animasi The Adventure of Awang Khenit ini dibuat untuk melihat sejauh mana ianya disertakan pada watak-watak dalam siri animasi ini. Keperibadian setiap watak seperti gaya bercakap, gaya berjalan dan cara berpakaian juga diperhatikan untuk melihat sejauh mana perkara-perkara ini diletakkan pada watak-watak tersebut. Teori-teori seperti teori Syed Ahmad Jamal dan Zakaria Ali adalah dirujuk untuk melihat intipati nilai-nilai estetika Melayu dan seni Melayu yang dipersembahkan dalam animasi The Adventure of Awang Khenit ini. Dapatan kajian ini memperlihatkan bahawa animasi The Adventure of Awang Khenit banyak menerapkan unsur-unsur Melayu pada watak, dan keperibadian wataknya. Elemen fusion telah ditambah ke dalam siri animasi ini bertujuan untuk disesuaikan dengan selera penonton pada hari ini. Jenaka-jenaka yang bersahaja tetapi bermakna telah digarap dengan baik oleh penggiat kreatif dalam produksi animasi The Adventure of Awang Khenit ini.
Kartun 'Puisi Sarip' merupakan sebuah kartun bersiri yang diterbitkan dalam majalah bulanan Tunas... more Kartun 'Puisi Sarip' merupakan sebuah kartun bersiri yang diterbitkan dalam majalah bulanan Tunas Cipta terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dari tahun 2013 sehingga tahun 2017. Majalah Tunas Cipta secara keseluruhannya memaparkan karya-karya seperti Cerpen, Rencana, Puisi Moden dan Puisi Tradisional. Kartun 'Puisi Sarip' ini merupakan satu-satunya karya berbentuk kartun yang disiarkan di dalam majalah tersebut. Kartun yang diterbitkan dalam bentuk berwarna ini memaparkan gelagat seorang Penyair yang sentiasa berusaha mendeklamasikan sebuah sajak pada setiap siri keluarannya. Suntikan elemen kelucuan sentiasa diselitkan sesuai dengan bentuk persembahannya iaitu karya kartun berbentuk lerang. Di sebalik, kelucuan yang dicipta, pereka kartun ini menyelitkan mesej dan pengajaran yang boleh dijadikan panduan kepada pembaca. Kertas Kerja ini bertujuan untuk menunjukkan proses kreatif yang digunakan terhadap pembangunan kartun 'Puisi Sarip' ini. Kajian ini menggunakan Teori Formalis dan Teori Estetika untuk melihat bagaimana Puisi dan Kartun bergerak seiring dalam satu persembahannya. Pereka kartun ini sentiasa mengimbangi di antara kelucuan dan keseriusan dalam penyampaian baris-baris puisi. Pengkaji meneliti kesan penyatuan dua seni ini iaitu, Seni Kartun dan Seni Puisi yang bergabung di dalam sebuah persembahan berbentuk visual. Kertas Kerja ini dihasilkan bertujuan untuk melihat sejauh mana Watak Kartun membantu dalam penyampaian kandungan sesebuah puisi.

Uploads
Papers by marzuki abdullah