Brosur Dadah
Brosur Dadah
Brosur Dadah
Dadah ialah sebarang bahan kimia yang digunakan pada tubuh manusia atau haiwan untuk merawat atau mencegah penyakit. Dadah akan mengakibatkan ketagihan , kemerosotan kesihatan atau keruntuhan akhlak pengguna apabila dimakan atau diminum atau dimasukkan ke dalam badan dengan tidak mengikut peraturan. Perbezaan antara Ubat dan Dadah Ubat Memberi manfaat seperti menyembuh dan merawat penyakit Tidak memberikan kesan yang tidak diingini seperti pening kepala dan mengantuk. Kesan ini akan reda apabila pengambilan ubat itu dihentikan Penggunaannya tidak banyak sekatan undang-undang melainkan dalam hal tertentu sahaja Dadah Dadah tidak bersifat sedemikian Memberikan kesan berbahaya yang berkekalan walaupun pengambilannya dihentikan Dadah meninggalkan kesan penagihan dan diharamkan penggunaannya Jenis-jenis Dadah Opiat -Heroin,morfin.candu dan kokien Kanabis -Ganja,hashish Depresen (penekan) -Sedatif-hipnotik,jenis Barbiturat dan bukan Barbiturat serta tranquilizer Stimulan (perangsang) -jenis Amfetamin dan Kokain Halusinogen -Lysergic Acid Diethylamine(LSD),Meskalin
Sebab-sebab Pengambilan Dadah ? Keseronokan Perasaan ingin tahu Pengaruh Rakan Sebaya Meningkatkan keseronokan seksual Rawatan perubatan Secara tidak sengaja Mengatasi tekanan jiwa Ciri-ciri Penagihan Dadah Kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja, mutu kerja, disiplin dan hasil kerja Kemerosotan rupa paras dan kebersihan diri Selalu mengunjungi tempat terpencil untuk mengambil dadah Suka meminjam wang dari kawan-kawan atau mencuri barangbarang Hilang selera makan dan kurang berat badan Dadah Dan Kesannya Kepada Fizikal Pengaruhnya terhadap sistem penting pada tubuh badan seperti system pernafasan, saraf, jantung metabolisme dan otot-otot Kadar pernafasan menjadi lebih pendek dan perlahan Kadar degupan jantung berkurangan Tubuh menggigil akibat penurunan kadar metabolisme Mata menjadi merah Berat badan terjejas Dadah dan Kesannya kepada Sosial Hilang minat dan tidak mempedulikan tanggungjawab terhadap pekerjaan, keluarga serta masyarakat sekeliling Maruah dan nama baik keluarga tercemar dalam kalangan masyarakat Prestasi dan disiplin kerja merosot, tingkah laku dan sikap berubah daripada apa yang biasa diamalkan sebelumnya Rumah tangga menjadi porak peranda Perpisahan dan perceraian antara ahli keluarga Harapan ibu bapa ke atas anak menjadi musnah
Kesan Pengambilan Dadah Melalui Suntikan Meningtis Tetanus Endokarditis AIDS Hepititis B,C dan D Bisul Kudis kurap Penyakit kulit yang lain Kesan Pengambilan Dadah Melalui Mulut Kerosakan paru-paru dan hati Kerosakan sistem penghadaman Kerosakan buah pinggang Otot-otot badan mengecut menyebabkan badan lesu dan tidak bermaya Berat badan menurun Kemungkinan akan lumpuh Kesan Pengambilan Dadah kepada Tabiat dan Kelakuan Diri Penagih Pandai menipu Mencuri untuk mendapatkan wang membeli dadah Mengasingkan diri dari masyarakat umum Hanya bergaul dengan kumpulan penagih dadah Mempengaruhi sahabat handai untuk menjadi penagih dadah Kesan Dadah terhadap Masyarakat Kejadian jenayah Menimbulkan persengketaan dan perselisihan faham antara satu sama lain Melemahkan perpaduan,pembangunan dan kemajuan masyarakat Menimbulkan kecurigaan ibu bapa terhadap anak-anak Melibatkan perselisihan faham antara kaum Menjejaskan kesopanan dan kesusilaan
-Aida11 -