Pantu N Syair Rasullah
Pantu N Syair Rasullah
Pantu N Syair Rasullah
Tajuk:____________________________________ Marilah dengar rakan sekalian, Kisah rasul nabi junjungan, Akhlak terpuji dalam kepimpinan, Menjadi sanjungan dan juga teladan. Lahirlah Muhammad di kota mekah, 12 rabiulawal tahun gajah, ibu bapanya Abdullah dan Aminah, ibu susuannya Halimatus saadiaah. Tinggallah Muhammad bersama datuknya, Abdul Mutalib itulah namanya, Wafat datuknya dijaga bapa saudara, Abu Talib itulah gerangannya. Mengembala kambing itulah tugasnya, Setelah dewasa pergi berniaga, Terpikat khadijah kerana sifatnya, Bertemu jodoh berumah tangga. Nabi beribadat di gua hira, Datang jibrail wahyu di bawa, Disuruh baca wahyu pertama, Surah Al-Alaq ayat 1 hingga 5. Muhammad nabi ulul Azmi, Banyak dugaan yang perlu ditempuhi, Khadijah setia di samping nabi, Memperjuangkan islam jalan yang diredhai. Sebagai umat Islam bersyukurlah kita, Carilah keredhaan Allah yang esa, Sembahyang lima waktu janganlah lupa, Kelak hidupmu pasti bahagia.