Mengatasi Pemanasan Global

Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 6

Langkah-langkah Mengatasi Pemanasan Global

Umpama peribahasa, sediakan payung sebelum hujan dan mencegah lebih baik
daripada mengubati, langkah-langkah awal pencegahan atau meminimumkan kesan
pemanasan global adalah perlu supaya kejadian ini tidak memburukkan imej pengurusan alam
sekitar, tahap udara dunia yang kian tercemar dan pembangunan negara. Negara tidak boleh
berkompromi dengan tanggungjawab sosial menjaga dan memelihara alam sekitar.
Isu pemanasan global adalah isu dunia dan bukan sahaja negara kita yang terlibat.
Sumbangan negara kita ke atas pemanasan global mungkin tidak seberapa namun, sebagai
satu sumbangan global, negara kita juga perlu melaksanakan ikhtiar agar tidak menyumbang
untuk memanaskan alam sekitar.
Pendidikan alam sekitar kepada generasi muda perlu dimulakan sejak di rumah atau di
bangku sekolah lagi. Pendidikan kepada generasi tua juga penting dilakukan kerana ada
golongan yang kaya, mewah dan berpelajaran tetapi tidak mengambil berat soal alam sekitar.
Salah satu penyebab pemanasan global ialah akibat terlalu banyak kandungan karbon
dioksida (CO2) di dalam udara. Cara yang paling mudah untuk mengurangkan kandungan CO2
dalam udara adalah dengan memelihara pokok-pokok dan menanam lebih banyak pokok-pokok
yang sedia ada. Tumbuh-tumbuhan terutama yang muda yang cepat pertumbuhannya, amat
cepat dan banyak menyerap CO2 di udara dan memecahnya melalui proses fotosintesis, dan
menyimpan CO2 dalam batangnya. Tumbuhan hijau mampu menyerap CO2 dari atmosfera
apabila ia membesar. Ia mengabungkan karbon dari CO2 dengan hidrogen untuk menghasilkan
gula yang disimpan didalam tisu tumbuhan tersebut. Tumbuhan yang mati akan membebaskan
CO2. Oleh itu, penebangan hutan dan tumbuhan yang mati secara langsung akan

membebaskan CO2 dari tisu tumbuhan tersebut dan kekurangan tumbuhan baru yang hidup
akan menyebabkan pertambahan dan lambakan CO2 di ruang atmosfera bumi.
Di seluruh dunia, tahap kepupusan hutan telah mencapai tahap yang membimbangkan.
Banyak kawasan hutan yang telah digondol, pokok yang akan tumbuh kembali agak kurang
kerana tanah telah kehilangan kesuburannya akibat aktiviti pembalakan dan hakisan tanah.
Selain itu, banyak kawasan hutan yang digondol telah diubah kegunaannya seperti dimajukan
menjadi kawasan pembangunan seperti perumahan, membina kilang dan sebagainya. Oleh itu,
kempen penanaman semula pokok haruslah diteruskan supaya ia dapat mengurangkan kesan
rumah hijau.
Banyak pengguna tidak mengetahui fakta ini. Selama ini mereka hanya mengatakan
lampu kalimantang tidak mendatangkan kesan kepada alam sekitar. Tetapi sebenarnya lampu
jenis itu adalah penyumbang kepada gas rumah hijau. Negara Amerika Syarikat telah
memperkenalkan jenis lampu yang lebih efisyen yang lebih walaupun hanya menggunakan
tenaga yang kurang berbanding dengan lampu kalimantang. Lampu jenis ini sudah banyak
dijual di Malaysia yang dihasilkan oleh syarikat Philips. Sekiranya dalam 26 juta rakyat Malaysia
menggunakan lampu jenis ini di rumah ataupun pejabat, ia mampu mengurangkan 13 bilion
paun karbon dioksida daripada memenuhi ruang atmosfera. Jumlah ini lebih tinggi daripada
karbon dioksida yang dihasilkan daripada kenderaan pada sepanjang tahun. Mungkin
berbelanja sedikit dengan menukar jenis lampu, kita mampu melambatkan proses pemanasan
global yang kritikal.
Semua orang tahu gas yang dikeluarkan daripada kenderaan sememangnya berbahaya
bukan sahaja kepada kesihatan manusia dan haiwan malah memberikan kesan negatif kepada
alam sekitar. Tidak ada orang yang membantah apabila dinyatakan gas karbon dioksida atau
asap kenderaan itu antara penyumbang terbesar kepada gas rumah hijau. Kita sepatutnya

memanfaatkan teknologi telekomunikasi yang kita ada di negara kita. Sepatutnya kita perlu
menggunakan sistem ini daripada berkejar ke sana sini memandu kenderaan sehingga
mengeluarkan gas yang banyak. Ataupun lebih baik menggunakan pengangkutan awam yang
mesra alam seperti LRT Putra, Star LRT ataupun Monorel untuk sampai ke destinasi pilihan.
Sekurang-kurangnya kita

mampu mengurangkan gas petroleum sekali gus mengurangkan

pengeluaran karbon dioksida daripada kenderaan yang dipandu.


Tahukah anda bahawa gas daripada peti sejuk adalah berbahaya kepada alam sekitar?
Peti sejuk anda sebenarnya menggunakan 10 sehingga 15 peratus tenaga elektrik daripada
keseluruhan elektronik di rumah. Gas dari peti sejuk adalah chloroflurocarbon yang
merbahayakan kepada alam sekitar. Kebanyakan peti sejuk lama adalah kurang mesra alam.
Walau bagaimanapun, sekiranya anda membeli peti sejuk yang baru, ia tetap memberikan
kesan kepada alam sekitar. Yang perlu dilakukan ialah mengawal suhu peti sejuk di dalam
rumah anda supaya jangan tetapkan suhu thermostat terlalu tinggi. Satu darjah Celsius dapat
memberikan perubahan yang besar. Peti sejuk juga tidak boleh diletakkan di tempat yang dapat
ditembusi cahaya matahari dan pastikan ia sentiasa ditutup rapat. Yang paling penting, usahlah
anda ada sehingga dua atau lebih peti sejuk di dalam rumah anda.
Bayangkan sekiranya pada suatu hari nanti berlaku kehabisan bahan api fosil, apa yang
dapat kita lakukan? Oleh itu, lebih elok sekiranya kita beralih kepada penggunaan tenaga
semulajadi seperti tenaga solar, geothermal (haba bumi) dan kuasa angin. Mengapa kita tidak
menggunakannya? Mungkin sesetengah pihak mula beralih menghasilkan tenaga nuklear dan
gas asli sebagai alternatif bagi tenaga fosil. Namun, kesan radioaktif yang akan muncul pula
memberi kesan sehingga beribu-ribu tahun. Malah, kesannya lebih teruk daripada arang batu
dan gas petroleum.

Untuk mengurang kesan pemanasan global, kita harus membeli barang kitar semula.
Bunyi macam mudah. Namun anda mungkin tidak tahu tenaga yang digunakan bagi
menghasilkan produk daripada barang kitar semula lebih menjimatkan daripada menghasilkan
barangan yang baru. Oleh itu, kos dapat dijimatkan dan pemuliharaan alam terjaga. Misalnya,
kertas daripada kitar semula adalah satu pertiga lebih murah daripada bukan kitar semula. Kita
sebagai pengguna ada kuasa bagi menentukan pasaran. Sewajarnya, kita memeriksa produk
atau pembungkusnya bagi memastikan ada logo kitar semula pada produk itu sebelum
membelinya. Kini sudah banyak produk yang ada logo itu.
Antara cara lain bagi mengurangkan kesan pemanasan global ialah menjalankan sistem
kitar semula bahan-bahan pembungkus yang dinamakan sistem Green Dot. Di negara Jerman,
sistem ini telah dijalankan sepenuhnya. Bahan-bahan pembungkus yang mempunyai green dot
ini akan dikutip, diasingkan dan dikitar semula. Dengan ini segala bahan tersebut dapat dikitar
semula tanpa menyebabkan pelupusan bahan tersebut yang menyebabkan pencemaran alam
sekitar yang seterusnya menjurus kepada kesan rumah hijau.
Antara langkah-langkah negara lain yang harus diikuti bagi mengurangkan kesan rumah
hijau ialah mengenakan cukai bahan buangan seperti yang dijalankan Denmark dan
mengharamkan pengedaran beg plastik dan alas meja pakai buang di Taiwan. Cukai bahan
buangan di Denmark yang dihantar ke pusat pelupusan dan insinerator akan dikenakan tetapi
tidak kepada bahan buangan yang akan dikitar semula. Pembuangan, dan pembakaran beg
plastik pula memberi kesan buruk kepada persekitaran kerana menjadi punca sampah dan
kekotoran. Kaedah ini patut dijadi teladan dan dorongan ke arah mesra alam sekitar di negara
ini.
Langkah-langkah lain yang boleh dilakukan seperti kempen kesedaran dan penggunaan
sumber tenaga yang mesra alam. Ahli kaji Iklim sekarang ini sedang berusaha untuk mengatasi

masalah pemanasan global ini iaitu dengan menghadkan pembebasan karbon dioksida (CO2)
iaitu dengan mengantikan bahan api fosil dengan sumber tenaga yang tidak menghasilkan
CO2. Mereka telah mengkaji bagaimana untuk menggunakan bahan api fosil dengan lebih
cekap. Bahan api yang tidak mengeluarkan CO2 termasuklah angin, cahaya matahari, dan stim
(wap) bawah tanah.
Mereka juga telah cuba untuk mengatasi masalah pemanasan global dengan cara
memencilkan CO2 dan menghalang CO2 dari memasuki ruang atmosfera atau membuang CO2
yang sudah berada disitu. Caranya ialah dengan cara penyimpanan bawah air atau bawah
tanah. Penyimpanan dalam air atau bawah tanah membabitkan penyuntikan CO2 ke dalam
formasi geologik bawah tanah atau lautan. Laut mampu untuk menyimpan lebih banyak CO2
namun ia masih lagi dalam kajian supaya ia tidak mendatangkan kesan negatif terhadap
persekitaran ekosistem laut.
Ahli-ahli sains dan geografi sependapat mengatakan punca utama pemanasan global
ialah nipisnya lapisan ozon yang diakibatkan oleh pelepasan gas khususnya klorofluorokarbon
(CFC). Peningkatan pelepasan gas seperti karbon dioksida, nitrogen monoksida dan metana ke
atmosfera seumpama pembebasan CFC yang menjuruskan pemanasan global harus
diharamkan sama sekali. Penguatkuasaan oleh jabatan-jabatan yang terlibat harus dijalankan
supaya pengeluar dan pengguna bahan CFC yang berlebihan harus dikenakan tindakan yang
sewajarnya.
Aktiviti-aktiviti manusia seperti penerokaan alam sekitar, kegiatan perkilangan dan
industri, permotoran, penerokaan hutan, pembangunan hutan batu dan pengautan khazanahkhazanah alam sama ada di atas atau di dalam perut bumi haruslah dihentikan atau dijalankan
mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar bagi mengelak pemanasan
global kian meruncing. Pulau haba pula berlaku apabila pelepasan haba di kawasan

membangun khususnya di bandar-bandar terlalu banyak dan tersekat oleh bangunan-bangunan


tinggi pencakar langit. Haba yang tidak dapat dilepaskan ke atmosfera itu akan membahangi
kawasan sekitar.
Pusat pengajian tinggi atau jabatan-jabatan tertentu mesti melakukan kajian agar
kejadian yang disebabkan oleh fenomena alam termasuk pemanasan dunia dapat boleh
diminimumkan kesannya. Kejayaan melaksanakan tugasan ini akan memberi keselesaan dan
keselamatan kepada penduduk dunia dan negara .

Anda mungkin juga menyukai