Peribahasa Dalam Karangan SPM
Peribahasa Dalam Karangan SPM
Peribahasa Dalam Karangan SPM
SPM
1. Belakangan ini, isu berkaitan dengan remaja dalam kalangan masyarakat saban waktu diwara-warakan
dalam media arus perdana malah sering menjadi polemik yang hangat diperdebatkan di negara kita.
Lantaran itu, semua pihak mestilah komited dan beriltizam untuk mendepani isu ini kerana di mana ada
kemahuan, di situ ada jalan. Persoalannya, apakah cara-cara untuk ?
2. Semua pihak mestilah berusaha untuk memperkasakan remaja supaya generasi Y ini dapat diperkasakan
di negara kita. Penggemblengan tenaga dan usaha untuk menjayakannya amatlah diharapkan kerana
orang bijak pandai pernah berpesan kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya. Dalam pada
itu, usaha yang sistematik dan proaktif mestilah digerakkan mulai dari sekarang kerana perjalanan yang
beribu batu, mestilah bermula dengan langkah pertama
3. Mafhum daripada sepotong hadis yang bermaksud, jagalah masa sihatmu sebelum tiba masa sakit.
Hadis ini jelas menggambarkan betapa pentingnya kesihatan diri dalam kehidupan kita. Kesihatan
merupakan kurniaan Tuhan yang sangat bernilai. Kesihatan yang baik membolehkan kita
menguruskan kehidupan dengan baik. Persoalannya, adakah kita sedar tentang kepentingan kesihatan
dalam kehidupan? Lantaran itu, kita perlu mencari wasilah dan ikhtiar untuk terus hidup dalam keadaan
sihat dan sejahtera. Situasi ini bertepatan dengan peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
4. Sebagai
sahmura
negara,
remaja
seharusnya
rajin
berusaha seperti
lebah
menghimpunkan
madu. Mengapakah wujud sikap malas dalam diri? Berpeganglah pada prinsip bukan senang untuk menjadi
senang dan bukan susah untuk menjadi susah.
5. Disiplin merupakan elemen terpenting dalam kehidupan remaja / pelajar. Tanpa disiplin tidak mungkin
tugasan seharian dapat diselesaikan dengan baik. Jagalah dan pupuklah disiplin dalam diri seperti menjaga
nyawa sendiri. Hal ini demikian kerana tiada apa-apa di dunia ini yang dapat menandingi nikmat hidup
kurniaan Tuhan. Jadilah manusia yang bersyukur . Hayatilah juga mafhum mulia yang menyatakan bahawa
kehidupan sebagai sebatang tubuh. Jika ada anggotanya yang sakit, justeru semua tubuh akan berasa
sakit dan bersama-sama berjaga malam. Senario ini juga terungkap dalam aforisme yang berbunyi yang
bulat tidak akan datang menggolek, yang pipih tidak akan datang melayang. Tanpa disiplin diri maka
tempanglah kehidupan.
6. Badan cergas , otak cerdas. Slogan ini sering kita dengar dan kita lihat melalui paparan media massa.
Seiring dalam mengejar arus globalisasi, amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat harus
ditingkatkan bagi merealisasikan visi dan misi negara menjadi negara maju pada tahun 2020. Sejajar
dengan itu, bagi merealisasikan misi negara tersebut, kita perlu melahirkan masyarakat yang mempunyai
pemikiran yang kreatif dan berpandangan jauh serta mempunyai emosi yang stabil kerana daripada aspekaspek inilah lahirnya masyarakat yang akan menjadi peneraju untuk menggerakkan kemajuan negara pada
masa hadapan.
7. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Budaya kuning yang
kian menular umpama virus epidemik dalam masyarakat telah menyebabkan remaja semakin alpa dan lalai
tentang tanggungjawab mereka terhadap tanah air tercinta ini. Era globalisasi sejajar dengan arus
pemodenan telah mengaburi mata setiap individu untuk mengutamakan kesejahteraan negara. Nilai
materialistik dan individualistik yang menguasai jiwa masyarakat telah menyukarkan modus operandi untuk
menyuburkan semangat perpaduan atau nasionalisme yang semakin sirna. Setiap rakyat Malaysia
memikul tanggungjawab yang berat untuk menghidupkan nilai perpaduan dan kesyukuran yang begitu
syumul pada suatu masa dahulu. Sebagai warganegara yang mendukung nilai cinta akan negara, kita perlu
mengamalkan prinsip di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
8. Remaja kontemporari yang kononnya semakin bijak telah mula tenggelam punca dan sanggup melakukan
tindakan ganas di luar batasan. Pelbagai krisis yang melanda mereka telah menjadi anasir peledak
sehingga situasi yang harmoni dan harmonis bertukar menjadi neraka kehidupan. Pelbagai tekanan emosi
mula melanda golongan sahmura ini sehingga menimbulkan kesan kemurungan dan halunisasi.
Memandangkan fenomena ini berupaya mengancam kesejahteraan komuniti, heterogen sinergi
menanganinya harus diambil dengan seberapa segera. Kata orang tua-tua api kecil baik dipadam.
1.
Sudah tentu sesuatu perkara yang berlaku tentu ada sebab-sebab yang mendorongnya
kerana pepohon pokok tidak akan berliuk-liuk jika tidak ditiup angin. Hakikatnya, pembentukan keperibadian
mulia anak-anak bermula daripada institusi keluarga.
2.
Malangnya, kebanyakan ibu bapa kini yang terlalu mementingkan kerjaya menyebabkan anak-anak
mereka di rumah berasa tersisih seperti kata peribahasa; anak kera di hutan disusukan, anak di rumah
mati kelaparan
3.
Ibu bapa merupakan uswah hasanah kepada anak-anak di rumah, justeru mereka mestilah sentiasa
bersikap penyayang dan berbudi pekerti mulia dan jangan sesekali bersikap seperti ketam mengajar
anaknya berjalan lurus, sedangkan diri sendiri berjalan mengiring.
4.
Anak-anak yang berfikiran kudus akan sentiasa mencontohi kelakuan ibu bapa mereka persiskata
orang tua-tua bapa borek, anak rintik sementelahan ibu bapa merupakan tempat luahan isi hati dan
penyimpan rahsia yang paling dipercayai anak-anak.
5.
Lantaran itu, ibu bapa sewajarnya mengindoktrinasikan pucuk-pucuk hijau dengan nilai-nilai murni
ini bagai menatang minyak yang penuh kerana anak-anak remaja kini sering melibatkan
dalam kebejatan sosial dan budaya hedonisme yang begitu cepat merebak bagai virus epidemik
diri
6.
Melalui nasihat dan ajaran yang baik, sudah tentu anak-anak akan tahu cara-cara
untukmembezakan antara intan dengan kaca kerana mereka tahu sesal dahulu pendapatan,
sesal kemudian tidak berguna lagi. Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa Institusi keluarga
merupakan uslub yang represif dalam membentuk keperibadian anak-anak.
7.
Ibu bapa mestilah menjalankan obligasi masing-masing dengan tidak bersikap bagai melepaskan
batuk di tangga.
8.
Jikalau anak-anak kini berjaya membentuk keperibadian yang mulia, sudah tentu mereka akan
menjadi sandaran negara seperti yang terungkap dalam kata-kata mutiara pemuda harapan bangsa,
pemudi tiang negara
9.
Melihat
kepada
senario
masyarakat kontemporari,
ibu
bapa
lebih
cenderung
untuk
mengejarmaterialistik dan menjadikan pejabat sebagai rumah kedua mereka. Sikap ibarat enau dalam
belukar melepaskan pucuk masing-masing ini perlu dikikis segera bagi memastikan para remaja tidak
terlibat dalam kemelut sosial.
10.
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, kadar remaja lari dari rumah
meningkat sebanyak 5.7 peratus dari tahun lepas. Sebelum nasi sudah menjadi bubur, ibu bapa perlu
mengutamakan anak-anak mereka berbanding dengan hal-hal lain.
11.
Bagaimana acuan bgitulah kuihnya. Aforisme ini mengingatkan ibu bapa agar bertindak sebagai
agen pencorak utama karakter anak-anak supaya mereka tidak mencetuskancangkaliwang pada hari muka.
Lantaran itu, penerapan pendidikan yang sempurna amat didambakan.
12.
Oleh
itu,
dalam
kita
mengharungi
arus
modenisasi,
sudah
tentu
anak
remaja
tidak