Ujian 1 T5 - Jawapan Karangan
Ujian 1 T5 - Jawapan Karangan
Ujian 1 T5 - Jawapan Karangan
SOALAN 1
1. Kebersihan diri merupakan kebersihan tubuh badan yang perlu dijaga oleh setiap individu bagi
menjamin kesejahteraan hidup.
Sebagai remaja yang mengutamakan kesihatan, cadangkan cara-cara anda menjaga kebersihan
diri.
Jawapan
Kehidupan yang serba mencabar ini menjadikan kita sering mengabaikan kebersihan diri
walaupun pelbagai teknologi moden mampu mengubati pelbagai jenis penyakit. Kebersihan
diri merupakan kebersihan tubuh badan yang perlu dijaga oleh setiap individu bagi menjamin
kesejahteraan hidup. Dalam Islam, kebersihan itu merupakan salah satu cabang iman yang
harus diikuti oleh setiap pengautnya. Bukan sahaja Islam, malah agama lain juga mengajar
penganutnya untuk sentiasa menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Namun, sebelum nanah
menjadi tokak dan sebelum nasi menjadi bubur, eloklah kita mencegah daripada mengubati.
Persoalan yang berlegar-legar di segenap minda kita adalah apakah cara-cara untuk kita
menjaga kebersiahan diri?
Sudah terang lagi bersuluh, membersihkan diri dengan mandi merupakan salah satu cara
yang paling efektif untuk kita mengekalkan kebersihan tubuh badan daripada dijangkiti
sebarang kuman. Mandi juga menjadikan seseorang lebih cergas dan mengembalikan tenaga
yang hilang setelah penat melakukan sesuatu kerja. Dengan mandi juga, segala kotoran yang
melekat pada badan dapat dibuang agar tidak menjadikan badan kita berbau busuk. Impak
daripada bau badan akan menjadikan seseorang itu kurang disenangi oleh orang sekeliling dan
maruah kita juga akan terjejas. Izharlah bahawa mandi merupakan salah satu prakarsa perdana
dalam menjaga kebersihan diri.
Sebagai lontaran idea yang kedua, makanan dan minuman yang kita juga haruslah
dipastikan kebersihannya sebelum kita betul-betul makan. Oleh itu, langkah terbaik adalah
mencuci tangan dengan menggunakan sabun seperti detol mampu membunuh kuman yang
melekat pada tapak tangan sehingga mampu memberikan kesan pada kesihatan kita. Kesan
akibat kita memakan dengan tangan yang tidak bersih akan menyebabkan kita mengalami salah
keracunan makanan. Dalam Islam juga, kita digalakkan untuk mencuci tangan sebelum makan.
Oleh itu, peranan agama sangat signifikan dalam memainkan peranan dalam menjaga diri dari
aspek kebersihan. Tuntasnya, memakan sesuatu dengan tangan yang bersih juga merupakan
salah satu cara untuk menjadi kebersihan dan kesihatan tubuh badan.
Sebagai lontaran idea yang ketiga, memakai pakaian yang bersih daripada sebarang
kotoran serta berpakaian kemas juga dapat mencerminkan tahap kepekaan seseorang terhadap
aspek kebersihan. Penampilan seseorang sangat memberikan kesan jika kita hendak mengenali
seseorang. Dari pakaian kita dapat mengandaikan kehidupan seseorang. Selain memastikan
pakaian yang bersih, kita hendaklah memakai deodoran atau minyak wangi bagi memastikan
1
Disediakan oleh Cikgu Hasrul
bau peluh. Selain itu, rambut yang disikat dengan rapi juga merupakan identiti seseroang dalam
menggambarkan kebersihan diri. Konklusinya, memakai pakaian yang bersih dan berbau
wangi juga merupakan salah satu cara untuk kita menjaga kebersihan tubuh badan dan diri.
Sebagai lontaran idea yang terakhir, tempat tinggal yang bersih dan terhindar daripada
pembiakan nyamuk serta bau sampah juga salah satu faktor yang boleh menjamin kebersihan
dan kesihatan diri seseorang. Seseorang yang mementingkan kebersihan akan menjaga tempat
tinggal mereka dalam keadaan bersih dan teratur. Segala kotoran pada lantai, dinding dan
longkang akan dicuci sehingga bersih. Selain itu, sampah sarap yang sudah penuh terus
dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan di luar rumah. Oleh itu, memang benarlah
untuk menggambarkan kebersihan seseorang tidak boleh dilihar daripada penampilan diri dan
tubuh badan, tapi tempat tinggal juga perlu diambil kira.
Sebagai penutup wacana, kebersihan saling berkait rapat dengan kesihatan diri. Apabila
seseorang boleh menjaga kebersihan diri, maka kesihatannya juga akan terjamin. Oleh itu,
seseorang perlulah mengambil langkah yang proaktif dalam menjaga kebersihan diri sebelum
nasi menjadi bubur. Jika setiap individu menjaga kebersihan, maka hasrat mantan Tun Dr.
Mahathir Mohamad untuk melahirkan individu yang bersih dari segi penampilan dan akalnya
akan terlaksana seiring dengan masyarakat kelas pertama di negara-negara maju yang lain.
SOALAN 2
2. Kehidupan masyarakat moden yang sibuk pada hari ini menyebabkan mereka hidup bagai enau
dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Mereka mengabaikan kehidupan berjiran.
Bincangkan langkah-langkah untuk menyuburkan semangat kejiranan.
Jawapan:
Sejak negara menikmati arus kemerdekaan dan dunia globalisasi, semangat kejiranan
semakin luntur dan semakin kurang diamalkan oleh masyarakat. Kemelut ini semakin
membara bagai cendawan tumbuh selepas hujan dan sukar untuk dibendung lagi walaupun
pelbagai prakarsa telah banyak dilakukan. Hal ini demikian kerana sikap individualistik
masyarakat kian menebal ditambah pula masing-masing gemar mengamalkan amalan bagai
enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Oleh itu, peranan strata pelbagai pihak
sangat signifikan terutamanya pihak kerajaan dalam membanterasi kemelut ini sebelum nanah
menjadi tokak. Persoalannya, apakah langkah-langkah untuk menyuburkan semangat
kejiranan?
Sudah terang lagi bersuluh, pihak kerajaan merupakan salah satu langkah perdana dalam
menangani isu yang semakin merunsingkan banyak pihak. Kerajaan merupakan pucuk
pimpinan utama dalam sistem pentadbiran negara. Oleh itu, segala dasar yang dibuat akan
dilaksanakan hingga ke peringkat akar umbi. Pihak kerajaan seharusnya memperbanyak
kempen kesedaran tentang isu semangat kejiranan ini agar isu ini tidak dipadang enteng oleh
sesetengah pihak. Kempen yang dilaksanakan seharusnya meliputi semua kumpulan sasaran
sama ada masyarakat di bandar atau di kampung. Agensi-agensi yang terlibat juga perlulah
turun padang bagi memastikan kempen ini mencapai objektifnya secara maksimum. Oleh itu,
jelaslah bahawa peranan pihak kerajaan sangat signifikan dalam menangani masalah
kelunturan semangat kejiranan.
2
Disediakan oleh Cikgu Hasrul
Sikap bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat perlulah diamalkan
dalam hidup bermasyarakat juga merupakan salah satu cara yang efektif dalam menangani
masalah terhakisnya semangat kejiranan dalam hidup masyarakat. Masyarakat perlulah
prihatin dan sensitif dengan isu terhakisnya semangat kejiranan yang sedang berlaku di negara
ini. Setiap anggota masyarakat yang mengamalkan sikap lepas tangan dan mementingkan diri
sendiri perlulah dielakkan. Masyarakat perlulah bersatu padu bagai aur dengan tebing dan
bekerjasama untuk menangani kemelut ini. Tuntasnya, sikap anggota masyarakat yang saling
bekerjasama merupakan antara langkah mengatasi terhakisnya semangat kejiranan.
Profesor Di Raja Ungku Aziz pernah menukilkan bahawa universiti pertama bagi anak-
anak ialah sekolah. Oleh itu, peranan pihak semulah sangat signifikan dalam memupuk
semangat kejiranan yang kian menipis. Sekolah seharusnya menjadi asas kepada pembentukan
sahsiah dan moral remaja. Sekolah perlulah mendidik murid dengan nilai-nilai murni agar
dapat digunakan setelah mereka habis bersekolah termasuklah dalam isu semangat kejiranan.
Mata pelajaran pendidikan moral dan pendidikan Islam hendaklah memainkan peranan penting
terhadap pembentukan sahsiah murid terutamanya dalam hidup bermasyarakat. Konklusinya,
pihak sekolah juga merupakan salah satu cara menangani masalah kelunturan semangat
kejiranan.
Sebagai lontaran idea yang terakhir, peranan media massa juga merupakan salah satu cara
dalam menangani masalah kelunturan semangat kejiranan. Media massa secara umumnya
terbahagi kepada dua, iaitu media cetak dan media elektronik. Media cetak merangkumi media
yang berunsur bahan cetakan seperti surat khabar, risalah dan majalah. Manakalah media
elektronik ialah media yang berfungsi dengan menggunakan arus elektrik seperti televisyen
dan radio. Media massa seharusnya membentuk pemikiran rakyat ke arah pembentukan
masyarakat yang berfikiran positif dan madani. Media massa juga perlulah memaparkan
rancangan yang berunsurkan semangat kejiranan contohnya perbanyakan rancangan seperti pi
mai pi mai tang tu. Intihanya, media massa yang menjadi medium penyebaran maklumat
dewasa ini telah menjadi penyampaian maklumat yang sangat signifikan dalam menyuburkan
semangat kejiranan.
Sebagai penghias bicara akhir, setiap strata masyarakat memainkan peranan yang
signifikan dalam menyuburkan semangat kejiranan dalam jiwa masyarakat yang kian luntur.
Masyarakat amnya, tidak seharusnya membiarkan masalah ini berada pada pundak individu
tertentu sahaja. Oleh itu, semua pihak perlulah bersinergi bagi memastikan masalah ini dapat
dilaksanakan dengan jayanya. Hal ini bersesuaian dengan visi kudsi Tun Dr. Mahathir
Mohamad untuk melahirkan generasi cemerlang dari semua aspek dan membolehkan Malaysia
mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain.
Amalan berat sama dipikul, ringan sama dijinjing perlu disemai dalam setiap jiwa rakyat
Malaysia agar cara untuk menyuburkan amalan semangat kejiranan dapat dilaksanakan hingga
ke akar umbi.
3
Disediakan oleh Cikgu Hasrul
SOALAN 3
3. Tulis sebuah rencana yang bertajuk “Peranan ibu bapa dalam memupuk semangat patriotik
dalam diri anak-anak”.
Jawapan:
Peranan Ibu Bapa dalam Memupuk Semangat Patriotik dalam Diri Anak-anak
Oleh Md Hasrul Bin Ja’afar
Sejak negara menikmati arus kemodenan, semangat patriotik dalam kalangan diri anak-
anak kian luntur dan terhakis seringi dengan masa dan peredaran zaman. Hal ini telah
membimbangkan banyak pihak. Sebagai rakyat Malaysia yang cinta akan tanah airnya, kita
seharusnya memandang enteng akan situasi yang kian membara bagai virus yang semakin
membarah dan bermaharajalela dalam hidup bermasyarakat. Oleh itu, sebelum nanah menjadi
tokak dan sebelum nasi menjadi bubur, kemelut ini perlu dicantas dari akar umbi. Ibu bapa
memainkan peranan yang signifikan dalam hal ini. Persoalannya, apakah peranan ibu bapa
dalam memupuk semangat patriotik dalam diri anak-anak?
Sudah terang lagi bersuluh, ibu bapa seyogianya menjadi suri teladan kepada anak-anak.
Orang tua-tua penah berkata, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Oleh itu, segala tingkah laku
ibu bapa akan menjadi cerminan kepada anak-anak. Anak-anak akan terus meniru perlakuan
ibu bapa mereka sama ada baik atau buruk. Oleh hal yang demikian, ibu bapa hendaklah
menunjukkan contoh terbaik dalam memupuk semangat patriotisme dalam diri anak-anak.
Tamsilnya, ibu bapa hendaklah menujukkan semangat patriotik setiap masa terutama apabila
tibanya musim sambutan hari kemerdekaan. Semangat patriotik akan dapat dirasakan apabila
ibu bapa menghias rumah dan kereta dengan bendera jalur gemilang. Izharlah bahawa peranan
ibu bapa menjadi suri teladan merupakan peranan yang sangat dominan dalam memupuk
semangat patriotik dalam diri anak-anak.
Ketandusan ilmu agama menjadi seseorang itu lupa akan asal usul umpama kacang lupakan
kulit. Oleh itu, sebagai ibu bapa, mereka seharusnya menerapkan ilmu agama dan moral yang
secukupnya agar menjadi sebati dalam diri mereka. Apabila ilmu agama dibentuk dan
diterapkan, secara tidak langsung semangat cinta akan tanah air akan dapat dibentuk juga.
Setiap agama mengajar pengautnya agar menjaga maruah diri, keluarga, agama dan negara.
Aspek negara adalah aspek yang sangat luas, menjaga nama baik negara apabila berada di luar
negara juga merupakan tanda seseorang itu mempunyai semangat patriotik. Oleh hal yang
demikian, peranan dan pengaruh agama sangat luas dalam membentuk keperibadian seseorang
terutamanya dari sudut aspek semangat patriotisme. Kesimpulannya, pengaruh agama yang
dimainkan oleh ibu bapa juga sangat penting dalam membentuk semangat patriotik dalam diri
anak-anak.
Malaysia kaya dengan sejarahnya sejak berabad-abad yang lalu. Dari penaklukan Portugis
pada tahun 1511 sehinggalah kemasukkan tentera Jepun pada tahun 1941 sebelum British
mengambil alih setelah pengeboman bom nuklear di Hiroshima dan Nagasaki yang meragut
ratusan ribu nyawa. Kesan peninggalan penjajah seharusnya menjadi iktibar kepada golongan
anak muda dalam memupuk semangat patriotik. Oleh itu, ibu bapa perlulah membawa anak-
anak untuk bercuti ke tempat-tempat bersejarah seperti Kota A Famosa di Melaka, Kubur Rosli
Dhobi di Sibu dan Muzium Istana Menanti di Negeri Sembilan. Ibu bapa juga boleh
menceritakan kisah sejarah yang mereka sendiri ketahui agar anak-anak lebih tertarik dengan
4
Disediakan oleh Cikgu Hasrul
sejarah negara. Pada masa yang sama, hubungan antara ibu bapa dan anak-anak akan dapat
dipereratkan.
Hadiah merupakan satu ganjaran dan penghargaan yang diberikan kepada seseorang
sebagai tanda terima kasih atau memangkin semangat. Oleh itu, ibu bapa yang prihatin
seharusnya menjadikan bahan-bahan bersejarah seperti buku cerita dan menonton atau
melancong filem-filem bersejarah senagai satu hadiah dan ganjaran kepada anak-anak jika
mereka berjaya dalam melakukan sesuatu perkara. Hal ini juga dapat mengelakkan anak-anak
daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti menghadiahkan anak-anak
dengan permainan video atau telefon pintar yang nanti akan merosakkan minda dan pemikiran
mereka. Konklusinya, peranan ibu bapa dalam pemberian hadiah atau ganjaran juga menjadi
salah satu cara dalam menaikkan semangat patriotik dalam diri anak-anak.
Sebagai penutup wacana, ibu bapa merupakan tunggak asas kepada pembentukkan sesuatu
perkara terutamanya yang melibatkan anak-anak. Peranan ibu bapa sangat signifikan dalam
menanamkan sikap patriotik yang akan menjadi sebati dalam jiwa mereka. Bak kata
peribahasa, kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau. Oleh itu, ibu bapa perlu
mewujudkan suasana yang kondusif dan selesa kepada anak-anak. Jika perkara ini dapat
dipupuk, Malaysia mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara
maju yang lain. Pandangan rakyat negara luar juga dapat diubah ke arah yang lebih positif.
Jawapan:
Rantau Asia adalah antara rantau yang paling hidup dan bernyawa. Hal ini demikian
kerana, terdapat banyak bidang yang sedang mengalami pembangunan pesat antaranya
termasuklah dalam bidang pelancongan yang menjadi nadi kehidupan penduduk rantau ini.
Oleh itu, negara-negara di Asia saling bergantung pada kerjasama antara negara di sini dan
menjadikan bidang pelancongan sebagai pendapatan utama bagi penduduk tempatan.
Persoalannya, apakah kerjasama yang dapat dilakukan antara negara untuk meningkatkan
industri pelancongan.
Sudah terlang lagi bersuluh, isu ini melibatkan pucuk pimpinan sesebuah negara. Oleh itu,
pemimpin negara serantau perlu mengadakan persidangan berkelompok dalam rundingan meja
bulat untuk membincangkan keperluan dan kemaslahatan industri pelancongan yang banyak
memberikan kebaikan bagi pembangunan negara. Persidangan ini diadakan untuk merangka
dasar pelancongan serantau seperti rantau Asia Tenggara khasnya bagi menghapuskan
penggunaan visa untuk memasukki sesuatu sempadan negara. Hal ini bertujuan untuk menarik
pelancong asing untuk melawat di Asia. Pada masa yang sama, secara tidak langsung akan
menguntungkan negara yang terlibat. Izharlah bahawa rundingan pucuk pimpinan berperanan
sangat signifikan dalam meningkatkan industri pelancongan.
Selain itu, kerjasama dari segi kemahiran memajukan pelancongan juga perlu dijalankan.
Kerjasama ini perlulah diadalah dalam bentuk perbincangan tentang produk pelancongan yang
akan dilaksanakan. Hal ini bertujuan untuk memastikan setiap negara yang terlibat memiliki
produk istimewa yang diperkenalkan ke peringkat antarabangsa. Produk yang akan
ditampilkan perlulah menampilkan keunikan dan kelainan yang sukar ditemui di negara-negara
5
Disediakan oleh Cikgu Hasrul
lain. Hal ini juga dapat mengelakkan konflik tarikan pelancong serta dapat meningkatkan
pendapatan negara. Jika hal ini diteruskan, maka kemajuan sesebuah negara dan serantau dapat
ditingkatkan.
Di samping itu, perkongsian ilmu juga perlu dijalankan di rantau Asia. Perkongsian ini
meliputi ilmu pemanduan pelancongan, ilmu promosi pelancongan serta ilmu pemasaran
produk pelancongan. Hal ini juga bertujuan untuk menarik perhatian pelancong yang singgah
dan seterusnya membeli pakej pelancongan melalui laman web pelancongan serantau. Hasil
dan keuntungan ini akan dibahagikan sama rata antara anggota negara serantau yang terlibat.
Pada masa yang sama perbalahan dan konflik dapat dielakkan dan setiap negara akan
menjadikan penjanaan pendapatan negara akan diutamakan.
Industri pelancongan – sumber pendapatan utama negara – mesti dimajukan dengan sedaya
upaya – menjenamakan Asia sebagai destinasi pelancongan termasyhur – pasti dapat
meningkatkan ekonomi negara – peluang pekerjaan dan perniagaan terbuka luas – di mana ada
kemahuan, di situ ada jalannya – sama-sama berusaha membentuk kerjasama – pelancongan
ialah sumber pendapatan utama
Membaca jambatan ilmu. Namun budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia masih
rendah. Kajian menunjukkan bahawa secara purata rakyat Malaysia hanya membaca dua buah
buku setahun. Negara kita yang sedang pesat membangun memerlukan rakyat yang
berpengetahuan tinggi untuk maju setanding dengan negara maju di dunia ibarat duduk sama
rendah, berdiri sama tinggi. Persoalannya, adakah rakyat Malaysia sedar akan pelbagai faedah
yang bakal diperoleh apabila mereka membaca? Sebenarnya sudah terang lagi bersuluh bahawa
terdapat pelbagai manfaat apabila seseorang mempraktikkan budaya membaca.
Ilmu penyuluh kehidupan dan membaca buku dapat menambahkan pengetahuan. Hal ini
demikian kerana melalui pembacaan seseorang dapat mengetahui isu-isu semasa sama ada yang
berlaku di dalam negara atau di luar negara. Oleh hal yang demikian mereka tidak akan menjadi
seperti katak di bawah tempurung. Selain itu, melalui pembacaan, pembaca berpeluang
6
Disediakan oleh Cikgu Hasrul
mempelajari sejarah dan budaya masyarakat dunia. Umpamanya mereka dapat mempelajari
tamadun Mesopotamia, Indus, Hwang Ho, Mesir Purba dan lain-lain. Pembaca juga dapat
mengetahui budaya masyarakat dunia yang sangat unik dan berbeza di negara yang
berlainan. Oleh itu, untuk memupuk budaya membaca ini, kita perlulah menggalakkan anak-anak
ke perpustakaan dan membeli bahan bacaan yang bersesuaian untuk mereka kerana banyak
membaca luas pengetahuan dan membaca ialah jendela ilmu.
Tabiat membaca merupakan aktiviti masa senggang yang sangat berfaedah. Masa itu emas,
oleh itu seseorang seharusnya mengisi masa lapang dengan berfaedah seperti mengamalkan hobi
membaca buku. Negara kita memerlukan rakyat yang berpengetahuan untuk membangunkan
negara. Sebagai contoh, masyarakat di negara Jepun yang maju menjadikan amalan membaca
sebagai budaya hidup mereka. Di negara matahari terbit itu, kita dapat menemukan masyarakat
Jepun yang membaca buku ketika di dalam kereta api, di stesen bas, di taman-taman, atau di mana-
mana sahaja. Sebaliknya, di negara kita, rakyat kita suka berbual-bual kosong di kedai kopi,
bermain dam di atas wakaf, atau melepak di pusat-pusat beli belah. Kesimpulannya, jelaslah
bahawa rakyat yang banyak membaca berupaya menjamin kemajuan negara.
Tabiat membaca juga adalah pemangkin kemajuan negara. Hal ini demikian kerana
kemajuan sesebuah negara tidak dilihat pada pembangunan fizikal semata-mata tetapi juga diukur
pada kemajuan intelektual rakyatnya. Rakyat berilmu mencerminkan kemajuan sesebuah
negara. Sekiranya negara kita dapat mengurangkan kadar buta huruf secara tidak langsung, taraf
pendidikan di negara kita turut meningkat dalam usaha melahirkan rakyat bertamadun tinggi.
Sejarah telah membuktikan bahawa pembangunan tamadun keintelektualan manusia bermula
daripada buku. Sebagai misalannya, kemajuan Kota Baghdad telah muncul sebagai pusat
penyebaran ilmu yang unggul di dunia suatu ketika dahulu disebabkan ledakan ilmu menerusi
penulisan dan penterjemahan pelbagai buku dari seantero dunia. Tuntasnya, melalui tabiat
membaca, kita dapat melahirkan modal insan bertaraf dunia.
Natijahnya, berdasarkan faedah-faedah yang telah dibicarakan, sudah terang lagi bersuluh
bahawa tabiat membaca amat signifikan untuk membangunkan intelektual rakyat negara
ini. Tegasnya, tabiat membaca berupaya menjayakan hasrat negara menjadi negara maju dalam
Wawasan 2020. Tabiat membaca harus dipupuk ibarat sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit ke
arah meningkatkan purata pembacaan rakyat negara ini. Sesungguhnya semua pihak harus
7
Disediakan oleh Cikgu Hasrul
berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk meningkat budaya membaca dalam kalangan
masyarakat kerana tamadun kebendaan tidak pernah kekal tetapi tamadun ilmu boleh merentas
zaman.
(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) kecil-kecilan
(berkecil-kecil; (secara) sedikit-sedikit (tidak secara besar-besaran)
- Majlis perkahwinan adik saya akan diadakan secara kecil-kecilan (1m)
- Perniagaan Ahmad terpaksa diteruskan secara kecil-kecilan kerana modalnya
yang sedikit. (1m)
(ii) terang-terangan
diterangkan secara jelas.
- Adik dikenakan hukuman kerana terang-terangan dia bersalah
(iii) kenang-kenangan
sebagai tanda kenangan/kenangan lama
- Hadiah ini menjadi kenang-kenangan ketika berada di luar negara
- Foto itu menjadi kenang-kenangan kita.
(iv) bermati-matian
bersungguh-sungguh melakukan sesuatu perkara
- Adik bermati-matian mengulang kaji pelajaran
- Ayah dan ibu bermati-matian bekerja untuk menyara kami adik beradik.
(v) bertolak-tolakan
Perbuatan saling bertolakan
- Amar dan Adam bertolak-tolakan ketika berada di kantin.
(vi) bermaaf-maafan
Perbuatan saling bermaaf-maafan
- Pada pagi Aidilfitri, kami sekeluarga bermaaf-maafan antara satu sama lain.
(b) Tukarkan cakap ajuk di bawah kepada cakap pindah tanpa mengubah maksud asalnya.
(i) “Saya tidak mahu kamu terus berasa rendah diri. Kamu perlu yakin pada diri sendiri
jika ingin berjaya dalam hidup,” kata Cikgu Ismail kepada murid-muridnya.
8
Disediakan oleh Cikgu Hasrul
a) Cikgu Ismail memberitahu / menasihati / memaklumkan / menyatakan murid-
muridnya bahawa beliau tidak mahu mereka terus berasa rendah diri. Mereka
perlu yakin pada diri sendiri jika ingin berjaya dalam hidup.
(ii) “Wah, ramai sungguh ibu bapa yang hadir dalam mesyuarat agung PIBG sekolah kita
pada kali ini!” kata Yang Dipetua PIBG kepada Pengetua.
(iii) “Nama saya Imran. Bolehkah saya berjumpa dengan Encik Harun?” tanya Imran
kepada penyambut tetamu di pejabat itu.
[6 markah]
(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Dalam pesidangan tersebut, pelbagai cadangan telah dikemukakan oleh para
cendikiawan untuk menyelesaikan masalah pengangguran.
(ii) Syarikat pengangkutan bas awam perlu dikemaskinikan jadual perjalanan supaya
para penumpang mendapat manafaat.
(iii) Encik Hamid yang menerima penganugerahan pekerja terbaik bagi bulan Mac
merupakan kaki tangan bahagian penyelidikan di Agensi Nuklear Malaysia.
[6 markah]
9
Disediakan oleh Cikgu Hasrul
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Timbalan Perdana Menteri merupakan di antara tetamu kehormat yang hadir dalam
mesyuarat jubli perak sekolah tersebut.
(ii) Pengerusi majlis menghulurkan ucapan terima kasih di atas sumbangan yang
diberikan oleh pihak penaja.
(iii) Pihak berkuasa akan menggubal undang-undang sedia ada supaya lebih sesuai akan
keperluan zaman sekarang.
[6 markah]
(e) Tulis satu peribahasa yang mempunyai maksud yang sama atau hampir sama dengan
peribahasa di bawah.
10
Disediakan oleh Cikgu Hasrul
b) biduk lalu kiambang bertaut
11
Disediakan oleh Cikgu Hasrul