Makanan seimbang penting untuk pertumbuhan fizikal yang baik, menyediakan vitamin untuk kesihatan, dan mengawal berat badan. Tanpa makanan seimbang, seseorang akan mudah mengalami masalah kesihatan.
0%(1)0% menganggap dokumen ini bermanfaat (1 suara)
554 tayangan2 halaman
Makanan seimbang penting untuk pertumbuhan fizikal yang baik, menyediakan vitamin untuk kesihatan, dan mengawal berat badan. Tanpa makanan seimbang, seseorang akan mudah mengalami masalah kesihatan.
Makanan seimbang penting untuk pertumbuhan fizikal yang baik, menyediakan vitamin untuk kesihatan, dan mengawal berat badan. Tanpa makanan seimbang, seseorang akan mudah mengalami masalah kesihatan.
Makanan seimbang penting untuk pertumbuhan fizikal yang baik, menyediakan vitamin untuk kesihatan, dan mengawal berat badan. Tanpa makanan seimbang, seseorang akan mudah mengalami masalah kesihatan.
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online dari Scribd
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 2
KEPENTINGAN MAKANAN SEIMBANG
Hadirin yang bervisi,
Tahukah anda apa yang dikatakan makanan seimbang? Apakah kepentingan makanan seimbang? Makanan seimbang adalah makanan yang mengandungi semua jenis zat makanan yang diperlukan oleh tubuh badan seperti karbohidrat, mineral, protein, zat besi dan juga vitamin. Makanan seimbang amat penting untuk semua orang. Kegagalan individu mengambil makanan seimbang akan mengundang kepada pelbagai gejala penyakit, menyebabkan pertumbuhan individu terbantut malahan turut menyebabkan organ badan gagal berfungsi dengan baik.
Warga dewan yang budiman,
Pepatah Melayu ada mengatakan Makan untuk Hidup , Bukan Hidup Untuk Makan. Pengambilan makanan untuk setiap kali waktu makan perlulah dititikberatkan. Kita perlu memastikan semua jenis zat terdapat dalam hidangan tersebut. Contohnya sepinggan hidangan makan tengah hari perlu ada nasi, sayur, ikan atau ayam , buah-buahan dan air masak. Sebenarnya pengambilan makanan seimbang dalam kehidupan seharian adalah sangat penting. Pertama, pengambilan makanan seimbang penting untuk tumbesaran fizikal tubuh manusia. Orang yang sentiasa mengambil makanan seimbang akan mengalami pertumbuhan diri yang lebih baik berbanding dengan orang yang tidak mengambil makanan yang seimbang. Kedua, makanan yang seimbang memberikan vitamin yang cukup kepada badan. Vitamin dapat membantu tubuh melawan penyakit. Orang yang mengamalkan pemakanan seimbang mempunyai kesihatan yang lebih baik. Ketiga, pengambilan makanan seimbang juga dapat mengawal kadar obesiti. Salah satu aspek dalam pemakanan seimbang ialah makan dalam kuantiti yang sikit tetapi cukup berkhasiat. Pengawalan pemakanan menjadikan seseorang itu mempunyai berat badan yang ideal. Ini dapat memudahkan seseorang itu melakukan aktiviti harian.
Keempat, pengambilan makanan seimbang dapat membantu
perkembangan mental yang cerdas. Makanan seimbang penting terutama kepada para pelajar. Makanan seimbang penting untuk mengekalkan daya konsentrasi pelajar di dalam kelas.
Warga dewan yang budiman,
Secara keseluruhannya, makanan seimbang amat penting buat semua orang. Tanpa pemakanan yang seimbang, individu mengundang dirinya ke kancah pelbagai wabak dan penyakit yang memudaratkan diri sendiri. Oleh itu, pastikan anda mengamalkan pemakanan secara seimbang untuk kestabilan kesihatan. Masyarakat sihat negara gemilang.