0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
190 tayangan25 halaman

Kertas Penerangan: Program'S Code & Name

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1/ 25

KOLEJ DAYATECH

PUSAT KOMERSIAL ARENA BINTANG,


C21-G 1, 2, JALAN ZUHAL U5/179,
SEKSYEN U5, 40150 SHAH ALAM, SELANGOR

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
KOD DAN NAMA
PROGRAM / MC-091-2:2016

PROGRAM’S CODE & INDUSTRIAL AUTOMATION ENGINEERING SERVICE


NAME

TAHAP / LEVEL L2

NO. DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI / C01 INDUSTRIAL AUTOMATION ENGINEERING

COMPETENCY UNIT NO. DRAFTING


AND TITLE

1. PERFORM INDUSTRIAL AUTOMATION ENGINEERING


SKETCHING

NO. DAN PENYATAAN 2. PERFORM TWO DIMENSION ENGINEERING


AKTIVITI KERJA / WORK DRAWING DEVELOPMENT
ACTIVITIES NO. AND
STATEMENT 3. DEVELOP THREE DIMENSIONAL INDUSTRIAL
AUTOMATION ENGINEERING DRAWING

4. PREPARE DRAWING BILL OF MATERIALS

5. PERFORM ENGINEERING DRAWING FILING

NO. KOD /CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(2/5) Muka : 1 Drp : 25

TAJUK/TITLE: KEPERLUAN LUKISAN KEJURUTERAAN DUA DIMENSI

TUJUAN/PURPOSE :

Kertas Penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan mengenai lukisan dua
(2) dimensi,asas-asas unjuran ortografik untuk menghasilkan lukisan
kejuruteraan,konsep-konsep lukisan,pendimensian serta jenis-jenis pandangan
lukisan ortografikmengikut spesifikasi piawaian yang betul.
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(2/5) Muka : 2 Drp : 25

PENERANGAN/INFORMATION:

Lukisan Unjuran ortografik bolehlah dianggapkan sebagai lukisan dua dimensi kerana
objek yang dilukis dengan kaedah ini akan memberikan dua dimensi ukuran iaitu lebar
dan tinggi, atau panjang dan tinggi sesuatu objek.Perkataan unjuran seringkali
digunakan dalam lukisan pandangan ortografik bagi menggambarkan kaedah
bagaimana lukisan itu dibina.Sesuatu arah pandangan objek yang dilihat akan
diunjurkan ke suatu permukaan atau rataan yang bersudut tepat dengan objek itu. Dari
rataan ini bentuk pandangan itu diperolehi.Ini bererti bentuk lengkung dan sudut
mungkin berupa garisan lurus dari sesuatu arah pandangan.

1. Prinsip Unjuran
Terdapat dua prinsip unjuran yang digunakan dalam unjuran ortografik iaitu:
       - Prinsip unjuran berpusat
     - Prinsip unjuran selari

Rajah 1: Prinsip Unjuran Berpusat

Rajah 2: Prinsip Unjuran Selari


1.1 Konsep Unjuran Ortografik
Unjuran Ortografik berdasarkan kepada tiga konsep utama iaitu :

i) Si pemandang (arah pandangan)

ii) Satah unjuran

iii) Objek (benda yang dilukis)


NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(2/5) Muka : 3 Drp : 25

i. Si pemandang (arah pandangan)


Berdasarkan kepada konsep arah pandangan, setiap pandanganortografik
dapat dihasilkan dengan mengunjurkan garisan – garisanunjuran yang
bersudut tepat kepada satah unjuran dari objekberkenaan. Pandangan yang
dihasilkan pada satah unjuranhadapan dinamakan pandangan hadapan,
seperti dalam Rajah3.

Rajah 3 : Pandangan Hadapan


Mengikut konsep unjuran, tiap – tiap pandangan memerlukan satusatah unjuran.
Oleh itu jika satu satah unjuran yang mengufuk diletakkan di atas objek, satu lagi
pandangan boleh diunjurkan pada satah tersebut. Pandangan ini dinamakan
pandangan atas, seperti dalam Rajah 4.
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(2/5) Muka : 4 Drp : 25

Rajah 4 :Pandangan Hadapan Dan Sisi


Satu lagi arah pandangan diperlukan bagi melengkapkangambaran sepenuhnya
sesuatu objek. Iaitu pandangan sisi kanan,seperti dalam Rajah5.

Rajah 5: Pandangan Hadapan,Atas Dan Sisi

Jika sesuatu objek dibayangkan terletak di dalamsatu kotak kaca, permukaan kotak
itu boleh dianggap sebagai satah unjuran.Sebanyak enam pandangan yang dapat
ditunjukkanpada permukaan kaca itu, Keenam – enam pandangan ini dinamakan
pandangan ortografik utama, seperti dalam Rajah6.
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(2/5) Muka : 5 Drp : 25

Rajah 6 : Pandangan Utama Ortografik

ii. Satah Unjuran.

Konsep Ortografik ternyatalah menggunakan satah unjuran danpandangan objek


yang diunjurkan pada satah tersebut. Satah unjuran utama terdiri daripada dua jenis,
iaitu satah tegak dan satah mengufuk. Persilangan antara satah unjuran ini
menghasilkan empat sukuan, seperti dalam Rajah7.

Rajah 7 : Satah Unjuran Dan Satah Ujuran Ortografik


NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(2/5) Muka : 6 Drp : 25

iii. Objek ( benda yang dilukis )

Objek adalah benda yang akan dilukis dalam unjuran pertama atauunjuran ketiga.
Objek yang dilukis biasanya mempunyai beberapabentuk yang akan menguji pelukis
dalam mendapatkan setiappandangan, seperti Rajah 8.

Rajah 8 : Contoh Objek

1.2 Jenis-Jenis Pandangan Unjuran Ortografik

Terdapat tiga arah pandangan, iaitu :

i. Pandangan atas (pelan)

ii. Pandangan depan (hadapan)

iii Pandangan sisi (samping)

i. Pandangan atas ( pelan )


Pandangan pelan atau pandangan atas menunjukkan bahagianatas sesuatu
objek tetapi ini tidak bermakna pandangan dari arahbawah tidak terpilih.
Pandangan pelan yang dipilih masih mengutamakan arah pandangan yang
dapat menunjukkan bentuk – bentuk objek dengan garisan nyata lebih banyak
daripada garisan tersembunyi, tetapi kelazimannya arah pandangan yang
dipilih ialah dari sebelah atas. Pandangan dari arah ini dapat menunjukkan
ukuran panjang dan lebar objek, seperti Rajah 9.
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(2/5) Muka : 7 Drp : 25

Rajah 9 : Pandangan Arah Pelan


ii. Pandangan depan ( hadapan )
Arah pandangan hadapan sesuatu objek dipilih berdasarkan arahyang dapat
menunjukkan ukuran panjang dan tinggi keseluruhaansesuatu objek sesuai
dengan kedudukan objek itu, seperti dalam Rajah10. Pemilihan arah ini juga
mengambilkira arah yang boleh menampakkan bahagian – bahagian objek
secara terus bukan secara tersembunyi, atau dalam istilah lukisan bahagian
– bahagian ini paling banyak diwakili oleh garisan nyata dan bukannya
garisan tersembunyi.

Rajah 10 : Pandangan Arah Hadapan


NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(2/5) Muka : 8 Drp : 25

iii. Pandangan sisi


Arah pandangan sisi yang dipilih biasanya mewakili dimensi lebardan tinggi
objek itu. Pemilihan arah pandangan sisi ini bergantungpada arah mana
yang dapat menunjukkan bahagian – bahagian objek yang lebih banyak
dengan garisan nyata berbanding dengan garisan tersembunyi, seperti
dalam Rajah11.

Rajah 11 : Pandangan Arah Sisi


1.3 Jenis-Jenis Unjuran Ortografik

Unjuran ortografik merupakan satu kaedah untuk menghasilkan bentuk objek


yang tepat, dalam dua atau lebih pandangan di atas satah-satah yang bersudut
tepat di antara satu sama lain. Objek yang hendaklah dipandang mestilah pada
kedudukan sudut yang tepat dengan permukaan objek, Rajah 12 menunjukkan empat
sukuan sudut-sudut yang masing-masing menggambarkan sudut pertama, sudut
kedua, sudut ketiga dan sudut keempat.

Rajah 12 : Kedudukan Objek Dalam Sukuan Pertama Dan Ketiga


NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(2/5) Muka : 9 Drp : 25

Daripada empat sudut tersebut, hanya dua sahaja yang digunakan dalam unjuran
ortografik iaitu:-

i. Unjuran sudut pertama


ii. Unjuran sudut ketiga

i. Unjuran sudut pertama.


Unjuran ini merupakan unjuran yang terawal dan tertua digunakandalam lukisan
kejuruteraan. Lukisan dalam sudut unjuran inidianggap sebagai unjuran piawai
tradisi British dan Eropah untuk kegunaan para arkitek dan jurutera. Satah – satah
utama yang terdapat dalam sudut ini mempunyai namanya yang tersendiri, sesuai
dengan peranannya.Kesemua satah ini bertemu antara satu dengan lain pada
sudut tepat. Rajah 13 menunjukkan contoh lukisan bergambar bagi sebuah objek
padu. Jika objek ini dilihat dari anak panah A, pandangan yang diperolehi ialah
pandangan hadapan. Bentuk bahagian objek yang kelihatan dari pandangan ini
diunjurkan kebelakang sehingga mengenai satah menegak hadapan sebagaimana
yang ditunjukkan oleh anak panah kecil.

Rajah 13 : Lukisan Bergambar Bagi Sesebuah Objek Padu

Pelan bagi objek ini pula diperolehi apabila objek itu dilihat dari atasseperti yang
ditunjukkan oleh anak panah B. Bahagian – bahagianyang kelihatan dari
pandangan ini akan diunjurkan menegak kebawah objek sehingga mencecah
satah mengufuk sepertimana yang ditunjukkan oleh anak panah kecil.
Pandangan sisi objek ini diambil dari arah C ( sebelah kiri objek ). Bentuk objek
yang kelihatan dari pandangan ini akan diunjurkan kesebelah kanan objek
sehingga mengenai satah menegak sisi. Untuk menjadikan lukisan ini sebuah
lukisan ortografik, kesemua pandangan tadi akan dibentangkan menjadi satu
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(2/5) Muka : 10 Drp : 25

rataan sahaja. Rajah 14 menunjukkan kedudukan satah yang telah dibuka dan
berada dalam sudut pertama. Maka lukisan ini dinamakan lukisan ortografik
sudut pertama. Setiap gambar Rajah hendaklah diberi tajuk agar pembaca tidak
keliru.

Rajah 14 : Kedudukan Satah Dalam Sudut Pertama

ii. Unjuran sudut ketiga.

Unjuran sudut ketiga kadang kala dikenali juga sebagai unjuranAmerika. Kini
penggunannya telah meluas di serata dunia. Dalamlukisan unjuran sudut ketiga,
objek yang hendak dilukis berada dalam satah sudut ketiga. Satah – satah yang
berada dalam sudut ini dibayangkan seolah – olah diperbuat daripada bahan
lutcahayauntuk membolehkan objek itu dilihat menembusi satah – satah utamanya
dari arah anak panah A, B dan C. Ketiga –tiga arah pandangan bagi objek ini akan
diunjurkan ke hadapan objek sehingga mengenai dinding satahnya seperti yang
ditunjukkan oleh anak panah kecil, seperti dalam Rajah15.

Rajah 15 : Tiga Pandangan Dalam Sudut Ketiga


NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(2/5) Muka : 11 Drp : 25

Apabila lipatan pada satah setiap pandangan itu dibuka dan dibentangkan menjadi
satu rataan sahaja, lukisan ortografik sudut ketiga akan terhasil,seperti dalam
Rajah16.

Rajah 16 : Unjuran Sudut Ketiga Yang Dibentangkan

Kaedah unjuran ketiga.

Pandangan ketiga yang dimaksudkan di sini ialah pandangan sisi.Biasanya


pandangan ini dilukis paling akhir kerana ukurannyaboleh diperolehi daripada
unjuran pandangan hadapan dan pandangan pelan. Terdapat berbagai – bagai
kaedah bagaimana ukuran untuk pandangan sisi ini diperolehi, antaranya:

i. Menggunakan garisan bersudut 45°, seperti Rajah 31.

Rajah 31: Garisan Bersudut 45 Darjah

ii. Menggunakan sesiku sudut 45°, seperti Rajah 32.


NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(2/5) Muka : 12 Drp : 25

Rajah 32 : Menggunakan Sesiku 45 Darjah

iii. Menggunakan pembahagi atau jangka lukis, seperti Rajah 33.

Rajah 33 : Menggunakan Pembahagi Atau Jangka Lukis

Rajah 34 : Menggunakan Kayu Ukur

Antara kaedah yang dinyatakan diatas, kaedah kayu ukurmerupakan cara yang paling
tepat tetapi lambat. Kaedah – kaedah lain memerlukan kemahiran menggunakan alat
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(2/5) Muka : 13 Drp : 25

lukisan sebelum hasil yang baik diperolehi.Ini disebabkan cara pemindahan ukuran ini
dilakukan dengan bantuan alat lukisan bukan cara pengukuran terus.

1.4 Dimensi piawai pada unjuran ortografik

Dimensi yang dilukiskan mestilah mematuhi peraturan – peraturandimensi.


Seberapa boleh dimensi yang telah diberi pada sesuatuobjek hendaklah dikekalkan.
Tujuannya ialah untuk memudahkan kerja penyemakan lukisan disamping dapat
mengelakkan daripada salah ukuran atau membuat pengukuran yang berulang –
ulang. Perlu diingat tulisan – tulisan yang digunakan tidak sampai mengganggu
garisan – garisan objek atau garisan – garisan yang berkaitan dengan objek itu.
Rajah17, 18, 19 dan 20.menunjukkan beberapa contoh kesalahan mendimensi yang
biasa dilakukan dan ditunjukkan juga bagaimana kesalahan – kesalahan itu
dibetulkan.

Rajah 17 : Pendimensian

Rajah 18 : Pendimensian
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(2/5) Muka : 14 Drp : 25

Rajah 19 : Pendimensian

Rajah 20 : Pendimensian

1.5 Skala

Skala menolong kita memperkecilkan sesuatu objek yang besar atau


memperbesarkan sesuatu objek yang kecil bersesuaian dengan kertas lukisan
semasa melukis. Berikut adalah kadar skala mengikut piawai BS ( British
Standard):

Saiz penuh : 1 : 1

Dikecilkan dari saiz penuh:

1 : 2 1 : 20 1 : 200

1 : 5 1 : 50 1 : 500

1 : 10 1 : 100 1 : 1000

Dibesarkan dari saiz penuh :


NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(2/5) Muka : 15 Drp : 25

2 : 1 20 : 1 200 : 1

5 : 1 50 : 1 500 : 1

10 : 1 100 : 1 1000 : 1

1.6 Garisan Tersembunyi

Dalam lukisan unjuran ortografik, seberapa boleh semua bahagiansesuatu objek,


mesin dan peralatan itu hendaklah ditunjukkandengan menggunakan garisan
nyata.Perkara ini tidak terkecuali pada bahagian – bahagian yang tesembunyi.
Bahagian yang tersembunyi ini akan ditunjukkan juga dengan menggunakan garis
putus – putus kecil.Berikut ini ditunjukkan secara bergambar setiap peraturan yang
perlu dipatuhi semasa melukis garisan tersembunyi.

i. Garisan tersembunyi yang berterusan dimulakan dengansentuhan pada garisan


nyata dan berakhir dengan sentuhanpada garisan nyata, seperti Rajah 21.

Rajah 21 : Garisan Tersembunyi Yang Berterusan

ii. Garisan tersembunyi yang memotong sebahagian objekhendaklah dimulakan


bersentuh dengan garisan nyata danberakhir dengan membuat ruang ( tidak
bersentuh ) dengangarisan nyata, seperti Rajah22.
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(2/5) Muka : 16 Drp : 25

Rajah 22 : Garisan Tersembunyi Yang Memotong

iii. Jika dua atau lebih garisan tersembunyi bertemu pada satutempat yang sama,
garisan – garisan tersembunyi itumestilah bersentuh di antara satu dengan lain
dan berakhirdengan sentuhan pada garisan nyata, seperti Rajah 23.

Rajah 23 : Dua Atau Lebih Garisan Tersembunyi

iv. Garisan tersembunyi yang membentuk lengkok pada suduttegak mestilah


bersentuh pada permukaan dan padapengakhirnya dengan garisan nyata,
seperti Rajah 24.
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(2/5) Muka : 17 Drp : 25

Rajah 24 : Garisan Tersembunyi Yang Membuat Lengkok

v. Garisan tersembunyi yang bertemu dengan garisan nyatapada pertengahan


garisannya mestilah diberi ruang agartidak bercantum dengan garisan nyata itu,
seperti dalam Rajah 25.

Rajah 25 : Garisan Tersembunyi Bertemu Garisan Nyata

vi. Apabila garisan tersembunyi dan garisan nyata berada ditempat yang sama,
maka garisan tersembunyi tidak perluditunjukkan, memadai dengan garisan nyata
sahaja, sepertidalam Rajah 26.

Rajah 26 : Garisan Tersembunyi Dan Garisan Nyata Ditempat Yang Sama

vii. Apabila garisan tengah dan garisan tersembunyi berada ditempat yang sama,
lukiskan garisan tersembunyi sahaja dantidak perlu melukiskan garisan tengah,
seperti dalam Rajah 27.
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(2/5) Muka : 18 Drp : 25

Rajah 27 : Garisan Tersembunyi Dan Garisan Tengah Ditempat Yang Sama

viii. Jika garisan nyata dan garisan tersembunyi bersilang,berikanlah ruang untuk
garisan tersembunyi agar tidakbersentuh dengan garisan nyata itu, seperti dalam
Rajah 28.

Rajah 28 : Garisan Tersembunyi Dan Garisan Nyata Bersilang

ix. Jika dua garisan tersembunyi bersilang. Tinggalkan ruangpada garisan


tersembunyi yang terpanjang di antaraduagarisan yang tersembunyi itu, seperti
dalam Rajah 4.28.
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(2/5) Muka : 19 Drp : 25

Rajah 29 : Dua Garisan Tersembunyi Bersilang

1.7 Garisan Tengah

Garisan tengah digunakan untuk menunjukkan tempat pandangandan dimensi.


Terdapat dua jenis garisan tengah iaitu garisantengah premier dan garisan tengah
sekunder. Garisan tengan premier menjadi penentu utama untuk memulakan lukisan
sesuatu pandangan itu.Garisan tengah premier biasanya ditandakan dengan huruf “P”
sementara garisan tengah sekunder ditandakan dengan huruf “S“ . Perlu diingatkan
setiap garisan tengah perlu ditandakan dengan “ ” yang bererti garisan tengah. ( c =
tengah dan L = garisan ), seperti dalam Rajah 30.

Rajah 30 : Penandaan Garisan Tengah

2. Penghurufan dan nombor (Drawing Name And Drawing Number)

 Terdapat dua kaedah yang digunakan dalam membuat huruf dan nombor
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(2/5) Muka : 20 Drp : 25

iaitu kaedah menegak dan kaedah condong. Rajah 1 menunjukkan cara


pergerakan pensel semasa menghuruf dalam kaedah tegak dan Rajah 2
menunjukkan cara pergerakan pensel semasa menghuruf dalam keadaan
condong.

Rajah 1 Menghuruf dalam Rajah 2 Menghuruf dengan kaedah


kaedah menegak condong

3. jenis huruf (Text style)


 Apabila menulis sesuatu perkataan, hendaklah dijarakkan bukan sahaja di antara
huruf- huruf , tetapi juga perkataan itu sendiri. Ini adalah bagi mengelakkan
berlakunya campuran perkataan yang menyukarkan pembaca membacanya.
Rajah 3 menunjukkan jenis huruf yang sesuai digunakan dalam lukisan
kejuruteraan.

Rajah 3 Penjarakan dan huruf perkataan dalam lukisan kejuruteraan


4. Paparan bahagian lukisan (Sectional drawing view)
 Dalam lukisan 2 dimensi, permukaan terdedah atau dipotong dikenali sebagai
lapisan bahagian, atau crosshatching. Paparan bahagian menunjukkan butiran
dalaman sesebuah lukisan yang dilengkapi dengan ukuran yang lengkap
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(2/5) Muka : 21 Drp : 25

dalam bentuk 2 dimensi contoh seperti rajah 4.

Rajah 4: menunjukkan sebuah lukisan yang telah di potong.

5. Spesifikasi piawaian 2D

5.1 Jenis garisan( Line Type)


 Dalam lukisan kejuruteraan, garisan mempunyai fungsi yang
tersendiri.Setiap garisan mempunyai tiga perkara penting iaitu:
i. Bentuk garisan

ii. Tebal/hitam garisan

iii. Kegunaan garisan

Terdapat 8 jenis garisan yang digunakan dalam lukisan kejuruteraan.

 Garisan objek
Garisan ini digunakan untuk menunjukkan bahagian pinggirobjek yang kelihatan
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah4

Rajah 4 : Garisan bahagian pinggir objek


NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(2/5) Muka : 22 Drp : 25

 Garisan terlindung
Garisan ini digunakan untuk menunjukkan bahagian pinggiryang terlindung
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5

Rajah 5 : Garisan bahagian pinggir yang terlindung

 Garisan keratan
Garisan ini digunakan untuk menunjukkan permukaan yang dipotong oleh satah
pemotong seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.

Rajah 6: Garisan permukaan yang dipotong

 Garisan tengah
Garisan ini digunakan untuk menunjukkan kedudukan keseluruhan objek, paksi
lubang dan pusat bulatan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(2/5) Muka : 23 Drp : 25

Rajah 7: Garisan kedudukan condong


 Garisan satah pemotongan
Garisan ini menunjukkan kedudukan satah pemotongan seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 8

Rajah 8 : Garisan kedudukan satah pemotongan


 Garisan pecah pendek
Garisan ini digunakan untuk menandakan bahagian objek yang dipecahkan.
Garisan ini dilakukan untuk menunjukkan butiran dalam sesuatu objek seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 9

Rajah 9 : Garisan bahagian objek yang dipecahkan


NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(2/5) Muka : 24 Drp : 25

 Garisan pecah panjang


Garisan ini digunakan untuk memberi maklumat bahawa bahagian objek yang
dilukis adalah sebahagian daripada objek yang lebih besar seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 10

Rajah 10 :
Garisan objek yang dilukis adalah sebahagian daripada objek yang besar

 Garisan fantom
Garisan ini digunakan untuk menunjukkan kedudukan alternatif bagi komponen
yang sama seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 11

Rajah 11 Garisan kedudukan alternatif bagi komponen yang sama

SOALAN/QUESTION :

1. Berikan 2 jenis prinsip unjuran didalam lukisan ortografik.

………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………….......
NO. KOD / CODE NUM. MC-091-2:2016-C01/P(2/5) Muka : 25 Drp : 25

2. Senaraikan 3 jenis konsep injuran didalam lukisan ortografik.

………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………......

3. Nyatakan 2 jenis pandangan yang digunakan didalam lukisan ortografik.

………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………….......

4. Berikan kaedah – kaedah pandangan sudut ketiga didalam lukisan ortografik.

………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………..........

RUJUKAN/REFERENCE :

1. Md Nasir Abd Manan,Lukisan Elektronik,Petaling Jaya International Book Service


1989.
2. Md Nasir Abd Manan,Teknologi Elektronik,Kuala Lumpur,Fajar Bakti 1992.
3. http://www.scribd.com/doc/69731702/Elektronik-Industri-1-Kertas-Penerangan
4. http://skill4living.blogspot.com/2010/08/unjuran-ortografik.html
5. http://fareyrasueila.blogspot.com/2012/03/pengenalan-ortografik.html

6. http://members.dodo.com.au/~steegshaadsl/drawingsystems.html

7. http://members.dodo.com.au/~steegshaadsl/design_elements.html

8. http://members.dodo.com.au/~steegshaadsl/design_principles.html

9. http://www.facebook.com/pages/Engineeringdrawing/106000262763638?sk=wiki

Anda mungkin juga menyukai