Dokumen tersebut memberikan penjelasan mengenai pengenalan lukisan geometri dan lukisan isometri. Ia menjelaskan konsep dan metode konstruksi lukisan isometri berdasarkan titik terendah dan arah anak panah pada lukisan ortografik, serta perbandingan antara lukisan ortografik dan isometri. Dokumen ini bertujuan untuk memberikan pemahaman kepada pelajar mengenai kepentingan lukisan isometri dalam bidang kejuruteraan.
0 penilaian0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
136 tayangan21 halaman
Dokumen tersebut memberikan penjelasan mengenai pengenalan lukisan geometri dan lukisan isometri. Ia menjelaskan konsep dan metode konstruksi lukisan isometri berdasarkan titik terendah dan arah anak panah pada lukisan ortografik, serta perbandingan antara lukisan ortografik dan isometri. Dokumen ini bertujuan untuk memberikan pemahaman kepada pelajar mengenai kepentingan lukisan isometri dalam bidang kejuruteraan.
Dokumen tersebut memberikan penjelasan mengenai pengenalan lukisan geometri dan lukisan isometri. Ia menjelaskan konsep dan metode konstruksi lukisan isometri berdasarkan titik terendah dan arah anak panah pada lukisan ortografik, serta perbandingan antara lukisan ortografik dan isometri. Dokumen ini bertujuan untuk memberikan pemahaman kepada pelajar mengenai kepentingan lukisan isometri dalam bidang kejuruteraan.
Dokumen tersebut memberikan penjelasan mengenai pengenalan lukisan geometri dan lukisan isometri. Ia menjelaskan konsep dan metode konstruksi lukisan isometri berdasarkan titik terendah dan arah anak panah pada lukisan ortografik, serta perbandingan antara lukisan ortografik dan isometri. Dokumen ini bertujuan untuk memberikan pemahaman kepada pelajar mengenai kepentingan lukisan isometri dalam bidang kejuruteraan.
Unduh sebagai PDF, TXT atau baca online dari Scribd
Unduh sebagai pdf atau txt
Anda di halaman 1/ 21
KOD DAN NAMA PROGRAM /
PROGRAM CODE AND NAME
MTA301 TECHNICAL DRAWING
TAHAP / LEVEL
SEMESTER 3
NO DAN TAJUK UNITKOMPETENSI / COMPETENCY UNIT NUMBER AND TITLE M1K2 INTRODUCTION TO GEOMETRY DAWING ISOMETRIC DRAWING
NO DAN PERNYATAAN AKTIVITI KERJA / WORK ACTIVITIES NUMBER AND STATEMENT
1. USING A VARIETY OF DRAWING TOOLS. 2. MAKE LETTERING, DIMENSION, LINE. 3. CONSTRUCT LINES. 4. CONSTRUCTION AND DIVIDE THE ANGLE. 5. TRIANGLE AND CIRCLE CONSTRUCTION. 6. CONSTRUCTION OF A POLYGON UNIFORM. 7. CONSTRUCTION OF THE ELLIPSE. 8. CONSTRUCTION OF THE TANGENT AND THE CIRCLE. 9. CONCEPTS AND SYMBOLS OF ORTHOGRAPHIC PROJECTION. a. TYPES AND PRINCIPLES ORTHOGRAPHIC PROJECTION: b. THE FIRST ANGLE PROJECTION. 10. THE THIRD ANGLE PROJECTION. 11. METHOD CONSTRUCTS ORTHOGRAPHIC AND ISOMETRIC DRAWING. 12. FREE TECHNICAL SKETCHING. 13. ELECTRICAL DRAFTING. 14. DRAWING THE SCHEMATIC AND WIRING DIAGRAMS. 15. CONCEPTS AND SYMBOLS OF FULL SECTIONS VIEW. 16. CONCEPTS OF SECTIONS LINING. 17. CONCEPTS OF VISIBLE, HIDDEN AND CENTER LINES. 18. CONCEPTS HALF SECTIONS VIEW. 19. CONCEPTS OFFSET SECTIONS VIEW. 20. ORTHOGRAPHIC PROJECTION VIEW IN THE DRAWINGS. a. PLAN ELEVATION. b. FRONT ELEVATION c. SIDE ELEVATION
NO . KOD / CODE NUM.
MTA301-M1K4-P(1/2)
Muka / Page : 1 Drpd / Of : 21
KOLEJ VOKASIONAL BUTTERWORTH TELOK AIR TAWAR, 13050 BUTTERWORTH, PULAU PINANG.
KERTAS PENERANGAN ( INFORMATION SHEET )
@Digubal dan Disediakan oleh Syafirun bin Hashim 2014 ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID MTA301-M1K4-P(1/2) Muka / Page : 2 Drpd/of : 21
Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan kepada pelajar tentang kepentingan lukisan Isometri yang digunakan untuk menyampaikan idea. Idea berupa rekabentuk satu produk atau binaan dapat dipersembahkan dengan jelas menggunakan lukisan isometri. Oleh yang demikian, mempelajari lukisan isometri menjadi satu kemestian dalam bidang kejuruteraan. Lukisan Isometri merupakan sebahagian daripada lukisan teknik.
PENERANGAN / INFORMATION: 1.0 Pengenalan Lukisan Isometri ialah lukisan bergambar yang menunjukkan tiga dimensi ( 3D ), iaitu ukuran kelebaran, ketinggian dan kedalaman. Objek yang dilukis dalam tiga dimensi ( 3D ) ditunjukkan dibawah. Objek yang dilukis secara Isometri akan memperlihatkan tiga pandangan iaitu pandangan atas, pandangan hadapan dan pandangan sisi apabila dilihat pada satu pandangan.
@Digubal dan Disediakan oleh Syafirun bin Hashim 2014 ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID MTA301-M1K4-P(1/2) Muka / Page : 3 Drpd/of : 21 Lukisan pandangan isometrik bolehlah dianggapkan sebagai lukisan tiga dimensi. Ianya membantu untuk lebih memahami sesuatu rekabentuk objek dengan mudah. Pada pandangan pandangan yang lain, biasanya objek dilukis dalam bentuk lukisan oblik, ortografik atau perspektif. Bagi pandangan isometrik, objek dipegang condong pada suatu sudut. Dalam rajah 6.1 menunjukkan jenis jenis pandangan sesuatu objek dalam lukisan kejuruteraan.
(a) Pandangan Ortografik (b) Pandangan Isometrik
(c) Pandangan Oblik (d) Pandangan Perspektif
Rajah 6.1 Jenis jenis pandangan
@Digubal dan Disediakan oleh Syafirun bin Hashim 2014 ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID MTA301-M1K4-P(1/2) Muka / Page : 4 Drpd/of : 21
(a) Rahang Bebas (b) Engkol Putar
(c) Fius Kartrij (d) Butiran Kekuda Bumbung
Rajah 6.2 Contoh contoh pandangan Isometrik
@Digubal dan Disediakan oleh Syafirun bin Hashim 2014 ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID MTA301-M1K4-P(1/2) Muka / Page : 5 Drpd/of : 21 2.0 Konsep Isometri.
Lukisan isometri dan unjuran isometri dibezakan melalui ukuran sisi objek. Satu kubus yang diunjurkan mengikut unjuran orthografik dengan kedudukan pandangan atas dan pandangan sisi kanan yang diputarkan ditunjukkan di bawah. Garisan AB dilukis dari penjuru kiri atas kepada penjuru kanan bawah. Unjuran orthografik kubus tersebut dengan garisan pepenjuru AB ditunjukkan dibawah, kedudukan pandangan atas diputarkan sebanyak 45 pada garisan mengufuk. Garisan condong AB pula kelihatan menegak. Pada pandangan sisi kanan objek diputarkan supaya kedudukan garisan AB selari dengan garisan mengufuk. Hasilnya pada pandangan hadapan kelihatan objek dengan kedudukan yang menampakkan permukaan atas, sisi kanan dan permukaan sisi kiri.
Oleh sebab pandangan sisi kanan objek telah diputarkan, maka panjang sisi yang diunjurkan menjadi lebih pendek dari ukuran sebenar sisi seperti yang ditunjukkan dibawah. Perbezaan ukuran antara unjuran isometri dan lukisan isometri dapat dilihat dibawah. Berdasarkan kedua-dua rajah tersebut didapati bahawa lukisan isometri dilukis mengikut panjang sebenar objek.
3.0 Hubungkait Lukisan Ortografik Dengan Bentuk Objek Dalam Tiga Dimensi.
Lukisan ortografik adalah membantu untuk melukis pandangan isometrik supaya sesuatu objek sebenar dapat dilihat dan difahami dengan lebih mudah lagi. Dengan bantuan lukisan ortografik yang terdiri daripada pandangan pelan, hadapan dan sisi pandangan isometrik dengan mudah dapat digambarkan dan dilukiskan. Dalam rajah 6.3 menunjukkan lukisan ortografik dengan bentuk dalam tiga dimensi. Semua contoh rajah dalam unit ini adalah unjuran sudut ketiga, kecuali jika dimaklumkan.
@Digubal dan Disediakan oleh Syafirun bin Hashim 2014 ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID MTA301-M1K4-P(1/2) Muka / Page : 6 Drpd/of : 21
Rajah 6.3 Lukisan Ortografik dengan bentuk objek dalam tiga dimensi
4.0 Kenalpasti Persamaan Dan Perbezaan Antara Unjuran Ortografik Dengan Pandangan Isometrik.
Di dalam lukisan kejuruteraan, unjuran ortografik dan pandangan isometrik adalah sangat memerlukan di antara satu dengan yang lain. Dengan itu, terdapat persamaan dan perbezaan di antara keduanya.
Pandangan Isometrik sisi Pelan Hadapan Pandangan Isometrik Sisi Pelan Hadapan
@Digubal dan Disediakan oleh Syafirun bin Hashim 2014 ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID MTA301-M1K4-P(1/2) Muka / Page : 7 Drpd/of : 21 4.1 Persamaan di antara unjuran ortografik dengan pandangan isometrik.
Di antara persamaannya ialah unjuran ortografik mempunyai tiga pandangan iaitu pelan, hadapan dan sisi. Rajah 6.4 menunjukkan tiga pandangan dalam unjuran ortografik.
Rajah 6.4 Unjuran Ortografik mempunyai tiga pandangan
@Digubal dan Disediakan oleh Syafirun bin Hashim 2014 ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID MTA301-M1K4-P(1/2) Muka / Page : 8 Drpd/of : 21
Dalam pandangan isometrik juga mempunyai tiga pandangan iaitu pandangan pelan, hadapan dan sisi. Rajah 6.5 di bawah menunjukkan pandangan isometrik yang dapat dilihat dari arah tiga pandangan.
Rajah 6.5 Pandangan Isometrik dari arah tiga pandangan
@Digubal dan Disediakan oleh Syafirun bin Hashim 2014 ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID MTA301-M1K4-P(1/2) Muka / Page : 9 Drpd/of : 21
4.2 Perbezaan di antara unjuran ortografik dengan pandangan isometrik.
Di antara perbezaan yang dapat dilihat diantara unjuran ortografik dengan pandangan isometrik ialah objek yang sebenar. Di dalam unjuran ortografik, objek sebenar tidak dapat dilihat dengan jelas, kecuali pelukis yang mahir dalam teknikal sahaja yang dapat mengambarkan objek sebenar daripada unjuran ortografik. Rajah 6.6 menunjukkan unjuran ortografik yang hanya membayangkan objek sebenar.
Rajah 6.6 Unjuran ortografik dalam membantu melukis objek sebenar
@Digubal dan Disediakan oleh Syafirun bin Hashim 2014 ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID MTA301-M1K4-P(1/2) Muka / Page : 10 Drpd/of : 21
Dalam pandangan isometrik, objek sebenar dapat dilihat dengan mudah dan pandangan pelan, hadapan dan sisi dapat diperhatikan dengan jelas dalam membantu memahami objek sebenar itu lagi. Rajah 6.7 menunjukkan pandangan isometrik yang mengambarkan suatu objek sebenar.
Rajah 6.7 Pandangan Isometrik yang mengambarkan objek sebenar.
@Digubal dan Disediakan oleh Syafirun bin Hashim 2014 ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID MTA301-M1K4-P(1/2) Muka / Page : 11 Drpd/of : 21 4.0 Melukis Pandangan Isometrik Berpandukan Titik Terendah Dan Arah Anak Panah Pada Unjuran Ortografik
4.1 Pengenalan
Pandangan isometrik adalah satu cara bagi menghasilkan pandangan objek dengan lebih jelas. Dalam lukisan kejuruteraan, hampir semua lukisan dilukis dalam unjuran ortografik dalam membantu melukis objek sebenar dalam pandangan isometrik. Bagi lukisan pandangan isometrik, satu pandangan memperlihatkan ketiga-tiga bahagian objek itu. Rajah 6. menunjukkan garis paksi isometrik. Paksi-paksi ini adalah asas dalam pembinaan pandangan isometrik. Rajah 6.9 di bawah pula menunjukkan kaedah melukis paksi isometrik.
Rajah 6.8 Paksi paksi isometrik
@Digubal dan Disediakan oleh Syafirun bin Hashim 2014 ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID MTA301-M1K4-P(1/2) Muka / Page : 12 Drpd/of : 21
Rajah 6.9 Kaedah melukis paksi isometrik
4.2 Objek yang dilukis dengan garisan isometrik
Objek dalam rajah 6.10 dilukis dengan cara mengalih semua dimensi pada pandangan ortografik secara terus ke atas garisan isometrik. Rajah 6.10 dapat memberi panduan bagaimana cara melukis objek tersebut. Pada unjuran ortografik dalam rajah 6.10 adalah unjuran sudut pertama.
Rajah 6.10 Pandangan ortografik dilukis secara terus ke atas garisan isometrik.
@Digubal dan Disediakan oleh Syafirun bin Hashim 2014 ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID MTA301-M1K4-P(1/2) Muka / Page : 13 Drpd/of : 21
4.3 Objek yang dilukis dengan garisan Tak Isometrik.
Ini adalah garisan pada objek yang mengakibatkan sudut bukan terdiri daripada golongan garisan isometrik. Semua sudut tidak boleh dialih secara terus ke atas garisan isometrik kerana ia bukan pandangan sebenar. Sudut tepat pada kubus mestilah digambarkan dengan sudut 60 0
atau 120 0 pada unjuran isometrik. Cara yang betul untuk melukis sudut dapat dilihat dalam rajah 6.11. Pada pandangan ortografik dalam rajah 6.11 adalah unjuran sudut pertama.
Rajah 6.11 Objek yang dilukis dengan garisan Tak Isometrik
@Digubal dan Disediakan oleh Syafirun bin Hashim 2014 ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID MTA301-M1K4-P(1/2) Muka / Page : 14 Drpd/of : 21 4.4 Objek dengan permukaan berlengkok.
Melukis lengkok pada unjuran isometrik dengan cara meletakkan beberapa titik pada lengkok di pandangan garis finiti. Kemudian setiap ordinat titik itu dialihkan ke pandangan isometrik satu demi satu. Jika terdapat dua garis lengkok yang selari dan sama tebal, cara melukisnya ditunjukkan dalam rajah 6.12 . Pada unjuran ortografik dalam rajah 6.12 adalah unjuran sudut pertama.
Rajah 6.12 Objek dengan permukaan berlengkok.
Hadapan Pelan
@Digubal dan Disediakan oleh Syafirun bin Hashim 2014 ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID MTA301-M1K4-P(1/2) Muka / Page : 15 Drpd/of : 21
4.5 Bulatan pada unjuran isometrik
Bulatan pada garis finiti akan wujud sebagai sebuah elips dalam pandangan isometrik. Terdapat tiga cara untuk melukis elips seperti yang ditunjukkan dalam rajah-rajah di bawah.
4.5.1 Cara 1 (Rajah 6.13)
Ini adalah cara pengalihan ordinat X dan Y dari bulatan pada pandangan garis finiti ke unjuran isometrik. Ordinat pada salah satu kuadrant sahaja yang perlu dialih kerana yang lain itu sama sahaja jaraknya. Titik itu kemudian dicantumkan dengan menggunakan pembaris lengkok.
Rajah 6.13 Cara pengalihan ordinat X dan Y
@Digubal dan Disediakan oleh Syafirun bin Hashim 2014 ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID MTA301-M1K4-P(1/2) Muka / Page : 16 Drpd/of : 21 4.5.2 Cara 2 (Rajah 6.14)
Dalam cara ini, sebuah segiempat sama dilukis mengelilingi bulatan serta ditambah satu garisan pepenjuru.Kemudian segiempat ini dilukiskan pada unjuran isometrik. Akhirnya, kelapan-lapan titik elips diperolehi dengan cara menyilangkan garisan penengah dan garisan pepenjuru dengan bulatan X adalah ordinat yang diletakkan pada garisan pepenjuru. Elips ini disempurnakan dengan menggunakan pembaris lengkok.
Rajah 6.14 Kaedah segiempat sama melukis bulatan pada unjuran isometrik.
@Digubal dan Disediakan oleh Syafirun bin Hashim 2014 ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID MTA301-M1K4-P(1/2) Muka / Page : 17 Drpd/of : 21
4.5.3 Cara 3 (Rajah 6.15)
Cara ini digunakan ketika melukis suatu elips. Apabila melukis sebuah silinder, titik elips boleh didapati dengan ketiga-tiga cara ini. Kemudian elips pada tapak boleh dibentuk dengan cara pengalihan terus seperti dalam rajah 6.15 .
Rajah 6.15 Melukis elips dengan cara pengalihan terus
@Digubal dan Disediakan oleh Syafirun bin Hashim 2014 ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID MTA301-M1K4-P(1/2) Muka / Page : 18 Drpd/of : 21 5.0 Unjuran Isometrik dalam Lukisan Mesin.
Rajah 6.16 menunjukkan kegunaan unjuran isometrik dalam lukisan mesin.
Rajah 6.16 Kegunaan Unjuran Isometrik dalam lukisan Mesin.
Pelan Hadapan
@Digubal dan Disediakan oleh Syafirun bin Hashim 2014 ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID MTA301-M1K4-P(1/2) Muka / Page : 19 Drpd/of : 21
6.0 Melukis pandangan isometrik berpandukan titik terendah dan arah anak panah pada unjuran ortografik.
6.1 Melukis pandangan isometrik berpandukan titik terendah pada unjuran ortografik. Rajah adalah unjuran sudut pertama.
Rajah 6.17 Titik terendah unjuran ortografik dilukis ke pandangan isometrik. Hadapan Pelan
@Digubal dan Disediakan oleh Syafirun bin Hashim 2014 ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID MTA301-M1K4-P(1/2) Muka / Page : 20 Drpd/of : 21
6.2 Melukis pandangan isometrik berpandukan arah anak panah pada unjuran ortografik.
Dalam rajah 6.18 adalah pengertian arah anak panah bagi pandangan isometrik. Perhatikan dan kaji tiap-tiap lukisan tersebut.
Rajah 6.18 Pandangan isometrik berpandukan arah anak panah pada unjuran Ortografik.
@Digubal dan Disediakan oleh Syafirun bin Hashim 2014 ID UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT ID MTA301-M1K4-P(1/2) Muka / Page : 21 Drpd/of : 21 SOALAN/QUESTIONS :
RUJUKAN :
Lukisan Kejuruteraan Ting. 4, Dewan Bahasa dan Pustaka, Mohd. Noh Sarip.
Teknologi Binaan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Abd Azis bin Samat
Lukisan Geometri, International Book Service, Md. Nasir Abd. Manan