Pendidikan Kewarganegaraan Global memberikan manfaat besar bagi masyarakat dan menyelesaikan masalah lingkungan seperti pencemaran udara. Ia menekankan pengetahuan tentang isu global, pembangunan berkelanjutan, dan kepedulian sosial untuk membantu negara lain. Ada berbagai cara untuk menangani pencemaran udara seperti meningkatkan cerobong asap pabrik, menanam pohon, melakukan kampanye, menggunakan teknolog
0 penilaian0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
20 tayangan4 halaman
Pendidikan Kewarganegaraan Global memberikan manfaat besar bagi masyarakat dan menyelesaikan masalah lingkungan seperti pencemaran udara. Ia menekankan pengetahuan tentang isu global, pembangunan berkelanjutan, dan kepedulian sosial untuk membantu negara lain. Ada berbagai cara untuk menangani pencemaran udara seperti meningkatkan cerobong asap pabrik, menanam pohon, melakukan kampanye, menggunakan teknolog
Pendidikan Kewarganegaraan Global memberikan manfaat besar bagi masyarakat dan menyelesaikan masalah lingkungan seperti pencemaran udara. Ia menekankan pengetahuan tentang isu global, pembangunan berkelanjutan, dan kepedulian sosial untuk membantu negara lain. Ada berbagai cara untuk menangani pencemaran udara seperti meningkatkan cerobong asap pabrik, menanam pohon, melakukan kampanye, menggunakan teknolog
Pendidikan Kewarganegaraan Global memberikan manfaat besar bagi masyarakat dan menyelesaikan masalah lingkungan seperti pencemaran udara. Ia menekankan pengetahuan tentang isu global, pembangunan berkelanjutan, dan kepedulian sosial untuk membantu negara lain. Ada berbagai cara untuk menangani pencemaran udara seperti meningkatkan cerobong asap pabrik, menanam pohon, melakukan kampanye, menggunakan teknolog
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online dari Scribd
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 4
i) KANDUNGAN (a)
Pendidikan Kewarganegaraan Global memberikan pelajar peluang dan kecekapan
untuk menyedari hak dan tanggungjawab mereka untuk membangunkan global yang sangat baik pada masa akan datang. Selain itu, ia juga menekankan pembelajaran yang transformatif seperti hak asasi manusia, kefahaman antara-bangsa dan antara budaya, pembangunan lestari dan juga pendidikan untuk keharmonian. Pendidikan Kewarganegaraa Global ini membuat pelajar untuk berfikir, berkongsi dan bertindak demi global yang lebih adil, aman, terangkum dan lestari. Seterusnya, ia memupuk rasa hormat antara warga global, membangunkan rasa kepunyaan sesama manusia dan menolong pelajar menjadi warganegara global yang bertanggungjawab dan sangat aktif serta menjadi penyumbang yang proaktif demi mencapai dunia yang lebih adil, aman, bertoleransi, terangkum, selamat dan lestari. Kita sebagai warga global harus peka terhadap interaksi antara pelbagai komponen biotik dan abiotik dalam persekitaran dan perlu menyedari potensi risiko bagi sesetengah isu alam sekitar yana akan memberi kesan yang amat buruk. Isu alam sekitar yang saya pilih bagi tugasan ini ialah pencemaran udara. Pencemaran udara bermakna satu situasi yang melibatkan jirim zarahan, bahan biologi atau bahan kimia yang boleh menyebabkan kesan kepada alam sekitar. Salah satu punca pencemaran udara ialah pelepasan gas nitrogen,sulfur dioksida,hidrokarbon,karbon dioksida dan asap kotor oleh kilang ke udara. Kenderaan motor juga merupakan penyumbang pencemaran udara. Selain itu, pembakaran terbuka di tempat pelupusan dan pembakaran hutan juga menyumbang kepada pencemaran udara. Seterusnya, penggunaan tenaga untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk dan penyaman udara juga mencemarkan udara dengan melepaskan klorofluoroarbon ( CFC ) ke udara. Salah satu kesan pencemaran udara adalah kemerosotan sistem pernafasan manusia. Gas karbon monoksida meracuni sistem pernafsan manusia. Selain itu, pencemaran udara juga menyebabkan tumbuhan keguguran daun, pertukaran warna daun dan pertumbuhan terbantut. Seterusnya,binatang akan terancam atau mati kerana udara yang tercemar memasuki ke dalam paru-paru haiwan melalui pemakanan haiwan. Tambahan lagi, penipisan lapisan ozon, jerebu, hujan asid dan pemanasan bumi adalah antara kesan-kesan pencemaran udara. Lapisan ozon juga sangat penting kerana melindungi tumbuhan dan haiwan daripada sinaran UV matahari yang boleh menyebabkan kanser kulit, katarak, merosakkan tahap daya ketahanan dan juga boleh mengubah DNA tumbuhan dan haiwan (Johansen, 2000). 3 dimensi konsep utama Pendidikan Kewarganegaaan Global memberikan banyak faedah kepada masyarakat dan menyelesaikan isu alam sekitar. Ia juga memberikan faedah yang amat bagi isu alam sekitar yang saya bincangkan iaitu pencemaran udara. Salah satu faedah yang kita dapat melalui Pendidikan Kewarganegaaan Global ialah memperoleh pengetahuan tentang isu-isu global.Ini adalah seiring dengan salah satu dimensi konsep utama dalam Pendidikan Kewarganegaraan Global iaitu kognitif. Melalui komunikasi digital seperti penggunaan watsapp dan facebook, warga gobal tempatan boleh berkomunikasi dengan warga global negara lain dengan pantas tentang pencemaran udara yang berlaku di global ini. Warga global juga memperoleh pengetahuan, pemahaman dan pemikiran yang kritis tentang isu pencemaran udara dan warga global berkongsi idea untuk menyelesaikan masalah pencemaran udara. Menurut George Santayana : “ kaki seseorang perlu berada di negaranya sendiri namun, matanya perlu meninjau apa yang terjadi di dunia luar ” ( https://www.brainquote.com/quotes/george_santayana_125570 ). Selain itu, masyarakat juga berfaedah dengaan mendapat ilmu tentangi 17 matlamat pembangunan lestari melalui Pendidikan Kewarganegaaan Global. Ini kerana ada beberapa matlamat pembangunan lestari menyentuh tentang alam sekitar. Contohnya, Kehidupan sihat dan sejahtera, Tindakan kepada perubahan iklim, hidupan air , hidupan darat dan air yang bersi dan sanitasi untuk semua. Seterusnya, Pendidikan Kewarganegaraan Global menitikberatkan sosio-emosi. Iaitu salah satu dimensi konsep utama dalam Pendidikan Kewarganegaraan Global. Sosio-emosi adalah untuk memiliki rasa kepunyaan sesama manusia, berkongsi nilai dan tanggungjawab, empati, solidarity dan menghormati perbezaan dan kepelbagaian.Maka warga global tempatan yang berkerjaya profesional seperti doktor,pensyarah dan saintis dapat membantu negara lain yang mengalami pencemaran udara. Melalui bertolongan sebegini kita dapat menghormati antara satu sama lain tanpa mengira apa-apa prbezaan.
ii) KANDUNGAN (b)
Ada pelbagai cara untuk menyelesaikan isu pencemaran udara. Antaranya ialah memasang alat penapis asap dan meninggikan cerobong asap. Pihak berkuasa mesti mewajibkan pihak kilang industri meninggikan cerobong asap 30 meter ke udara. Disamping itu, alat penapis perlu dipasang di cerebong bagi melepaskan asap yang bersih yang telah dirawat dan tidak mencemarkan udara. Contohnya, di negara China meletakkan pembersih udara bersaiz cerobong asap industri di tengah bandar. Peranti itu berupaya membersihkan antara lima juta dan 18 juta isi padu udara setiap hari, bergantung kepada cuaca, musim dan tahap pencemaran. (https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2018/04/413985/china-letak-pembersih-udara-gergasi- atasi-pencemaran ) Selain daripada ini, menghijaukan kawasan juga salah satu cara untuk menyelesaikan masalah pencemaran udara. Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan, bunga-bungaan di persekitaran kawasan perumahan dapat menggurangkan kandungan karbon dioksida dalam udara dan meningkatkan kandungan gas oksigen melalui proses fotosintesisnya lalu mengurangkan masalah peningkatan suhu. Seterusnya, pencemaran udara juga dapat dikurangkan dengan mengadakan kempen. Kempen pencemaran alam sekitar dan mencintai alam sekitar yang disiarkan menerusi TV,radio dan youtube hendaklah dihayati supaya alam sekitar kita terpelihara. Nilai tanggungjawab perlu diselitkan dalam diri setiap individu agar alam sekitar selamat dan bersih untuk generasi akan datang. Setiap warga global harus mengetahui bahaya pencemaran udara kepada manusia. Kanak-kanak merupakan golongan yang sangat mudah terdedah kepada bahaya bahan pencemar udara yang boleh menjejaskan kesihatan respiratori mereka berbanding golongan dewasa (American Academy of Pediatrics 2004). Disamping itu, penggunaan petrol tanpa plumbum dan penggunaan teknologi juga cara untuk menyelesaikan masalah pencemaran udara. Petrol yang tiada plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap dari kenderaan. Ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang kerap kali berlaku di waktu pagi dan juga dapat menghalang masalah kesihatan seperti batuk dan selsema. Dengan penampalan ozon masalah pencemaran udara dapat diselesaikan pada jangka masa yang pendek. Bahagian ozon yang telah berlubang ditampal dengan mengionkan gas oksigen di atmosfera menggunakan belon helium. Penamapalan ozon juga dilakukan dengan menembak peluru ozon menggunakan kapal terbang yang mampu menampal ozon. Masalah pencemaran udara dapat diselesaikan dengan menguatkuasakan undang-undang. Pihak kerajaan yang bertindak sebagai agen pentadbir negara perlu mengubal undang-undang bagi mengawal pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara.Pihak kerajaan mengawasi mana-mana kilang di negara masing-masing. Contohnya, industri kilang diwajibkan menapis asap yang dikeluarkan. Jika ada kilang yang tidak mematuhi akta kualiti alam sekitar, penduduk di sekitarnya boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan selanjutnya. Akhirnya, program kitar semula merupakan satu lagi cara menyelesaikan pencemaran udara. Mengitar semula memberi maksud proses atau penggunaan semula bahan buangan seperti plastik, tin aluminium, kertas dan sebagainya. Kaedah ini merupakan satu prose yang selamat kepada alam sekitar. Penduduk kawasan perumahan menjual barang-barang tersebut kepada peniaga barang terpakai tanpa membakar secara terbuka .
Indonesia dan Tantangan Pemanasan Global: Efisiensi dalam Pengelolaan CO2 dan Modernisasi Armada Kendaraan.: penelitian yang diterbitkan dalam bahasa Indonesia, #1