Sejarah Penubuhan Sriah

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 12

Cadangan penubuhan sekolah rendah Islam di Kawasan Parit Buntar sudah lama diimpikan

oleh ibubapa dan masyarakat setempat. Pelajar-pelajar pra sekolah khususnya dari PASTI yang
terdapat di Parit Buntar sudah mencecah 400 orang dan kesinambungan Pendidikan Islam perlulah
berterusan supaya ia dapat menjana dan melahirkan para generasi Islam yang akan terus mewarisi
perjuangan yang terdahulu.

Kawasan Parit Buntar masih belum mempunyai sekolah rendah Islam berbanding sekolah menengah
agama yang terdapat empat buah sekolah. Didapati sekolah rendah yang berteraskan Pendidikan
Islam makin mendapat tempat dikalangan ibu bapa sehinggakan ada sekolah yang terpaksa menolak
kemasukan pelajar kerana sudah penuh. Justeru penubuhan Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Hasanah
menjadi alternatif baru ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke sekolah rendah Islam.

Cadangan penubuhan sekolah rendah Islam merupakan usul yang telah diluluskan dalam mesyuarat
agung Kawasan Parit Buntar pada tahun 2013. Objektif utama penubuhan ialah:

 Menubuhkan sebuah pusat pengajian berteraskan Islam


 Mengembangkan Pendidikan Islam dikalangan masyarakat
 Melahirkan pelajar-pelajar yang berketrampilan Islam
 Menjana kepimpinan Islam di masa hadapan

Visi Sekolah

 Pendidikan Islam Berkualiti Teras Kesejahteraan Ummah

Misi Sekolah

 Melestarikan sistem Pendidikan Islam yang berkualiti untuk membangunkan ummah bagi
memenuhi wawasan dunia dan akhirat.

Moto Sekolah

 Berilmu, Beramal dan Bertaqwa

Slogan Sekolah

 Guru Cemerlang Pelajar Terbilang

Modal awal

 RM30,000
 Hasil sumbangan derma orang ramai dan pinjaman dari AJK penaja

Tempat

 Lokasi cadangan yang pertama adalah di Markas PAS Titi Serong. Namun akhirnya Berjaya
menyewa satu blok bangunan Sekolah menengah agama At-Tahzib Titi Serong sebanyak
RM600 sebulan

Sesi persekolahan yang pertama adalah pada tahun 2015 dan pendaftaran telah dibuka sejak
September 2014. Pengambilan pelajar pula adalah untuk tahun 1 sahaja pada sesi 2015 tersebut.
Pada permulaan, sasaran pelajar hanyalah 25 orang namun sambutan penduduk setempat sangat
menggalakkan maka sesi permulaan telah Berjaya dibuka dengan jumlah murid seramai 34 orang.
Manakala pentadbiran sekolah pada masa itu terdiri daripada seorang Mudir, 2 orang guru tetap,
seorang guru separuh masa dan seorang kerani.
SRI Al-Hasanah mula beroperasi di satu blok bangunan 2 tingkat milik SMA At-Tahzib . Blok
bangunan tersebut mengandungi bilik darjah, pejabat, bilik guru, kantin serta surau untuk
kemudahan warga sekolah.

Majlis pelancaran Dana Penubuhan SRI Al-Hasanah dilancarkan pada bulan April 2014 di
Dewan Tuan Guru Ahmad Tuan Husin, Titi Serong dan disempurnakan oleh Ketua Penerangan PAS
Pusat pada Ketika itu Dato’ Haji Mahfuz Omar.

Pada 25 Oktober 2014 bersamaan 1 Muharram 1436H, pihak Lembaga Pentadbir Sekolah
telah mengadakan Hari Terbuka SRI Al-Hasanah bagi tujuan untuk memperkenalkan SRI Al-Hasanah
pada masyarakat umum serta latar belakang penubuhan. Gimik perasmian Hari Terbuka ini
disempurnakan oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang Ketika itu, YB Ustaz haji Idris Ahmad.

BLOK BANGUNAN YANG DISEWA DARI SMA AT TAHZIB


Petunjuk :
Bentuk:
Bulatan – Kesepakatan dalam pekerjaan dan fikrah.
Buku – Keilmuan dan pengetahuan
Perisai – Ketahanan dalam melakukan amalan
Warna :
Hijau – Berpegang teguh dengan agama
Kuning – Kesetiaan dan ketaatan pada agama
Hitam – Ketahaana dalam bekerja
Merah – Berani balam menyatakan kebenaran

Jawatankuasa Penaja Penubuhan Sekolah

Bil Nama Jawatan


1 Ust. Hj Ahmad bin Yaakob Pengerusi
2 Abdul baharin bin Md desa Timbalan Pengerusi
3 Ust. Hj Shafie bin Ismail Setiausaha
4 Pn. Maizaton Shanishah bt Mohd Arshad Bendahari
5 En. Mohd Azhar bin Abdul Hadi Penolong Setiausaha
6 Dr. Wan Mahyuddin b Wan Ibrahim AJK
7 En. Riduan Razak AJK
8 En. Ridzuan Mokhtar AJK
9 Tn. Hj Hayat bin Mokhtar AJK
10 En. Nazaruddin bin Abdul Rashid AJK
11 Tn. Hj Abdul Rahman bin Hj Abdul Wahab AJK
12 En. Ahmad Azhar bin Hj Shahrin AJK
13 Ust Hj Abu Bakar Bin Hussin AJK
14 Pn. Raidah bt Shaari AJK
15 Pn. Altablig bt Ali AJK

Nama Cadangan Sekolah

Sekolah Rendah Islam Al Hasanah


Sesi Persekolahan

1. Pendaftaran akan dibuka bulan September 2014


2. Sesi Persekolahan bermula Tahun 2015 untuk tahun satu sahaja
3. Waktu Persekolahan dari pukul 7.30 pagi – 4.00 petang

Pengambilan Pelajar
1. Tahun 1 sahaja bagi sesi 2015
2. Pendaftaran dibuka pada bulan September 2014
3. Sasaran Pelajar seramai 25 orang
4. Keutamaan di kalangan pelajar-pelajar PASTI/Tadika Islam

Pakej Pendidikan
1. Agama
2. Akademik
3. Tahfiz

Yuran
1. Pendaftaran RM 100.00
2.Yuran bulanan RM 120.00
3. Yuran makan RM 30.00
BARISAN GURU DAN MURID SULUNG SRIAH

ANAK-ANAK LELAKI SULUNG SRIAH


ANAK-ANAK PEREMPUAN SULUNG SRIAH

Pada tahun kedua penubuhan sekolah iaitu tahun 2016, sambutan dari waris sangat
memberangsangkan dan permohonan kemasukkan ke tahun 1 meningkat sehingga 76 orang. Pihak
sekolah terpaksa membuka satu lagi kelas untuk tahun 1 bagi menampung kesemua murid tersebut.
Kelas yang pertama diberi nama 1 Saidina Abu Bakar dan kelas kedua Saidina Umar. Tenaga pengajar
juga di tambah seramai 3 orang.

Pada permulaan penubuhan, murid-murid hanya mampu makan diatas lantai dewan makan.
Bilik Darjah yang dijadikan sebagai surau sementara.
Padang Sekolah yang dikongsi Bersama-sama dengan pelajar-pelajar SMA At Tahzib

Makmal Sains At Tahzib di bahagikan kepada 2 bahagian untuk dijadikan bilik darjah 1 Saidina Abu
Bakar dan 1 Saidina Umar.
Pada tahun 2016 juga, pihak pengurusan telah berjaya membeli sebidang tanah di Parit Mat
Alam, Titi Serong untuk dijadikan tapak pembinaan Sekolah Rendah Islam Al Hasanah hasil
sumbangan dan wakaf orang ramai dan penaja. Tanggal 8 Oktober 2016 merupakan detik bersejarah
di mana Majlis Pecah Tanah Tapak Pembangunan SRI Al Hasanah telah berlangsung dengan
kehadiran penduduk setempat. Kehadiran yang ramai menunjukkan sekolah ini mendapat sambutan
yang sangat baik dan banyak menerima sumbangan dana dan wakaf tapak dari penduduk setempat.
Selepas program pecah tanah tersebut, pihak pengurusan melancarkan promosi bagi
mengumpul dana pembinaan bangunan sekolah pula. Seperti sebelumnya, sambutan sangat
menggalakkan.

Begitu juga dengan sambutan dari pihak ibu bapa yang ingin mendaftar anak mereka di SRI
Al Hasanah. Pada kemasukkan tahun1 sesi 2017, bilangan murid yang diterima masuk hamper
mencecah 80 orang. Pihak sekolah terpaksa menggunakan ruangan surau sementara untuk dijadikan
kelas. Manakala untuk aktiviti ibadah, murid-murid SRI Al Hasanah terpaksa berkongsi surau dengan
pelajar-pelajar SMA At-Tahzib di blok hadapan. Manakala ruangan dewan makan juga di pindahkan
ke bangunan stor belakang. Bangunan stor tersebut telah diubahsuai terlebih dahulu supaya dapat
memberi keselesaan kepada murid. Perhimpunan pagi Isnin juga diadakan di bangunan tersebut.

Surau yang dikongsi Bersama pelajar SMA At-Tahzib


Bangunan Stor yang telah dikosongkan dan diubahsuai menjadi dewan makan.

Dewan makan ini juga dijadikan sebagai ruangan berkumpul.


Seiring dengan penambahan bilangan murid, barisan tenaga pengajar dan staff sekolah juga
bertambah. Pada tahun2017 SRI AL Hasanah di barisi tenaga pengajar seramai 11orang, seorang
kerani dan seorang staf kebersihan.

Anda mungkin juga menyukai