0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
417 tayangan36 halaman

Bab 4

Unduh sebagai pptx, pdf, atau txt
Unduh sebagai pptx, pdf, atau txt
Unduh sebagai pptx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1/ 36

JENIS-JENIS KAWALAN

MOTOR ELEKTRIK
P U A N S I T I FA R I D A B I N T I P I L L A K
OBJEKTIF

 Memahami dan mempelajari jenis-jenis penghidup.


 Melukis litar kawalan & kuasa penghidup
 Memahami prinsip-prinsip kendalian penghidup.
Mengetahui kebaikan dan kekurangan penghidup.
ISI KANDUNGAN

PENGHIDUP TALIAN TERUS (DOL)

LITAR KAWALAN

LITAR KUASA

PRINSIP KENDALIAN PENGHIDUP TALIAN


TERUS

KELEBIHAN & KEKURANGAN PENGHIDUP


TALIAN TERUS (DOL)
PENDAHULUAN/ INTRODUCTION

 penghidup motor adalah bertujuan:-


a. Mengurang dan menghadkan arus mula (starting current)
kepada suatu nilai yang kecil dan selamat.
b. Mengelakkan motor hidup semula dengan sendiri setelah
berlaku gangguan bekalan atau susutan voltan.
c. pengendalian motor tersebut dapat dilakukan dengan selamat
dan secara kawalan jauh (remote control).
d. Perlundungan kepada motor tersebut adalah lebih berkesan
dengan mengadakan alat-alat perlindungan dan alat kawalan
di dalam sistem penghidup motor.
SAMBUNGAN

Pertimbangan yang perlu dibuat semasa melakukan


sambungan pendawaian di motor ialah kadaran voltan yang
diberi kepada gelung lilitan motor dengan sistem voltan
bekalan yang terdapat.
JENIS-JENIS PENGHIDUP

Penghidup Talian Terus ( Direct On line starter )


1/2 HP hingga 3 HP/ 0.37 kW hingga 2.2 kW

Penghidup Bintang Delta ( Star- Delta starter )


lebih daripada 3HP hingga 10 HP / 2.3 kW hingga 7.46 kW

Penghidup Alatubah-Auto ( Auto-transformer starter )


lebih daripada 10Hp hingga 20 HP / 7.46 kW hingga 15 kW

Penghidup Rintangan Rotor ( Rotor Resistance starter )


> 20 HP / >15 kW
01 PENGHIDUP TALIAN TERUS/ DIRECT
ONLINE STARTER (DOL)
DIRECT ONLINE STARTER (DOL)
 Pemula ini digunakan untuk motor yang berukuran kecil dari segi penggunaan dan saiznya. yang mana
bahaya arus tinggi sewaktu mula-mula dihidupkan tidak begitu ketara. Pemula ini biasanya digunakan
untuk motor berukuran ½ kk. hingga 3 K.K (0.37 Kw hingga 2.2 Kw) yang biasanya digunakan untuk
beban-beban seperti penghawa dingin. penghembus udara, pemampat udara dan sebagainya. Arus mula
adalah 6 hingga 8 kali dari arus kendalian normal.
 Jika sesuatu motor mempunyai arus kendalian normal 6 Amp. ini bermakna arus mula yang akan wujud
pada motor itu ialah 36 Amp. hingga 48 Amp. Ini hanya berlaku untuk beberapa saat sahaja.
 Beban yang digunakan tidak boleh melebihi 3 K.K kerana arus mula yang tinggi boleh menggangu sumber
bekalan ke beban-beban lain kerana dalam sistem penghidup talian terus ini, bekalan dikenakan terus
kepada motor tanpa alat perantaraan untuk mengurangkan arus atau voltan ke motor. 
 Motor satu fasa yang biasa digunakan ialah motor yang digunakan didalam A/C satu fasa. Motor 3 fasa
yang sesuai bagi penghidup talian terus ialah motor jenis Sangkar Tupai (Squirrel Cage).
 Penghidup Talian Terus adalah satu sistem bekalan yang dikenakan terus pada motor tanpa sebarang alat
perantaran untuk mengurangkan arus atau voltan ke motor. Dalam sistem penghidup motor kendalian
automatik, alat digunakan untuk menggantikan suis tiga kutub adalah sesentuh-sesentuh dari penyentuh.

 Pada penghidup ini geganti haba digunakan untuk melindungi motor daripada lebihan beban / beban
lampau. Menurut peraturan 25 kaedah elektrik 1949, D.O.L hanya digunakan untuk motor yang
mempunyai keupayaan tidak melebihi 3 kuasa kuda atau 2.2 kuasa kuda.
LITAR KAWALAN DOL
LITAR KUASA
PRINSIP KENDALIAN/ PRINCIPLE OPERATION

 Apabila punat tekan hidup ditekan,arus akan mengalir masuk litar kawalan penghidup talian terus.
 Arus ini akan mengalir melalui gegelung seterusnya gegelung ini akan menghasilkan medan magnet/bertenaga.
 Medan magnet ini akan menarik semua sesentuh tambahannya c1 dari keadaan terbuka kepada keadaan tertutup.( off-on )
 Apabila sesentuh tambahan ini menjadi tertutup ia akan membenarkan arus dalam talian fasa melaluinya terus ke motor
seterusnya ke talian neutral dan motor terus berputar.
 Apabila punat tekan hidup dilepaskan, motor masih lagi berputar kerana gegelung masih menghasilkan medan magnet kerana
adanya sesentuh tambahan yang selari dengan punat tekan hidup.
 Sesentuh tambahan ini membenarkan arus talian melalui litar kawalan ini walaupun punat tekan hidup dilepaskan.
 Apabila punat tekan henti dilepaskan,arus tidak dapat memasuki litar kawalan dan litar utama terutama gegelung seterusnya
tidak dapat menghasilkan medan magnet.
 Ini akan menyebabkan motor tidak berputar kerana sesentuh tambahan pada talian telah menjadi seperti asal iaitu sentiasa
terbuka.
 Motor juga berhenti berputar sekiranya beban lampau. Semasa beban lampau arus meningkat dan meyebabkan suis beban
lampau terbuka. Ini akan menyebabkan seluruh litar tidak berfungsi.
 Kadaran peratus arus hendaklah disetkan pada beban lampau iaitu 125% daripada arus kendalian motor. Punat tekan hidup dan
punat tekan henti boleh dipasang seberapa banyak yang boleh tetapi hendaklah mengikut konsepnya.

a. Punat tekan hidup – dipasang selari diantara satu sama lain.


b. Punat tekan henti – dipasang sesiri diantara satu sama lain.
KELEBIHAN DAN KEKURANGAN
PENGHIDUP TALIAN TERUS
KELEBIHAN KEKURANGAN
Dayakilas permulaan adalah tinggi dan Arus mulanya adalah tinggi dan ini
mencapai kadar kelajuan maksima dalam menyebabkan pusuan (surge) di dalam
masa yang singkat. sistem adalah amat tinggi dan
mengganggu sistem yang lain.
Binaannya ringkas, h arganya lebih murah Untuk menanggung arus mula yang
dan senggaraannya mudah. tinggi, pengalir-pengalir dan alat-alat
perlindungan perlu dilebihkan
kadarnnya, oleh itu perlindungan
kurang sensitif.
0.2 PENGHIDUP MARA SONGSANG/
FORWARD REVERSE STARTER
LITAR KAWALAN
LITAR KUASA
PRINSIP KENDALIAN/ PRINCIPLE
OPERATION
 Bila tekan mula Mara (forward) ditekan, gelung F akan ditenagakan.
 Pada masa yang sama sesentuh F1 dan F2 akan bertukar status, N/O kepada N/C dan sebaliknya.
 Bila tekan mula mara dilepaskan arus akan mengalir melalui sesentuh F1 yang telah berada dalam keadaan
N/C dan membolehkan gelung F terus bertenaga.
 Semasa gelung F bertenaga, ia akan membenarkan motor berputar kerana sesentuh utamanya telah bertukar
daripada N/O kepada N/C. Motor akan terus beroperasi dalam keadaan mara selagi tekan henti tidak
ditekan.
 Pada masa yang sama sesentuh F2 akan menjadi N/O seterusnya menghalang gelung R ditenagakan
sekiranya tekan mula songsang ditekan. Ini adalah ciri-ciri keselamatan untuk mengelakkan kerosakan
pada motor.
 Bila tekan mula songsang ditekan, arus yang memberi tenaga kepada gelung F akan dihalang seterusnya
mrnyebabkan litar kembali kepada asal (reset). Motor akan berhenti berputar.
 Langkah (1) hingga (7) akan diulang sekiranya tekan mula songsang ditekan, tapi peranan gelung F akan
diambil oleh gelung R dan motor akan beroperasi dalam keadaan songsang.
 Tekan henti boleh menghentikan kendalian mana-mana gelung F atau R yang sedang berkendali.
0.3 PENGHIDUP BINTANG DELTA/ STAR
DELTA STARTER
PENGHIDUP BINTANG DELTA
 Pemula Bintang Delta hanya digunakan untuk motor arus ulang alik 3 fasa yang berukuran sederhana
3 hingga 10 kuasa kuda.
 Tujuan utama menggunakan pemula jenis ialah untuk mengurangkan arus permulaan motor.
 Semasa permulaan dalam sambungan bintang ,voltan yang diterima oleh setiap lilitan
motor ialah 3x voltan talian lebih rendah daripada voltan talian semasa sambungan delta.
 Arus dan daya kilas akan turut berkurangan kerana arus dan daya kilas berkadar terus dengan kuasa dua nisbah
voltan .
 Setelah motor bergerak pada kelajuan 75% Sambungan pada motor akan ditukarkan kepada sambunga Delta .
 Ini bermakna voltan bekalan akan bertambah dengan kelajuan pun akan turut bertambah.
 Penukaran sambungan dari bentuk bintang kebentuk Delta boleh dibuat dengan menggunakan suis kendalian
tangan atau dengan menggunakan penyentuh-penyentuh yang beroperasi secara automatik.
 Perlu dingat pemula suis kendalian tangan mestilah mengadakan kunci mekanik agar suis pemula
tidak boleh diubah ke kedudukan Delta.
 Sebelum ia disambungkan kedudukan Delta.Setelah motor ini berputar,tangkal suis akan dipegang oleh
elektromagnet yang berfungsi sebagai pelindung tanpa voltan.
 Ia akan melepaskan suis ke kedudukan henti apabila voltan bekalan terputus dan motor tidak akan
hidup selepas bekalan pulih kecuali dikendalikan semula.
SAMBUNGAN

 Penghidup cara ini biasa didapati di:-


a. Injap bermotor
b. Pam elektrik
c. Pengangkut Panggul (Conveyor belt)
d. Sistem penghawa dingin dan sebagainya
LITAR KAWALAN & KUASA CARA 1
PRINSIP OPERASI/ PRINCIPLE OPERATION
CARA 1
 Bila punatekan hidup ditekan arus akan mengalir dan melengkapkan litar gegelung penyentuh(contactor) M.
 Semua sesentuh M akan berfungsi.
 Bila punatekan diangkat contactor M masih beroperasi kerana bantuan sesentuh tambahan sudah beroperasi.
 Pada waktu ini juga arus akan masuk ke litar gegelung penyentuh(contactor) star dan sesentuh di Timer
Delay Relay(TDR).Gegelung penyentuh S akan beroperasi.
 Di waktu motor berada dalam keadaan sambungan bintang ,arus bekalan arus bekalan masuk melalui
M dan ke poin Bintang Penyentuh S.
 Dalam jangka masa yang ditetapkan,gegelung geganti TDR akan membuka sesentuh TDR 2. Gegelung
penyentuh Star akan terputus litarnya dan kesemua sesentuh berbalik ke kedudukan asal.
 Dalam masa yang sama juga gegelung Delta dilengkapkan dengan TDR 2 dan sesentuh S sentiasa tertutup.
 Ini menyebabkan semua sesentuh Delta akan beroperasi pada sambungan Delta.
 Litar gegelung penyentuh S dan gegelung geganti TDR.tidak lagi diperlukan .Litar ini dibuka ada sesentuh
Delta yang sentiasa tertutup.
 Litar yang masih beroperasi ialah litar gegelung dalam sambungan Delta.Jika berlaku beban lampau
overload akan membuka litar(trip) dan motor akan berhenti diikuti lampu pandu trip akan menyala
KEBAIKAN & KEKURANGAN

Kebaikan Kekurangan
Boleh dihidupkan dan dimatikan beberapa Keupayaan motor-motor yang
kali pada bila-bila masa. digunakan terhadap kepada 3 k.k
hingga 10 k.k
Senggaraan adalah kurang jika Menggunakan punca-punca motor yang
dibandingkan dengan penghidup alatubah- lebih iaitu 6 - 7 punca.
auto.
Bagi keupayaan motor yang sama, kos
pemasangannya adalah lebih murah dari
penghidup motor secara alatubah-auto
LITAR KAWALAN CARA 2
LITAR KUASA CARA 2
PRINSIP OPERASI/ PRINCIPLE OPERATION
CARA 2
 Bila punatekan hidup ditekan arus akan mengalir dan terus ke gegelung penyentuh star dan geganti lewat
masa (Timer Delay Relay) berfungsi dan lampu pandu menyala.
 Apabila gegelung penyentuh star mendapat bekalan sesentuh sedia buka (normally open) star akan menjadi
tertutup dan sesentuh sedia tutup (normally close) star akan terbuka dan menghalang pengaliran arus ke
gegelung penyentuh delta.
 Sesentuh sedia buka (normally open) star yang tertutup tadi akan mengalirkan arus terus ke gegelung
penyentuh main.
 Apabila penyentuh main mendapat bekalan sesentuh main akan menjadi tertutup
 Keputusannya ialah Penyentuh “Main” dan Star berfungsi dan geganti Lewat Masa berfungsi mengikut masa
yang diset kan.
 Geganti lewat masa(TDR) yang berfungsi tadi apabila cukup masa, sesentuh sedia tutup (normally close) pada
geganti lewat masa(TDR) akan terbuka dan memutuskan bekalan pada gegelung penyentuh star.
 Apabila gegelung penyentuh star tidak mendapat bekalan sesentuh sedia buka (normally open) yang
tertutup tadi akan menjadi terbuka semula dan sesentuh sedia tutup(normally close) yang terbuka tadi
akan menjadi tertutup semula dan akan mengalirkan arus ke penyentuh Delta dan lampu pandu Delta
akan menyala.
 Sesentuh sedia tutup Delta akan menjadi terbuka bagi menghalang pengaliran arus ke Penyentuh „Main‟
 Keputusannya sekarang ialah Penyentuh “Main” dan Delta berfungsi.
0.4 PENGHIDUP PENGUBAH AUTO/ AUTO
TRANSFORMER STARTER
PENGHIDUP PENGUBAH AUTO
 Penghidup jenis ini menghasilkan kecekapan yang tinggi dan mempunyai pilihan untuk memilih
tapping yang sesuai digunakan untuk memperolehi daya kilas yang diperlukan dan arus yang
dijangkakan.
 Komponen utama penghidup ini adalah alat ubah-auto tiga fasa dengan 3 tapping atau
lebih,biasanya pada 40%,60% dan 75% daripada voltan bekalan.
 Fungsi sebenar ialah dengan mengurangkan arus supaya semasa ia mula dihidupkan,arus mengalir
pada motor pada tatah % alat ubah dari voltan penuh dikenakan pada motor tersebut di mana arus
mula(starting) telah dapat dikurangkan kepada nilai yang berpatutan (Tapping yang paling sesuai
ialah 70%).
 Ketika ini perhatian hendaklah diberikan pada alatubah –auto,di mana ia hendaklah berada dalam
sambungan bintang star dan tidak berlakunya terbuka dalam sambungan bintangnya.
 Jika terdapat litar terbuka disambungkan ketika mula dihidupkan akan mengalami kesan voltan
yang tinggi yang membahayakan.
 Kemudian ia akan dikendalikan tanpa alat ubah-auto,yakni alatubah dipintaskan melalui
penyentuh.
 Pada kebiasaannya kadar motor yang menggunakan penghidup ini ialah 10 kuasa kuda hingga 25
kuasa kuda.
LITAR KAWALAN
LITAR KUASA
PRINSIP KENDALIAN/ PRINCIPLE
OPERATION
 Apabila punatekan hidup ditekan arus akan mengalir melalui sedia tutup(normally close)
Penyentuh (Contactor) 3 dan terus ke gegelung Penyentuh (Contactor) 1, gegelung Penyentuh
(Contactor) 2 ,gegelung geganti lewat masa (TDR) berfungsi.
 Apabila gegelung Penyentuh (Contactor) 1 dan gegelung Penyentuh (Contactor) 2 mendapat
bekalan sesentuh sedia buka Penyentuh 1 dan sesentuh sedia buka Penyentuh 2 akan
tertutup.Keputusannya sekarang adalah Penyentuh (Contactor) 1 dan Penyentuh (Contactor) 2
berfungsi lampu pandu menyala dan Geganti Lewat Masa (TDR) berfungsi.
 Apabila masa yang disetkankan telah cukup,sesentuh sedia buka geganti lewat masa (TDR)
akan menjadi tertutup dan mengalirkan arus ke gegelung Penyentuh 3.
 Apabila gegelung Penyentuh (Contactor) 3 mendapat bekalan sesentuh sedia buka Penyentuh 3
akan menjadi tertutup dan sesentuh sedia tutup Penyentuh (Contactor) 3 akan menjadi
terbuka.Pengaliran arus ke Penyentuh (Contactor) 1 dan 2 akan terputus.
 Keputusannya sekarang ialah Penyentuh (Contactor) 3 berfungsi dan lampu pandu menyala
 Apabila berlaku beban lampau pada motor sesentuh sedia buka pada Overload akan tertutup
dan akan mengalirkan arus ke lampu pandu trip . Litar kawalan akan terputus sama sekali.
KEBAIKAN & KEKURANGAN
Kebaikan Kekurangan
Boleh mengandungi beberapa tatah di mana ia sesuai Disebabkan tiada dawai neutral, jika sekiranya
untuk motor yang berlainan kuasa menggunakan beban seimbang, gangguan bekalan akan berlaku.
voltan-voltan yang tertentu.
Kehilangan kuasa di alat-alat bantu adalah kecil. Jika berlakunya litar terbuka pada sambungan
bintang di alatubah-auto, kemungkinan voltan
tinggi akan teraruh pada latubah-auto.
Sesuai untuk motor samada sambungan delta atau Dibandingkan dengan penghidup bintang-delta,
bintang cara ini mempunyai alat tambahan menyerupai
alatubah-auto. Oleh itu kosnya lebih tinggi.
Motor hanya mempunyai tiga tau empat punca dan Daya kilas yang tidak sepatutnya semasa
tidak enam atau tujuh punca seperti dalam kes bintang permulaan, dengan itu tidak sesuai untuk kerja
delta. yang memerlukan daya kilas yang tinggi pada
permulaan. Dengan ini, penghidup terhad kepada
motor-motor berkeupayaan sederhana sahaja.
0.5 PENGHIDUP RINTANGAN ROTOR/
ROTOR RESISTANCE STARTER
PENGHIDUP RINTANGAN ROTOR

Penghidup ini digunakan untuk motor 3 fasa aruhan berbelit kerana ia boleh memberi daya
kilas permulaan yang tinggi kepada motor tersebut.
Litar stator motor ini disambungkan terus kepada pemula jenis terus pada talian sementara
litar rotornya disambungkan melalui gelang pelincir ke rintangan pemula.
Apabila motor ini dihidupkan,rintangan pemula berada pada nilai maksimum dan rintangan
ini akan beransur-ansur dikurangkan nilainya selaras dengan pertambahan kelajuan
sehingga rintangan ini diputuskan sama sekali daripada sambungannya dengan rotor.
Oleh yang demikian gelang pelincir akan dilitar pintaskan secara terus tanpa menggunakan
berus karbon.
Saling kunci elektrik biasanya dibuat bagi memastikan rintangan rotor berada pada
sambungan yang betuL (nilai maksimum) sebelum motor ini dihidupkan untuk
mengelakkan bahaya jika kelajuan naik dengan mendadak apabila motor dihidupkan
semula.
Pemula ini boleh dijalankan dengan kendalian tangan atau secara automatik iaitu dengan
menggunakan penyentuh dan geganti.
LITAR KAWALAN
LITAR KUASA
THANK YOU

See you next class

Kuiz 2

Anda mungkin juga menyukai