Retorik: Keterampilan Perucapan (Bahasa Melayu) BMP454
Retorik: Keterampilan Perucapan (Bahasa Melayu) BMP454
Retorik: Keterampilan Perucapan (Bahasa Melayu) BMP454
Presentation title 2
PENGENALAN
▪ Setiap tindakan sama ada disedari atau tidak yang menyebabkan orang
lain terpengaruh pada dasarkan adalah fenomena retorik. William C.
Broth dalam I GustiNgurah Oka (1976:17)
▪ Aristotle: setiap orang tidak dapat diketepikan daripada memanfaatkan
retorik mengikut keupayaan masing-masing ketika bertutur.
Presentation title 3
▪ Sejarah dunia telah membuktikan bahawa kejayaan seorang ahli politik dalam mempengaruhi
orang lain amat berkait rapat dengan keupayaan memanfaatkan teknik-teknik retorik ketika
berucap.
▪ Menurut Dori Wuwur Hendrikus (1991:18-20) faktor utama yang menjurus kepada kejayaan
Ceaser, Martin Luther king, J. F. Kennedy dll, adalah kerana keupayaan mereka menguasai ilmu
retorik ketika berucap.
▪ Penguasaan teknik-teknik berucap bukan sahaja dapat mempertingkatkan keyakinan diri, malahan
dapat mempengaruhi dan meyakinkan para pendengar dengan berkesan seolah-olah penguasaan
teknik-teknik retorik ini juga penting untuk menjamin sesuatu matlamat penyampaian mesej dapat
dicapai dengan sepenuhnya.
Presentation title 4
DEFINISI RETORIK
1. Plato – seni menguasai minda manusia
2. I. A. Richards (1965) – kajian tentang kaedah fahaman dan cara penyelesaiannya
3. Kenneth Burk (1967) – di mana apabila ada penjelasan, di situ ada retorik dan apabila ada retorik
adalah makna.
4. Dori Wuwur Hendrikus (1991:14) – retorik bererti pada tempat yang tepat, pada waktu yang tepat, atas
cara yang lebih efektif, mengucapkan kata-kata yang tepat, benar dan mengesankan. Itu bererti orang
harus dapat berbicara jelas, singkat dan efektif. Jelas supaya mudah difahami, singkat utk menjimatkan
waktu dan sebagai tanda kepintaran. Efektif kerana apa gunanya berbicara kalau tidak membawa efek.
5. Kamus Dewan – seni menggunakan bahasa yang indah dan menarik untuk memujuk atau
mempengaruhi pemikiran pendengar
6. Asmah (1988:3) – keupayaan menggunakan bahasa dengan berkesan
Presentation title 6
4 PRINSIP RETORIK
Seluruh usaha dan tindakan bertutur harus di arahkan kepada satu tujuan iaitu
kemenangan
Presentation title 7
JENIS-JENIS RETORIK
PENGHUJAHA
PEMERIAN PENDEDAHAN
N
PENCERITAA
PEMUJUKAN
N
Presentation title 8
RETORIK PEMERIAN
▪ Penerangan (description)
▪ Memindah pengamatan dan pemerhatian kepada pembaca dan bahan yang dipindahkan itu melibatkan imej,
sensasi, mood dll.
▪ Menerangkan sesuatu supaya pembaca dapat melihat gambaran dengan jelas.
▪ Penting untuk menggambarkan suasana, tempat, orang, benda atau peristiwa.
▪ Tujuan utama, mencipta gambaran atau imej yang jelas dalam fikiran pembaca.
▪ Untuk memaparkan atau mendedahkan sesuatu, perlu usaha untuk beri penerangan tertentu supaya dapat
difahami orang lain.
▪ Contoh : gambaran orang secara konkrit – usia, ukuran badan, tempat tinggal, warna kulit dll.
Presentation title 9
RETORIK PENDEDAHAN
▪ Bentuk penceritaan (narration) meliputi pelbagai jenis penulisan – cerita pendek, kisah,
sejarah, autobiografi, penglipur lara, diari, novel, drama, hikayat dll.
▪ Penekanan terhadap peristiwa tunggal atau bersiri.
▪ Pemilihan maklumat penting kerana menyumbang ke arah mood, kesan atau tujuan utama.
▪ Ada permulaan atau pengenalan, pertengahan dan pengakhiran.
1. Permulaan : sampaikan maklumat tentang keadaan, latar dan watak utama.
2. Pertengahan : penerangan selanjutnya tentang peristiwa yang berlaku.
3. Penutup : ulasan atau kesimpulan.
Presentation title 12
RETORIK PEMUJUKAN
▪ Retorik pengaruhan
▪ Kehalusan bahasa
▪ Menyelitkan unsur-unsur psikologi
▪ Perbandingan kebaikan dan keburukan supaya orang yang dipujuk setuju dengan cadangan yang dikemukakan.
▪ Menggunakan kata-kata yang manis, gaya yang menarik, janji-janji tertentu.
Presentation title 13
KATEGORI/PROSES RETORIK
(PROCESS OF PERSUASION)
Presentation title 14
4 ALIRAN RETORIK
Presentation title 15
“ Retorik Attic
”
▪ Retorik paling awal dipelopori.
▪ Menurut catatan sejarah bertulis, kajian retorik telah muncul di Sirakusa, ibu kota Pulau Sisilia
(Yunani) pada sekitar abad ke-5SM.
▪ Ia dipelopori oleh Corax (467SM) dan anak muridnya Tissias (467SM) dengan menerbitkan
sebuah buku yang berjudul Techene Rhetorike yang bererti ilmu tentang seni berbicara.
▪ Retorik Corax-Tissias ini kemudiannya telah dikembangkan ke Semenanjung Attic (daerah
Yunani) dan menjadi semakin terkenal di sana sehingga digelar sebagai Retorik Attic.
▪ Retorik Attic ini menjelaskan bahawa retorik adalah kecekapan berpidato di hadapan khalayak
ramai.
▪ Kecekapan boleh dipelajari dan dikuasai melalui latihan bertubi-tubi.
▪ Kecekapan berpidato yang bukan di khalayak ramai tidak boleh dianggap sebagai retorik.
Presentation title 17
“ Retorik Sofis
”
▪ Menjelang akhir abad ke 5SM, sekumpulan ahli filosofi (di kota Athena) yang dikenali sebagai
kaum Sofis telah memberi pengertian baru tentang retorik.
▪ Retorik yang dikembangkan oleh kumpulan ini digelar sebagai retorik Sofis. Antara tokoh
terkenal yang mengembangkan Retorik Sofis ini ialah Gorgias, Lysias, Phidias, Protogoras dan
Isocrates.
▪ Bagi mereka, retorik ialah sejenis alat untuk memenangi sesuatu kasus atau keadaan bertutur
tertentu.
▪ Ini bermakna dalam sebarang bentuk pertuturan, kemenangan merupakan tujuan akhirnya.
▪ Faktor lain seperti fungsi kasus, sifat dan kedudukan kebenaran sesuatu pertuturan tidak
diutamakan.
Presentation title 19
▪ Untuk mencapai kemenangan, seseorang ahli retorik harus mematuhi 4 prinsip.
1. seorang penutur harus pandai memainkan ulasan/hujah. Hanya hujah yang menguntungkan
sahaja diutarakan.
2. penutur harus fasih berbahasa dalam erti kata pandai menukar gantikan perkataan ataupun
ungkapan yang bersinonim serta menukar-nukar susunan ayat.
3. penutur harus menguasai emosi pendengar sebaik mungkin dengan mengungkitkan perkara
yang dapat membakar semangat para pendengar agar mereka kehilangan kecekapan/ kepekaan
berfikir.
4. Seluruh usaha ataupun tindakan bertutur harus diarahkan ke satu tujuan, iaitu kemenangan.
Oleh itu, sebarang hujah yang mungkin merugikan kemenangan harus dielakkan.
▪ Cara pertuturan yang paling efektif untuk mencapai kemenangan tanpa menghiraukan sejauh
manakah kebenaran sesuatu pertuturan tersebut.
▪ Propaganda politik pada zaman moden.
▪ Akibatnya nama baik kajian retorik terjejas.
▪ Disalahfahamkan sebagai ‘ilmu bersilat lidah’ yang mempunyai konotasi yang kurang
menyenangkan.
Presentation title 20
“ Retorik Aristotle/ Tradisional
”
▪ Aristotle (384-322M) merupakan ahli filosofi yang berusaha menyelamatkan retorik daripada
mendapat konotasi buruk dan seterusnya menegakkan nama baik kajian retorik selepas golongan
sofis.
▪ Bertujuan supaya menjadi satu cabang ilmu yang tersendiri.
▪ Aristotle menggariskan metodologi, tujuan, etika serta ruang lingkup kajian untuk mengkaji ilmu
retorik.
▪ Menurut Aristotle, retorik ialah satu cabang ilmu yang mengajar orang tentang keterampilan
pemujukan yang objektif dalam sesuatu kasus tertentu.
▪ Roberts (1954:24) telah menterjemahkan rumusan Aristotle tentang retorik ke dalam bahasa
Inggeris
Rhetoric may be defined as the faculty of observing in any given case the available means of
persuasion. (Roberts, 1954:24)
Presentation title 22
▪ Berbeza daripada retorik sofis yang mengutamakan kemenangan semata-mata, retorik aristotle
menganggap pemujukan akan kebenaran sebagai tujuan akhir.
▪ Menurut Aristotle, tujuan retorik ialah meyakinkan para pendengar akan kebenaran sesuatu kasus
yang dibincangkan.
▪ Untuk mencapai tujuan ini, beliau menggariskan 4 fungsi dasar retorik.
1. mamndu orang mengambil keputusan dalam menghadapi pelbagai kemungkinan percanggahan
sesuatu kasus.
2. mengajar orang memahami keadaan jiwa para pendengar.
3. membimbing orang menganalisis sesuatu kasus secara bersistematik dan objektif
4. mengajar orang kaedah-kaedah yang berkesan untuk mempertahan hasil analisis kasus
tersebut.
Presentation title 23
▪ Retorik Aristotle telah berkembang selama 23 abad.
▪ Juga dikenali sebagai retorik Tradisional.
▪ Beckett (1966) menganggap retorik sebagai seni untuk mempengaruhi pihak lain dengan
pertuturan dengan cara memanipulasikan unsur-unsur dalam ucapan agar pendengar dapat
bertindak sejajar dengan kehendak penutur ataupun bersetuju dengan mesej yang disampaikan.
▪ Bryant (1967) berpendapat bahawa retorik ialah pertuturan yang memujuk dan memberi
informasi rasional kepada pihak lain.
▪ Whatley (1969) retorik adalah seni yang mengajar orang kaedah pemakaian bahasa yang efektif.
▪ Duhamel (1965) menganggap bahawa retorik sebagai suatu idea untuk memujuk.
Presentation title 24
“ Retorik Baru
”
▪ Pada awal abad ke-20, Richards (1965), Burke (1967), para pendukung aliran general semantik
dan teori tagmemik telah menampilkan suatu pengertian baru tentang retorik yang amat berbeza
daripada Retorik Aristotle.
▪ Retorik yang dikemukakan tersebut dikenali sebagai Retorik “Baru” ataupun Non-Aristotelian
▪ menurut para perintis Retorik Baru, tujuan utama retorik ialah memupuk persefahaman,
kerjasama dan keharmonian dalam kehidupan antara manusia.
▪ Bertanggungjawab mengelakkan kesalahfahaman akibat daripada kepincangan komunikasi.
▪ Berbeza daripada Retorik Aristotle yang menganggap pemujukan/persuasi (akan kebenaran)
sebagai tujuan akhirnya.
▪ Bagi retorik baru, pemujukan hanya dianggap sebagai akibat logis daripada pertuturan yang
terancang.
Presentation title 26
▪ Menurut Richards (1965:3) retorik adalah kajian tentang kesalahfahaman serta penemuan cara
penyelesaiannya.
▪ Burke (1967) menganggap retorik sebagai ilmu yang mengajar orang beridentifikasi dalam
pelbagai bidang, misalnya mengidentifikasi diri dan pendengar, bahasa yang digunakan,
permasalahan yang dibincangkan, hasil pertuturan dan sebagainya.
▪ Akibat daripada identifikasi inilah persefahaman dan kerjasama akan terbentuk.
▪ Burke berpendapat bahawa perbezaan utama antara retorik Aristotle/ Tradisional dengan Retorik
‘Baru’ ialah ‘identifikasi’.
▪ Para pendukung General Semantik menggariskan pengertian retorik sebagai ilmu yang mengajar
orang menyatakan bahagian tertentu daripada sesuatu (cebisan bahasa) dengan sebaik mungkin.
Presentation title 27
▪ Para pendukung Teori Tagmemik seperti Young dan Becker (1965) berpendapat bahawa retorik
adalah ilmu yang mengajar orang menggarap masalah pertuturan secara heuristik untuk
memupuk persefahaman dan kerjasama.
▪ Tujuan retorik Tradisional yang berusaha memujuk para pendengar merupakan satu kelemahan
utama dalam kajian retorik.
▪ Ini kerana tujuan akan menyebabkan orang membuat penilaian sebelum sesuatu topik
dibincangkan sehingga objektiviti sesuatu topik pertuturan tidak dapat terjamin.
▪ Di samping itu, ketiadaan suatu metodologi yang lengkap untuk mengkaji topik pertuturan yang
dibahaskan juga merupakan salah satu kelemahan utama dalam kajian retorik.
▪ I Gusti Ngurah Oka (1976:44) menggabungkan pelbagai pandangan tersebut dan merumuskan
bahawa :
▪ Retorik pada dasarnya adalah ilmu yang mengajarkan tindak dan usaha yang efektif dalam
persiapan, penataan dan penampilan tutur untuk membina saling pengertian dan kerjasama
serta kedamaian dalam kehidupan bermasyarakat.
Presentation title 28
TEKNIK RETORIK
1. Teknik pernyataan masalah
2. Teknik penerangan
3. Teknik mengumpan sokongan
4. Teknik menakut-nakutkan
5. Teknik dedaktif
6. Teknik pengukuhan
7. Teknik kepastian
8. Teknik pernyataan perasaan
9. Teknik pertanyaan retorik
10.Teknik menghasut
11.Teknik menyindir
12.Teknik imbas kembali
13.Teknik kesopanan
Presentation title 29
Kesimpulan
Presentation title 30
Sekian, terima
kasih