Kajian ini bertujuan mendeskripsi tahap kegemukan ke atas 60 pelajar Kursus Perguruan Lepas Ijaza... more Kajian ini bertujuan mendeskripsi tahap kegemukan ke atas 60 pelajar Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) opsyen Pendidikan Jasmani ambilan 2006. Kajian ini juga bertujuan untuk merangka program jangka pendek bagi membantu kumpulan yang menghadapi masalah kegemukan di kalangan responden. Data kuantitatif yang dikumpul ialah, Indeks Jisim Tubuh atau 'Body Mass Index' (BMI) dan Nisbah pinggang-pinggul atau Waist to Hip Ratio (WHR). Kaedah temubual separa berstruktur, pemerhatian serta penelitian dokumen dan catatan jurnal digunakan oleh pengkaji untuk mengumpul data responden yang dipilih secara purposive. Fasa ketiga melibatkan tindakan yang dijalankan ke atas responden yang terdiri daripada cadangan menu dan penglibatan dalam aktiviti fizikal. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 9 orang adalah kurus atau kurang berat badan. Sebanyak 44 orang mempunyai berat badan yang unggul manakala 7 orang berada dalam kategori gemuk. Daripada tujuh responden yang dipilih secara purposive, seramai 3 orang telah berjaya mengurangkan berat badan dan berada dalam kategori normal manakala seramai 4 orang subjek masih lagi berada dalam kategori gemuk. Program rawatan yang disediakan ke atas responden didapati berkesan untuk mengurangkan masalah kegemukan.

Uploads
Papers by wong sengkhen