Papers by Shyrellyn Orbanus
Abstrak Ibadah Tawaf merupakan antara rukun yang wajib dipenuhi oleh setiap muslim yang berihram ... more Abstrak Ibadah Tawaf merupakan antara rukun yang wajib dipenuhi oleh setiap muslim yang berihram sama ada ibadah haji mahupun umrah. Ia bahkan tidak boleh diganti dengan bayaran dam seandainya tidak dilaksanakan. Melihat kepada kewajiban yang mengikat ibadah kelima umat Islam ini, maka ianya jelas menimbulkan masyaqqah ke atas kaum wanita muslim. Hal ini kerana setiap wanita yang sihat akan mengalami haid yang bakal menghalang mereka untuk menyempurnakan tawaf dalam ibadah haji dan umrah. Bahkan masalah ini bertambah rumit apabila mereka tidak mempunyai waktu yang mencukupi untuk menunggu waktu suci kerana akan kembali ke tanah air ataupun terpaksa bertolak ke Madinah atau Jeddah bagi ibadah Umrah. Justeru itu, kertas kerja ini dihasilkan untuk menjelaskan mengenai persoalan Tawaf dalam keadaan haid melalui tinjauan ilmiah. Tinjauan mendapati terdapat dua pandangan ulama yang dilihat begitu bercanggah mengenai masalah tersebut. Sebahagian ulama berpendapat bahawa wanita yang haid semasa hendak melakukan tawaf mempunyai fatrah naqa yang membolehkan wanita tersebut melakukan tawaf. Bahkan tawafnya dikira sah. Berlawanan dengan kesepakatan sebahagian ulama tentang status tawaf dalam fatrah naqa yang dikira tidak sah. 1 1 Pelajar sarjana dalam bidang Syariah dan undang-undang, akademi pengajian Islam, Universiti Malaya.
Pengenalan Sejajar dengan perkembangan populasi masyarakat muslim di dunia, pasaran halal di peri... more Pengenalan Sejajar dengan perkembangan populasi masyarakat muslim di dunia, pasaran halal di peringkat antarabangsa turut mengalami peningkatan yang memberangsangkan. Hal ini berpunca daripada kesedaran masyarakat terhadap produk dan barangan halal sebagai kegunaan harian mereka. Bahkan konsep halal yang berasal daripada agama Islam tersebut tidak hanya berasaskan kepada faktor agama semata-mata, bahkan ia turut mengetengahkan kualiti sesuatu produk dan barangan sebagai subjek utama. Hal ini adalah bertepatan dengan konsep halalan thoyyiban yang menjadi tunjang utama dalam penentuan halal sesuatu produk dan barangan. Konsep halalan thoyyiban yang bersifat komprehensif dan universal ini seterusnya menjadi faktor utama kepada kejayaan Malaysia menjadi peneraju industri halal dengan penghasilan produk yang berkualiti tinggi di rantau Asia Tenggara. 1 Pelajar sarjana dalam bidang Syariah dan undang-undang, akademi pengajian Islam, Universiti Malaya.
Negara Thailand merupakan negara ke 51 terbesar di dunia. Pemerintahan negara minoriti muslim ini... more Negara Thailand merupakan negara ke 51 terbesar di dunia. Pemerintahan negara minoriti muslim ini telah melalui empat zaman yang berbeza, iaitu zaman Sukhotai, Ayuthaya, Kerung Thon Burhi dan Krung Ratna'Kosin. Sekiranya kita melihat pada sejarah, negara yang tidak pernah dijajah ini telah mula melaksanakan undang-undang Islam secara tidak rasmi semenjak zaman Sukhotai sehinggalah zaman Krung Ratana Kosin. Pelaksanaan undang-undang Islam di negara ini adalah kesan daripada penjajahan Barat ke atas negara-negara jiran yang berdekatan. Undang-undang Islam telah dilaksanakan secara rasmi pada 1945 semasa zaman Pra Chullachom Kelau Chau Yuhua. Kerajaan pada waktu itu telah menggubal sebuah undang-undang keluarga Islam dan ianya dapat dilaksanakan di empat wilayah Selatan Thailand iaitu Patani, Yala, Naratiwat, dan Satul kerana masyarakat di wilayah-wilayah tersebut majoritinya beragama Islam.Undang-undang ini kemudiannya dinamakan dengan " Lak Kodmai Islam Waduaiu Krobrua Law Morodok" yang bermaksud (Kaedah undang-undang Islam : Keluarga dan Pusaka). Bagi melancarkan pelaksanaan undang-undang ini, kerajaan telah melantik seorang hakim Islam yang digelar Datok Yuttitam untuk menyelesaikan permasalahan yang berkaitan dengan kekeluargaan dalam masyarakat. 2 Kata kunci: Undang-undang Keluarga Islam, Selatan Thailand, Minoriti Muslim.
Republik Sudan, yang ditubuhkan pada 1 Januari 1956 merupakan antara negara bebas yang berada di ... more Republik Sudan, yang ditubuhkan pada 1 Januari 1956 merupakan antara negara bebas yang berada di Afrika. Negara ini adalah di antara negara yang kaya dengan pelbagai etnik dan budaya. Menurut bancian penduduk yang pertama di Sudan pada tahun 1955/56, 51% daripada penduduknya berbahasa Arab dan memiliki 572 puak. Dari sudut keagamaan, didapati 61% penduduknya beragama Islam. Walau bagaimanapun, terdapat lebih daripada setengah juta orang Kristian dengan mazhab yang berlainan menduduki Sudan terutamanya di bahagian Selatan 1 dan penduduk lainnya masih memegang teguh dengan kepercayaan asli. Sebahagian besar masyarakat Sudan berbahasa Arab dan ada yang masih menggunakan bahasa suku mereka seperti Nubian, Beja, Ta Bedawie, Fur, Nuban, dan juga dialek Nilotic dan Nilo-Hamitic .
Uploads
Papers by Shyrellyn Orbanus