Anjaan
Anjaan (English: Fearless, Bahasa Melayu : Tidak Mengenal erti takut) merupakan filem Aksi Tamil tahun 2014.Filem ini diarahkan oleh N. Lingusamy, dan diterbitkan di bawah rumah produksi sendirinya, Thirupathi Brothers .Filem ini , dibintangi oleh Surya dan Samantha Ruth Prabhu. Manoj Bajpai, Vidyut Jamwal, Rajpal Yadav dan Dalip Tahil merupakan pelakon sampingan dalam filem ini. Sinematografi dan penyuntingan dikendalikan oleh Santosh Sivan dan Anthony. Manakala,runut bunyi bagi filem ini diarah oleh Yuvan Shankar Raja. Tayangan perdana filem itu diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia pada 14 Ogos 2014, dan ditayangkan serentak di seluruh dunia pada 15 Ogos 2014 bersempena Hari Kemerdekaan India.
Anjaan | |
---|---|
Pengarah | N. Lingusamy |
Penulis | N. Lingusamy Brinda Sarathy |
Dihasilkan oleh | N. Subash Chandrabose Ronnie Screwvala |
Dibintangi | Surya Samantha Ruth Prabhu Vidyut Jamwal Manoj Bajpai |
Sinematografi | Santosh Sivan |
Disunting oleh | Anthony |
Muzik oleh | Yuvan Shankar Raja |
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan |
|
Negara | India |
Bahasa | Tamil |
Bajet | US$10 million |
Pelakon
sunting- Surya sebagai Raju Bhai (Krishna)
- Samantha Ruth Prabhu sebagai Jeeva
- Vidyut Jamwal sebagai Chandru
- Soori sebagai Raja
- Brahmanandam sebagai Guru Shastri
- Manoj Bajpai sebagai Imran Bhai
- Dalip Tahil sebagai Jacky
- Murali Sharma sebagai Johnny
- Asif Basra sebagai Rajiv
- Joe Malloori sebagai Karim Bhai
- Chitrangada Singh dalam Penampilan Khas
- Maryam Zakaria dalam Penampilan Khas
Penerbitan
suntingPerkembangan
suntingPada bulan Julai 2012, media India Selatan melaporkan bahawa Suriya telah menandatangani untuk berlakon dalam filem arahan Lingusamy selepas habis penggambaran filem Maattrraan (2012) dan Singam 2 (2013). Pada September 2013, banyak sumber menytakan bahawa filem itu diberi tajuk Mumbai Rowdy , bagaimanapun pengarah Linguasamy menafikan ini sebagai khabar angin. Pada bulan Januari 2014, secara rasminya filem ini diberi tajuk sebagai Anjaan. Vijay Milton pada mulanya ditandatangani oleh Lingusamy sebagai sinematografer untuk filem itu,tetapi pada bulan Oktober 2013 beliau telah digantikan dengan Santosh Sivan.Rajeevan telah diambil sebagai pengarah seni. Manakala, Brinda Sarathy disahkan menjadi penulis dialog untuk filem itu.
Lakonan
suntingPada awal November 2013, Manoj Bajpai dilaporkan bermain watak antagonis dan Vidyut Jamwal juga akan muncul dalam peranan utama.Pada bulan Januari 2014, pelakon Samantha Ruth Prabhu menyertai filem ini sebagai pelakon wanita utama secara rasmi. Vivek didekati untuk memainkan peranan dalam filem ini, tetapi tidak dapat menerima tawaran itu akibat terikat dengan filem Vai Raja Vai. [26] Sebaliknya Mac 2014,pelawak Soori telah ditandatangani untuk mengisi tempat Vivek. Sana Khan didekati untuk melakukan penampilan khas dalam filem ini tetapi dia menolak tawaran itu kerana mahu mempromosikan filem Bollywood beliau Jai Ho (2014).
Penggambaran
suntingFilem ini disyuting di Bandaraya Mumbai dan Goa. Kamera jenis Kamera Digital Red Dragon 6K digunakan untuk penyutingan filem ini dan filem Anjaan merupakan filem pertama di dunia untuk mengunakan kamera jenis ini. Malah, filem Hollywood pun belum mengunakan kamera yang berteknologi tinggi ini.
Runut Bunyi
suntingAnjaan | ||||
---|---|---|---|---|
Fail:AnjaanAudio1.jpg | ||||
Runut bunyi oleh | ||||
Dilancarkan pada | 23 July 2014 | |||
Dirakamkan pada | 2013-14 | |||
Tempat | India | |||
Genre | Runut Bunyi | |||
Panjang | 22:10 | |||
Bahasa | Tamil | |||
Syarikat | Sony Music India | |||
Pengedar | UTV Motion Pictures | |||
Pengarah | N. Lingusamy (en) | |||
Penerbit | Yuvan Shankar Raja | |||
Kronologi Yuvan Shankar Raja | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Runut bunyi dan skor bagi filem ini telah digubah oleh Yuvan Shankar Raja. Album runut bunyi, yang dikeluarkan pada 23 Julai 2014, mempunyai lima trek, yang ditulis oleh empat lyricists. Bahagian lelaki salah satu daripada lagu, "Ek Do Theen", dinyanyikan oleh Suriya dan menjadi percubaan pertama beliau sebagai Penyanyi latar. Hak audio telah dibeli oleh Sony Music India untuk AS $ 120,000. Audio filem ini dikeluarkan di kedai-kedai dan platform dalam talian (Online) secara langsung pada 23 Julai 2014,bersempena hari jadi Surya ke-39.
Penerimaan
suntingAlbum ini mengungguli carta iTunes India dan mendapat sambutan sambutan yang menggalakkan daripada peminat, manakala respons kritikal adalah bercampur-campur.
Sambutan Kritikal
suntingRunut Bunyi filem ini mendapat kritikan bercampur-campur dari para pengkritik.
Review | Penarafan |
---|---|
Bollywood Life | |
Cinemalead | |
Moviecrow | |
Only Kollywood | [3] |
Rediff | [4] |
Track Lagu
suntingNo. | Tajuk | Seni kata | Singer(s) | Masa | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1. | "Bang Bang Bang" | Madhan Karky | Ranjith | 4:11 | ||||||
2. | "Oru Kan Jaadai" | Viveka | Benny Dayal, Shweta Pandit | 4:23 | ||||||
3. | "Ek Do Theen" | Na. Muthukumar | Surya , Andrea Jeremiah | 3:57 | ||||||
4. | "Kaadhal Aasai" | Kabilan | Yuvan Shankar Raja, Sooraj Santhosh | 5:04 | ||||||
5. | "Sirippu En" | Viveka | M. M. Manasi | 4:39 | ||||||
Jumlah masa: 22:10 |
Tayangan
suntingFilem ini ditayangkan serentak di seluruh dunia pada 15 Ogos 2014 bersempena Hari Kemerdekaan India.
Pengedaran
suntingHak-hak televisyen telah dijual kepada Sun TV untuk AS$ 2.700.000 . Sebaik sahaja tempahan awal untuk filem dibuka di Chennai, hampir 5000 tiket telah dijual dalam masa 2 jam, oleh itu menjadikan rekod mercu tanda dalam rekod Industri Perfileman Tamil.Anjaan juga dilaporkan mencipta rekod untuk perniagaan pra keluaran dalam Industri Perfileman Tamil selepas berjaya mengutip INR 87 crore (IS $ 14000000) dari hak pengedaran, satelit dan muzik
Pemasaran
suntingPoster filem itu dikeluarkan pada 1 Mei 2014. Manakala, Teaser filem itu telah dilancarkan bersama-sama dengan teaser filem Uttama Villain semasa majlis Anugerah Vijay Ke-8 pada 6 Julai 2014 dan pada masa yang sama telah dimuat naik ke YouTube.Teaser ini menerima sambutan yang positif dan melepasi lebih 3 juta views dala YouTube. Trailer rasmi filem itu dikeluarkan pada 8 Ogos 2014 dan disiarkan di Sun Music. Seperti teaser, trailer filem ini juga mendapat sambutan yang hangat. Klip video lagu "Ek Do Theen", yang memaparkan Surya dan Samantha Ruth Prabhu dikeluarkan di YouTube pada 11 Ogos 2014.
Permainan rasmi bertajuk Anjaan Race Wars telah dibangunkan oleh Vroovy, usaha sama antara Hungama Digital Media Hiburan dan Gameshastra, yang sebelum ini telah membangunkan dan mengeluarkan permainan filem rasmi Kochadaiiyaan (2014). Ia dikeluarkan pada 28 Julai 2014. Game ini boleh didapati di Android dan IOS.
Rujukan
sunting- ^ "'Anjaan' from 14th August itself". Behindwoods. 6 August 2014. Dicapai pada 6 August 2014. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ "UTV to co-produce Suriya's upcoming Anjaan". Hindustan Times. 14 January 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-01-15. Dicapai pada 2014-05-05.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamarecep1
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamarecep5