Pendidikan jarak jauh
Pendidikan/pembelajaran jarak jauh ialah kaedah pendidikan yang tidak melibatkan kehadiran para pelajar di sekolah atau institut-institut pengajian.[1] Secara tradisi, pendidikan jarak jauh melibatkan perkhidmatan pos sebagai perantara antara pihak sekolah dengan pelajar. Kini, pendidikan jarak jauh lazimnya melibatkan penggunaan Internet. Kaedah pendidikan jarak jauh boleh berlaku secara sepenuhnya atau secara gabungan antara pendidikan bilik darjah lazim dengan pendidikan jarak jauh, lazimnya dipanggil sebagai pembelajaran hibrid.[2] Selain itu, istilah-istilah seperti "pendidikan atas talian" dan "bilik darjah maya" juga digunakan bagi hal ini.
Sejarah
suntingUsul-usul terawal pendidikan jarak jauh muncul sejak abad ke-18 apabila golongan pendidik mula menggunakan perkhidmatan pos dengan tujuan pendidikan jarak jauh.[3] Pada awal abad ke-20, perkembangan radio dan televisyen pada masa itu membawa kepada perkembangan pendidikan jarak jauh melalui medium-medium tersebut.[4] Meskipun begitu, penggunaan radio dalam pendidikan jarak jauh di dunia Barat merudum pada 1950-an, dan penggunaan televisyen juga kurang memberangsangkan.[5][6]
Penggunaan komputer dan Internet secara meluas telah merancakkan kaedah pendidikan jarak jauh, dan sekolah-sekolah serta universiti kini mampu memberikan kurikulum secara menyeluruh di atas talian.[7] Kemampuan Internet dalam menerapkan kaedah pembelajaran melalui suara, video dan teks telah mengalahkan kaedah pendidikan jarak jauh awal seperti kaedah radio dan televisyen. Meskipun begitu, perkembangan pendidikan jarak jauh melalui Internet banyak berdasarkan pembangunan dalam kaedah pembelajaran jarak jauh sebelumnya. Pada 2000-an, pendidikan jarak jauh telah berkembang pesat di seluruh dunia sama ada di negara maju ataupun negara membangun.[8] Kemunculan forum-forum Internet dan laman perbincangan atas talian sedikit sebanyak membantu dalam pendidikan jarak jauh melalui penerapan bersosial.[9]
Pandemik COVID-19
suntingPandemik COVID-19 pada 2020 menyebabkan kebanyakan sekolah serta instiut pengajian lain di seluruh dunia terpaksa ditutup.[10] Hal ini menyebabkan warga pendidik beralih kepada kaedah pendidikan jarak jauh secara atas talian melalui perisian-perisian penstriman berkumpulan seperti Zoom dan Google Classroom.[11] Perkembangan ini membangkitkan kerisauan tentang nasib para pelajar yang tidak mempunyai perkakasan dengan akses Internet serta sambungan Internet yang stabil.[12]
Ciri-ciri
suntingCiri-ciri lazim dalam pendidikan jarak jauh ialah:[13]
- pengajar dan para pelajar tidak berada di dalam ruang ketika pembelajaran berlangsung;
- penyampaian pembelajaran dilakukan dengan memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi;
- penekanan terhadap pembelajaran mandiri dengan pengaturan;
- batasan pada pertemuan bersemuka, dengan pertemuan bersemuka dilakukan secara berkala antara pengajar dengan pelajar;
- keanjalan dalam proses pembelajaran; iaitu pelajar dapat mengatur waktu belajar secara sendiri sesuai dengan persediaan diri.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Kaplan, Andreas M.; Haenlein, Michael (2016). "Higher education and the digital revolution: About MOOCs, SPOCs, social media, and the Cookie Monster". Business Horizons. 59 (4): 441–50. doi:10.1016/j.bushor.2016.03.008.
- ^ Tabor, Sharon W (Spring 2007). "Narrowing the Distance: Implementing a Hybrid Learning Model". Quarterly Review of Distance Education. IAP. 8 (1): 48–49. ISBN 9787774570793. ISSN 1528-3518. Dicapai pada 23 January 2011.
- ^ Holmberg, Börje (2005). The evolution, principles and practices of distance education. Studien und Berichte der Arbeitsstelle Fernstudienforschung der Carl von Ossietzky Universität Oldenburg [ASF] (dalam bahasa German). 11. Bibliotheks-und Informationssystem der Universitat Oldenburg. m/s. 13. ISBN 3-8142-0933-8. Dicapai pada 2011-01-23.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Larry Cuban. (1986). Teachers and Machines: The Classroom Use of Technology Since 1920, pp 11–18 online
- ^ Cuban. (1986). Teachers and Machines: The Classroom Use of Technology Since 1920, pp 19–26
- ^ Christopher H. Sterling; Cary O'Dell (2011). The Concise Encyclopedia of American Radio. Routledge. m/s. 609. ISBN 978-1-135-17684-6.
- ^ Gold, Larry; Maitland, Christine (1999). Phipps, Ronald A.; Merisotis, Jamie P. (penyunting). What's the difference? A review of contemporary research on the effectiveness of distance learning in higher education. Washington, DC: Institute for Higher Education Policy. Dicapai pada 23 January 2011.
- ^ Walton Radford, MPR Associates, Alexandria. "Learning at a Distance: Undergraduate Enrollment in Distance Education Courses and Degree Programs" (PDF). National Center for Education Statistics. Dicapai pada 30 November 2011.
- ^ Sazmandasfaranjan, Yasha; Shirzad, Farzad; Baradari, Fatemeh; Salimi, Meysam; Salehi, Mehrdad (2013). "Alleviating the Senses of Isolation and Alienation in the Virtual World: Socialization in Distance Education". Procedia - Social and Behavioral Sciences. 93: 332–7. doi:10.1016/j.sbspro.2013.09.199.
- ^ "290 million students out of school due to COVID-19: UNESCO releases first global numbers and mobilizes response". UNESCO. 4 March 2020. Dicapai pada 6 March 2020.
- ^ Hood, Micaela (2020-05-01). "Virtual learning gets mixed reviews from Pocono parents".
- ^ Azil, Firdaus (16 April 2020). "Edarkan peranti elektronik kepada pelajar, tingkatkan PnP melalui televisyen - IDEAS". Astro Awani. Dicapai pada 28 Mei 2020.
- ^ "Karakteristik dan Komponen Pendidikan Terbuka dan Jarak Jauh (PTJJ)" (PDF) (dalam bahasa Indonesia). Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 25 September 2016. Dicapai pada 28 Mei 2020.
Pautan luar
sunting- Media berkenaan Pendidikan jarak jauh di Wikimedia Commons
- (Inggeris) Research and Evaluation Needs for Distance Education