Surah al-Fatihah

(Dilencongkan daripada Surah Al-Fatihah)

Surah al-Fatihah (Arab: سُّورَةُ الفَاتِحَة) - Pembukaan - surah yang diturunkan di Mekah dan diturunkan selepas Surah Al-Muddathir. Surah ini mempunyai 7 ayat dan inilah surah pertama yang diturunkan lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah surah dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah. Surah ini dinamakan al-Fatihah (Pembukaan) kerana ia dijadikan sebagai pembuka dan permulaan al-Quran.

Logo al-Quran yang ditulis dalam tulisan Arab
Al-Fātiḥah
الفاتحة
Surah 1 dalam al-Quran
Maklumat surah
Erti nama surahPembukaan
Nama alternatif
(dalam bahasa Arab)
أم الكتاب, أم القرآن, السبع المثاني, القرآن العظيم
Juz'1
Hizb1
Pembahagian
  • 7 ayat
  • 27 perkataan
  • 140 huruf
Susunan dalam mashaf
Kedudukan1
  Al-Fātiḥah Al-Baqarah 
Penurunan surah
PengelasanMakiyyah
Masa penurunanTahun-tahun awal kenabian sebelum hijrah.
Kandungan
Teks surahSura1.pdf
Terjemahan
Mengenai audio iniFail audio
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Sebuah naskhah abad ke-14 atau 15 surah ini.

Surah ini juga dinamakan Ummul Quran (ام القــرآن - Ibu Quran) atau Ummul Kitaab (ام الكتاب - Ibu Kitab) kerana ia merupakan ibu atau induk kepada semua isi al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan al-Quran itu sendiri.

Surah ini turut dinamakan As-Sab'ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat.

Terjemahan rumi

sunting
 
frames
Al-Fatihah (Arab: الفَاتِحَة)
Ayat Teks Transliterasi Terjemahan [1]
1.1. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ Bismillāhi r-raḥmāni r-raḥīm Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
1.2. ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ Al ḥamdu lillāhi rabbi l-’ālamīn Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
1.3. ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ Ar raḥmāni r-raḥīm Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
1.4. مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ Māliki yawmi d-dīn Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
1.5. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ Iyyāka na’budu wa iyyāka nasta’īn Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
1.6. ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ Ihdinā ṣ-ṣirāṭ al-mustaqīm Tunjukilah kami jalan yang lurus.
1.7. صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّين Ṣirāṭ al-laḏīna an’amta ‘alayhim ġayril maġḍūbi ‘alayhim walāḍ ḍāllīn Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Sumber

sunting

Rujukan: Terjemahan Al Quran; Universiti Islam Antarabangsa Klik di sini

Unsur Pokok

sunting

Surah ini mengandungi beberapa unsur pokok yang mencerminkan seluruh inti pati al-Quran, iaitu :

Keimanan

sunting

Beriman kepada Tuhan Yang Maha Esa terdapat dalam ayat kedua, iaitu dinyatakan dengan tegas bahawa segala pujian dan ucapan syukur ke atas sesuatu anugerah dari Allah yang merupakan Pencipta dan sumber segala anugerah yang terdapat dalam alam ini. Antara anugerah itu ialah ; anugerah menciptakan, anugerah mendidik dan menumbuhkan, sebab kata Rab dalam kalimat Rabbul-'aalamiin tidak hanya bermaksud Tuhan atau Penguasa, tetapi juga mengandung erti tarbiah iaitu mendidik dan menumbuhkan. Hal ini menunjukkan bahawa segala anugerah yang dilihat oleh dalam diri seseorang sendiri dan dalam segala alam ini berpunca daripada Allah, kerana merupakan Tuhan Yang Maha Berkuasa di alam ini. Pendidikan, penjagaan dan Penumbuhan oleh Allah di alam ini haruslah diperhatikan dan difikirkan oleh manusia sedalam-dalamnya, sehingga menjadi sumber pelbagai macam ilmu pengetahuan yang dapat menambah keyakinan manusia kepada keagungan dan kemuliaan Allah, serta berguna bagi masyarakat. Oleh itu, keimanan (ketauhidan) itu merupakan masalah yang pokok, maka didalam surat al-Fatihah tidak cukup dinyatakan dengan isyarat saja, tetapi ditegaskan dan dilengkapi oleh ayat 5, iaitu : Iyyaaka na'budu wa iyyaka nasta'iin (Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan). Janji memberi pahala terhadap perbuatan yang baik dan ancaman terhadap perbuatan yang buruk.

Yang dimaksud dengan Yang Menguasai Hari Pembalasan ialah pada hari itu Allah-lah yang berkuasa, segala sesuatu tunduk kepada kebesaran-Nya sambil mengharap anugerah dan takut kepada seksaan-Nya. Hal ini mengandung erti janji untuk memberi pahala terhadap perbuatan yang baik dan ancaman terhadap perbuatan yang buruk. Ibadat yang terdapat pada ayat 5 semata-mata ditujukan kepada Allah.

Hukum-hakam

sunting

Jalan kebahagiaan dan cara seharusnya menempuh jalan itu untuk memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat. Maksud "Hidayah" di sini ialah hidayah yang menjadi sebab dapatnya keselamatan, kebahagiaan dunia dan akhirat, baik yang mengenai kepercayaan mahupun akhlak, hukum-hukum dan pelajaran.

Kisah-kisah

sunting

Kisah para Nabi dan kisah orang-orang dahulu yang menentang Allah. Sebahagian besar dari ayat-ayat al-Quran memuat kisah-kisah para Nabi dan kisah orang-orang dahulu yang menentang. Yang dimaksud dengan orang yang diberi nikmat dalam ayat ini, ialah para Nabi, para shiddieqiin (orang-orang yang sungguh-sungguh beriman), syuhada (orang-orang yang mati syahid), solihin (orang-orang yang soleh). Orang-orang yang dimurkai dan orang-orang yang sesat, ialah golongan yang menyimpang dari ajaran Islam.

Perincian dari yang telah disebutkan diatas terdapat dalam ayat-ayat al-Quran pada surah-surah yang lain. Lihat Senarai Surah Al-Quran

Penutup

sunting

Surah al-Fatihah ini melengkapi unsur-unsur pokok syariat Islam, kemudian dijelaskan perinciannya oleh ayat-ayat al-Quran yang 113 surah berikutnya.

Persesuaian surah ini dengan surat al-Baqarah dan surah-surah sesudahnya ialah surah al-Fatihah merupakan titik-titik pembahasan yang akan diperinci dalam surah al-Baqarah dan surah-surah yang sesudahnya.

Di bahagian akhir surah al-Fatihah disebutkan mengenai permohonan hamba supaya diberi petunjuk oleh Tuhan ke jalan yang lurus, sedang surah al-Baqarah dimulai dengan petunjuk al-Kitab (al-Quran) yang cukup sempurna sebagai pedoman menuju jalan yang dimaksudkan itu.

Nama lain

sunting

Selain dinamai al-Fatihah (Pembuka), surah pertama al-Quran ini dinamai juga Ummul Kitab (induk al-Kitab), Ummul Qur'an (induk Al-Qur'an), As-Sabu'ul Matsani (Tujuh yang Diulang), Ash-Shalah (Solat), al-Hamd (Pujian), Al-Wafiyah (yang Sempurna), al-Kanzu (simpanan yang Tebal), asy-Syafiyah (yang Menyembuhkan), Asy-Syifa (Ubat), al-Kafiyah (yang Mencukupi), dan al-Asas (Pokok).

Bacaan qiraat

sunting

Dalam surah ini, terdapat 6 jenis bacaan qiraat.[2]

Qalun wajah 1 dan al-Bazi Qalun wajah 2, Abu 'Amru dan Ibnu 'Amir Qunbul 'Asim dan Al-Kisa'i Khalaf Khalad
مَلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين(٤)
مَلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين(٤)
مَلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين(٤)
مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين(٤)
مَلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين(٤)
مَلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين(٤)
ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ(٦)
ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ(٦)
ٱهْدِنَا ٱلسِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ(٦)
ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ(٦)
ٱهْدِنَا ٱلزِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ(٦)
ٱهْدِنَا ٱلزِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ(٦)
صِرَ ٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمُو غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمُو وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ(٧)
ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ(٧)
سِرَ ٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمُو غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمُو وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ(٧)
ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ(٧)
زِرَ ٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهُمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهُمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ(٧)
صِرَ ٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهُمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهُمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ(٧)

Kalimah-kalimah yang terlibat ialah مَـٰلِكِ‏, ٱلصِّرَ ٰط, صِرَ ٰطَ, عَلَيْهِمْ.

Resam Uthmani

sunting

Dalam mashaf resam Uthmani, terdapat sedikit perubahan. Antaranya:

Kini Asal Sebab Huraian[3]
بِسْمِ ٱللَّهِ باسم الله Hazaf alif al-isyarah Seperti hazaf yang menepati sebahagian wajah qiraat.
ٱلْعَٰلَمِينَ العالمين Hazaf alif al-ikhtisar Menghazafkan alif pada kalimah jamak muzakar salim dan jamak muanas salim.
ٱللَّهِ - Hamzah wasal Terletak pada lafaz isim majrur dengan ba apabila disandarkan kepada lafaz al-jalalah.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Qur'an 1". Dicapai pada 29 Mei 2017.
  2. ^ Buku Panduan Kelas Kemahiran Membaca dan Menghafaz al-Quran (KKQ) Edisi Semakan, Tingkatan 1, hlm. 95-99
  3. ^ Buku Panduan Kelas Kemahiran Membaca dan Menghafaz al-Quran (KKQ) Edisi Semakan, Tingkatan 5 (PDF). JAKIM. m/s. 81. Dicapai pada 29 Mei 2017.

Pautan luar

sunting


Surah Sebelumnya:
---
Al Quran (القــرآن الكـــريم) Surah Berikutnya:
Surah Al-Baqarah
Surah 1