Pergi ke kandungan

Adas pedas: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
SieBot (bincang | sumb.)
k bot menambah: hi:सौंफ
JAnDbot (bincang | sumb.)
Baris 119: Baris 119:
[[ro:Fenicul]]
[[ro:Fenicul]]
[[qu:Inuhu]]
[[qu:Inuhu]]
[[ru:Фенхель]]
[[ru:Фенхель обыкновенный]]
[[sc:Fenugu]]
[[sc:Fenugu]]
[[sq:Maraja]]
[[sq:Maraja]]

Semakan pada 08:20, 11 November 2009

Adas pedas
frames
Pengelasan saintifik


Pokok Adas (bahasa Inggeris: fennel) ialah satu spesies pokok ulam dalam genus Foeniculum (diolahkan sebagai spesies yang tunggal oleh banyak ahli botani) yang berasal daripada Eropah selatan (khususnya Laut Mediterranean) dan Asia barat daya. Pokok ini adalah ahli famili Apiaceae (dahulu Umbelliferae). Nama botaninya ialah Foeniculum vulgare.

Pokok Adas ialah herba saka yang berbau amat harum, berwarna hijau kuning, tegak, dan bertumbuh sehingga dua meter tinggi. daun bertumbuh sehingga 40 sentimeter panjang, berkelaran halus, dengan segmen terakhir dalam bentuk filiform, kira-kira 0.5 milimeter lebar. Bunga yang dihasilkan di hujung tangkai adalah dalam bentuk umbel majmuk yang lebarnya antara 5 hingga 15 sentimeter. Setiap bahagian umbel mempunyai 20-50 kuntum bunga kuning yang amat kecil pada pedikel-pedikel yang pendek. Buahnya adalah biji kering dari 4 hingga 9 milimeter panjang, dengan lebar separuh panjangnya, dan mempunyai alur. Bijinya yang dikeringkan dikenali sebagai jintan manis.

Daun Pokok Adas digunakan sebagai makanan oleh larva sebilangan spesies Lepidoptera, termasuk rama-rama Mouse Moth (Amphipyra tragopoginis) dan Anise Swallowtail (Papilio zelicaon).

Penanaman dan kegunaan

Ubi Adas Florence
Ubi mentah Andas
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz)
Tenaga 130 kJ (31 kcal)
Karbohidrat 7.29 g
- Serabut diet 3.1 g
Lemak 0.20 g
Protein 1.24 g
Tiamina (vit. B1) 0.01 mg (1%)
Riboflavin (vit. B2) 0.032 mg (3%)
Niasin (vit. B3) 0.64 mg (4%)
Asid pantotenik (B5) 0.232 mg (5%)
Vitamin B6 0.047 mg (4%)
Folat (vit. B9) 27 μg (7%)
Vitamin C 12 mg (14%)
Kalsium 49 mg (5%)
Besi 0.73 mg (6%)
Magnesium 17 mg (5%)
Fosforus 50 mg (7%)
Kalium 414 mg (9%)
Zink 0.20 mg (2%)
Manganese 0.191 mg
Peratusan dianggarkan
menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa.
Sumber: USDA Nutrient Database

Andas ditanam secara meluas, terutama ditaburan tempatan dan kawasan-kawasan lain, bagi daun dan biji benihnya yang berbau kuat dan dikenali sebagai jintan hitam. Perisanya menyerupai jintan dan bunga lawang, sungguhpun tidak sekuatnya. [1]

Andas (Foeniculum vulgare kumpula Azoricum; atau juga F. vulgare var. azoricum) adalah kumpulan ditanam dengan pangkal membentuk struktur bebawang. Ia biasanya ditanam,[2] dan mempunyai perisa jintan serdahana, tetapi lebih harum dan manis. Perisanya terhasil dari anethole, bahan wangi yang huga terdapat pada jintan dan bunga lawang. Pokok Andas adalah lebih kecil berbanding jenis liar dan mempunyai bebawang yang di makan sebagai sayuran, samada dimasak atau begitu sahaja. Terdapat beberapa jenis kultivar Andas yang juga dikenali dengan beberapa nama.

Pokok Andas Fennel telah menjadi tumbuhan semulajadi sepanjang jalan, dipadang ragut, dan kawasan terbuka lain dikebanyakan kawasan, termasuk Eropah utara, Amerika Syarikat, selatan Kanada dan dikebanyakan Asia dan Australia. Ia membiak dengan mudah melalui biji benih, dan dianggap spesis ceroboh dan rumpai di Australia dan Amerika Syarikat[3] (see Santa Cruz Island).

Andas merupakan salah satu dari tiga bahan herba utama yang digunakan dalam penyediaan absinthe, minuman campuran beralkohol yang pada asalnya sebagai elixir perubatan di Switzerland dan menjelang akhir kurun ke-19 menjadi minuman beralkohol popular di Perancis dan negara lain. Pokok Andas juga diketahui sebagai perangsang,[4] sungguhpun kebanyakan pesediaan moden memasarkannya di bawah nama "absinthe" tidak menyebutnya sebagai itu.

Kegunaan perubatan

Fennel, ari Medicinal-plants Koehler (1887)
Biji benih Adas (Jintan Hitam)

Lihat juga


Rujukan

Pautan luar