Pergi ke kandungan

Astro Malaysia: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 83: Baris 83:
== Pengelasan program ==
== Pengelasan program ==
Seperti sediakala, Astro mempunyai tiga kelas untuk membezakan siaran-siaran Astro seperti:
Seperti sediakala, Astro mempunyai tiga kelas untuk membezakan siaran-siaran Astro seperti:
* '''U''' – Untuk tontonan umum, sesuai ditonton untuk pelbagai lapisan umur
* '''U''' – Untuk tontonan umum
* '''P13''' – Penonton berumur di bawah 13 tahun memerlukan bimbingan ibu bapa atau orang dewasa
* '''P13''' – Penonton berumur di bawah 13 tahun memerlukan bimbingan ibu bapa/pengaja
* '''18''' – Untuk tontonan penonton yang berumur 18 tahun dan ke atas sahaja
* '''18''' – Untuk tontonan penonton yang berumur 18 tahun dan ke atas


== Butang 'R' ==
== Butang 'R' ==

Semakan pada 01:15, 3 Oktober 2021

Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd
Jenis/bentuk sahAnak syarikat
IndustriPenyiaran, Media massa
DitubuhkanAnanda Krishnan
PengasasAnanda Krishnan Sunting ini di Wikidata
Ibu pejabatAABC, Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia
Kawasan perkhidmatanMalaysia
Tokoh pentingHenry Tan (CEO)
KeluaranSatelit siaran terus
IPTV
TV mudah alih
TV Internet
Hasil RM 5.613 juta (Q1 2017).[1]
Pendapatan kendalian RM 777.71 juta (2014)[2]
Pendapatan bersih RM 447.95 juta (2014)[2]
Syarikat indukAstro Malaysia Holdings
Tapak webwww.astro.com.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Astro (Tulisan Jawi: استرو; All-Asia Satellite Television and Radio Operator) (MYX: ASTRO) merupakan penyedia perkhidmatan televisyen bersatelit dan radio berbayar pertama di Malaysia, tetapi telah berkembang ke negara Brunei. Perkhidmatan ini dijalankan di bawah kelolaan All Asia Broadcast Centre (ABC) yang terletak di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Astro dimiliki hak sepenuhnya oleh MEASAT Broadcast Network Systems, di bawah syarikat Astro Malaysia Holdings Bhd. Perkhidmatan penyiaran Astro kini tidak terhad kepada satelit berbayar, bahkan juga menerusi IPTV (Astro IPTV) dan penyiaran satelit percuma (NJOI).

Pada tanggal 1 Jun 2016 Astro ulang tahun ke-20 dan Astro meraikan ulang tahunnya yang ke-25 pada 1 Jun 2021

Sejarah

1996-2006: Penubuhan dan pertumbuhan syarikat

Imej MEASAT-1+2 Boeing 376 mengorbit bumi.

Astro memulakan siarannya pada 1996 menggunakan satelit MEASAT-1 yang hanya menawarkan 22 saluran televisyen dan 8 saluran radio. Kini Astro menawarkan lebih 80 saluran televisyen, 17 saluran radio, dan 4 saluran Pay-Per-View (PPV) di samping perkhidmatan interaktif. Astro juga menawarkan ketujuh-tujuh saluran terestrial tempatan (RTM1, RTM2, TV3, NTV7, TV9, 8TV dan TV Al Hijrah) dan juga menyediakan pilihan saluran televisyen antarabangsa kepada penonton. Anak syarikat Astro, MEASAT Broadcast Network Systems, mempunyai lesen eksklusif selama 20 tahun untuk penyiaran satelit terus-ke-rumah di Malaysia.[3]

Astro turut memiliki saluran beritanya, Astro News, yang pada mulanya memaparkan saluran Al-Jazeera dalam Bahasa Arab dan terjemahan langsung ke Bahasa Melayu pada masa tertentu. Saluran tersebut juga memaparkan program khas yang disediakan oleh Astro, seperti temuduga dengan personaliti terkemuka.

2007-2009: Penambahan saluran baru

Sehingga Februari 2007, Astro News diuruskan di bawah kelolaan Bernama, yang lazimnya memperuntukkan masa 12 minit bagi program berita umum, berita sukan, dan berita hiburan. Astro telah mewujudkan Bloomberg TV Malaysia (lihat Astro Ria). Berita itu diterjemahkan dan dialih ke bahasa Mandarin (Astro AEC), bahasa Melayu (Astro RIA), dan bahasa Tamil (Astro Vaanavil). Pada Februari 2007, BERNAMA memperuntukkan ½ jam penerbitan penuh bagi pasukan berita Astro.

Pihak pengurusan Astro sebelum ini pernah mengumumkan akan menawarkan 50 saluran baru selepas pelancaran satelit MEASAT-3. Walau bagaimanapun, disebabkan berlaku masalah berkenaan satelit itu maka tarikh pelancaran yang sepatutnya pada pertengahan tahun 2005 ditunda ke 12 Disember 2006.

Bermula Mei 2007, Astro menambahkan 9 saluran televisyen yang baru. Saluran itu terdiri daripada Saluran Jia Yu, Discovery Science, Discovery Real Time, Discovery Home & Health, E! Entertainment, Astro Vellithirai, Sun Music, Eurosport, dan The Golf Channel. Saluran Jia Yu, Discovery Science, dan Discovery Real Time telah mula ditambah ke rancangan Astro pada 26 April 2007. Saluran lain muncul di kaca televisyen bermula 1 Mei 2007. Sembilan saluran itu boleh didapati secara percuma sehingga 31 Ogos 2007. Selepas itu, saluran-saluran berkenaan telah dialih ke pakej masing-masing yang berkenaan. Pada 15 Jun 2007, dua saluran lain mula disiarkan di Astro, iaitu The History Channel dan Crime & Investigation Network.

Pada Jun 2007, Astro menawarkan Astro On-Demand, saluran baru yang menawarkan drama TVB dari Hong Kong melalui 7 saluran. Bermula 1 Julai 2007, Astro On-Demand Preview diperkenalkan dan menunjukkan drama-drama dan saluran-saluran Astro On-Demand kepada pelanggan Astro. Bermula 1 Julai 2007, semua drama yang disiarkan melalui saluran 910-917, (kini dialihkan ke saluran 931-938) adalah percuma. Selepas bulan Julai 2007, harga bagi setiap episod drama diperkenalkan dengan caj RM0.99 dikenakan bagi pelanggan pakej Dynasty manakala caj RM1.49 setiap episod dikenakan bagi pelanggan yang tiada pakej Dynasty. Kini, jumlah saluran perkhidmatan Astro On-Demand ialah 31 saluran.[4]

Pada 6 September 2007, Astro melancarkan saluran berita 24 jam berbahasa Melayu di Malaysia iaitu Astro Awani. Pada 13 Oktober 2007, 7 saluran baru diperkenalkan iaitu Astro Oasis, KBS World, Asian Food Channel, Astro Hua Hee Dai, Astro Xiao Tai Yang, Makkal TV dan Chutti TV. BERNAMA TV, saluran berita Malaysia 24 jam sehari dilancarkan di saluran 502 Astro pada 28 Februari 2008.

Pada April 2008, Astro telah dikenakan larangan oleh Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia untuk menambah jumlah salurannya jika Astro tidak berpindah ke bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Astro asalnya ditubuhkan di bawah Akta Telekomunikasi 1950 dan Akta Penyiaran 1988, namun kedua-dua akta itu telah dimansuhkan oleh akta baru itu pada 1998.[5] Astro juga digesa meningkatkan mutu perkhidmatannya berkaitan dengan gangguan siaran ketika cuaca buruk, ketidakseriusan pihak Astro untuk melayan aduan pelanggannya juga tiadanya tindakan serta merta atau tindakan selanjutnya dari Astro jika gangguan teknikal penerimaan siaran berlaku serta bayaran RM10-RM50 untuk kerja-kerja pembaikan penerimaan siaran atau alat penerima siaran yang tidak logik dan sepatutnya; dan jumlah bayaran yang dikenakan terhadap pakej-pakej yang ditawarkan dengan kadar yang tinggi serta tidak munasabah. Astro kini diberi tempoh sehingga Disember 2008 untuk berpindah ke Akta Komunikasi dan Multimedia, dan menangani dan memperbaiki segala isu-isu berbangkit dengan sewajarnya.[6]

2010-kini: Pertumbuhan

Imej MEASAT-3 di orbit sekitar kawasan Asia Tenggara

Pada 18 Julai hingga 23 September 2010, saluran ulang kaji Astro Tutor TV diperkenalkan khusus buat murid-murid yang menduduki peperiksaan UPSR.[7] Pada bulan Disember, saluran ini dipulihkan sebagai saluran tetap dan disusuli dengan dua lagi saluran Tutor TV khas buat calon PMR dan SPM.

Pada 13 Januari 2011, Astro melancarkan khidmat filem atas permintaan Astro First, yang membolehkan para pelanggan menonton judul-judul filem terbaru, khususnya filem tempatan, di rumah pada harga yang berpatutan dalam masa dua minggu selepas tayangan di pawagam.[8] Langkah ini pernah mencetuskan pertikaian hebat kerana sesetengah penggiat seni perfileman mengkhuatiri Astro First akan melingkupkan industri perfileman tempatan "kerana masyarakat tidak akan ke panggung menonton filem tempatan lagi pada masa akan datang nanti".[9]

Pada 1 Mei 2011, Astro melancarkan pakej Baby TV iaitu saluran hiburan Bintang (saluran 141) dan saluran filem Pelangi (saluran 142).

Pada 20 Disember 2011, Astro memperkenalkan perkhidmatan televisyen satelit percuma NJOI yang menyalurkan saluran-saluran radio dan televisyen yang terpilih khusus buat golongan berpendapatan rendah.[10]

B.yond

Logo Astro B.yond

Pada Disember 2009, Astro menjadi penyiar pertama yang memperkenalkan HDTV kepada penduduk Malaysia, melalui perkhidmatan B.yond dengan set dekoder serba baru serta saluran-saluran Astro Supersport HD, HBO HD, National Geographic Channel HD dan History HD pada 18 Disember, disusuli ESPN HD pada Januari 2010.[11][12]

Pada Julai 2010, Astro menongkah sejarah dengan menjadi penyiar tempatan pertama yang bersiaran tiga dimensi, dengan menyiarkan perlawanan separuh akhir dan akhir Piala Dunia FIFA kepada para penonton yang dilengkapi set TV 3D.[13]

Pada April 2011, Astro B.yond memperkenalkan perkhidmatan IPTV-nya dengan bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi TIME dotCom. Selain HDTV, Astro B.yond IPTV turut menyediakan khidmat PVR dan video atas permintaan menerusi rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi TIME.[14]

Majalah AstroView

ASTRO melancarkan majalah bulanan AstroView dalam tiga bahasa iaitu Melayu, Cina dan Inggeris bermula Disember 2007 untuk memenuhi keperluan pelanggannya yang semakin meningkat setiap tahun. Sebelum ini, majalah tersebut dikenali sebagai Astro Guide yang hanya mempunyai 2 edisi, iaitu edisi Dynasty dan edisi non-Dynasty.

Majalah ini mempunyai banyak informasi yang berguna kepada pelanggan Astro selain menjadi rujukan rancangan televisyen kepada mereka. Namun, intisari rancangan yang dicetak adalah selama 18 jam sehari (dari 6 pagi hingga 12 tengah malam). Selain itu, malajah ini juga mempunyai promo-promo rancangan menarik di Astro sepanjang bulan. Pelancaran AstroView dalam tiga bahasa ini adalah sejajar dengan penambahan kandungan saluran Astro yang melebihi 100 saluran televisyen.

Majalah AstroView tidak lagi diedarkan kepada pelanggan Astro sejak November 2012 dan kini hanya boleh didapati melalui internet.

Saluran

Saluran: Senarai saluran Astro

Pengelasan program

Seperti sediakala, Astro mempunyai tiga kelas untuk membezakan siaran-siaran Astro seperti:

  • U – Untuk tontonan umum
  • P13 – Penonton berumur di bawah 13 tahun memerlukan bimbingan ibu bapa/pengaja
  • 18 – Untuk tontonan penonton yang berumur 18 tahun dan ke atas

Butang 'R'

Semasa berlakunya acara berprofil tinggi, Astro akan menambahkan butang 'R' (warna merah) interaktif pilihan dan kadangkala menambahkan saluran baru bagi acara itu untuk menyiarkan siaran khas dan eksklusif. Apabila terdapat acara sukan, misalnya, butang 'R' ini digunakan untuk memaparkan beberapa acara sukan yang berlangsung serentak dalam susunan grid. Butang 'R' ini juga digunakan untuk memberi maklumat secara interaktif seperti pengemaskinian program, berita sukan, jumlah mata perlawanan, informasi sukan, dan informasi pihak penaja. Perkhidmatan ini dapat digunakan dengan menekan butang 'R' pada alat kawalan jauh Astro yang berdaftar.

Perkhidmatan butang 'R' pertama kali digunakan pada Jun 2004 bagi menawarkan perkhidmatan interaktif untuk rancangan Akademi Fantasia, yang diadaptasikan dari rancangan negara Mexico, La Academia.

Fungsi butang 'R' yang lain untuk menyiarkan acara/sukan tertentu seperti:

Acara Jumlah saluran Saluran penyiaran
Sukan Olimpik Musim Panas 2004 6 Astro Supersport (Saluran 80)
Sukan Olimpik Musim Sejuk 2006 3 Astro Supersport (Saluran 80)
Sukan Komanwel 2006 3 Astro Supersport (Saluran 80)
Piala Dunia 2006 8 Astro Supersport (Saluran 83)
Sukan Asia Ke-15 4 Astro Supersport (Saluran 83)
Piala Thomas & Uber 2008 1 Astro Supersport (Saluran 816)
Euro 2008 3 Astro Supersport (Saluran 816)
Sukan Olimpik Musim Panas 2008 11 Astro Supersport (Saluran 826)
Piala Dunia 2010 11 (5 SD, 5 HD, 1 3D) Astro Supersport (Saluran 800/ 810 HD)

Pemilikan dan pengurusan

Operasi perkhidmatan Astro, MEASAT Broadcast Network Systems, dimiliki hak sepenuhnya oleh Astro Malaysia Holdings Bhd yang dimiliki oleh Astro Holdings Sdn Bhd. Astro Holdings Sdn Bhd dimiliki oleh Kumpulan Usaha Tegas dan Khazanah Nasional Berhad. Astro mula disenaraikan semula di Bursa Malaysia pada Oktober 2012.[3]

Kakitangan penting

  • Ralph Marshall, Timbalan Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
  • Rohana Rozhan, Ketua Pegawai Eksekutif (saluran televisyen Astro)
  • Grant Ferguson, Ketua Pegawai Kewangan
  • Graham Stephens, Ketua Pegawai Teknologi
  • Su Termanah, Ketua Pegawai Informasi
  • Claire Mula, Pengurus Am, Multimedia Interactive Technologies
  • Robert Odendaal, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (dilantik pada 1 Februari 2007, meletak jawatan pada 31 Mac 2008)
  • David Butorac, Pegawai Operasi Utama Kumpulan (meletakkan jawatan dan menyertai Star TV pada November 2006)

Slogan

Sebagai Malaysia/Brunei

  • The Future is direct 2U (1996-2003)
  • Making your life richer (Inggeris) / Mempesonakan kehidupan (Melayu) (2003-2012)
  • Go beyond (2012-2021)
  • Better together (2021-kini)

Operasi antarabangsa

Brunei

Kini, perkhidmatan Astro juga boleh didapati di Brunei di bawah jenama Kristal-Astro. Dilancarkan pada Januari 2000, operasi Astro di Brunei Darussalam adalah usaha sama antara syarikat Kristal di Brunei (51.1%) dan Measat Broadcast Network Systems (48.9%). Perkhidmatan itu mengandungi 33 buah televisyen DTH dan saluran-saluran radio.

Anugerah dan penghargaan

Pada November 2009, Astro telah dianugerahkan oleh Persatuan Kabel & Penyiaran Satelit Asia (CASBAA) Chairman’s Award 2009 untuk sumbangannya sebagai industri TV berbayar terbaik di wilayah Asia Pasifik.[perlu rujukan]

Galeri

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "ASTRO: Income statement". Wall Street Journal. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-14. Dicapai pada 29 April 2017.
  2. ^ a b "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-24. Dicapai pada 2019-01-31. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "bursamarketplace.com" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ a b About Astro - About Us Diarkibkan 2018-02-09 di Wayback Machine, Astro. Dicapai 17 April 2008
  4. ^ Laman web Astro On-Demand Diarkibkan 2009-03-04 di Wayback Machine, Astro. Dicapai pada 19 Julai 2006.
  5. ^ Astro Dilarang Tambah Saluran[pautan mati kekal], Malaysia Press Institute. Dicapai pada 9 April 2008.
  6. ^ Astro Akan Temui SKMM Untuk Bincang Aduan Mengenai Perkhidmatannya[pautan mati kekal], Bernama. Dicapai pada 30 April 2008.
  7. ^ Astro Tutor TV, Saluran Ulang Kaji UPSR Pertama Malaysia, mStar Online, 18 Julai 2010. Dicapai pada 29 Disember 2011.
  8. ^ Astro First 'Penyelamat' Penerbit Filem
  9. ^ Benarkah Astro Hancurkan Industri Filem Tempatan?, mStar Online, 24 Januari 2011. Dicapai pada 29 Disember 2011.
  10. ^ Astro Lancar Satelit TV Percuma Pertama Malaysia, mStar Online, 20 Disember 2011. Dicapai pada 29 Disember 2011
  11. ^ "Astro Lancar Perkhidmatan HDTV Generasi Baru Jumaat Ini". Bernama. 9 Disember 2009. Dicapai pada 11 Disember 2009.
  12. ^ "Astro TV To Spend RM550 Mln In Capex And Opex For FY2010 And 2011". Bernama. 11 Disember 2009. Dicapai pada 11 Disember 2009.
  13. ^ [World Cup comes alive in 3D http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/7/8/nation/6622722&sec=nation Diarkibkan 2012-10-31 di Wayback Machine ], The Star, 8 Julai 2010. Dicapai pada 12 Julai 2010.
  14. ^ [1]. Diterima pada 2011-04-23

Pautan luar