Pergi ke kandungan

UEFA Euro 2008

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
UEFA Euro 2008
Logo rasmi
Perincian kejohanan
Negara-negara tuan rumah Austria
  Switzerland
Tarikh7 Jun 2008 – 29 Jun 2008
Pasukan (dari 52 persatuan)
Tempat(di 8 bandar)
Kedudukan Akhir
Juara Sepanyol (Kejuaraan Ke-2)
Naib Juara Jerman
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan31
Jaringan gol68 (2.19 per perlawanan)
Kehadiran950,672 (30,667 per perlawanan)
Penjaring terbanyakSepanyol David Villa (4 gol}
Pemain terbaikSepanyol Xavi
2004
2012

Kejohanan Bola Sepak Eropah UEFA 2008 atau UEFA Euro 2008 akan diadakan di Austria dan Switzerland dari Jun 7 dan dijangka berakhir dengan final di Ernst Happel Stadion di Vienna pada Jun 29, 2008. Ia merupakan pembidaan tuan rumah bersama yang kedua berjaya dalam sejarah kejohanan. Di dalam kejohanan ini, Sepanyol telah berjaya menewaskan Jerman 1-0 dalam perlawanan akhir. Ini hanya merupakan kali kedua di dalam sejarah kejohanan di mana pasukan pemenang telah menang kesemua perlawanan di peringkat kumpulan; pasukan lain yang pernah berbuat demikian ialah pasukan Perancis semasa 1984.

Kejohanan ini disertai oleh 16 pasukan. Austria dan Switzerland layak sebagai tuan rumah dan 14 pasukan lain dipilih melalui peringkat kelayakan. Juara Euro 2008 akan mewakili benua Eropah dalam Piala Konfederasi FIFA 2009 di Afrika Selatan.

Proses pembidaan

[sunting | sunting sumber]

Kedua-dua negara berkenaan telah bersama-sama membida kejohanan berkenaan, dan telah bertemu dengan persaingan yang besar dari Greece/Turki, Scotland/Ireland, Rusia, Hungary, Croatia/Bosnia-Herzegovina dan satu gabungan 4-negara Nordik iaitu dari Norway/Sweden/Denmark/Finland. Austria telah pun membida dengan sebuah negara sebelumnya, iaitu Hungary untuk Euro 2004. Pada masa tersebut, mereka telah tewas kepada Portugal.

Austria/Switzerland, Greece/Turki, dan Hungary telah diketengahkan sebelum undian terakhir. Greece dan Turki telah ditolak dan membiarkan pertembungan antara Hungary dan Austria/Switzerland untuk menentukan siapa yang memperolehi kemenangan.

Switzerland akan bermain kesemua perlawanan peringkat kumpulan di Basel, dan Austria akan bermain kesemua perlawanan peringkat kumpulan di Vienna.

Dalam tahun 2004, venue Zürich menjadi satu masalah kepada penganjur. Pada asalnya, stadium Hardturm dicadang diubahsuai untuk digunakan sebagai venue bandaraya berkenaan, akan tetapi cabaran undang-undang telah melewatkan rancangan kepada satu peringkat di mana venue tersebut tidak dapat disiapkan pada waktunya. Ini memberikan satu masalah, oleh kerana perjanjian di antara UEFA dan penganjur mengarahkan bahawa empat venue akan digunakan dalam setiap negara. Masalah ini diselesaikan apabila penganjur mencadangkan untuk mengubahsuai stadium Letzigrund; UEFA telah bersetuju dengan perubahan rancangan dalam bulan Januari 2005. Stadium Letzigrund menganjurkan perlawanan pertamanya pada 23 September 2007. [1]. Perlawanan bola sepak yang pertama diadakan stadium Letzigrund pada September 23, 2007.

Vienna Klagenfurt Wals-Siezenheim Innsbruck
Ernst Happel Stadion Hypo-Arena Wals Siezenheim Stadion Tivoli Neu
Kapasiti: 53,008 Kapasiti: 32,000 Kapasiti: 30,000 Kapasiti: 30,000
Basel Berne Genève Zürich
St. Jakob-Park Stade de Suisse Stade de Genève Letzigrund
Kapasiti: 42,500 Kapasiti: 32,000 Kapasiti: 32,000 Kapasiti: 30,000

Kelayakan

[sunting | sunting sumber]
Negara yang mengambil bahagian

Undian untuk pusingan kelayakan berlangsung di Montreux, Switzerland pada Januari 27, 2006 (12:00 CET). Austria dan Switzerland layak secara automatik untuk kejohanan akhir sebagai tuan rumah.

Format kelayakan telah diubah berbanding kejohanan lalu. Pemenang dan naib juara daripada tujuh kumpulan kelayakan secara automatik layak, dengan tuan rumah mengisi dua tempat dalam kejohanan pusingan akhir 16 pasukan. Perubahan ini bermakna tidak ada perlawanan-penentuan antara pasukan menduduki tempat kedua dalam kumpulan - mereka yang layak secara terus ke pusingan akhir. Pasukan-pasukan yang menduduki tempat ketiga tidak mempunyai peluang untuk melayakkan diri. Enam daripada kumpulan kelayakan mengandungi tujuh pasukan, dan yang lain, Kumpulan A, mengandungi lapan pasukan.

Pasukan layak

[sunting | sunting sumber]
Negara Layak sebagai Tarikh kelayakan telah diperolehi Penampilan kejohanan sebelumnya1, 2
 Austria 00Tuan Rumah-Bersama 0012 Disember 2002 01 (kemunculan sulung)
 Switzerland 01Tuan Rumah-Bersama 0112 Disember 2002 21 (1996, 2004)
 Poland 02Juara
Kumpulan A
0917 November 2007 00 (kemunculan sulung)
 Portugal 03Naib Juara
Kumpulan A
1421 November 2007 4 (1984, 1996, 2000, 2004)
 Itali 04Juara
Kumpulan B
0617 November 2007 60 (1968, 1980, 1988, 1996, 2000, 2004)
 Perancis 05Naib Juara
Kumpulan B
0717 November 2007 61 (1960, 1984, 1992, 1996, 2000, 2004)
 Greece 06Juara
Kumpulan C
0317 Oktober 2007 23 (1980, 2004)
 Turki 07Naib Juara
Kumpulan C
1221 November 2007 22 (1996, 2000)
 Republik Czech 08Juara
Kumpulan D
0517 Oktober 2007 62 (19603, 19763, 19803, 1996, 2000, 2004)
 Jerman 09Naib Juara
Kumpulan D
0213 Oktober 2007 9 (19724, 19764, 19804, 19844, 19884, 1992, 1996, 2000, 2004)
 Croatia 10Juara
Kumpulan E
0817 November 2007 20 (1996, 2004)
 Rusia 11Naib Juara
Kumpulan E
1521 November 2007 8 (19605, 19645, 19685, 19725, 19885, 19926, 1996, 2004)
 Sepanyol 12Juara
Kumpulan F
1117 November 2007 71 (1964, 1980, 1984, 1988, 1996, 2000, 2004)
 Sweden 13Naib Juara
Kumpulan F
1321 November 2007 30 (1992, 2000, 2004)
 Romania 14Juara
Kumpulan G
0417 Oktober 2007 31 (1984, 1996, 2000)
 Belanda 15Naib Juara
Kumpulan G
1017 November 2007 70 (1976, 1980, 1988, 1992, 1996, 2000, 2004)
1 Huruf tebal menandakan juara pada tahun itu
2 Huruf condong menandakan tuan rumah pada tahun itu
3 sebagai Czechoslovakia
4 sebagai Jerman Barat
5 sebagai Republik Soviet

Setiap negara mesti mengumumkan satu skuad terdiri daripada 23 pemain, tiga daripadanya mestilah penjaga gol, pada 28 Mei 2008. Jika seorang pemain mengalami kecederaan serius sehingga menghalang dia daripada beraksi sebelum perlawanan pertama pasukannya, dia mungkin boleh diganti oleh pemain lain.[2]

Peringkat kumpulan

[sunting | sunting sumber]
Carta dinding Euro 2008
Pasukan layak untuk fasa seterusnya

Kumpulan A

[sunting | sunting sumber]
Pasukan BP M S K JG GB PG Mt
 Portugal 3 2 0 1 5 3 +2 6
 Turki 3 2 0 1 5 5 0 6
 Republik Czech 3 1 0 2 4 6 −2 3
 Switzerland 3 1 0 2 3 3 0 3

Portugal Bendera Portugal2 – 0 Turki
Pepe Goal 61'
Raul Meireles Goal 90+3'
Laporan
Kehadiran: 29,106


Switzerland Bendera Switzerland1 – 2 Turki
Hakan Yakın Goal 32' Laporan Semih Şentürk Goal 57'
Arda Turan Goal 90+2'
Kehadiran: 39,730

Switzerland Bendera Switzerland2 – 0 Portugal
Hakan Yakin Goal 71'83' (pen.) Laporan
Kehadiran: 39,730

Kumpulan B

[sunting | sunting sumber]
Pasukan BP M S K JG GB PG Mt
 Croatia 3 3 0 0 4 1 +3 9
 Jerman 3 2 0 1 4 2 +2 6
 Austria 3 0 1 2 1 3 −2 1
 Poland 3 0 1 2 1 4 −3 1
Austria Bendera Austria0 – 1 Croatia
Laporan Luka Modrić Goal 4' (pen.)
Kehadiran: 51,428
Pengadil: Pieter Vink (Belanda)

Jerman Bendera Jerman2 - 0 Poland
Lukas Podolski Goal 20'72' Laporan

Croatia Bendera Croatia2 – 1 Jerman
Darijo Srna Goal 24'
Ivica Olić Goal 62'
Laporan Podolski Goal 79'
Kehadiran: 30,461

Austria Bendera Austria1 – 1 Poland
Ivica Vastić Goal 90+3' (pen.) Laporan Roger Guerreiro Goal 30'
Kehadiran: 51,428
Pengadil: Howard Webb (England)

Poland Bendera Poland0 – 1 Croatia
Laporan Ivan Klasnić Goal 53'
Kehadiran: 30,461

Kumpulan C

[sunting | sunting sumber]
Pasukan BP M S K JG GB PG Mt
 Belanda 3 3 0 0 9 1 +8 9
 Itali 3 1 1 1 3 4 −1 4
 Romania 3 0 2 1 1 3 −2 2
 Perancis 3 0 1 2 1 6 −5 1





Kumpulan D

[sunting | sunting sumber]
Pasukan BP M S K JG GB PG Mt
 Sepanyol 3 3 0 0 8 3 +5 9
 Rusia 3 2 0 1 4 4 0 6
 Sweden 3 1 0 2 3 4 −1 3
 Greece 3 0 0 3 1 5 −4 0
Sepanyol Bendera Sepanyol4 – 1 Rusia
David Villa Goal 20'44'75'
Cesc Fàbregas Goal 90+1'
Laporan Roman Pavlyuchenko Goal 86'
Kehadiran: 30,772





Peringkat kalah mati

[sunting | sunting sumber]

Peringkat kalah mati UEFA Euro 2008 bermula dengan suku akhir pada 19 Jun 2008, dan dijangka selesai pada 29 Jun 2008 dengan final di Ernst Happel Stadion di Vienna.

Peringkat kalah mati ini berbeza dengan kejohanan lepas. Pasukan dalam kumpulan A dan B akan diasingkan daripada pasukan dalam kumpulan C dan D sehingga ke final. Ini meningkatkan peluang perlawanan kumpulan berulang dalam peringkat kalah mati, dan final antara dua pasukan diundi dalam bahagian sama adalah mustahil. Alasan untuk perubahan format tahun ini ialah untuk menseimbangkan masa rehat dalam peringkat ini.[3] Juga, satu lagi perubahan besar, untuk kali pertama dalam Kejohanan Eropah, hanya dua venue (St. Jakob-Park, Basel dan Ernst Happel Stadion, Vienna) akan digunakan untuk tujuh perlawanan dalam peringkat kalah mati.[3]

Peraturan baru tidak mengambil kira semua kad kuning diterima dalam suku akhir. Namun, pemain yang diberikan kad kuning dalam kedua-dua peringkat kumpulan dan suku akhir akan terlepas separuh akhir melalui suspensi, tetapi boleh bermain dalam final.

</noinclude>

Suku Akhir Separuh Akhir Pentas Akhir
                   
19 Jun - Basel        
  Portugal  2
25 Jun - Basel
  Jerman  3  
  Jerman  3
20 Jun - Vienna
    Turki  2  
  Croatia  1 (1)
29 Jun - Vienna
  Turki  1 (3)  
  Jerman  
21 Jun - Basel
    Sepanyol  
  Belanda  1
26 Jun - Vienna
  Rusia  3  
  Rusia  0
22 Jun - Vienna
    Sepanyol  3  
  Sepanyol  0 (4)
  Itali  0 (2)  
  1. ^ Zurich - Letzigrund Stadion
  2. ^ "Regulations of the UEFA European Football Championship 2006/08" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-05-27. Dicapai pada 2008-05-29.
  3. ^ a b "Euro-Format means group rivals cannot meet again in final" (dalam bahasa Inggeris). Yahoo! Sports. 3 Jun 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-25. Dicapai pada 2008-06-03.

Suku Akhir

[sunting | sunting sumber]

    Penalti  
Luka Modrić Tersasar
Darijo Srna Dijaring
Ivan Rakitić Tersasar
Mladen Petrić Tersasar (Diselamatkan)
1 – 3 Dijaring Arda Turan
Dijaring Semih Şentürk
Dijaring Hamit Altıntop
 


    Penalti  
David Villa Dijaring
Santi Cazorla Dijaring
Marcos Senna Dijaring
Dani Güiza Tersasar (diselamatkan)
Cesc Fàbregas Dijaring
4 – 2 Dijaring Fabio Grosso
Tersasar (diselamatkan) Daniele De Rossi
Dijaring Mauro Camoranesi
Tersasar (diselamatkan) Antonio Di Natale
 

Separuh Akhir

[sunting | sunting sumber]

Perlawanan Akhir

[sunting | sunting sumber]
 Juara UEFA Euro 2008 
Bendera Sepanyol
Sepanyol
Juara Kedua


Penjaring gol

[sunting | sunting sumber]

4 gol
3 gol
2 gol

2 gol
1 gol

1 gol

Dua maskot rasmi untuk UEFA Euro 2008, dinamakan setelah satu undian daripada orang awam di kedua-dua tuan rumah, antara pilihan ialah:

  • Zagi dan Zigi
  • Flitz dan Bitz
  • Trix dan Flix

Selepas menerima 36.3% undian, Trix dan Flix telah dipilih. "Saya yakin maskot-maskot dan nama-nama mereka akan menjadi sebahagian penting dalam memahami keseluruhan acara," kata Christian Mutschler, pengarah kejohanan di Switzerland.[1]

Hak penyiaran

[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan stesen televisyen nasional telah memperolehi hak penyiaran kejohanan tersebut, seperti pada 16 Januari 2008.[2]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]