Buruj
Dalam astronomi moden, suatu buruj, konstelasi atau gugusan ialah kawasan yang dinyatakan di seluruh daripada sfera cakerawala. Kawasan-kawasan ini dikelaskan di dalam asterisme, yang merupakan corak terbentuk oleh bintang-bintang ulung dengan kedekatan nyata ke satu sama lain di langit malam Bumi.
Terdapat 88 buruj piawai diakui oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa (International Astronomical Union, IAU) sejak 1922. Kebanyakannya dirujuk kepada 48 buruj dinyatakan oleh Ptolemy dalam Almagest bertarikh abad ke-2. Selebihnya dinyatakan pada abad ke-17 dan ke-18; yang terkini ditemui di langit selatan, dinyatakan dalam Coelum australe stelliferum oleh Nicolas Louis de Lacaille pada 1763.
Ada juga sebilangan buruj terdahulu yang tidak diakui oleh IAU, atau buruj yang diakui dalam tradisi rantauan astronomi atau astrologi, seperti buruj-buruj Cina, Malaysia atau Orang Asli Australia. Lain bangsa, lainlah persepsi mereka terhadap corak buruj itu. Justeru, nama buruj juga berbeza. Dalam rajah contoh di sebelah, orang Melayu di Nusantara melihat corak empat biji bintang berbentuk segi empat dengan tiga biji bintang lagi sederet di dalamnya sebagai sebuah belantik manakala orang Yunani dan Rom Purba melihatnya sebagai susuk tubuh manusia iaitu pemburu bernama Orion.
Istilah
[sunting | sunting sumber]Perkataan "buruj" berasal daripada serapan Arab: بُرُوج, rumi: burūj bentuk jamak kata بُرج burj "gugusan bintang" terbitan kata kerja dasar بَرَجَ baraja "tinggi dan jelas" (ظَهَرَ )[1] (lihat surah Al-Buruj); kata kerja itu sendirinya serapan Yunani πυργός pyrgos "menara" diantarakan kata Suryani ܒܘܪܓܐ būrgāʾ "rasi".[2] "Konstelasi" serapan Belanda: constellatie yang pada asalnya bererti "kedudukan planet" menyerap kata Perancis constellacion turunan kata Latin cōnstēllātiō lakuran com- dan stēlla "bintang".[3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 29. ISBN 967-65-7321-3.
- ^ Fraenkel, Sigmund (1886). Die aramäischen Fremdwörter im Arabischen (dalam bahasa Jerman). Leiden: E. J. Brill. m/s. 235.
- ^ M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009). "constellatie (onderlige stand)". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam – melalui EtymologieBank.CS1 maint: multiple names: editors list (link)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- IAU: The Constellations, juga termasuk peta buruj berkualiti tinggi.
- Celestia - simulasi angkasa 3D percuma (OpenGL)
- Star Tales - asal-usul dan mitologi buruj dalam budaya Barat
Zodiak
| ||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Astronomi | Jenis-jenis buruj | ||||||||||||
Aries | Taurus | Gemini | Cancer | Leo | Virgo | Libra | Scorpius | Ophiuchus | Sagittarius | Capricornus | Aquarius | Pisces |
Astrologi | Tanda-tanda astrologi | ||||||||||||
Aries | Taurus | Gemini | Cancer | Leo | Virgo | Libra | Scorpio | Serpentarius | Sagittarius | Capricorn | Aquarius | Pisces |