Pergi ke kandungan

Dungun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Daerah Dungun
Pemandangan menuju Dungun
Pemandangan menuju Dungun
Geografi
StatusDaerah
Asal namaN/A
Negara Malaysia
Negeri Terengganu
DaerahDungun
KeluasanN/A
Pokok Dungun.

Dungun merupakan sebuah daerah dalam negeri Terengganu. Namanya dipercayai berasal daripada nama pokok Dungun, sejenis pokok yang banyak tumbuh di kawasan paya air tawar.[1]

Sejarah awal

Menurut Mubin Sheppara dalam Journal Malayan Branch Royal Asiatic Society Vol.XXII Part.3 pada pertengahan abad ke 14 Masehi, Dungun yang telah wujud pun bersama-sama Terengganu menjadi jajahan takluk kepada Kerajaan Majapahit:-

Daftar ini, yang ditulis pada tahun 1365 dalam Negarakretagama termasuk bukan hanya nama Terengganu tetapi juga Paka dan Dungun, dua sungai di selatan negeri yang pada masa kini hanyalah sebesar perkampungan nelayan

Sejarah awal pemerintahan Dungun kabur, namun begitu dipercayai telah ada pembesar Daerah (kalangan kerabat diraja Terengganu) menguasai kawasan Dungun. Ini berdasarkan kepada campurtangan Tengku Wook Dungun dalam pergolakan antara Tengku Omar dan Tengku Mansur untuk menguasai takhta Kerajaan Terengganu.

Campur tangan ini tidak berhenti setakat ini saja malah berlarutan hingga kepada anakanda Sultan Mansur II iaitu Sultan Muhamad I (1837 - 1839 Masehi) yang meminta bantuan dari Tengku Hitam Dungun memerangi Sultan Omar untuk merampas balik takhta kerajaan.[perlu rujukan]

Latar belakang

Penemuan bijih besi, Daerah Dungun merupakan Daerah termaju di Negeri Terengganu ketika itu, malah ianya terkenal di kalangan Negara-Negara luar khususnya negara pengimpot besi seperti Jepun, Korea dan sebagainya.

Penutupan Lombong Biji Besi Dungun menjadi malap. Pada tahun 1973 KETENGAH diperbadankan dimana aktiviti utamanya tertumpu kepada penempatan semula dan industri Pertanian (kelapa sawit). Manakala pada awal tahun 1994 Daerah Dungun mula menerima limpahan pembangunan industri dari Daerah Kemaman dengan pembukaan Gas Prosessing Plant (GPP) 5 dan 6 di Kawasan Tok Arun, Mukim Kuala Paka oleh PETRONAS dan Janakuasa letrik di Paka.

Dijangka Dungun akan terus berkembang maju dalam bidang industri berasaskan gas dan petrolium. Dalam masa yang sama faktor-faktor lain seperti pendidikan, agama, pertanian , perikanan, kesihatan dan pelancongan juga akan diberi keutamaan sesuai dengan dasar.

Peta Dungun mengikut Mukim dan keluasannya

Mukim

  1. Mukim Kuala Jengai
  2. Mukim Besol
  3. Mukim Paka
  4. Mukim Jerangau
  5. Mukim Sura
  6. Mukim Kuala Dungun
  7. Mukim Kuala Abang
  8. Mukim Rasau

Senarai kampung

  1. Kampung Kuala Talam, 23000 Dungun
  2. Kampung Lubuh Panjang, 23000 Dungun
  3. Kampung Besul Baharu, Dungun
  4. Kampung Durian Mentagau, Dungun
  5. Kampung Lecah, Dungun
  6. Kampung Durian Takilan, Dungun
  7. Kampung Seren, Dungun
  8. Kampung Paya Kemudi, Dungun
  9. Kampung Bukit Bauk, Dungun
  10. Kampung Serdang, Dungun
  11. Kampung Santong, Dungun
  12. Kampung Wa, Dungun
  13. Kampung Batu Tujuh, Dungun
  14. Kampung Binjai, Dungun
  15. Kampung Batu Enam, Dungun
  16. Kampung Lintang, Dungun
  17. Kampung Che Lijah, Dungun
  18. Kampung Dendang, Dungun
  19. Kampung Paya Balai Besar, Dungun
  20. Kampung Tersusun Rantau Panjang, Dungun
  21. Kampung Alor Mak Bak, Dungun
  22. Kampung Panchur, Dungun
  23. Kampung Pak Sabah, Dungun
  24. Kampung Alor Rokam, Dungun
  25. Kampung Tanjung, Dungun
  26. Kampung Batu, Dungun
  27. Kampung Sura Hujung, Dungun
  28. Kampung Jerangau, Dungun
  29. Kampung Teluk Bedara, Dungun
  30. Kampung Baru Kuala Abang, Dungun
  31. Kampung Kertas Pulas, Dungun
  32. Kampung Pasir Raja, Dungun
  33. Kampung Sungai Buaya, Dungun

Pendidikan

  1. Sekolah Kebangsaan Ladang Gajah Mati
  2. Sekolah Kebangsaan Kerteh Bandar B1
  3. Sekolah Kebangsaan Durian Mas 2
  4. Sekolah Kebangsaan Bukit Besi
  5. Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Rasau
  6. Sekolah Kebangsaan Kampung Wa
  7. Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Kuala Abang
  8. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Rasau
  9. Sekolah Menangah Kebangsaan Durian Mas
  10. Sekolah Menangah Kebangsaan Bukit Besi
  11. Kolej Ketengah
  12. Tabika Kemas Dungun
  13. Pusat Giat Mara Dungun


Pejabat kerajaan/swasta

  1. Pejabat FELDA Kerteh 1
  2. Pejabat FELDA Kerteh 2
  3. Pejabat FELDA Kerteh 6
  4. Jabatan Pendaftaran Negara, Bandar Al-Muktafibillah Sah
  5. Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
  6. Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) Bukit Besi
  7. Jabatan Pengangkutan Jalan Bukit Besi
  8. PUSPAKOM Dungun
  9. Irrigation Department Dungun
  10. Pusat Veterinar dan Pemuliharaan Haiwan Dungun
  11. Pejabat Tabung Haji Dungun
  12. Pejabat Pelajaran Dungun
  13. Jabatan Kerja Raya Dungun
  14. Dungun Municipal Council
  15. Pejabat Daerah Dan Tanah Dungun
  16. Pejabat Perkeso Dungun
  17. Pejabat KWSP Dungun
  18. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Dungun
  19. Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun
  20. Balai Polis Durian Mas
  21. Balai Polis Bukit Besi
  22. Balai Polis Jerangau
  23. Balai Polis Rantau Abang
  24. Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Dungun
  25. Pusat Khidmat Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Dungun

Institusi kewangan

  1. CIMB Bank Dungun
  2. Hong Leong Bank Dungun
  3. Bank Islam Dungun
  4. Bank Rakyat Dungun


Hospital/klinik

  1. Hospital Daerah Dungun
  2. Klinik Kesihatan AMBS, Dungun
  3. Klinik Pergigian AMBS, Dungun
  4. Klinik Desa Kampung Durian Mentagau, Dungun
  5. Klinik Kesihatan Bukit Besi, Dungun
  6. Klinik Desa Felda Kerteh 1, Dungun
  7. Klinik Desa Padang Pulut, Dungun
  8. Klinik Desa Delong, Dungun
  9. Klinik Desa Dendang, Dungun
  10. Klinik Desa Kuala Jengal, Dungun
  11. Klinik Desa Sura, Dungun
  12. Klinik Kesihatan Dungun
  13. Klinik Desa Padang Jambu, Dungun
  14. Klinik Desa Pulau Serai, Dungun
  15. Klinik Desa Jambu Bongkok


Hotel/rumah tumpangan

  1. Hotel UiTM Dungun
  2. Hotel Kasniya Dungun
  3. Hotel Sri Dungun
  4. Ulek Beach Resort Dungun
  5. Teluk Gadung Beach Dungun
  6. Teluk Bedara Beach Dungun
  7. Kuala Abang Beach Dungun
  8. Awang's Beach Bungalow Dungun
  9. Mayangsari Resort, Jalan Pantai Kampung Sura Tengah, Dungun
  10. Tanjung Jara Resort Dungun
  11. Turtle De Village Chalets, Dungun

Pautan luar