Dwight D. Eisenhower
Dwight D. Eisenhower دواءت دي. اءيزنهاوار | |
---|---|
Presiden Amerika Syarikat ke-34 | |
Dalam jawatan 20 Januari 1953 – 20 Januari 1961 | |
Naib Presiden | Richard Nixon |
Didahului oleh | Harry S. Truman |
Digantikan oleh | John F. Kennedy |
Pemerintah Bersekutu Tertinggi Eropah Pertama | |
Dalam jawatan 2 April 1951 – 30 Mei 1952 | |
Presiden | Harry S. Truman |
Didahului oleh | Jawatan diwujudkan |
Digantikan oleh | Matthew Ridgway |
Ketua Turus Tentera Darat ke-16 | |
Dalam jawatan 19 November 1945 – 6 Februari 1948 | |
Presiden | Harry S. Truman |
Timbalan | J. Lawton Collins |
Didahului oleh | George Marshall |
Digantikan oleh | Omar Bradley |
Gabenor Zon Jerman Jajahan Amerika ke-1 | |
Dalam jawatan 8 Mei 1945 – 10 November 1945 | |
Presiden | Harry S. Truman |
Didahului oleh | Jawatan diwujudkan |
Digantikan oleh | Joseph T. McNarney |
Presiden Universiti Columbia Ke-13 | |
Dalam jawatan 1948–1953 | |
Didahului oleh | Nicholas Murray Butler |
Digantikan oleh | Grayson Kirk |
Maklumat peribadi | |
Lahir | David Dwight Eisenhower 14 Oktober 1890 Denison, Texas, A.S. |
Mati | 28 Mac 1969 Hospital Besar Walter Reed Washington, D.C., A.S. | (umur 78)
Tempat semadi | Pusat Presiden Eisenhower Abilene, Kansas, A.S. |
Parti politik | Republikan |
Pasangan | Mamie Geneva Doud |
Anak | Doud Eisenhower John Eisenhower |
Tempat belajar | Akademi Tentera A.S. |
Bidang pengkhususan | Pegawai tentera |
Anugerah awam | Army Distinguished Service Medal (5) Navy Distinguished Service Medal Legion of Merit Order of the Southern Cross Order of the Bath Order of Merit Legion of Honor See more |
Tandatangan | |
Perkhidmatan tentera | |
Kesetiaan | Amerika Syarikat |
Cabang/khidmat | Tentera Darat Amerika Syarikat |
Tahun khidmat | 1915–1953 1961–1969[1] |
Pangkat | Jeneral Angkatan Darat |
Perang/Pertempuran | Perang Dunia II |
Dwight David Eisenhower (Jawi: دواءيت ديۏيد اءزنهاوار ) atau dikenali juga dengan nama panggilan Ike ialah Presiden Amerika Syarikat ke-34 yang berkhidmat dari tahun 1953 hingga 1961.
Pada Perang Dunia II, beliau adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersekutu di Eropah dengan pangkat General of the Army (Jeneral Angkatan Darat). Pada 3 Januari 1959, beliau merasmikan penetapan Alaska sebagai negeri yang ke-49 yang merupakan wilayah terluas di Amerika. Eisenhower adalah satu-satunya presiden yang pernah berkhidmat dalam Perang Dunia I mahupun Perang Dunia II.
Perjalanan kerjaya
[sunting | sunting sumber]
Dwight D. Eisenhower dilahirkan di Denison, Texas, pada 14 Oktober 1890.
Sebelum menjadi Presiden Amerika ke-34, Dwight Eisenhower telah mempunyai kerjaya yang kukuh bidang ketenteraan. Beliau amat mahir dalam menjalankan tugasnya sebagai anggota staf, dan ia menjalankan tugas di bawah tiga Jeneral, antara lain Jeneral Douglas MacArthur.
Setelah Jepun menyerang Pearl Harbor di Hawaii, pada Disember 1940, Ketua Turus Tentera Darat Amerika Syarikat Jeneral George Marshall, mengangkat Dwight Eisenhower menjadi Ketua Bahagian Perancangan Perang, dan kemudian menjadi Asisten Ketua Staf Bahagian Operasi. Tak lama sesudah itu, beliau naik pangkat menjadi Mejar Jeneral.
Pada November 1942 sebagai Leftenan Jeneral, Dwight Eisenhower memimpin pendaratan tentera bersekutu di Afrika Utara.
Pada 1944, beliau diangkat menjadi Pemerintah Tertinggi Angkatan Ekspedisi Bersekutu yang menyerang Perancis. Serangan itu akhirnya menghasilkan penyerahan kalah Jerman pada 8 Mei 1945.
Sebagai presiden
[sunting | sunting sumber]Sesudah perang, Dwight Eisenhower berturut-turut menjadi Ketua Turus Tentera Darat Amerika Syarikat, Presiden Universiti Columbia di New York, dan Panglima Tertinggi Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara atau NATO, di Paris. Pada saat itu, baik Parti Demokrat mahupun Parti Republik memujuknya supaya bersedia menjadi calon Presiden masing-masing. Akhirnya, beliau dipilih menjadi Presiden dengan perbezaan undi yang banyak sekali.
Dengan berunding berdasarkan kekuatan tentera, Presiden Dwight Eisenhower berusaha meredakan ketegangan akibat perang dingin. Beliau antara lain berjaya mengadakan penghentian tembak-menembak sepanjang sempadan Korea Selatan, dan menutup perjanjian perdamaian yang menjadikan Austria sebuah negara neutral.
Presiden Dwight Eisenhower, yang dua kali berturut-turut menjadi Presiden hingga 1960, menyebutkan dirinya seorang sederhana.
- Beliau berpegang pada sistem pasaran bebas.
- Menentang pengawasan pemerintah atas harga-harga barang-barang dan kenaikan gaji.
- Mencegah keterlibatan pemerintah dalam pertentangan antara kaum buruh dan pihak majikan.
- Mendorong program-program peluru berpandu dan melanjutkan bantuan luar negeri.
Dalam awal masa pentadbirannya, Mahkamah Agung Amerika Syarikat memerintahkan pengasingan kaum sekolah di seluruh Amerika. Untuk menjamin agar sekolah-sekolah di kota Little Rock di negeri Arkansas taat pada keputusan mahkamah persekutuan untuk mengadakan pengasingan kaum, Presiden Dwight Eisenhower mengirim pasukan tentera ke kota tersebut. Beliau juga memerintahkan pengasingan kaum dijalankan sepenuhnya di kalangan angkatan bersenjata Amerika.
“ | Di Amerika Syarikat tidak boleh ada warga negara kelas dua | ” |
— Presiden Dwight D. Eisenhower |
Presiden Dwight Eisenhower memusatkan perhatiannya pada usaha memelihara perdamaian dunia;
- Beliau mengadakan program rakyat ke rakyat yang mengajurkan agar rakyat biasa dari semua negara saling bertemu dan berbicara untuk memupuk saling pengertian dan persahabatan. Dari program ini timbullah program hubungan persaudaraan antara kota-kota Amerika dan kota-kota negara-negara lain. Kini lebih dari 100 bandar Amerika mempunyai hubungan semacam itu dengan bandar-bandar di seluruh dunia. Program ini dinamakan bandar kembar.
- Presiden Eisenhower dengan gembira menyaksikan perkembangan programnya, "atom untuk perdamaian." Dalam program itu, Amerika menyumbangkan uranium kepada negara-negara membangun demi kesejahteraan manusia. Pada 1964, Indonesia mendapat bantuan sebanyak AS$350,000 sebagai sumbangan untuk pembangunan reaktor atom di Bandung.
Setelah tamat penggal
[sunting | sunting sumber]Sebelum meninggalkan Rumah Putih pada Januari 1961, Presiden Eisenhower menganjurkan agar kekuatan ketenteraan Amerika tetap dipelihara, tetapi juga memperingatkan bahwa pengeluaran anggaran belanja yang sangat besar dan terus menerus untuk keperluan ketenteraan dapat membahayakan cara hidup rakyat Amerika. Dalam kata perpisahannya, beliau berdoa semoga semua bangsa di dunia ini hidup bersama dalam damai, berdasarkan rasa kasih sayang dan saling menghargai antara sesama manusia.
Eisenhower meninggal dunia akibat serangan jantung pada 28 Mac 1969 di Washington, D.C.. Beliau meninggalkan isterinya dan seorang anak lelaki yang sewaktu itu sedang bertugas sebagai Duta Besar Amerika di Belgium.
Tarikh kenaikkan pangkat
[sunting | sunting sumber]Tiada insignia | Kadet, Akademi Tentera Amerika Syarikat: 14 Jun 1911 |
Tiada lencana pangkat pada 1915 | Leftenan Kedua, Regular Army: 12 Jun 1915 |
Leftenan Pertama, Regular Army: 1 Julai 1916 | |
Kapten, Regular Army: May 15, 1917 | |
Mejar, Sementara: 17 Jun 1918 | |
Leftenan Kolonel, Sementara: 20 Oktober 1918 | |
Mejar, Regular Army: 2 Julai 1920 | |
Kapten, Regular Army: 4 November 1922 | |
Mejar, Regular Army: 26 Ogos 1924 | |
Leftenan Kolonel, Regular Army: 1 Julai 1936 | |
Kolonel, Tentera Darat Amerika Syarikat: 6 Mac 1941 | |
Brigedier Jeneral, Army of the United States: 29 September 1941 | |
Mejar Jeneral, Army of the United States: 27 Mac 1942 | |
Leftenan Jeneral, Army of the United States: 7 Julai 1942 | |
Jeneral, Army of the United States: 11 Februari 1943 | |
Brigedier Jeneral, Regular Army: 30 Ogos 1943 | |
Mejar Jeneral, Regular Army: 30 Ogos 1943 | |
Jeneral Angkatan Darat, Army of the United States: 20 Disember 1944 | |
Jeneral Angkatan Darat, Regular Army: 11 April 1946 |
Nota - Eisenhower melepaskan status aktif duty selepas beliau menjadi Presiden pada 20 Januari 1953. Beliau kembali aktif bertugas selepas melepaskan jawatan lapan tahun kemudian.
Pingat dan darjah kebesaran
[sunting | sunting sumber]Penghormatan lain
[sunting | sunting sumber]- Pada tahun 1947 Ratu Wilhelmina dari Belanda menganugerahkan Jeneral Eisenhower dengan sebilah Pedang Kehormat bertahta emas.
- Pada tahun 1966, Eisenhower merupakan orang kedua dianugerahkan Civitan International World Citizenship Award.
- Kapal pengangkut pesawat USS Dwight D. Eisenhower (CVN-69), ditauliahkan pada tahun 1977, telah dinamakan sempena bekas presiden.
- Lokomotif stim LNER A4 Pacific 4496 Dwight D. Eisenhower, dibina pada 1937 dibawah nama Golden Shuttle, telah dinamakan semula sempena bekas presiden selepas berakhirnya Perang dunia II. Ditempatkan di Muzium Keretapi Kebangsaan di Green Bay, Wisconsin, ia adalah salah satu dari enam gerabak yang terselamat dari kelas pemeliharaan.
- Nama Eisenhower telah diberikan kepada pelbagai jalan, lebuh, dll., di bandar-bandar seluruh dunia, termasuk Paris, Perancis.
- Pada Disember 1999, Eisenhower telah disenaraikan dalam Gallup's List of Most Widely Admired People of the 20th century.
- Pada tahun 2009, nama Eisenhower dimasukkan kedalam Dewan Kemasyhuran Golf Dunia bagi kategori Pencapaian Seumur Hidup kerana sumbangannya terhadap sukan tersebut.
- Sebuah apartmen di puncak Istana Culzean di Scotland telah diberikan kepada General of the Army Dwight D. Eisenhower sebagai mengenang jasanya sebagai Pemerintah Tertinggi Tentera Bersekutu di Eropah semasa Perang Dunia Kedua. Lawatan pertama Eisenhower keatas Istana Culzean pada 1946 dan tinggal disana sebanyak empat kali, termasuk sekali sebagai Presiden Amerika Syarikat. Satu pameran Eisenhower memenuhi salah satu bilik, dipenuhi dengan cendera mata tentang kehidupannya.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Biografi am
[sunting | sunting sumber]- Ambrose, Stephen (1983). Eisenhower: (vol. 1) Soldier, General of the Army, President-Elect (1893–1952). New York: Simon & Schuster.
- Ambrose, Stephen (1984). Eisenhower: (vol. 2) The President (1952–1969). New York: Simon & Schuster.
- D'Este, Carlo (2002). Eisenhower: A Soldier's Life.CS1 maint: ref=harv (link)
- Krieg, Joann P. ed. (1987). Dwight D. Eisenhower, Soldier, President, Statesman. 24 essays by scholars.
- Newton, Jim. Eisenhower: The White House Years (2011)
- Parmet, Herbert S. (1972). Eisenhower and the American Crusades.CS1 maint: ref=harv (link)
- Smith, Jean Edward. Eisenhower in War and Peace (Random House; 2012) 950 pages
Kerjaya tentera
[sunting | sunting sumber]- Ambrose, Stephen E. (1970) The Supreme Commander: The War Years of Dwight D. Eisenhower excerpt and text search
- Ambrose, Stephen E. (1998). The Victors: Eisenhower and his Boys: The Men of World War II, New York : Simon & Schuster. ISBN 0-684-85628-X
- Eisenhower, David (1986). Eisenhower at War 1943–1945, New York : Random House. ISBN 0-394-41237-0. A detailed study by his grandson.
- Eisenhower, John S. D. (2003). General Ike, Free Press, New York. ISBN 0-7432-4474-5
- Irish, Kerry E. "Apt Pupil: Dwight Eisenhower and the 1930 Industrial Mobilization Plan", The Journal of Military History 70.1 (2006) 31–61 online in Project Muse.
- Jordan, Jonathan W. (2011). Brothers, Rivals, Victors: Eisenhower, Patton, Bradley, and the Partnership That Drove the Allied Conquest in Europe. NAL. ISBN 978-0-451-23212-0CS1 maint: postscript (link) CS1 maint: ref=harv (link)
- Pogue, Forrest C. The Supreme Command, Washington, D.C. : Office of the Chief of Military History, Dept. of the Army, 1954. The official Army history of SHAEF.
- Weigley, Russell (1981). Eisenhower's Lieutenants, Indiana University Press. Ike's dealings with his key generals in World War II.
Kerjaya awam
[sunting | sunting sumber]- Bowie, Robert R. and Immerman, Richard H. (1998). Waging Peace: How Eisenhower Shaped an Enduring Cold War Strategy, Oxford University Press.
- Chernus, Ira (2008). Apocalypse Management: Eisenhower and the Discourse of National Insecurity, Stanford University Press.
- Damms, Richard V. The Eisenhower Presidency, 1953–1961 (2002).
- David Paul T., ed. (1954). Presidential Nominating Politics in 1952. 5 vols., Johns Hopkins Press.
- Divine, Robert A. (1981). Eisenhower and the Cold War.
- Greenstein, Fred I. (1991). The Hidden-Hand Presidency: Eisenhower as Leader.
- Harris, Douglas B. "Dwight Eisenhower and the New Deal: The Politics of Preemption", Presidential Studies Quarterly, Vol. 27, 1997.
- Harris, Seymour E. (1962). The Economics of the Political Parties, with Special Attention to Presidents Eisenhower and Kennedy.
- Medhurst, Martin J. (1993). Dwight D. Eisenhower: Strategic Communicator Greenwood Press.
- Mayer, Michael S. (2009). The Eisenhower Years, 1024 pp; short biographies by experts of 500 prominent figures, with some primary sources.
- Newton, Jim. (2011) Eisenhower: The White House Years
- Pach, Chester J. and Richardson, Elmo (1991). Presidency of Dwight D. Eisenhower. Standard scholarly survey.
Pensejarahan dan tafsiran oleh para sarjana
[sunting | sunting sumber]- Burk, Robert. "Eisenhower Revisionism Revisited: Reflections on Eisenhower Scholarship", Historian, Spring 1988, Vol. 50, Issue 2, pp. 196–209
- McAuliffe, Mary S. "Eisenhower, the President", Journal of American History 68 (1981), pp. 625–632 in JSTOR
- McMahon, Robert J. "Eisenhower and Third World Nationalism: A Critique of the Revisionists," Political Science Quarterly (1986) 101#3 pp. 453–473 in JSTOR
- Rabe, Stephen G. "Eisenhower Revisionism: A Decade of Scholarship," Diplomatic History (1993) 17#1 pp 97–115.
- Schlesinger, Jr., Arthur. "The Ike Age Revisited," Reviews in American History (1983) 11#1 pp. 1–11 in JSTOR
- Streeter, Stephen M. "Interpreting the 1954 U.S. Intervention In Guatemala: Realist, Revisionist, and Postrevisionist Perspectives," History Teacher (2000) 34#1 pp 61–74. in JSTOR
Sumber utama
[sunting | sunting sumber]- Boyle, Peter G., ed. (1990). The Churchill–Eisenhower Correspondence, 1953–1955. University of North Carolina Press.
- Boyle, Peter G., ed. (2005). The Eden–Eisenhower correspondence, 1955–1957. University of North Carolina Press. ISBN 0-8078-2935-8
- Butcher, Harry C. My Three Years With Eisenhower The Personal Diary of Captain Harry C. Butcher, USNR (1946), candid memoir by a top aide
- Eisenhower, Dwight D. (1948). Crusade in Europe, his war memoirs.
- Eisenhower, Dwight D. (1963). Mandate for Change, 1953–1956.CS1 maint: ref=harv (link)
- Eisenhower, Dwight D. (1965). The White House Years: Waging Peace 1956–1961, Doubleday and Co.
- Eisenhower Papers Diarkibkan 2008-03-12 di Wayback Machine 21 volume scholarly edition; complete for 1940–1961.
- Summersby, Kay (1948). Eisenhower was My Boss, New York: Prentice Hall; (1949) Dell paperback.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Dwight D. Eisenhower |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Dwight D. Eisenhower. |
- (Inggeris) Biografi Rumah PutihDiarkibkan 2007-07-15 di Wayback Machine
Audio dan video
[sunting | sunting sumber]- 1952 Ike for President TV Ad di YouTube
- Full audio of Eisenhower speeches via the Miller Center of Public Affairs (University of Virginia)
- Eisenhower's Secret White House Recordings via the Miller Center of Public Affairs (University of Virginia) Diarkibkan 2008-03-14 di Wayback Machine
- Audio clips of Eisenhower's speeches Diarkibkan 2006-06-15 di Wayback Machine
- Filem pendek Big Picture: The Dwight D. Eisenhower Story ini boleh didapati untuk muat turun percuma di Internet Archive.
- Satu klip filem Bonn Hails Ike! Says U.S. Will Stand By Berlin, 1959/08/27 (1959) boleh didapati dengan muat turun percuma di Arkib Internet [more]
- Dwight D. Eisenhower Diarkibkan 2015-10-30 di Wayback Machine at C-SPAN's American Presidents: Life Portraits
- Audio and images of Eisenhower becoming an honorary fellow for life of the Metropolitan Museum of Art
Kajian tambahan
[sunting | sunting sumber]- Finding aids to the Papers and Records of Dwight D. Eisenhower at the Dwight D. Eisenhower Presidential Library Diarkibkan 2010-05-27 di Wayback Machine
- Documents available online from the Dwight D. Presidential Library
- Dwight D. Eisenhower Papers at the Seeley G. Mudd Manuscript Library, Princeton University
- Annotated Bibliography for Dwight D. Eisenhower from the Alsos Digital Library for Nuclear Issues Diarkibkan 2017-04-06 di Wayback Machine
- Dwight D. Eisenhower: A Resource Guide from the Library of Congress
- Dwight D. Eisenhower koleksi berita dan komen di The New York Times
- First Inaugural Address
- Second Inaugural Address
- Farewell Address (Wikisource)
- Original Letters and Primary Sources: Dwight D. Eisenhower Diarkibkan 2014-03-26 di Wayback Machine Shapell Manuscript Foundation
- The Presidential Papers of Dwight David Eisenhower (searchable online) Diarkibkan 2006-04-17 di Wayback Machine
- TIME Magazine Cover: Dwight D. Eisenhower, April 4, 1969 Diarkibkan 2013-08-24 di Wayback Machine
- Thaw in the Cold War: Eisenhower and Khrushchev at Gettysburg, a National Park Service Teaching with Historic Places (TwHP) lesson plan
- Essay on Dwight D. Eisenhower Diarkibkan 2013-10-19 di Wayback Machine with shorter essays on each member of his cabinet and First Lady from the Miller Center of Public Affairs
- Dwight Eisenhower's FBI files, hosted at the Internet Archive: Part 1, Part 2
Organisasi
[sunting | sunting sumber]- Eisenhower Presidential Library & Museum, including Home and Tomb Diarkibkan 2014-02-02 di Wayback Machine
- The Eisenhower Center for American Studies at the University of New Orleans
- The Eisenhower Presidential Library and Museum, Abilene, Kansas
- ^ "The Eisenhower Presidential Library and Museum Homepage". Eisenhower.utexas.edu. Dicapai pada September 5, 2012.