Gempa bumi Christchurch 2011
Rencana ini menerangkan hal semasa. Maklumatnya besar kemungkinan berubah-ubah seiring dengan perkembangan peristiwa, dan laporan berita awal tidak semestinya boleh dipercayai. Kemas kini terakhir bagi rencana ini tidaklah membayangkan maklumat yang paling terkini. |
Fail:Pico building corner Barbadoes Kilmore.JPG | |
Ralat Lua pada baris 390 di Modul:Location_map: The value "−43.60" provided for latitude is not valid. | |
Tarikh | 22 Februari 2011NZDT | 12:51
---|---|
Magnitud | 6.3 Mw[1] |
Kedalaman | 5 km |
Koordinat | 43°36′S 172°43′E / 43.60°S 172.71°EKoordinat: 43°36′S 172°43′E / 43.60°S 172.71°E near Lyttleton, Canterbury, New Zealand |
Kawasan terjejas | New Zealand |
Keamatan maksimum | VIII [2] |
Korban | Sekurang-kurangnya 70 orang mati[3] manakala ratusan tercedera |
Gempa Bumi Canterbury 2011 merupakan gempa bumi dengan keluatan 6.3 skala richter yang mengguncang wilayah Canterbury, Pulau Selatan, New Zealand pada 22 Februari 2011, jam 12.51 tengah hari (7.51 pagi waktu Malaysia). Titik gempa terletak berhampiran Lyttleton, pada kedalaman 5 kilometer. Bandar utama yang rosak teruk ialah Christchurch yang terletak di tepi pantai. Bandar ini merupakan bandar kedua terbesar di New Zealand.Sebelum ini gempa bumi telah berlaku pada 4 September 2010. Perdana Menteri New Zealand John Key menyatakan tidak kurang 65 orang terbunuh. Pengarah Pertahanan Awam John Hamilton menyatakan jumpa rasmi masih lagi 38 orang. Jumlah ini dijangka meningkat kepada 300 orang.[4]
Ia adalah malapetaka paling dahsyat di negara itu dalam tempoh 80 tahun.[5] Datuk Bandar Christchurch menggambarkan bandar raya yang mempunyai hampir 400,000 penduduk ini sebagai zon perang. Pada 1931, 256 maut ketika gempa bumi di bandar Napier, North Island.
Gegaran kecil turut dirasai di Kolej Universiti MAHSA , Damansara, di tengah-tengah Kuala Lumpur.[6] Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail menyatakan gegaran berlaku pada 12.45 tengah hari.
Kemusnahan
80 % bandar terputus bekalan elektrik dan telekomunikasi. Tahap kecemasan pada tahap 3. Jalan raya terjungkit atau retak dan memusnahkan kenderaan yang melaluinya. Bekalan air paip dan sistem air buangan turut rosak.
Bangunan-bangunan di Cathedral Square di tengah ChristChurch runtuh sebahagian atau keseluruhannya. Antaranya ialah gereja ChristChurch Cathedral yang kelihatan patah. Hospital ChristChurch turut dikosongkan sementara bimbang akan runtuh, namun dibuka semula kemudiannya. Bangunan Canterbury Television(CTV) Canterbury Provincial Chambers turut runtuh. Begitu juga bangunan Pyne Gould Corporation turut runtuh dan 200 pekerja di dalamnya terperangkap.
Kira-kira 30 juta tan ketulan ais dari Glasiar Tasman runtuh dan masuk ke dalam Tasik Tasman , kira-kira 200 km dari titik pusat gempa. Ia turut menghentam sebuah bot dengan ombak 3.5 meter tinggi. Perkhidmatan TranzAlpine di Greymouth dan TranzCoastal di Picton dibatalkan.
Lapangan Terbang Antarabangsa Christchurch ditutup kepada semua penerbangan.
Sekitar 950 ditempatkan di dua pusat penempatan sementara di Hagley Park dan Burnside High School. Mereka dibekalkan dengan selimut, makanan, sanitasi. 6 buah sekolah akan digunakan untuk agihan air bersih. Tangki air akan ditempatkan di sekolah di Lyttelton, Redcliffs, New South Brighton, Shirley, Wainoni dan Phillipstown. [7]
Auckland City Hospital membatalkan semua pembedahan pilihan bagi memberi tumpuan kepada kecemasan. Tentera dari Kem Tentera Burham yang terletak sekitar 30 km selatan Christchurch turut dikerah memberi bantuan.Begitu juga 3 kapal marin di Lyttelton. Pasukan menyelamat yang cedera ditempatkan di Latimer Square, Canterbury University and kilang Sanitarium di Papanui.[8]
Pasukan bantuan
Perdana Menteri New Zealand, John Key mengerahkan pasukan pertahanan awam bertindak memberi bantuan kecemasan. Antaranya ialah Palang Merah New Zealand dan Pasukan Cari dan Selamat Bandar. Tumpuan pasukan mencari adalah pada 10 bangunan utama yang runtuh.
Negara Australia telah menghantar pasukan bantuan terutama pasukan mencari , menyelamat dan kecemasan dari New South Wales. Mereka pergi dengan RAAF C-130 Hercules menuju ke Christchurch. Menteri Luar Australia, Kevin Rudd menyatakan pasukan kedua turut dihantar ke sana membawa pelbagai peralatan. Perdana Menteri Australia Julia Gillard berjanji akan menghantar apa jua bantuan yang diperlukan oleh John Key.
Negara Amerika Syarikat, Jepun, Taiwan, Israel, Kanada dan Kesatuan Eropah turut menawarkan bantuan.
Timbalan Menteri Luar Malaysia Senator A. Kohilan Pillay terbang ke Christchurch untuk meninjau keperluan dan keselamatan rakyat Malaysia yang berada di bandar itu.[9]Seramai 390 pelajar Malaysia berada di Christchurch .[10]
Rujukan
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaGeoNet
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamareactions
- ^ "Chch quake: 38 confirmed dead". 22 Feb 2011. Dicapai pada 22 Feb 2011.
- ^ Christchurch quake: Fears 300 dead
- ^ Gempa kuat bunuh 65 mangsa
- ^ Gegaran kecil di Pusat Bandar Damansara
- ^ Christchurch quake: Rescue focus
- ^ Christchurch quake: Fears 300 dead
- ^ Christchurch Seperti Zon Perang, kata Pelajar Malaysia di Sana
- ^ Gempa: 390 pelajar Malaysia di Christchurch selamat