Pergi ke kandungan

Jenut garam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Versi boleh cetak tidak lagi disokong dan mungkin ada ralat persembahan. Sila kemas kini tanda buku pelayar anda dan sila guna fungsi cetak pelayar lalai pula.
Seladang di jenut garam

Jenut garam atau sira garam[1] ialah tempat di permukaan bumi yang mengandungi garam yang termendap atau diluahkan mata air di mana garam ini menarik perhatian binatang-binatang liar yang mengerumuni kawasan tersebut untuk menjilat agar mendapatkan zat galian diperlukan.[2] Ia boleh terhasil secara semula jadi atau dibuat oleh manusia dengan bongkah garam untuk ternakan jilat di padang ragut. Jenut boleh dijumpai di pelbagai tempat dan membekalkan binatang dengan zat-zat seperti fosforus dan besi penting (seperti natrium, kalsium, ferum, timah sari, dan pelbagai unsur surih) untuk kekuatan tulang, otot dan tumbesaran haiwan seperti rusa, elk, gajah, tenuk, lembu, babi hutan, bebiri, kambing dan landak. Jenut garam memainkan peranan penting dalam ekosistem terutama sekali di kawasan yang kekurangan bekalan zat makanan. Hujan lebat dapat mendedahkan mendapan mineral di dalam tanah untuk binatang dan ada yang mengatakan beberapa jenis haiwan dapat mengesan kalsium dalam taram.[3]

Perkataan jenut menyerap dari rumpun bahasa Asli sepunca dengan perkataan bahasa Temiar jənɔɔd (turunan jɔɔd, "menjilat").[4]:152-153

Penjelasan

Berbagai binatang pergi ke jenut garam dan makan tanah liatnya yang penuh dengan zat dan mineral untuk mencukupkan keperluan diet mereka. Sesetengah haiwan pula memakan ia untuk mencegah kesan sampingan daripada bahan pertahanan tumbuhan semasa memakan tumbuh-tumbuhan.[5] Kandungan mineral yang ada pada jenut biasanya mengandungi kalsium, magnesium, belerang, fosforus, kalium dan natrium.[6][7][8][9] Ia amat penting untuk pelbagai organisma, namun masih lagi banyak yang perlu dikaji atas manfaatnya kepada pemakanan.

Jejak yang haiwan-haiwan hasilkan ke jenut dan lopak berair juga dijadikan tapak pemburuan untuk manusia zaman dahulu. Satu teori mengatakan jejak ke tempat tersebut kemudiannya menjadi denai dan jalan untuk manusia purba.[10]

Apapun, ada banyak kajian yang telah mengenali kegunaan dan manfaat daripada mikronutrien yang ada dalam jenut garam, seperti selenium, kobalt serta molibdenum.[11][12] Berkaitan dengan jenut garam, kadangkala haiwan-haiwan mengalami kemalangan semasa cuba menjilat taram yang ada pada jalan raya. Haiwan-haiwan juga memakan tanah untuk mendapat mineral, contohnya moose di Kanada memakan tanah dari tunggul pokok mati.[13][14]

Jenut garam buatan

Jenut garam buatan digunakan dalam penternakan dan untuk menarik atau menjaga hidupan liar, untuk tujuan melihat, fotografi, peladangan mahupun buruan.[15]

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Matzidi Dris (14Februari 2016). "Mencari sira garam dalam belantara Royal Belum". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Disember 2019. Check date values in: |date= (bantuan)
  2. ^ jenut garam. (t.t.). Daripada Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
  3. ^ Hogan, C. M. (2010) Calcium. The Encyclopedia of Earth. Jorgensen, A., Cleveland, C. (penyunting) National Council for Science and the Environment.
  4. ^ Geoffrey, Benjamin (2012). "The Aslian languages of Malaysia and Thailand: An assessment". Language Documentation and Description. 11: 136-230.
  5. ^ Voigt, C. C.; Capps, K. A.; Dechmann, D. K. N.; Michner, R. H.; Kunz, T. H. (2008). "Nutrition or detoxification: Why bats visit mineral licks of the Amazonian rainforest". PLoS ONE. 3 (4): e2011. doi:10.1371/journal.pone.0002011. PMC 2292638.
  6. ^ Emmons, L. H.; Stark, N. M. (1979). "Elemental composition of a natural mineral lick in Amazonia". Biotropica. 11 (4): 311–313. doi:10.2307/2387925. JSTOR 2387925.
  7. ^ Black, J. G.; Mosquera, D.; Guerra, J.; Loiselle, B. A.; Romo, D.; Swing, K. (2011). "Mineral licks as diversity hotspots in lowland forest of eastern Ecuador". Diversity. 3 (2): 217–234. doi:10.3390/d3020217.
  8. ^ Ayotte, J. B.; Parker, K. L.; Gillingham, M. P. (2008). "Use of natural licks by four species of ungulates in northern British Columbia". Journal of Mammalogy. 89 (4): 1041–1050. doi:10.1644/07-MAMM-A-345.1. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-14.
  9. ^ Atwood, T. C.; Weeks, H. P. (2003). "Sex-specific patterns of mineral lick preference in white-tailed deer". Northeastern Naturalist. 10 (4): 409–414. doi:10.2307/3858657. JSTOR 3858657.
  10. ^ "A Brief History of Salt". Time (dalam bahasa Inggeris). 1982-03-15. ISSN 0040-781X. Dicapai pada 2018-04-16.
  11. ^ Mills, A.; Milewski, A. (2007). "Geophagy and nutrient supplementation in the Ngorongoro Conservation Area, Tanzania, with particular reference to selenium, cobalt and molybdenum". Journal of Zoology. 271 (1): 110–118. doi:10.1111/j.1469-7998.2006.00241.x.
  12. ^ Ayotte, J. B.; Parker, K. L.; Arocena, J. M.; Gillingham, M. P. (2006). "Chemical composition of lick soils: Functions of soil ingestion by four ungulate species". Journal of Mammalogy. 87 (5): 878–888. doi:10.1644/06-MAMM-A-055R1.1. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-14.
  13. ^ Rea, R. "Mining and geophagy of root wad soils by moose in winter" (PDF). Wildlife Afield. 4 (1): 86–87. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2012-03-25.
  14. ^ Klassen, N. A.; Rea, R. V. (2008). "What do we know about nocturnal activity of moose?". Alces. 44: 101–109.
  15. ^ "Managing the Deer Herd on Your Ranch | Hortenstine Ranch Company". Hortenstine Ranch Company (dalam bahasa Inggeris). 2017-10-03. Dicapai pada 2018-10-03.

Bacaan lanjut

Pautan luar