Pergi ke kandungan

Mami Jarum

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 3296015 pada 10:27, 11 Oktober 2013 oleh Smsme018 (bincang | sumb.)
Mami Jarum
nama=Mami Jarum
PengarahProf. Madya A. Razak Mohaideen
PenulisProf. Madya A. Razak Mohaideen(lakon layar)
Dihasilkan olehDavid Teo
DibintangiKartina Aziz
Rita Rudaini
Vanida Imran
Diedarkan olehMetrowealth Movies Production
Tarikh tayangan
6 Disember 2002
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu

Mami Jarum merupakan satu lagi filem terbitan Metrowealth Movies Production dan arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen. Filem ini berkisar seorang perempuan menangani masalah jiwa tanpa memikirkan keburukan diri. Filem ini ditayangkan pada hari pertama Aidilfitri tahun 2002.

Mami Jarum menjalani penggambaran di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Buat pertama kalinya, ia turut menampilkan bakat lakonan Ezad-Exist yang memegang watak posmen. Selain Ezad, Mami Jarum turut mengetengahkan bakat baru, Azizah Ali.

Mami Jarum menggunakan khidmat Indra Che Muda sebagai Pengarah Sinematografi. Hasil kerjanya yang diperakui sbelum ini membolehkan Pemenang anugerah Pengarah Sinematografi Terbaik FFM 1990 (filem `Syakila') ini terus mendapat kepercayaan MMP untuk mengetuai unit teknikal produksi.

Filem keempat MMP ini diharap bukan sekadar mewarnai industr filem tempatan, tetapi terserlah penyampaian mesej-mesej positif kepada masyarakat.

Tagline:Penyampai cerita cepat dari berita!

Sinopsis

Templat:Spoiler


Cerita ini mengisahkan watak utamanya, iaitu, Mami Jarum atau nama sebenarnya Fatimah mempunyai sikap angkuh dan menganggap dirinya sahaja yang sempurna. Sikap mementingkan harta, kedudukan serta mencari kesalahan orang lain dan bercakap besar merupakan tabiat yang telah sebati dalam dirinya. Mami Jarum yang telah diceraikan suaminya, kini tinggal bersama dua orang anak gadisnya. Anak sulung, Shiqah, bekerja sebagai setiausaha sulit di sebuah syarikat besar. Manakala anak bongsunya, Syafinaz, merupakan pelajar IPTA. Mami mempunyai seorang adik perempuan, Bee, yang telah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan, Azizah. Bee, seorang surirumah berkahwain dengan buruh kasar, iaitu Piee.

Jiran Mami Jarum, Mamu Rosli ialah bujang terlajak yang tinggal sebatang kara. Dia tidak berkahwin kerana cintanya terhalang dek ibu bapa kekasihnya yang lebih mementingkan darjat serta bersifat `tangkai jering'.

Mamu Rosli berkenan dengan Mami Jarum kerana wajah Mami yang seiras dengan kekasihnya dahulu. Walaupun begitu, dia kurang senang dengan sikap Mami yang suka memburukkan orang lain. Mamu Rosli gemar berjoging dan amat mementingkan penampilannya.

Konflik bermula apabila Mami Jarum bertandang ke rumah Bee dan acapkali menghasut adiknya. Dia memandang rendah terhadap Piee yang bekerja sebagai buruh. Pegangan agama Piee yang kuat turut tidak disenangi oleh Mami Jarum. Oleh yang demikian, Mami mendesak adiknya agar meminta Piee membuat sesuatu untuk mengubah nasib mereka. Mami Jarujm sering menjadikan keluarga contoh kerana beranggapan mereka keluarga yang sangat berjaya.

Babak di rumah Mami Jarum

Bee termakan hasutan itu dan hampir berpisah dengan Piee. Namun sebenarnya, Mami tidak menyedari bahawa keluarganya bermasalah. Shiqah terlibat dengan hubungan sulit dengan bosnya yang sudah beristeri. Ini telah menjadi buah mulut rakan spejabat Shiqah tetapi Mami Jarum tetap tidak mempercayainya sehinggalah pada suatu hari, isteri bos menyerbu rumah Mami.

Berlainan pula dengan anak perempuan bongsu Mami, Syafinaz, yang lebih bersikap matang serta sering menegur sikap ibunya yang keterlaluan itu. Apabila Syafinaz mengambil keputusan untuk berkahwin dengan jejaka berpendapatan sederhana, Mami Jarum melenting dan amat marah. Akhirnya, Syafinaz mengambil keputusan untuk `kahwin lari' dan insiden ini telah menyebabkan Mami berubah. Akhirnya, dia menyedari bahawa pendidikan agama sangat penting dan perlu ditekankan dalam mendidik anak-anak supaya mereka tahu menilai dan menjaga diri. Sebaliknya, kedudukan dan harta kekayaan semata-mata tidak menjamin kehidupan yang sempurna.

Pelakon

Watak Pelakon
Kartina Aziz Mami Jarum
Vanida Imran Shiqah
Ismail Din Dato' Meera
Norlia Ghani Datin Nora
Piee Piee
Zahida Rafiq Syafinaz
Sheila Mambo Bee

Pengarah

Pencapaian

  1. Festival Filem Malaysia ke-16, 2003
    1. Pelakon Komedi Terbaik - Kartina Aziz