Adam Smith
Adam Smith (1723 - 17 Julai 1790) adalak pakar ekonomi dan ahli falsafah Scotland. Dia terkenal kerana pengaruh bukunya The Wealth of Nations dan dianggap sebagai bapa ekonomi moden.
Riwayat hidup
[sunting | sunting sumber]Smith merupakan anak kepada pegawai kastam di Kirkcaldy, Fife, Scotland. Tarikh sebenar kelahirannya tidak diketahui, tetapi dia disucikan (baptized) di Kirkcaldy pada 5 Jun 1723, enam bulan selepas kematian bapanya. Ketika berumur 4 tahun, dia pernah diculik oleh sekumpulan Gipsi, tetapi berjaya diselamatkan oleh pakciknya.
Semasa berusia 14 tahun, Adam Smith memasuki Universiti Glasgow dan mempelajari bidang falsafah moral. Pada 1740, dia memasuki Kolej Balliol, Universiti Oxford hingga 1746.Menurut Adam Smith,di dalam The wealth of Nations yang di tulis pada tahun 1776,bahawa pasaran di bawah satu syarat akan mengaturi sistemnya dengan sendirinya dan akan mengeluarkan lebih banyak barangan daripada satu pasaran yang terkawal yang menjadi satu perkara yang biasa ketika itu.