Agro Bank
Jenis/bentuk sah | Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) |
---|---|
Industri | Perkhidmatan kewangan dan perbankan |
Ditubuhkan | 1969 (Bank Pertanian Malaysia) 2008 (dikorporatkan dengan nama Agrobank) |
Ibu pejabat | Kuala Lumpur, Malaysia |
Tokoh penting | Dato' Wan Mohd Fadzmi Wan Othman (Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif) |
Keluaran | Kewangan dan perbankan |
Tapak web | http://www.agrobank.com.my |
sunting · sunting di Wikidata |
Agrobank (dahulunya dikenali sebagai Bank Pertanian Malaysia, singkatan BPM) adalah sebuah bank milik kerajaan di bawah bidang kuasa Menteri Kewangan Diperbadankan. Pembiayaan Bank dalam sektor pertanian adalah didorong oleh dasar yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).[1]
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Agrobank ditubuhkan pada tahun 1969 dengan matlamat menyediakan perkhidmatan kewangan yang menyeluruh khusus untuk menyokong dan memperkasakan sektor pertanian negara.[2]
Sebagai Institut Pembangunan Kewangan (DFI) yang memberi tumpuan kepada sektor pertanian di Malaysia, Agrobank bertekad untuk mengimbangi peranan dalam aspek pembangunan dan komersil untuk pembangunan pertanian. Agrobank menyediakan solusi pembiayaan yang menyeluruh bagi pertanian; yang merangkumi aktiviti huluan seperti bekalan input pengeluaran pertanian dan juga aktiviti hiliran seperti pemprosesan dan jualan produk pertanian kepada pengguna.[3]
Dengan pengalaman lebih 46 tahun,, Agrobank secara aktif menyokong pembangunan pertanian negara dengan beroperasi di lapan (8) wilayah melalui 188 cawangan bank, Agrobank menawarkan produk dan perkhidmatan dalam bidang pembiayaan korporat, komersial dan mikro serta pembiayaan perdagangan, pembiayaan peribadi, perbankan elektronik dan deposit & perkhidmatan. [4]
Pada 1 Julai 2015, Agrobank secara rasmi beralih kepada system perbankan Islam sepenuhnya.
Visi
[sunting | sunting sumber]Untuk menjadi sebuah Bank yang menerajui bidang perbankan dengan fokus kepada pertanian.
Misi
[sunting | sunting sumber]Menyediakan perkhidmatan kewangan yang lengkap mengikut kehendak pasaran dan pelanggan, dengan kewangan yang mapan untuk keperluan sasar tertentu:
- Usahawan Tani
- Usahawan mikro, kecil dan sederhana
- Individu persendirian
Peranan & fungsi
[sunting | sunting sumber]- Menyediakan perkhidmatan kewangan dan perbankan dengan fokus kepada sektor pertanian.
- Meningkat dan menggalakkan pembiayaan pertanian oleh sektor perbankan komersil.
- Menjadi salah satu agen bagi program pembangunan kerajaan
- Menjadi pusat kepakaran pertanian
- Menyediakan penarafan kredit pertanian
Ahli Lembaga Pengarah
[sunting | sunting sumber]Bagi tahun 2016
- Dato' Wan Mohd Fadzmi Wan Othman (Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif)
- Datin Rashidah Mohd Sies (Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas )
- Datuk Johar Che Mat (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)
- Ng Chih Kaye (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)
- Dato' Dr. Mohamad Hashim Ahmad Tajudin (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)
- Datin Seri Hjh. Ruzaina Wan Haniff (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)
- Dato' Mohd Arif Bin Ab Rahman (Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif)
Ahli Pengurusan Bank
[sunting | sunting sumber]Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif
- Dato' Wan Mohd Fadzmi Wan Othman
Ketua Pegawai Perkhidmatan Kewangan
- Encik Asmuni Bin Sudin
Ketua Pegawai Transformasi
- Encik Ahmad Shahril Bin Mohd Shariff
Ketua Pegawai Operasi
- Encik Zahid Bin Ahmad Zawawi
Pemangku Ketua Pegawai Kewangan
- Puan Masaat Binti Awadz
Ketua Pegawai Sumber Manusia
- Encik Abdul Khalif Bin Mohammad Salleh
Ketua pegawai perkhidmatan
- Encik Mad Yusof Bin Yazid
Ketua Pegawai Kredit
- Encik Jasni Mohamed Yusoff
Ketua Pegawai Risiko
- Encik Muslim bin Hussain
Produk dan perkhidmatan
[sunting | sunting sumber]Deposit
- Akaun Simpanan Asas-i (Agro BSA-i)
- AgroMuda-i
- AgroTani-i
- Agro Perdana-i Wadiah Yad Dhamanah
- Fixed Return investment Account-i (FRIA-i)
- FRIA-i 45Plus
Peribadi
- Hartani-i (Tawarruq)
- Ar Rahnu
- AgroCash-i
- Special Advance for investment Assets-i (SAFIA-i)
Perniagaan
- Modal Usahawan 1 Malaysia (MUS1M-i)
- Private: Paddy Cash-i
- Tanaman Semula Kelapa Sawit-i (SAWIT-i)
- Pembiayaan Berjangka-i
- Paddy-i (Tawarruq)
- Kemudahan Pembiayaan Modal Kerja-i (Tawarruq)
- Machinery & Equipment Financing-i (MAEF-i)
- Agro Cash Line-i
- Strategik Alliance Financing-i (SALF-i)
- Program Pembiayaan
- Tabung Untuk Makanan (3F)
- Program Pembiayaan Agro Bakti
Perbankan Elektronik
- AGRONet (Perbankan Internet)
- AGRONetBIZ (Perbankan Internet Perniagaan)
- Terminal Layan Diri (ATM/CDM/CQ,/CoDM/Internet Kiosk)
- AgroAgent (Perkhidmatan Ejen Perbankan)
- e-Pembayaran Fi & Caj
- Agro Visa Debit Kad-i
- Kad Agro VISA Bisnes Debit-i
Perkhidmatan
- Bayaran Bil
- Takaful
- Wasiat
- Cukai Taksiran
- Zakat
- SSPN-i
- Peti Keselamatan Deposit
- Kadar
- Fi dan Caj
- Pindahan Dana Antara Bank (IBG)
- Pemindahan Wang Antara Bank (IBFT)
- Agro Mabrur-i
Pembiayaan Perdagangan
- Surat Kredit-i
- Resit Amanah Murabahah-i
- Pembiayaan Modal Kerja Perdagangan-i (TWCF-i)
- Jaminan Bank-i
- Jaminan Perkapalan-i (SG-i)
- Koleksi Dokumentari-i
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Western Union, Agrobank team up to bring reliable, fast payment services". New Sarawak Tribune. 7 November 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-19. Dicapai pada 9 April 2016.
- ^ Hari Raj (20 October 2007). "Transforming Bank Pertanian". The Star. Star Media Group Berhad. Dicapai pada 14 October 2016.
- ^ "Malaysian National News Agency ~ BERNAMA". www.bernama.com. Dicapai pada 2016-04-09.[pautan mati kekal]
- ^ "Agrobank: Positive outlook for agriculture". The Borneo Post. 1 January 2016. Dicapai pada 9 April 2016.