Ampiang dadiah
Ampiang dadiah atau dadih emping merupakan salah satu makanan khas daripada Sumatera Barat. Ampiang dadiah terdiri dari campuran ampiang dan dadih. Ampiang terbuat dari pulut dan ditumbuk, sedangkan dadih merupakan susu kerbau yang difermentasikan.[1]
Proses membuat dadih yang pertama susu kerbau segar dimasukkan ke dalam buluh yang dipotong-potong dan ditutup dengan daun pisang. Selepas itu, dadih ditapaikan selama kurang lebih 2 hari 2 malam. Susu kerbau akan berubah dan sama seperti agar-agar. Warnanya putih berubah menjadi kekuning-kuningan.[2][3]
Makanan tradisional ini baik untuk kesihatan semua peringkat umur. Makanan ini dipercayai berkhasiat untuk menurunkan kadar kolesterol pada badan, menyihatkan fungsi dari jantung dan juga dapat menambah stamina.[1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Liputan6.com (2017-04-17). "Ampiang Dadiah, Makanan Khas Minang yang Rasanya Jempolan". liputan6.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2020-02-15.
- ^ Gardjito, Murdijati, dkk (2019). Kuliner Minangkabau. Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama. m/s. 140. ISBN 978-602-06-3238-4.
- ^ Yana Gabriella Wijaya. "Mengenal Ampiang Dadiah, Makanan Minang yang Dicari Gordon Ramsay". Kompas (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 3 Disember 2020.