Angkatan Bersenjata Ecuador
Angkatan Bersenjata Ecuador Fuerzas Armadas del Ecuador | |
---|---|
Diasaskan | 1830 |
Bentuk kini | 2000 |
Cabang khidmat | Tentera Darat Ecuador Tentera Udara Ecuador Tentera Laut Ecuador |
Ibu pejabat | Kementerian Pertahanan Negara Ecuador, Quito |
Kepimpinan | |
Presiden | Daniel Noboa |
Kementerian Pertahanan Negara | Giancarlo Loffredo Rendón |
Pejabat Angkatan Bersenjata | General del División Jaime Vela Erazo |
Usia masuk tentera | 18 |
Pengerahan | Ditangguhkan [1] |
Sedia berkhidmat dalam tentera |
7,573,824 (merujuk 2010)[1], usia 16-49 |
Sesuai untuk berkhidmat |
6,103,748 (merujuk 2010)[1], usia 16-49 |
Capaian usia masuk tentera tahunan |
299,736 (merujuk 2010)[1] |
Kakitangan aktif | 41,250[2] |
Kakitangan simpanan | 118,000[2] |
Perbelanjaan | |
Bajet | US$2.3 billion (FY11)[3] |
Peratusan KDNK | 2.74% (FY10)[3] |
Industri | |
Pembekal luar | Amerika Syarikat Perancis Jerman Kanada United Kingdom Sepanyol Afrika Selatan Rusia Chile Republik Rakyat China Serbia Brazil Belarus Venezuela |
Rencana berkaitan | |
Sejarah | Sejarah Ketenteraan Ecuador |
Pangkat | Pangkat Ketenteraan Ecuador |
Angkatan Bersenjata Ecuador (Sepanyol: Fuerzas Armadas del Ecuador ) ialah ketenteraan kebangsaan Ecuador. Pemimpin tertinggi dalam jawatan, disandang oleh Presiden dengan timbalan daripada Kementerian Pertahanan Negara. Sepanjang sejarah penubuhan Ecuador, negara itu telah beberapa kali berperang mempertikaikan sempadan dan penguasaan wilayah dengan Peru (Perang Ecuador-Peru 1857-1860, Perang Paquisha dan Perang Cenepa). Ketenteraan Ecuador telah beberapa kali mengirimkan askarnya kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sejak tahun 1948.[4]
Perkhidmatan
[sunting | sunting sumber]Angkatan Bersenjata dalam undang-undang Ecuador ialah bahagian daripada formasi awam dan berkhidmat dalam memartabatkan kedaulatan pentadbiran di dalam wilayah negara. Hal ini bermakna ketenteraan mempunyai tanggung jawab menyertai pembangunan sosio-ekonomi, hal itu mampu wujud apabila negara dalam keadaan damai. Perkhidmat mendamaikan negeri itu merangkumi perburuan samseng yang kuat, razia anti-dadah dan kartel, pengawasan sempadan dan lain-lain.[5] [perlu rujukan] Seluruh negeri Ecuador berkongsi kepada lima Zon Pasukan Petugas Bersama atau Fuerzas de Tarea Conjunta, empat wilayah kongsi di serantau utama Ecuador, dan yang ke-5 berkedudukan di Kepulauan Galapagos.[6][7]
Keadaan geopolitik
[sunting | sunting sumber]Ecuador bersempadan dengan Peru sejauh 1420 km. Merujuk kepada sejarah antara kedua negara, meskipun dahulu beberapa dekad selepas penubuhan kedua-dua negara sering berperang, hubungan di masa moden sudah semakin baik dibuktikan dengan pembaharuan perjanjian kedamaian tahun 1998.[1] Hubungan dengan jiran lain, Colombia sempat beberapa kali membara. Ecuador bersempadan dengan negara itu sepanjang 590 km.
Ecuador mendakwa masalah dadah di negaranya berpunca daripada kelemahan Colombia ketika menentang Pablo Escobar. Selepas kematiannya, Kartel Medellín bersurai dan anggotanya melarikan diri ke pelbagai negara salah satunya Ecuador dan menubuhkan kumpulan samseng, atau sekedar terinspirasi dari kartel itu dan ingin menubuhkan legasi mereka sendiri.[5][8] Kedua-dua negara pernah hampir berperang pada tahun 2008, tetapi mampu didamaikan oleh komuniti antarabangsa.[9]
Kemampuan angkatan bersenjata ecuador mula dicabar pada 1811 ketika hendak berpisah dari Empayar Sepanyol. Pada tahun 1822, tentera Ecuador yang berpakat dengan tentera Peru, berjaya memenangi Pertempuran Pichincha dan membinasakan tentera diraja Sepanyol. Persahabatan itu perlahan berubah kepada permusuhan beberapa tahun selepasnya dan bermulanya tradisi persaingan antara Ecuador dan Peru.
Organisasi
[sunting | sunting sumber]Merujuk kepada undang-undang, angkatan bersenjata Ecuador berada di bawah pengawasan Presiden Republik sebagai pemimpin tertinggi. Kementerian Pertahanan Negara sebagai timbalannya dan diarahkan oleh Markas Perintah Bersama.
Pendidikan Ketenteraan
[sunting | sunting sumber]Latihan bagi tentera darat, laut, dan udara diazamkan oleh Maktab Tentera Darat Eloy Alfaro, Maktab Tentera Laut Rafael Morán Valverde, dan Maktab Tentera Udara Cosme Rennella Barbatto.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d e "Ecuador". The World Factbook. Central Intelligence Agency. 2012. Dicapai pada 6 Julai 2012.
- ^ a b International Institute for Strategic Studies (25 Februari 2021). The Military Balance 2021. London: Routledge. m/s. 410. ISBN 9781032012278.
- ^ a b Glickhouse, Rachel (7 Jun 2012). "Explainer: Defense Spending in Latin America". AS/CoA website. Americas Society / Council of the Americas. Dicapai pada 6 Julai 2012.
Last year, Ecuador spent $2.3 billion on the military. In the region, Ecuador spends the highest percent of GDP on the military alone: 2.74 percent in 2010
[pautan mati kekal] - ^ "Educador Armed Forces UN" (PDF). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 3 November 2018.
- ^ a b "Armed forces (Ecuador) - Sentinel Security Assessment - South America". Janes. Dicapai pada 28 Julai 2010.
- ^ "Se divide al paĂs en cinco ĂĄreas - Diario HOY - Noticias del Ecuador y del Mundo - Hoy Online". Hoy.com.ec. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 September 2011. Dicapai pada 28 Julai 2010.
- ^ "FFAA presentan nuevo plan de defensa interna - Diario HOY - Noticias del Ecuador y del Mundo - Hoy Online". Hoy.com.ec. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Mei 2010. Dicapai pada 28 Julai 2010.
- ^ Stephan Küffner (18 April 2008). "South America's Most Troubled Border". Time. New York. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 April 2008. Dicapai pada 28 Julai 2010.
- ^ "War without Borders: The Colombia-Ecuador Crisis of 2008" (PDF). Strategic Studies Institute. Dicapai pada 28 Julai 2010.