Pergi ke kandungan

Anjing Bologna

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing Bologna
Seekor anjing Bologna tanpa gaya potongan bulu pertunjukan
Nama lainBolognese
Bichon Bologna
Anjing mainan Bologna
Bolo
Botoli
Bottolo[1]
Negara asalItali
Trait
Berat 2.5–4 kg (6–9 lb)
Tinggi Jantan 27–30 cm (11–12 in)
Betina 25–28 cm (10–11 in)
Bulu panjang dan gebu
Warna putih
Jangka hayat 14.9 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing Bologna, bolognese,[a] atau bichon Bologna[b] ialah satu baka anjing daripada jenis bichon yang berasal dari Itali. Namanya merujuk sebuah kota Itali utara, iaitu Bologna. Ia merupakan sebahagian daripada kumpulan anjing mainan dan dianggap sebagai anjing teman.

Seekor anjing Bologna dengan gaya potongan bulu pertunjukan

Ia tergolong dalam kumpulan keluarga bichon, yang termasuk bichon frisé, anjing Bologna, anjing Malta, anjing singa kecil, bichon Havana, dan anjing kapas Tuléar.[2]

Keleluhuran tepat anjing Bologna tidak diketahui.[perlu rujukan]

Anjing Bologna dapat dilihat dalam karya dewangga yang dihasilkan oleh tukang Flemish yang bertarikh seawal abad ke-17. Pelukis Venezia Titian melukis Duca Federico Gonzaga with anjing Bologna beliau. Baka ini juga terlihat dalam lukisan oleh Goya, Gosse, dan Watteau. Pemilik terkenal lain bagi baka ini termasuk Yekaterina Agung dari Rusia (1729–1796), Madame de Pompadour (1721–1764), dan Maharani Maria Theresia dari Austria.

Baka ini dibawa masuk ke England pada tahun 1990 oleh Liz Stannard dan pertama kali ditunjukkan pada tahun itu dalam pejabat pendaftaran baka. Pada tahun 2001, baka ini dapat ditunjukkan dalam semua pertunjukan dengan kelasnya sendiri. Ia berada dalam Crufts, pertunjukan anjing antarabangsa tahunan, buat kali pertama pada tahun 2002.[3]

Lapis bulu tunggal distingtifnya (iaitu, tanpa lapis bulu bawah) melabuh dalam gelungan/perca terbuka longgar di seluruh tubuh dengan helaian bulu lebih pendek pada muka. Tekstur bulu adalah mirip wul, tidak pula bak sutera, dan tidak pernah dipendekkan atau dipangkas melainkan diblea sebagai anjing peliharaan. Bulunya gugur dengan sangat sedikit, tetapi memerlukan penyikatan kerap untuk mengelakkan pengusutan.

Kesihatan

[sunting | sunting sumber]

Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 14.9 tahun untuk baka ini, dengan saiz sampel sebanyak 32 ekor anjing, berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[4]

  1. ^ Jawi: انجيڠ بولوڽا, بولوڽيزي, بولوڽيسي, بولونيس; Itali: bolognese, disebut [boloɲˈɲeːze]
  2. ^ Jawi: بيشون بولوڽا; Itali: bichon bolognese
  1. ^ "from Go Pets America, Inc, retrieved 2009-04-16". Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Mei 2017. Dicapai pada 22 Januari 2024.
  2. ^ Breed information, British Bolognese Club (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 14 Julai 2014 di Wayback Machine
  3. ^ "Bolognese: Did You Know?" [Anjing Bologna: Tahukah Anda?] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 7 Februari 2024.
  4. ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan). PMID 38302530 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 267382263 Check |s2cid= value (bantuan).