Pergi ke kandungan

Anjing penuding Auvergne

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing penuding Auvergne
Seekor anjing penuding Auvergne jantan
Nama lainAnjing biru Auvergne
Negara asalPerancis
Trait
Tinggi Jantan 55–65 cm (22–26 in)
Betina 51–61 cm (20–24 in)
Bulu Pendek
Warna Hitam dengan tanda-tanda putih
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing penuding Auvergne[a] ialah satu baka anjing yang berasal dari kawasan pergunungan di Cantal, di bekas provinsi Auvergne di selatan tengah Perancis. Ia merupakan anjing penuding dan gundog serba guna. Baka ini diturunkan daripada jenis anjing pemburu rantauan purba.

Penampilan

[sunting | sunting sumber]

Anjing penuding Auvergne ialah anjing kuat dan besar yang setinggi 53–63 sentimeter (21–25 in) pada paras kelasa. Ia mempunyai kepala besar, telinga panjang, dan bibir menjulur. Ekornya secara tradisional terpotong sehingga separuh panjangnya. Lapis bulu pendek dan licaunya berwarna putih dengan bintik-bintik hitam yang memberikan kesan biru dan tompok-tompok hitam besar. Kepala dan telinga sentiasa hitam.[1]

Dengan kecerdasan dan sifat baik hati, ia sesuai sebagai anjing keluarga dan pasangan perburuan cemerlang.[2]

Anjing penuding Auvergne telah wujud di rantau Cantal selama lebih daripada dua abad dan diiktiraf sebagai baka gundog Perancis dengan piawaian baka FCI pada tahun 1955.[3][4] Ia diiktiraf oleh The Kennel Club (United Kingdom) berkuat kuasa 1 April 2016.[5] Baka ini dikelaskan dalam Kumpulan Gundog (HPR) dalam Daftar Baka Import.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤنوديڠ اوۏيرڽا; Perancis: braque d'Auvergne; bahasa Inggeris: Auvergne pointing dog; Auvergne pointer
  1. ^ Rogers Clark, Anne; Brace, Andrew H., penyunting (10 November 1995). The International Encyclopedia of Dogs [Ensiklopedia Antarabangsa tentang Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Disumbangkan oleh Renée Sporre-Willes. (ed. ke-1 Amerika). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. m/s. 146–147. ISBN 9780876056240. OCLC 32697706.
  2. ^ Alderton, David (Jun 2002). Dogs: Smithsonian Handbooks [Anjing: Buku Panduan Smithsonian] (dalam bahasa Inggeris) (ed. semakan). New York, New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley Publishing. m/s. 35. ISBN 9780789489814. OCLC 1299339537.
  3. ^ "Standard FCI N°180 BRAQUE D'AUVERGNE" [Piawaian FCI No. 180 Anjing Penuding Auvergne] (pdf) (dalam bahasa Perancis). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 2 April 2004. Dicapai pada 4 Mac 2024.
  4. ^ "FCI-Standard N° 180 BRAQUE D'AUVERGNE (Auvergne Pointer)" [Piawaian FCI No. 180 Anjing Penuding Auvergne] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Miller, John; Triquet, Raymond. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 2 April 2004. Dicapai pada 4 Mac 2024.
  5. ^ "New Breed - Braque d'Auvergne • The Kennel Club" [Baka Baharu - Anjing Penuding Auvergne • The Kennel Club]. The Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Mac 2024.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]