Anugerah Dadasaheb Phalke
Anugerah Dadasaheb Phalke | |
---|---|
Anugerah kebangsaan bagi sumbangan kepada pawagam India | |
Nama asli | Dadasaheb Phalke Award (en) |
Jenis | Anugerah, senarai maklumat |
Penerangan | "sumbangan luar biasa kepada pertumbuhan dan perkembangan pawagam India" |
Penaja | Direktorat Festival Filem |
Negara | India |
Disampaikan oleh | Majlis Kesatuan Menteri India |
Ganjaran |
|
Kali pertama | 1969 |
Kali terakhir | 2018 |
Pemenang terkini | Amitabh Bachchan |
Sorotan | |
Jumlah anugerah | 50 |
Pemenang pertana | Devika Rani |
Susunan keutamaan | |
Lebih rendah | National Film Award for Best Actor (en) dan National Film Award for Best Actress (en) |
Tapak web | |
http://dff.nic.in/NFA.aspx | |
sunting · sunting di Wikidata |
Anusgerah Dadasaheb Phalke ialah anugerah tertinggi dalam industri perfileman di India. Anugerah ini dipersembahkan secara tahunan di acara Anugerah Filem Kebangsaan oleh Direktorat Festival Filem, sebuah pertubuhan yang diuruskan oleh Kementerian Penerangan dan Penyiaran. Penerimanya diiktiraf kerana "jasa-jasa menakjubkan mereka dalam pertumbuhan dan pembangunan pawagam India"[1] dan dipilih oleh sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada ahli dari industri filem India.[2] Setakat 2014[kemas kini], anugerah ini termasuk pingat Swarna Kamal (Teratai Emas), sebuah syal, dan hadiah wang tunai sejumlah ₹1,000,000 (AS$15,000).[3]
Pertama kali diberikan pada 1969, anugerah ini diperkenalkan oleh Kerajaan India untuk mengenang jasa-jasa Dadasaheb Phalke terhadap pawagam India.[4] Phalke (1870–1944), yang dikenali sebagai dan sering disebut sebagai "bapa pawagam India", ialah seorang pembikin filem India yang mengarahkan filem cereka panjang pertama India, Raja Harishchandra (1913).[1]
Penerima pertama anugerah ini ialah pelakon Devika Rani, yang diberikan anugerah ini di Anugerah Filem Kebangsaan ke-17. Setakat 2013[kemas kini], terdapat 45 orang yang diberi penghargaan. Salah satunya ialah pelakon Prithviraj Kapoor yang merupakan satu-satunya penerima anumerta.[5] Anak lelakinya yang juga pembikin filem, Raj Kapoor, menerima anugerah ini sebagai perantaranya di Anugerah Filem Kebangsaan ke-19 pada 1971 dan dirinya sendiri menjadi seorang penerima pada 1987 di Anugerah Filem Kebangsaan ke-35.[6][7][a] Bommireddy Narasimha Reddy (1974) dan Bommireddy Nagi Reddy (1986);[10] Raj Kapoor (1987) dan Shashi Kapoor (2014); Lata Mangeshkar (1989) dan Asha Bhosle (2000) bersama dengan Baldev Raj Chopra (1998) dan Yash Chopra (2001) ialah orang-orang yang bersaudara yang memenangi anugerah itu.[11][12] Penerima paling terkini anugerah ini ialah pelakon Manoj Kumar yang menerima anugerah ini di Anugerah Filem Kebangsaan ke-63.
Penerima
[sunting | sunting sumber]Tahun (Majlis) |
Imej | Penerima | Industri filem | Catatan |
---|---|---|---|---|
1969 (ke-17) |
Devika Rani | Hindi | Dikenali secara meluas sebagai "wanita pertama pawagam India",[13] beliau membuat penampilan sulungnya dalam Karma (1933), yang merupakan filem berbahasa Inggeris India yang pertama dan filem India pertama yang menampilkan ciuman dalam skrin.[14] Beliau juga mengasaskan syarikat filem awam terhad India yang pertama, Bombay Talkies, pada 1934.[15] | |
1970 (ke-18) |
Birendranath Sircar | Bengali | Pengasas dua syarikat penerbitan, International Filmcraft dan New Theatre, Sircar dianggap sebagai salah seorang pelopor pawagam India. Beliau juga membina dua pawagam teater di Calcutta, satu untuk menayangkan filem Bengali dan satu untuk filem Hindi.[16] | |
1971 (ke-19) |
Prithviraj Kapoor[b] | Hindi | Kapoor memulakan kerjaya lakonan di teater dan berlakon dalam filem bunyi pertama India, Alam Ara (1931). Beliau mengasaskan Prithvi Theatre, sebuah syarikat rombongan teater India pada 1944 "bagi mempromosikan penerbitan pentas Hindi".[5] | |
1972 (ke-20) |
Pankaj Mullick | • Bengali • Hindi |
Seorang komposer, penyanyi dan pelakon, Mullick memulakan kerjayanya dengan menyediakan muzik latar belakang dengan mengadakan orkestra secara langsung semasa penayangan filem senyap.[18] Beliau terkenal dengan Mahishasuramardini, sebuah muzikal radio yang diterbitkan pada 1931.[19] | |
1973 (ke-21) |
Ruby Myers (Sulochana) | Hindi | Salah seorang pelakon yang bergajintinggi di zamannya, Sulochana membuat penampilan sulungnya dengan Veer Bala (1925) dan dianggap sebagai "simbol seks pertama panggung wayang India".[20] | |
1974 (ke-22) |
Bommireddy Narasimha Reddy | Telugu | Pengarah lima belas filem cereka dalam Telugu, Reddy ialah personaliti filem pertama India yang menrima penghormatan dengan Doctor of Letters dan juga yang pertama menerima Padma Bhushan, anugerah awam tertinggi ketiga di India[21] | |
1975 (ke-23) |
Dhirendra Nath Ganguly | Bengali | Dianggap sebagai salah seorang pengasas industri filem Bengali, Ganguly memulakan kerjayanya sebagai pelakon dalam filem Bilat Ferat (1921). Beliau menubuhkan tiga syarikat penerbitan – Indo British Film Company (1918), Lotus Film Company (1922) dan British Dominion Films Studio (1929) – untuk mengarahkan beberapa filem Bengali.[22] | |
1976 (ke-24) |
Kanan Devi | Bengali | Menerima penghargaan sebagai "wanita pertama pawagam Bengali", Kanan Devi membuat penampilan sulungnya dalam filem-filem senyap pada tahun 1920-an. Beliau juga menyanyikan lagu-lagu yang ditulis oleh Rabindranath Tagore dan merupakan penerbit bersama syarikat filemnya, Shrimati Pictures.[23] | |
1977 (ke-25) |
Nitin Bose | • Bengali • Hindi |
Seorang ahli sinematografi, pengarah dan penulis skeip, Bose dikenali kerana memperkenalkan nyanyian latar kepada pawagam India pada 1935 menerusi filem Bengali Bhagya Chakra dan pembikinan semula Hindinya Dhoop Chhaon.[24][25] | |
1978 (ke-26) |
Raichand Boral | • Bengali • Hindi |
Dianggap sebagai salah seorang pelopor muzik filem India, Boral ialah pengarah muzik yang, dengan kerjasama pengarah Nitin Bose, memperkenalkan sistem nyanyian latar di pawagam India.[26] | |
1979 (ke-27) |
Sohrab Modi | Hindi | Seorang pelakon dan pembikin filem, Modi dikenali dengan membawa klasik Shakespearea ke pawagam India dan dikenali melalui pembawaan dialog Urdu.[27] | |
1980 (ke-28) |
Paidi Jairaj | • Hindi • Telugu |
Pada mulanya telah bekerja sebagai dua badan, pengarah pelakon Jairaj terkenal dengan lakonannya tentang watak-watak sejarah India dan terlibat dalam memulakan Anugerah Filmfare.[28] | |
1981 (ke-29) |
Naushad | Hindi | Pengarah muzik Naushad bermula dengan Prem Nagar (1940),[29] dan dikreditkan kerana memperkenalkan teknik adunan bunyi kepada pawagam India.[30] | |
1982 (ke30) |
L. V. Prasad | • Telugu • Tamil • Hindi |
Penerbit-pengarah-pelakon L. V. Prasad mempunyai perbezaan dalam lakonan dalam filem-filem dialog pertama yang dihasilkan dalam tiga bahasa: Hindi Alam Ara, Tamil Kalidas dan Telugu Bhakta Prahlada, semuanya dikeluarkan pada 1931.[31] Beliau menubuhkan Prasad Studios pada tahun 1965 dan Makmal Filem Warna pada tahun 1976.[32] Prasad Studios telah menerbitkan lebih 150 filem dalam pelbagai bahasa India.[33] | |
1983 (ke-31) |
Durga Khote | • Hindi • Marathi |
Telah berlakon dalam filem dialog bahasa Marathi pertama Ayodhyecha Raja (1932), Khote dianggap sebagai perintis di kalangan wanita di panggung wayang India.[34] Beliau menubuhkan dua syarikat penerbitan, Fact Films dan Durga Khote Productions, yang menerbitkan filem pendek dan dokumentari.[35] | |
1984 (ke-32) |
Satyajit Ray | Bengali | Telah membuat penampilan sebagai pengarah Pather Panchali (1955),[36] pembikin filem Ray dikreditkan kerana membawa pengiktirafan sedunia bagi pawagam India.[37] | |
1985 (ke-33) |
V. Shantaram | • Hindi • Marathi |
Pelakon dan pembuat filem V. Shantaram menerbitkan dan mengarahkan filem warna pertama India, Sairandhri (1931).[38] He also produced and directed the first Marathi-language talkie, Ayodhyecha Raja (1932), dan dikaitkan dengan hampir 100 filem dalam tempoh 50 tahun.[39] | |
1986 (ke-34) |
B. Nagi Reddy | Telugu | Reddy menghasilkan lebih 50 filem, bermula pada tahun 1950-an. Beliau menubuhkan Vijaya Vauhini Studios yang pada masa itu merupakan studio filem terbesar di Asia.[10] | |
1987 (ke-35) |
Raj Kapoor | Hindi | Kerap dikenali sebagai "The Show Man",[40] persembahan pelakon dan pembikin filem Kapoor dalam filem Hindi Awara (1951) telah disenaraikan sebagai salah satu daripada sepuluh teratas persembahan terbaik sepanjang masa oleh majalah Time pada 2010.[41] | |
1988 (ke-36) |
Ashok Kumar | Hindi | Dikenali sebagai "Dadamoni" (lelaki tua), Kumar terkenal kerana peranannya dalam Achhut Kannya (1936), Bandhan (1940) dan Kismet (1943), blokbuster pertama di pawagam India.[42] | |
1989 (ke-37) |
Lata Mangeshkar | • Hindi • Marathi |
Dikreditkan secara meluas sebagai "nightingale of India",[43] penyanyi latar Mangeshkar memulakan kerjayanya pada tahun 1940-an dan telah menyanyikan lagu dalam lebih daripada 36 bahasa.[44] | |
1990 (ke-38) |
Akkineni Nageswara Rao | Telugu | Telah membuat penampilan dalam Dharma Pathini (1941), Akkineni Nageswara Rao berlakon lebih dari 250 filem, kebanyakannya dalam bahasa Telugu.[45] | |
1991 (ke-39) |
Bhalji Pendharkar | Marathi | Pembuat filem Pendharkar memulakan kerjayanya pada tahun 1920-an dan menghasilkan lebih daripada 60 filem Marathi dan lapan filem Hindi. Beliau telah diakui secara meluas untuk naratif sejarah dan sosial yang digambarkan dalam filem-filem ini.[46] | |
1992 (ke-40) |
Bhupen Hazarika | Assam | Lebih dirujuk sebagai "Bard oBrahmaputra", pemuzik Hazarika terkenal dengan lagu-lagu rakyat dan baladanya yang dinyanyikan dalam bahasa Assam.[47] | |
1993 (ke-41) |
Majrooh Sultanpuri | Hindi | Penulis lirik Sultanpuri menulis lagu Hindi pertama untuk Shahjehan (1946) dan menulis sekitar 8000 lagu untuk lebih 350 filem Hindi.[48] | |
1994 (ke-42) |
Dilip Kumar | Hindi | Membuat penampilan sulungnya dalam Jwar Bhata (1944), "Raja Tragedi" Dilip Kumar berlakon dalam lebih daripada 60 filem Hindi dalam kerjaya yang merangkumi lebih dari enam dekad.[49] | |
1995 (ke-43) |
Rajkumar | Kannada | Dalam kerjaya yang merangkumi lebih dari 45 tahun, Rajkumar berlakon dalam lebih daripada 200 filem bahasa Kannada dan juga memenangi Anugerah Filem Kebangsaan untuk Penyanyi Latar Lelaki Terbaik pada tahun 1992.[50] | |
1996 (ke-44) |
Sivaji Ganesan | Tamil | Ganesan memulakan kerjayanya sebagai pelakon dalam filem Parasakthi (1952) dan kemudian muncul dalam lebih daripada 300 filem. Beliau terkenal dengan "suara ekspresif dan resonan".[51] | |
1997 (ke-45) |
Kavi Pradeep | Hindi | Paling terkenal dengan lagu patriotik "Aye Mere Watan Ke Logo", penulis lagu lirik Pradeep menulis sekitar 1700 lagu, pujian dan puisi kebangsaan nasionalis, termasuk lirik untuk lebih daripada 80 filem Hindi.[52] | |
1998 (ke-46) |
B. R. Chopra | Hindi | Pembikin filem B. R. Chopra menubuhkan syarikatnya sendiri, B. R. Films, pada 1956,[53] dan terkenal dengan filem-filem seperti Naya Daur (1957) dan Hamraaz (1967), serta siri T Mahabharat berdasarkan daripada kesusasteraan epik Hindu serupa.[54] | |
1999 (ke-47) |
Hrishikesh Mukherjee | Hindi | Telah mengarahkan sebanyak 45 filem Hindi, filmmaker Mukherjee terkenal dengan mempopularkan "pawagam pertengahan jalan" menerusi filem seperti Anuradha (1960), Anand (1971) dan Gol Maal (1979).[55] | |
2000 (ke-48) |
Asha Bhosle | • Hindi • Marathi |
Seorang penyanyi latar yang "versatil dan luar biasa",[56] Bhosle memulakan kerjaya nyanyiannya pada 1948. | |
2001 (ke-49) |
Yash Chopra | Hindi | Pengasas Yash Raj Films, Chopra menduduki kerusi pengarah dengan Dhool Ka Phool (1959). Beliau mengarahkan 22 filem Hindi.[57] | |
2002 (ke-50) |
Dev Anand | Hindi | Dirujuk secara meluas sebagai "bintang malar hijau pawagam Hindi",[58] pelakon dan pembikin filem Anand menubuhkan bersama Navketan Films pada 1949 dan menerbitkan 35 filem.[59] | |
2003 (ke-51) |
Mrinal Sen | Bengali | Dikenang sebagai "pembikin filem paling penting India",[60] Sen menduduki kerusi pengarah dengan Raat Bhore (1955) dan menghasilkan 27 filem dalam tempoh 50 tahun.[61] | |
2004 (ke-52) |
Adoor Gopalakrishnan | Malayalam | Dihargai dengan mempelopori pergerakan gelombang baru dalam pawagam Malayalam, pengarah Gopalakrishnan memenangi Anugerah Filem Kebangsaan untuk Pengarah Terbaik bagi filem sulungnya, Swayamvaram (1972). Beliau telah diiktiraf atas "keupayaannya menggambarkan masalah kompleks dalam cara yang mudah".[62] | |
2005 (ke-53) |
Shyam Benegal | Hindi | Benegal memulakan kerjayanya dengan mengarahkan iklan. Beliau mengarahkan filem pertamanya Ankur, pada 1973. Filem beliau telah berfokuskan kepada wanita dan hak mereka.[63] | |
2006 (ke-54) |
Tapan Sinha | • Bengali • Hindi |
Pembikin filem Sinha memulakan kerjaya sebagai pengarah pada tahun 1954 dan menerbitkan lebih daripada 40 filem cereka dalam bahasa Bengali, Hindi dan Oriya. Kebanyakan filemnya menangani masalah yang dihadapi oleh orang biasa.[64] | |
2007 (ke-55) |
Manna Dey | • Bengali • Hindi |
Dalam kerjaya yang merangkumi lebih dari lima dekad, penyanyi latar Dey menyanyikan lebih daripada 3500 lagu dalam pelbagai bahasa India. Beliau juga dikreditkan dengan "merintis genre baru dengan menggabungkan muzik klasik India dalam kerangka pop".[65] | |
2008 (ke-56) |
V. K. Murthy | Hindi | Terkenal dengan kolaborasinya bersama pengarah Guru Dutt, ahli sinematografi Murthy merakamkan filem cinemascope pertama India, Kaagaz Ke Phool (1959).[66] Beliau paling diingati bagi teknik pencahayaannya dalam Pyaasa (1957) dan "rakaman rasuk" di Kaagaz Ke Phool dianggap sebagai klasik dalam sejarah seluloid.[67] | |
2009 (ke-57) |
D. Ramanaidu | Telugu | Dalam kerjayanya selama 50 tahun, D. Ramanaidu menerbitkan lebih daripada 130 filem dalam pelbagai bahasa India namun kebanyakannya dalam bahasa Telugu.[68] Beliau muncul salam The Guinness Book of World Records kerana telah menerbitkan filem dalam sembilan bahasa.[69] | |
2010 (ke-58) |
K. Balachander | • Tamil • Telugu |
pembikin filem K. Balachander mula menduduki kerusi pengarah dengan Neerkumizhi (1965). Dalam kerjayanya yang meluas selama empat puluh tahun, beliau mengarahkan dan menerbitkan (melalui rumah penerbitanya, Kavithalayaa Productions, ditubuhkan pada tahun 1981) lebih 100 filem dalam pelbagai bahasa India.[70] | |
2011 (ke-59) |
Soumitra Chatterjee | Bengali | Paling terkenal dengan kerjasamanya bersama Satyajit Ray,[71] Chatterjee memulakan kerjayanya sebagai pelakon dalam filem Apur Sansar (1959) dan bekerja dengan pengarah lain, seperti Mrinal Sen dan Tapan Sinha, dalam kerjayanya yang bertahan selama 50 tahun.[72] | |
2012 (ke-60) |
Pran | Hindi | Dikenali dengan "persembahan yang menarik dan sangat bergaya", pelakon Pran terutamanya memainkan watak jahat dalam filem Hindi semasa kerjaya yang merangkumi lebih 50 tahun.[73] | |
2013 (ke-61) |
Gulzar | Hindi | Gulzar memulakan kerjayanya sebagai penulis lirik untuk Bandini (1963) dan muncul sebagai pengarah dengan Mere Apne (1971). Terkenal dengan kolaborasinya paling berjaya bersama pengarah muzik R. D. Burman and A. R. Rahman, Gulzar memenangi beberapa anugerah bagi liriknya dalam kerjayanya selama 50 tahun.[74][75] | |
2014 (ke-62) |
Shashi Kapoor | Hindi | Pemenang dua Anugerah Filem Kebangsaan termasuk Pelakon Lelaki Terbaik untuk New Delhi Times pada 1985, Kapoor memulakan kerjayanya sebagai pelakon kanak-kanak pada usia empat tahun dalam sandiwara arahan bapanya Prithviraj Kapoor dan kemudiannya sebagai pelakon utama dalam filem 1961 Dharmputra. Pada tahun 1978, Kapoor menubuhkan studio Film "Valas" dan memegang watak utama dalam kumpulan Prithvi Theatre, ditubuhkan oleh bapanya.[76] | |
2015 (ke-63) |
Manoj Kumar | Hindi | Dikenali dengan imejnya sebagai wira patriotik, Kumar memulakan kerjayanya sebagai pelakon dengan filem Hindi 1957, Fashion. Pelakon dan pengarah filem berasaskan tema patriotik, Kumar dipanggil "Bharat Kumar".[77] | |
2016 (ke-64) |
Kasinathuni Viswanath | Telugu | Viswanath memulakan kerjayanya sebagai seorang perakam bunyi. Dalam kerjaya filem yang merangkumi enam puluh tahun, Viswanath telah mengarahkan lima puluh tiga filem cereka dalam pelbagai genre, termasuk filem berdasarkan seni persembahan, seni visual, dan estetika. Viswanath telah mendapat lima Anugerah Filem Kebangsaan, dan telah menerima pengiktirafan antarabangsa untuk karya-karyanya.[78][79] | |
2017 (ke-65) |
Vinod Khanna[c] | Hindi | Membuat penampilan sulungnya dalam Man Ka Meet (1968), Khanna terutamanya terkenal kerana karyanya sebagai pelakon dalam filem Hindi pada tahun 1970-an.[81] Beliau mengambil masa singkat dari filem (1982-1987) dan memasuki politik pada tahun 1997.[82] | |
2018 (ke-66) |
Amitabh Bachchan[83] | Hindi | Membuat penampilan sulungnya dalam Saat Hindustani, Bachchan sering dikenali oleh suara bariton yang unik dan untuk kemuliaannya dalam bidang lakonan. Dirujuk sebagai Shahenshah dari Bollywood, beliau telah muncul di lebih 200 filem India dalam kerjaya yang merangkumi hampir lima dekad. Beliau dianggap sebagai pelakon terbesar dan paling berpengaruh dalam sejarah pawagam India serta pawagam dunia, sehingga pengarah Perancis François Truffaut memanggilnya sebagai "industri satu orang." |
Anugerah serupa
[sunting | sunting sumber]Beberapa penganugerahan dan festival filem lain telah dinamakan sempena Dadasaheb Phalke, kadangkala menyebabkan kekeliruan. Anugerah tersebut termasuk Anugerah Yayasan Filem Dadasaheb Phalke dan Anugerah Kecemerlangan Dadasaheb Phalke, yang tidak berkaitan dengan penganugerahan yang diberikan oleh Direktorat Festival Filem. Beberapa pembikin filem terkemuka, seperti Shyam Benegal, telah mencadangkan bahawa kerajaan India mengambil langkah untuk menghalang penggunaan Dadasaheb Phalke seperti itu tetapi Kementerian Penerangan dan Penyiaran mengatakan bahawa ia tidak dapat melakukannya kerana nama-nama anugerah baru itu bukan salinan tepat.[84]
Catatan penjelasan
[sunting | sunting sumber]- ^ Pada 1972, Raj Kapoor meraih anugerah anumerta yang diberikan kepada bapanya, Prithviraj Kapoor. Namun, pada 1 Mei 1988, ketika menerima anugerah itu oleh Presiden India, R. Venkataraman, Kapoor diserang sesak nafas dan dibawa ke hospital menggunakan ambulans Presiden. Kapoor meninggal sebulan kemudian pada 2 Jun 1988.[8][9]
- ^ Prithviraj Kapoor meninggal dunia pada 29 Mei 1972, pada usia 65 tahun.[17] Beliau menerima anugerah itu secara anumerta pada 1971.
- ^ Vinod Khanna meninggal dunia pada 27 April 2017, pada usia 70 tahun.[80] Beliau dianugerahkan secara anumerta pada 2017.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c "Dadasaheb Phalke Awards". Direktorat Festival Film. Dicapai pada 6 Mei 2012.
- ^ Agrawal, S. P; Aggarwal, Jagdish Chand (1997). In the Wake of Freedom: India's Tryst with Cooperatives. Concept Publishing Company. m/s. 269. ISBN 978-81-7022-656-7.
- "57th National Film Awards" (PDF). Directorate of Film Festivals. m/s. 17. Dicapai pada 21 Julai 2014.
- "58th National Film Awards" (PDF). Directorate of Film Festivals. m/s. 14–15. Dicapai pada 21 Julai 2014.
- ^ "Veteran Film Lyricist and Director Gulzar to be conferred Dadasaheb Phalke Award for the year 2013" (Siaran akhbar). Press Information Bureau, India. 12 April 2014. Dicapai pada 24 Mei 2014.
- ^ "17th National Film Awards" (PDF). Directorate of Film Festivals. m/s. 38–42. Dicapai pada 26 September 2011.
- ^ a b "Profile: Prithviraj Kapoor". Encyclopædia Britannica. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-03. Dicapai pada 21 Mei 2014.
- ^ Nanda, Ritu (2002). Raj Kapoor: Speaks. Penguin Books India. m/s. 195. ISBN 978-0-670-04952-3.
- ^ "35th National Film Awards" (PDF). Direktorat Festival Film. m/s. 5–7. Dicapai pada 19 Julai 2014.
- ^ Bhattacharya, Roshmila (3 Jun 2012). "The show goes on ..." Hindustan Times. Mumbai. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-31. Dicapai pada 30 Mei 2014.
- ^ Khubchandani, Lata (2003). Raj Kapoor: The Great Showman. Rupa Publications. m/s. 87. ISBN 978-81-7167-816-7.
- ^ a b "34th National Film Awards" (PDF). Direktorat Festival Film. m/s. 4. Dicapai pada 4 Oktober 2011.
- ^ Gulzar, Nihalani & Chatterjee 2003, m/s. 72.
- ^ "Yash Chopra gets Dadasaheb Phalke Award". Rediff.com. Press Trust of India. 13 Disember 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-25. Dicapai pada 24 Mei 2014.
- ^ "Shiraz, 1928: Silent Film Festival". San Francisco Silent Film Festival. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 July 2014. Dicapai pada 13 June 2014.
- ^ "Profile: Devika Rani". Encyclopædia Britannica. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Mei 2014. Dicapai pada 22 Mei 2014.
- ^ Sen, Mamta (7 December 2013). "Bombay Talkies of Devika Rani fame set to be revived". The Sunday Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 July 2014. Dicapai pada 8 June 2014.
- ^ Gulzar, Nihalani & Chatterjee 2003, m/s. 632.
- ^ "Rishi Kapoor remembers grandfather Prithviraj Kapoor on his birth anniversary". The Times of India. 29 January 2017. Dicapai pada 9 April 2018.
- ^ Gulzar, Nihalani & Chatterjee 2003, m/s. 593.
- ^ "Tagore songs set to tune by Pankaj Mullick, now published". The Indian Express. Mumbai. Press Trust of India. 13 June 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 June 2014. Dicapai pada 16 June 2014.
- ^ Gulzar, Nihalani & Chatterjee 2003, m/s. 36, 41, 231.
- ^ "9th International Film Festival of India" (PDF). Directorate of Film Festivals. m/s. 132–143. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2 Oktober 2013. Dicapai pada 22 Mei 2014.
- ^ Gulzar, Nihalani & Chatterjee 2003, m/s. 552.
- ^ Singh, Kuldip (22 July 1992). "Obituary: Kanan Devi". The Independent. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 May 2014. Dicapai pada 22 May 2014.
- ^ Gulzar, Nihalani & Chatterjee 2003, m/s. 262–264.
- ^ "India: Culture". Michigan State University Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 November 2013. Dicapai pada 8 June 2014.
- ^ "26th National Film Awards" (PDF). Directorate of Film Festivals. m/s. 16. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 24 April 2012. Dicapai pada 4 Oktober 2011.
- ^ Gulzar, Nihalani & Chatterjee 2003, m/s. 590.
- ^ Khubchandani, Lata (24 July 2000). "Impeccable lineage, towering presence". Rediff.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 May 2014. Dicapai pada 22 May 2014.
- ^ Dhawan, M.L. (14 May 2006). "Tribute: Naushad Ali, the Greatest". The Tribune. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 February 2007. Dicapai pada 13 June 2014.
- ^ Gulzar, Nihalani & Chatterjee 2003, m/s. 501, 502.
- ^ Narasimham, M. L. (8 September 2006). "A leader and a visionary". The Hindu. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 April 2014. Dicapai pada 22 May 2014.
- ^ "Dadasaheb Phalke Award for 1982". lvprasad.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 February 2015. Dicapai pada 8 June 2014.
- ^ "Chennai Expressed". India Today Group. 3 July 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 January 2014. Dicapai pada 13 June 2014.
- ^ Dharker, Anil. "Durga Khote and Madhubala". India Today Group. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 January 2009. Dicapai pada 13 June 2014.
- ^ Rajadhyaksha, Mukta (5 March 2006). "A Durga Khote Production". The Times of India. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 October 2012. Dicapai pada 8 June 2014.
- ^ Gulzar, Nihalani & Chatterjee 2003, m/s. 612.
- ^ "Sight and Sound Poll 1992: Critics". California Institute of Technology. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 October 2013. Dicapai pada 3 February 2013.
- Kevin Lee (5 September 2002). "A Slanted Canon". Asian American Film Commentary. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mei 2012. Dicapai pada 3 Februari 2013.
- "Greatest Film Directors and Their Best Films". Filmsite.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 March 2014. Dicapai pada 3 February 2013.
- "The Greatest Directors Ever by Total Film Magazine". Filmsite.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 April 2014. Dicapai pada 3 February 2013.
- ^ Gulzar, Nihalani & Chatterjee 2003, m/s. 253.
- ^ Gangadhar, V. (30 November 2001). "Well ahead of his times". The Hindu. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 May 2014. Dicapai pada 22 May 2014.
- ^ Kaur, Devinder Bir (15 June 2003). "A larger-than-life filmmaker". The Tribune. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 December 2013. Dicapai pada 22 May 2014.
- ^ Corliss, Richard (19 January 2010). "Great Performances: Raj Kapoor, Awara". Time. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 April 2014. Dicapai pada 9 June 2014.
- ^ "Veteran actor Ashok Kumar passes away". The Economic Times. 10 December 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 December 2013. Dicapai pada 9 June 2014.
- ^ "India's Nightingale Lata Mangeshkar turns 82 today". Firstpost. 28 September 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 January 2012. Dicapai pada 9 June 2014.
- ^ Gulzar, Nihalani & Chatterjee 2003, m/s. 486, 487.
- ^ "Legendary Telugu actor Akkineni Nageswara Rao no more". Rediff.com. 22 January 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 February 2014. Dicapai pada 22 May 2014.
- ^ "39th National Film Awards" (PDF). Directorate of Film Festivals. m/s. 9. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 15 December 2017. Dicapai pada 4 October 2011.
- ^ "Celebrated Indian singer Bhupen Hazarika dies". BBC News. BBC News Asia. 5 November 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 December 2011. Dicapai pada 22 May 2014.
- ^ "Who's Who: Majrooh Sultanpuri". Research, Reference and Training Division, Ministry of Information and Broadcasting. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 January 2012. Dicapai pada 9 June 2014.
- ^ Gulzar, Nihalani & Chatterjee 2003, m/s. 269, 470, 548.
- ^ "Nata Saarvabhouma Dr Rajkumar no more". Deccan Herald. 12 April 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 October 2013. Dicapai pada 22 May 2014.
- ^ "Profile: Sivaji Ganesan". Encyclopædia Britannica. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 September 2013. Dicapai pada 21 May 2014.
- ^ Singh, Kuldip (15 December 1998). "Obituary: Kavi Pradeep". The Independent. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 February 2014. Dicapai pada 22 May 2014.
- ^ Dubey, Bharati (6 November 2008). "Films transformed Chopra's destiny and vice-versa". The Times of India. Mumbai. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 July 2014. Dicapai pada 14 June 2014.
- ^ "B.R.Chopra made socially relevant films". The Hindu. Mumbai. 6 November 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 December 2013. Dicapai pada 14 June 2014.
- ^ Gulzar, Nihalani & Chatterjee 2003, m/s. 492, 494, 592.
- ^ Gulzar, Nihalani & Chatterjee 2003, m/s. 532.
- ^ Shah Rangachari, Gayatri (23 October 2012). "The Man Who Sparked Bollywood's Love of Foreign Locales". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 December 2013. Dicapai pada 22 May 2014.
- ^ "10 films that made Dev Anand Bollywood's evergreen star". Mumbai: CNN-IBN. 27 September 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 September 2013. Dicapai pada 14 June 2014.
- ^ "With Navketan Films, Anand brothers among Bollywood's first families". The Economic Times. 5 December 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2013. Dicapai pada 14 June 2014.
- ^ "Profile: Mrinal Sen". Encyclopædia Britannica. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Oktober 2014. Dicapai pada 9 Jun 2014.
- ^ "Feature films @mrinalsen.org". mrinalsen.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2013. Dicapai pada 14 Jun 2014.
- ^ "Adoor selected for Phalke award". The Hindu. 6 September 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 May 2014. Dicapai pada 22 May 2014.
- ^ "When I make a film, I have no silly delusion". Rediff.com. 28 July 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 October 2012. Dicapai pada 22 May 2014.
- ^ Joshi, Lalit Mohan (11 May 2009). "Tapan Sinha: Award-winning Indian film-maker influenced by Capra and Wilder". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 May 2014. Dicapai pada 22 May 2014.
- ^ "The life of legendary singer Manna Dey, golden voice of Indian cinema". Hindustan Times. Bangalore. 24 October 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 December 2013. Dicapai pada 22 May 2014.
- ^ Gulzar, Nihalani & Chatterjee 2003, m/s. 495–500.
- ^ Khajane, Muralidhara (20 January 2010). "Murthy first cinematographer to win Phalke award". The Hindu. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 March 2014. Dicapai pada 22 May 2014.
- ^ "Veteran Film Producer Dr. D.Ramanaidu to be Honoured With Dada Saheb Phalke Award for the Year 2009". Press Information Bureau. 9 September 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Ogos 2014. Dicapai pada 22 Mei 2014.
- ^ Burman, Jivraj (4 January 2008). "D Rama Naidu enters Guinness book". Hindustan Times. Mumbai. Indo-Asian News Service. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 July 2014. Dicapai pada 22 June 2014.
- ^ "58th National Film Awards". International Film Festival of India. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 April 2012. Dicapai pada 14 Jun 2014.
- ^ Mitra, Ipshita (9 May 2014). "Soumitra Chatterjee on his master Satyajit Ray". The Times of India. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 June 2014. Dicapai pada 22 May 2014.
- ^ "59th National Film Awards: The Official Catalogue". International Film Festival of India. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Julai 2014. Dicapai pada 14 Jun 2014.
- ^ Gulzar, Nihalani & Chatterjee 2003, m/s. 505–509.
- ^ Gulzar, Nihalani & Chatterjee 2003, m/s. xvi.
- ^ "Dadasaheb Phalke award has come at a right time, says Gulzar". India Today Group. 12 April 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 May 2014. Dicapai pada 14 June 2014.
- ^ "Shashi Kapoor to get Dada Saheb Phalke award". The Indian Express. New Delhi. Press Trust of India. 23 Mac 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Mac 2015. Dicapai pada 23 Mac 2015.
- ^ "Dadasaheb Phalke award for Manoj Kumar". The Indian Express. New Delhi. 5 Mac 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Mac 2016. Dicapai pada 5 Mac 2016.
- "Manoj Kumar to be honoured with Dadasaheb Phalke award". The Hindu. New Delhi. Press Trust of India. 4 Mac 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Februari 2018. Dicapai pada 5 Mac 2016.
- ^ "Kasinathuni Viswanath to be conferred Dadasaheb Phalke Award for the year 2016" (Siaran akhbar). Press Information Bureau, India. 24 April 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 April 2017. Dicapai pada 25 April 2017.
- ^ "64th National Film Awards" (PDF). Directorate of Film Festivals. m/s. 183. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 6 Jun 2017. Dicapai pada 15 Mei 2017.
- ^ "65th National Film Awards: Late veteran actor Vinod Khanna honoured with Dadasaheb Phalke Award posthumously". The Times of India. 13 April 2018. Dicapai pada 14 April 2018.
- ^ "Vinod Khanna honoured with Dadasaheb Phalke Award". The Indian Express. 13 April 2018. Dicapai pada 14 April 2018.
- ^ Somaaya, Bhawana (5 October 2016). "Vinod Khanna: The Actor Who Became a Monk and Sold His Mercedes". The Quint. Dicapai pada 14 April 2018.
- ^ "Amitabh Bachchan To Receive This Year's Dadasaheb Phalke Award, Congratulations From Rajinikanth, Anil Kapoor And Others". NDTV. 24 September 2019. Dicapai pada 24 September 2019.
- ^ Suri, Rishabha (1 May 2018). "Naming controversy: Will the real Dadasaheb Phalke Award winners please stand up?". Hindustan Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 17 August 2019.
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]- Gulzar; Nihalani, Govind; Chatterjee, Saibal, penyunting (2003). Encyclopaedia of Hindi Cinema. Popular Prakashan. ISBN 978-81-7991-066-5.CS1 maint: ref=harv (link)
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Ramēś, Be. Gō (2009). Recipients of Dadasaheb Phalke Award. Pavai Publications. ISBN 978-81-7735-745-5.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Anugerah Dadasaheb Phalke |