Pergi ke kandungan

Anugerah Industri Muzik ke-15

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Anugerah Industri Muzik ke-15 (AIM15) dijadualkan akan dianjurkan oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM) pada 3 Mei 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, serta disiarkan secara langsung di ntv7.[1]

Malam upacara diacarakan oleh Afdlin Shauki dan Adibah Noor, dibantu oleh Kartini Kamarul Ariffin dan Awal Ashaari di "karpet biru."

Anugerah Industri Muzik ke-15
JenisUpacara anugerah Sunting nilai ini di Wikidata
Tarikh3 Mei 2008
LokasiPusat Dagangan Dunia Putra
NegaraMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
Liputan televisyen/radio
Rangkaianntv7
Kronologi
 2007 Anugerah Industri Muzik 2009 
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

AIM telah mengalami perubahan ketara dari segi susunan kategori dan kaedah pencalonan. Kategori Album Indonesia Terbaik digugurkan sebagai langkah membendung pengaruh muzik Indonesia yang menjadi bahan aduan ramai pihak.[2] Sebaliknya, kategori Lagu Bahasa Melayu Terbaik yang Dipersembahkan Artis Luar Negara menjadi ganti untuk membuka peluang untuk karya-karya bahasa Melayu bukan buatan Malaysia dari Brunei, Singapura dan Indonesia. Walau bagaimanapun, tahun ini kategori berkenaan menyaksikan semua calonnya dari Indonesia.

Selain itu, AIM memberi pengiktirafan kepada karya muzik Malaysia berbahasa Cina dan Tamil dengan memperkenalkan kategori Album Cina Tempatan Terbaik dan Album India Tempatan Terbaik. Lebih-lebih lagi, kategori Album Pop Rock Terbaik dan Album Hard Rock Terbaik digabung menjadi satu, iaitu Album Rock Terbaik, manakala kategori Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu dipisahkan menjadi dua, iaitu satu untuk lagu bahasa Malaysia dan satu lagi untuk lagu berbahasa lain.

Penjurian

[sunting | sunting sumber]

Freddie Fernandez selaku presiden Persatuan Karyawan Malaysia dan ketua Maestro Talent menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM15, sementara buat julung kalinya para juri akan diketuai seorang Ketua Juri untuk mengadili serta memantau sebarang keputusan yang akan dibuat pada anugerah itu yang sering mencetuskan pertikaian serta kontroversi.[1] Ramli M.S. menyandang jawatan Ketua Juri. Terdapat 200 orang juri terpilih yang terdiri dari kalangan karyawan iaitu penerbit, pencipta, penggubah lagu, komposer dan wartawan hiburan. Segala proses pencalonan dijalankan di Hotel Legend, Kuala Lumpur. Mereka menerima penyertaan 39 album dari syarikat tempatan, sembilan daripadanya merupakan karya pemuzik indie.[3]

Menurut Pengurus Besar PAIMM, Jennifer Thompson, penjurian telah dibahagikan kepada tiga bilik yang melibatkan kategori susunan muzik, album terbaik dan persembahan vokal. Ramli M.S. menjadi Ketua Juri dari peringkat awal penjurian sehinggalah peringkat akhir. Semua keputusan terletak di atas pemantauan beliau. Pemilihan peringkat pertama yang menyumbang sebanyak 40 peratus daripada keputusan akhir telah diadakan pada 2 Mac lalu, manakala pemilihan peringkat kedua sebanyak 60 peratus pula pada 21 Mac lalu.[1] Keputusan oleh juri bagi dua pusingan tersebut telah ditadbirkan oleh pihak PAIMM di bawah pantauan Juruaudit Rasmi AIM dari firma audit Ernst & Young.[2]

Senarai calon muktamad (seperti berikut) diumumkan di sebuah sidang akhbar di Berjaya Times Square pada 2 April.[4]

Senarai artis yang membuat penampilan

[sunting | sunting sumber]

Pengacara

[sunting | sunting sumber]

Persembahan

[sunting | sunting sumber]

Penyampai anugerah

[sunting | sunting sumber]

Calon dan pemenang

[sunting | sunting sumber]
Para pemenang ditebalkan.
Artis Harapan
Artis Baru Terbaik
Persembahan Vokal Terbaik dalam Album (Lelaki)
Persembahan Vokal Terbaik dalam Album (Wanita)
Kulit Album Terbaik (Pereka)
Rakaman Album Terbaik
Video Muzik Terbaik
Album Pop Etnik Terbaik
Album Nasyid Terbaik
Album Rock Terbaik

Album Pop Terbaik
Album Inggeris Tempatan Terbaik
Album Cina Tempatan Terbaik
Album India Tempatan Terbaik
Lagu Bahasa Melayu Terbaik yang Dipersembahkan Artis Luar Negara
Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu (Bahasa Malaysia) (Penggubah)
Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu (Bukan Bahasa Malaysia) (Penggubah)
Lagu Terbaik
Album Terbaik
Anugerah Kembara
Pop Shuvit
Anugerah Wirama
Fauzi Marzuki

Isu dan kritikan

[sunting | sunting sumber]

Dari awal lagi, album Anuar Zain oleh Anuar Zain yang berjaya mencecah paltinum berganda tidak layak ke pencalonan AIM kerana tidak memenuhi syarat 60% penerbitan tempatan; kebanyakan penerbitan album berkenaan dijalankan oleh pemuzik Indonesia.

Sungguhpun tidak dilanda kontroversi yang amat besar, namun AIM 15 tidak terlepas daripada cubaan menelunjuk kelemahan oleh media. Menurut satu rencana oleh akhbar The Star, sungguhpun kategori Lagu Bahasa Melayu Terbaik yang Dipersembahkan Artis Luar Negara menggantikan kategori Album Indonesia Terbaik yang banyak dikritik selama ini, namun tetapi dibolot oleh artis republik tersebut, maka sesetengah pihak merasa ada baiknya kategori berkenaan disingkirkan sama sekali. Tambahan pula, album Straight to the Point oleh Point Blanc yang berbilang bahasa gagal dicalonkan kerana gagal memenuhi syarat 60% satu bahasa; Album Cina Tempatan Terbaik pula tidak juga kerana gagal memenuhi kuota bahasa Mandarin padahal rapper ini merakam dalam pelbagai dialek Cina.[5]

  1. ^ a b c A. Aziz Itar (2008-04-04). "Ramli dilantik ketua juri AIM15". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2008-04-05.
  2. ^ a b Wahida Asrani (2008-04-03). "Faizal Tahir, Siti ungguli AIM15". mSTAR. Dicapai pada 2008-04-05.
  3. ^ Razif Rosdi (2008-04-03). "Mawi, Mila Tak Layak ke Final AIM15!". murai.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-06. Dicapai pada 2008-04-05.
  4. ^ Budiey Isma (2008-04-03). "Senarai Pencalonan Anugerah Industri Muzik ke 15". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 2008-03-05.
  5. ^ "That hollow feeling". Azhariah Kamin. 2 Mei 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-03. Dicapai pada 2008-05-04.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]