Azam
Jangan terkeliru untuk berkaitan dengan tajuk Azam. untuk telefilem sila lihat Azam (drama TV).
Azam | |
---|---|
Pengarah | Z. Lokman |
Lakon layar | Z. Lokman |
Dibintangi | |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Primeworks Studios |
Tarikh tayangan | 1997 |
Masa tayangan | 87 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Azam ialah sebuah filem aksi drama Malaysia 1997. Filem ini telah diarahkan oleh Z. Lokman. Filem Azam diterbitkan dalam bentuk filem warna.
Filem Azam mula ditayangkan pada 1997 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Shaharuddin Thamby, Wan Nor Azlin dan ramai lagi.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Azam mengisahkan Azam seorang pemuda yang perlu menghadapi masyarakat selepas 17 tahun menjalani hukuman akibat melakukan rompakan di sebuah bank. Tetapi masyarakat kampung nyata tidak mudah menerima seorang bekas banduan. Bukan itu sahaja, bekas isterinya Tipah yang kini telah berkahwin dengan Musa seorang guru silat tidak dapat menerimanya. Kecuali Pak Itam dan isterinya sahaja yang bersimpati, Azam harus menghadapi pelbagai tohmahan dan penghinaan daripada orang kampung.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Shaharuddin Thamby sebagai Azam
- Wan Nor Azlin sebagai Tipah
- Sharifah Shahirah sebagai Haniza
- Zaidi Omar sebagai Musa
- Ebby Yus sebagai Kamal
- Ruzaidi Abdul Rahman sebagai Ramli
- Abu Bakar Omar sebagai Pak Itam
- Normah Damanhuri sebagai Mak Itam
- Fathil Dani sebagai Ayub
- Shaharon Anuar sebagai Ketua polis
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Azam di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Sinopsis Azam (1997) di Youtube.
- Azam Azam di SIAR https://siar.my.
- Azam (1997) Azam di Unifi TV (dahulu dikenali sebagai HyppTv).